Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

Wednesday, October 05, 2011

:: Check Up Farhan 4 Bulan ::

Assalamualaikum...
Hari ni check up Farhan 4 bulan kat klinik. Bawak sekali Razi dan Izzat.
 Bukan main lagi korang ye posing dengan jam Ben 10. Huhu.. Masa ni nak balik dah, tapi tunggu hujan berhenti, so posing-posing ambik gambar ler dulu.
Nampak mata Razi macam dah ok sikit, kan?
 Mata aku masih bengkak tapi dah kurang sikit merahnya. Nampak parut Izzat yang luka terhantuk kabinet tv tu?  
 Gambar tak berapa nak clear. Sekarang ni kalau tengok muka Izzat, mesti tertengok tempat parut tu dulu. Tak suka tengok... Hmm...
 Harap-harap ayah tak kena sakit mata ye. 
Berat Farhan 4 bulan dah 7.4 kg. Naik 900 gram dari berat yang last timbang. Alhamdulillah.. oklah tu. Naik jugak sikit, walaupun ramai yang tegur badan Farhan dah ringan. (Tapi aku still lenguh nak dukung dia lama-lama.. Ngee!~). Check up hari ini takde injection. 
Masa kat klinik, ada jugak 2,3 mak orang tegur sakit mata kitorang. Ada jugak yang tegur anak aku tiga-tiga orang lelaki. Huhu... Orang melayu memang macam tu lah, suka menegur, suka menyembang.. Ambil beratlah katakan ye. Hmmmmppphhhh....
Ni gambar tadi, nampak mata Farhan merah kan? Farhan suka hisap jari sekarang ni dan juga akan main bantal kalau letak bantal kat atas badan dia. Kalau aku nak buat kerja kejap ke, aku letak bantal atas dada dia. Kalau dia tak lapar susu, dia ok je main dengan bantal. Cumanya kena perhati-perhati jugak, takut tutup hidung dia. Nak bagi bantal tu best sikit, letak mainan kat bucu bantal. Hahahaha... Nanti mak beli mainan untuk Farhan eh. Kesian dia.. :)

*Anak-anak mak, anak-anak yang baik hati. Tahu mak tengah marah atau susah hati, pandai ambik hati mak. Mak sayang korang!

~ s u h i d a ~

Tuesday, October 04, 2011

:: Perihal Sakit Mata ::

Assalamualaikum....
Alkisah elok je lepas Izzat dah sembuh dari sakit mata, aku dan Razi pulak yang berjangkit. Macam berjanji, Razi kena mata belah kiri. Aku kena mata belah kanan. Orang sakit, dia pun nak sakit jugak. Heeehehe..
Tapi Alhamdulillah mata Izzat dah sembuh dan luka terhantuk kabinet tv hari tu pun dah elok aku tengok. Cuma ada satu garisan je la kat tepi mata dia. Nak buat macam mana, nasib anak lelaki. Huhu...
So, nak cerita ni...Sabtu lepas abang bawak kitorang pergi Hospital Mata Tun Hussein Onn. Mana taknya dah pergi tiga klinik dah aku ni, tak elok-elok jugak. Hari kelima, air mata aku keluar sekali dengan darah. Mata jadi pedih sangat bila titis dengan ubat mata. Pergi klinik Famili kat Setiawangsa, doktor cadangkan pergi hospital sebab nampak mata aku dan Razi teruk sangat. Pedih wooo sakit mata, campur dengan gatal menyucuk-nyucuk lagi. Yang tak bestnya, bila tidur, air mata meleleh je. Razi pulak, kalau bangun pagi, mesti menangis, mata tak boleh bukak sebelah. Lawak tengok dia, tapi nak marah pun ye jugak. Hehe...
Sampai HMTHO pun dah pukul 3 petang. Dah tak de orang pun, lagi-lagi hari Sabtu. Doktor pakar pun dah balik. Yang ada doktor mata biasa je.
 Ini keadaan mata aku hari Sabtu lepas. Masa ni mata Farhan dah nampak bertukar ke kaler pink dah. So, dia pun kitorang mintak ubat jugak. 
 Razi lagi teruk dan kesian menengoknya. Dia dah macam orang kena tumbuk. Lebam bawah mata. Aku rasa antara sebab mata aku dan Razi lambat sembuh ialah sebab kitorang lap pakai tisu biasa. Tisu kan kasar, aku pun tak terfikir boleh jadi teruk sampai macam tu sekali. Mata putih Razi dah jadi merah darah dah. Kesian... Lagi satu, makan tak ingat nak pantang. Lupa langsung... Huhu...Razi makan telur goreng, tak ingat dunia... Sampai jadi macam gambar kat atas tu lah. Huhu..
So, jumpa doktor kat HMTHO tu, doktor kata jangkitan kuman je. Dia bagi ubat titis dan krim. Farhan pun dapat jugak. Doktor kata mata Farhan tak kena. Tapi, aku tahulah anak aku, dah biasa tengok mata dia putih. Bila dah tukar kaler sikit, kita boleh perasan kan.
 Ni dah lepas tiga hari lepas pergi HMTHO, mata dah slowly ok sikit. Harap-harap cepat sikit sembuhnya. Dapat MC sampai Khamis. Termakbul doa aku kan... cuba KLIK ni. Huhu... tak ada niat apa-apa pun, cuma aku nak rehat je. Sudahnya, tak dapat jugak tidur sepuas-puasnya.. Tapi, dapat lah jugak rasa hilang sikit penatnya. Ngeee!~
Ahmad Farhan la kesian. Baru 4 bulan dah kena sakit mata. Aduhai.... Cian anak mak... Moga cepat sembuh ye. Kesiannya mak tengok Farhan.

~ s u h i d a ~

Friday, September 30, 2011

:: MC Lagi ::

Assalamualaikum...
Hari ni aku mc lagi, kali ni bawak Razi sekali, pergi klinik homopati. Pagi-pagi lagi dah ceria bila aku bagitahu yang dia kena ikut aku pergi klinik. Ngee...
 Razi sakit mata belah kiri. Ni masa kat klinik homopati, Razi dah besar, dah boleh pegang sendiri dah rod besi tu. Alhamdulillah, kitorang cuma infection kat kulit mata je. Kat mata takde apa-apa. Nampak kat skrin tu ada grafik mata. Huhu... Dapat lah lagi dua hari aku mc. Yeah. Mahu kot orang menyampah, hari tu dah cuti bersalin 2 bulan. Ni pulak asyik sakit je sokmo.
Lepas balik dari klinik homopati, kitorang pergi Ampang Puteri melawat tuan putera yang tengah berehat kat sana. Hihihi....
 Mula-mula duduk bilik 2 beded, tapi sebab abang Cha tak tahan dengar jiran sebelah berdengkur macam nak berperang katanya, dia mintak transfer bilik. Dapatlah single beded. Razi masa ni sibuk dengan buku dan pen, tengah tengok kartun Ben 10.
 Senyum sikit... Mata dah lah memang dah sepet. Jadi bertambah sepet haaa..
 Tengah on nebulizer. 
Masing-masing semua tengah tak sihat. Huhu... Harap-harap Farhan tak kena jangkitan kitorang ni. Farhan sihat-sihat je tau.

* Mentang-mentang mc, asyik update blog je. Kuikuikuikui....

~ s u h i d a ~

Monday, September 19, 2011

:: Kesian Izzat ::

Assalamualaikum....
Kesian Izzat....
 Sakit mata pulakkkkkkkkkkkk....
Ayah belikan penutup mata masa bawak pergi klinik. Hihi...kelakar menengoknya, tapi kesian pun ye jugak. Tambah pulak dengan parut yang terhantuk kabinet hari tu. Tapi, Izzat punya aktif tetap maintain aktif. Jatuh tetap jatuh jugak. Nak marah, tapi tak sampai hati lak tengok dengan parut bagai. Hai Izzat hai Izzat.
 Ahmad Farhan ni pulak, dah masuk 4 bulan. Nampak badan macam susut sikit. Tunggu nanti timbang next month berapa berat adik ye. Dah mula pandai nak mengiring badan dah. Cepat-cepat belajar meniarap eh. Kejap je dah 4 bulan. Kang sedar-sedar je dah setahun, kan? Macam Razi, kejap je bulan 3 tahun depan dah masuk 5 tahun. Tiba-tiba je sedar dah masuk darjah 1 dan tiba-tiba je sedar aku dah jadi makcik tua. Huhuhu..... Sekian. Tiba-tiba emosi pulokk..

~ s u h i d a ~

Thursday, September 15, 2011

:: Izzat Jatuh Lagi ::

Assalamualaikum....
Izzat memang aktif kalau compare dengan Razi. Dalam dia semput-semput tu pun, takkan boleh nak duduk diam punya. Ada je kerja, kejap melompat, kejap panjat kerusi. Masa raya hari tu, tiga kali bengkak bibir sebab jatuh tergigit bibir.
 Ini gambar masa raya hari tu.
Alkisah macam hari-hari yang biasa, balik rumah kitorang berempat je kat rumah. Biasanya bila sampai rumah, aku bukakkan tv tengok kartun. So, diorang akan duduk diam dan bolehlah aku buat apa-apa yang sepatutnya. Malam tu, aku pun tak tau kenapa aku macam tak nak bagi diorang tengok tv lagi sangat. Jadi, aku tak on la tv. Bila tv tak on, diorang pun buat la aktiviti diorang. Diorang main kejar-kejar. Razi yang kejar Izzat. Toto kebetulan depan kabinet tv. Izzat lari lari pastu landing atas toto. Dua tiga kali landing atas toto, yang last sekali tu, terlajak sikit ke depan agaknya. Sedar-sedar aku tengok dah nangis. Sekali angkat, darah banyak gila. Razi dah terdiam bila tengok darah pastu Izzat menangis dengan Farhan menangis nak berdukung, aku pun join sekali menangis sebab banyak betul darah Izzat. Lagi sikit pulak tu nak kena mata. Telepon abang Cha suruh balik, pastu telefon Cikgu Ana dan Zakiah sebab aku dah panik sangat. Diorang je orang terdekat dan kak Ana pun dah berpengalaman handle budak-budak kalau kecemasan. Diorang tolong bawakkan kitorang pergi klinik.
Doktor kat klinik bagi dressing dulu sebelum pergi HKL. Aku tak berani nak letak gambar masa dia tengah bleeding. Takut korang tak sanggup tengok je.
 Ini gambar masa tengah tunggu giliran kat kecemasan HKL. Klinik refer pergi ke HKL sebabnya kena jahit, luka dalam sangat dan takut infection. Masa tunggu giliran ni pun, tak boleh duduk diam. Huhu.. masa kat HKL doktor mintak buat X-Ray, alhamdulillah tak de retak atau apa-apa. Syukur sangat. Masa X-Ray pun ok je. Ikut arahan nurse. Doktor dan nurse pun suka sebab Izzat tak menangis. Kat HKL diorang pakai glue stitch je. Kena jaga jangan bagi kena air 3 hari, takut nanti gam tu terbukak balik.
 Hari ni dah masuk hari ke tiga, malam nanti baru boleh bukak plaster. Mata bengkak jugak ler. Sepet sebelah. Alahai Izzat.. Cuba lah berhati-hati sikit kalau time main tu. Haih... Susah hati mak tau. Tapi kan, Izzat menangis tak lama pun masa lepas jatuh tu. Agaknya tengok aku menangis lagi teruk kot. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Friday, June 17, 2011

:: Farhan Dah 30 Hari (Ke Aku Yang Pantang Dah 30 Hari? Yeay!)

Assalamualaikum...
Kalau ikutkan hari, hari ni Farhan dah 30 hari. Hari Isnin ni, kena pergi ke KKIA Gombak Setia untuk injection Farhan. Injection Hepatitis B kot. Nanti confirm balik. Huhu.. Aku bab-bab injection ni tak berapa boleh nak ingat walaupun ni dah beranak kali ketiga. Ngee!~
Tak sabar nak timbang berapa berat budak bam bam tu. Peha dahlah besar, pipi bulat, mata sepet pulak tu. Macam anak jepun dah nengoknya. Teringat kat Razi dan Izzat masa diorang breastfeed dulu. Huhu... Bulat dan semangat. Razi susut bila start minum FM. Izzat pulak susut masa yang dia asma teruk dulu. Dua-dua Razi dan Izzat tak dapat full BF sampai 2 tahun. Izzat sampai 2 tahun tapi setahun lebih tu dah campur FM sebab aku stress pum susu kat opis dan susu start jadi sikit. Huhu.. 
So, kali ni kena kuatkan semangat untuk fully BF Farhan walaupun aku tau kali ni lagi besar dugaan nak pum susu kat opis. Opis kali ni lagi open, memang kalau aku nak pum jugak dari workstation aku, memang cari nahas ler. Huhu... Tapi, kalau nak try, boleh jugak kan? Sekali tengah pum, bos datang ke meja, naya jugak kan? Mr Yap tu dah lah bos yang jenis suka datang ke meja tiba-tiba. Haru pulak nanti jadinya. Surau pulak jauh, nun hujung blok lagi satu. Insya Allah boleh kalau kita betul-betul nak kan? Harap-harap sangat dapat fully BF kan Farhan. Senang dan jimat. Hehehe... Ohhhh.. malasnya nak kerja!!!
Pasal pum susu kat rumah, hari first day balik rumah aku dah start pum susu sebab Farhan kuning. So, dia banyak tidur. Bila dah bengkak, dia pulak tersedak-sedak. Sampai sekarang ni, aku cuba merajinkan diri untuk pum susu sebelum BF Farhan.  Alhamdulillah, susu yang dah dipum cukup untuk stok sebulan dah kot. Kuranglah sikit risau nak buat stok EBM untuk Farhan. 
Oh...nak naik kerja nanti nak kena bincang dengan owner taska diorang ni. Huhu..3 orang ni berapa lah agaknya yuran sekolah diorang kan? Takpe, rezeki mak untuk anak-anak mak. Doa mak harap anak-anak mak pandai mengaji, pandai membaca, pandai berkata-kata dan berperangai yang elok-elok. Lagipun cikgu yang jaga diorang pun aku dah kenal lama. Takdelah risau sangat. Alhamdulillah.
Hmm...pantang kali ni rasa cepat pulak masa berlalu. Sedar tak sedar dah 30 hari. Tinggal lagi 14 hari je. Yeay! Pastu bolehlah minum air sejuk. Huhuhu.. Bab makan ni aku ok lagi, leh je tahan makan. Tapi bab minum air... Haih, kalau ikutkan nak je teguk air peti ais sejuk-sejuk tu. Hehehe.... Lagi satu, sambal belacan... Aku makan jugak sikit sambal belacan (buat rasa je..ye ke? Ngee...), tak boleh tahanlah dugaan sambal belacan.
Pantang kali ni aku tak ambik apa-apa supplement pun. Alhamdulillah badan sihatlah jugak. Doa-doakan aku selamat berpantang dan luka operation tak terbukak ye. Hehehe..

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 25, 2011

:: 19 Mei 2011 - Lahirnya Ahmad Farhan ::

Assalamualaikum....
Aku online sambil baring mengiring ni. Nak update blog punya pasal. Hehehehe...
Aku selamat melahirkan Ahmad Farhan Bin Mohammad Fadzli Shah pada pukul 9.31 pagi 19 Mei 2011 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Melahirkan secara pembedahan.
Ahmad Farhan - terpuji, riang gembira. Doa mak moga-moga Farhan sentiasa gembirakan hati ayah mak dan semua orang ye. Penyejuk mata dan hati mak dan ayah ye. :)
Aku warded hari Rabu 18 Mei. Nurse dah pesan awal-awal dah, kalau boleh datang pagi-pagi kalau nak book 1st class. Aku bukan apa...aku dah experience czer dua kali, aku tahulah macammna keadaan dan sakitnya kalau duduk kat hospital. Huhu... Masuk pukul 10 pagi, mula-mula warded 2nd class dulu. Mula-mula masuk diorang cek CTG, pastu ada doktor datang tengok. Doktor bius datang. Semua yang datang muda-muda. Siap doktor bius tu sambil bertanya macam-macam kat aku, siap tanya aku kerja apa, tinggal kat mana,  sebelum ni belajar kat mana. Sebab doc bius tu sebaya aku. Siap tanya kenal Ezuandi tak kat ITM dulu. Huhu.. Tak kenal tak kenal....
Then doktor bius tu tunjuk aku list nama orang-orang yang kena operation esoknya. Mula-mula nama aku nombor dua. Tapi sebab akak yang no 1 tu ada masalah kencing manis dan beberapa masalah lagi. Diorang push aku naik no 1. Boleh camtu ye... Pastu tiba-tiba ada seorang doktor ni sambil lalu kat aku dan cakap "Eh, esok saya yang buat awak ye. Kawan saya tak jadi." dan blah. Kuikuikui... Oh camtu eh bagitau orang ko nak belah orang. Huhu.... Lawak pun ye gak. Brutal sungguh doktor ni. Pakai pun selekeh.. doktor perempuan. Nak request doktor lain pun bukannya boleh. Hihihi...
Best jugak duduk kat wad 2nd class sebab bersembang je sampai tak sedar dah lewat petang. Macam-macam keadaan ibu mengandung yang warded ni. Siap budak yang operate no 3 lepas aku, datang interview lagi camne operation sakit tak. Tak pernah experience operation lagi, first time. Mestilah sakit. Dalam pukul 8 malam aku dapat 1st class single bed. Alhamdulillah. 
 Single bed 1st class kat HKL. Ok kan? 

 Dapat view KLCC lagi. Nampak lah view Menara KL dan KL sebab duduk kat tingkat 4.
Aku masuk bilik operation pagi 19 Mei 2011 dalam pukul 8.20 pagi. Sangat berdebar-debar. Masa nak baring kat troli, rasa sayu je masa salam abang. Manalah tau tiba-tiba tak berjumpa dah ke lepas tu. Huhuhu... Perjalanan sambil baring atas troli dari ward nak ke OT rasa panjang sangat. Sampai kat OT, punya lah ramai manusia dalam OT tu kan. Masa diorang suruh duduk nak bius belakang tu saspen betul aku rasa. Doa-doa janganlah kena cucuk 10 kali macam masa bersalin Razi dulu. Huhu... Menitik air mata aku, mana taknya kali ni diorang cucuk aku 15 kali, baru dapat masuk ubat. Masa Razi dulu lagi haru, aku dah siap marah doktor sebab masa tu dengan sakit injek kat belakang, dengan contraction lagi. Yang kali ni menitik je air mata sebab cuma sakit kena cucuk kat belakang je. Rasa macam kena karan tau untuk pengetahuan korang. Nasib aku sebab dapat doktor bius yang muda. Dapat masuk yang ke 15 kali tu pun sebab ada lagi seorang doktor perempuan yang tolong. Dengar suara macam dah otai. Kalau dia tak tolong, agaknya dekat 20 kali kot kena cucuk. Sampai hari ni rasa bengkak ketul-ketul kat pinggang aku ni.
Lepas tu baring ler, diorang tutup kain betul-betul depan muka aku. Then ada seorang doktor ni yang jaga kat kepala aku, sepanjang masa dia ada kat kepala aku. Dia cucuk bahu aku dengan pen pastu tanya sakit tak? Rasa tak tajam? Rasa. Pastu dia cucuk pulak kat perut, sakit tak? Rasa tak tajam? Rasa.... Aku dah goyang dah masa tu. Sudah...jangan korang belah perut aku rasa sakit sudah... Doktor tu pulak boleh pulak tanya. Sakit? Huhu... Tapi takdelah, sebelum diorang belah tu, aku rasa diorang sapu-sapu air agaknya ubat kaler kuning tu kot.. Masa tu dah tak rasa apa-apa dah. Pastu dengarlah suara doktor perempuan yang nak operate aku tu. Sambil operate aku tu, mulut dia membebellllll je. Aku pun tak berapa dengar dia membebel apa, tapi rasanya semua yang kat dalam OT tu kot kena marah dengan dia. Hihihihi.... 
Rasa lama betul masa nak keluarkan baby. Aku dah selawat bagai dah, itu jelah yang aku boleh buat pun. Takut sangat masa tu. Sekali aku start rasa diorang sentap-sentap perut aku, diorang tekan perut aku. Masa tu terkeluar jugaklah bunyi dari mulut aku. Pastu dengar suara Farhan menangis....... Huuuuuuuu... Tak boleh nak describa camne perasaan walaupun dah experience. Aku jenguk pintu, nampak nurse dah dukung baby bawak keluar dulu. Nak timbang, cuci dulu.  Berdebar masa tunggu nurse tu nak tunjuk baby apa. Doa jugak mana tau dapat baby girl ke. Kekekeke... Tapi masa dia tunjuk baby boy tu, perasaan aku tetap sama. Syukur sebab dikurniakan baby yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah. Diorang try letak baby kat aku nak bagi susu. Tapi, tak boleh. Aku keluar OT pukul 11. Masa kat recovery room tu, aku cuit-cuit peha aku. Rasa macam pegang benda pepejal yang bukan peha aku. Huhuhu...
Alhamdulillah segalanya selamat. Pagi operation, pukul 2 lebih macam tu, aku dah boleh gerak-gerak sikit kaki aku. Menjelang malam dah boleh angkat bontot. Kejap je ek ubat bius. Huhuhu... Esok petang tu aku dah boleh bangun pergi toilet. Mengigil jugak nak turun katil pergi bilik air, tapi terpaksalah kena kuatkan diri. :)
Farhan yang lahir 37 minggu 4 hari. Cuba tengok tali pusat dia. Scary gak tengok mula-mula tu. Now dah kecut dah. :) Sekian update saya kali ni. Nak mandikan Farhan dah pukul 5.30 petang dah ni.

~ s u h i d a ~

Sunday, April 24, 2011

:: Result MGTT ::

Assalamualaikum...
Hehehe... Gembira rasanye hati. Result MGTT hari tu elok-elok border line. Alkisahnya pagi-pagi pukul 8 lebih aku dah sampai ke KKIA Gombak Setia. Rasanya ada dalam 20 orang ibu mengandung yang kena MGTT sama dengan aku. Tengok muka-muka diorang ada yang gelisah, ada yang monyok, ada yang muncung..Hihihi.. Ada jugak yang macam tak kisah, borak tak ingat dunia. Huhuhu... Ada lah jugak aku perasan sorang dua yang meleleh air mata masa minum air gula. Giliran aku minum air gula dalam pukul 8.30 pagi. Aku dapat mug MILO yang saiz sederhana tu. Lega.... Aku tengok ada yang dapat mug yang saiz biasa tu, ngeri gak nak habiskan. Bila tengok mug MILO ni takdelah rasa down sangat sebab dalam fikiran dah set saiz mug MILO kecik berbanding dengan mug biasa. Tapi sebenarnya sama kot dengan mug biasa... Hihihi...
Bacaan gula aku mula-mula sebelum minum air gula ialah 3.7mmol/L. Rendah berbanding bacaan masa MGTT bulan November hari tu, 4.4mmol/L. So,aku agak lega jugak insya Allah bacaan akan lebih rendah kot masa result nanti. Huhuhu...
Sementara nak menunggu 2 jam sebelum cucuk lagi sekali untuk tahu result, nurse tak bagi pergi mana-mana. Baru ingat nak lari kejap. Huhuhu... Diorang ada buat sesi kena dengar ceramah. Aku dapat dengar ceramah senaman antenatal. Ada lah dapat info sedikit senaman pernafasan, senaman untuk kurangkan sakit belakang, senaman untuk kurangkan kaki kejang. Bagus jugak KKIA yang aku pergi ni. Dari mengandung Razi sampailah mengandung no tiga ni, mesti akan ada perubahan dari segi perkhidmatan dan sistem diorang. Nurse pun ramah, takdelah garang-garang. Boleh borak macam kawan-kawan.
Alhamdulillah kali ni minum air gula, aku rasa takde pening kepala sangat sebab sakan borak dengan ada dua orang lagi ibu mengandung ni. Kebetulan yang borak sama-sama ni, semuanya mengandung anak ketiga. Kebetulan jugak, diorang pun dua2 anak sulung dan no dua, anak lelaki. Hehehe... Sementara menunggu dan berborak tu, habis jugak aku minum 2 air botol mineral yang saiz kecik tu, konon-konon boleh bagi bacaan lagi rendah. Hihihi...
Dalam pukul 10.30 nurse dah start panggil sorang-sorang untuk cucuk dapat result pulak. Berdebar-debar weh, selawat bagai. Doa sangat-sangat janganlah bacaan lebih dari 8mmol/L. Alhamdulillah sangat-sangat, bacaan aku 7.6mmol/L. Sama dengan result bulan November hari tu. Walaupun aku dalam lingkungan normal, tapi bacaan tu agak tinggi jugak naik dari 3.7mmol/L. Tak kisahlah..asalkan lepas dari kena BSP. Terasa berat kat bahu macam hilang lepas dapat result. Berjalan ke kereta pun tersengih-sengih sambil cakap sorang-sorang. Syukur sangat-sangat. Kalau selalu happy hati berbunga kan seronok kan?

~ s u h i d a ~

Thursday, April 21, 2011

:: Esok MGTT ::

Assalamualaikum....
Nak tak nak esok adalah hari MGTT ataupun dikenali sebagai hari penyeksaan ibu mengandung. Huhuhu... Ibu-ibu yang tengah sarat ni dipaksa untuk meminum air gula yang manisnya teramat-amat sangat sehingga sesiapa yang tak tahan boleh muntah-muntah dan pengsan jadinya. (Pengsan tu aku tambah je.)
Setiap ibu mengandung yang akan menjalani ujian ni akan disuruh puasa dari pukul 10 malam pada malam sebelumnya dan akan disuruh minum air gula pada hari esoknya pada pukul 8 pagi. Sebelum tu, bacaan darah akan diambil untuk dicatatkan. Iaitu bacaan gula dalam darah sebelum ujian dilakukan. Kemudian ibu beramai-ramai meminum satu mug besar punyaaaa air gula yang sangat manis tak boleh blah. Ada yang tabah hati cuba minum secepat yang mungkin, ada jugak yang minum bersantai sambil berborak-borak, ada jugak yang minum sambil termenung. Huhu... Kalau macam aku, aku minum secepat yang mungkin. Nak termenung-menung tu takut terfikir-fikir, boleh muntah jadinya. Kalau ada ibu yang muntah, diorang akan dipaksa untuk minum sekali lagi. Sadis sungguh. Suka-suka hati korang je eh.
 Sebenarnya malam ni aku tekad untuk tak makan. Tapi, sebab pergi rumah mak tadi, tengok ada ayam goreng, kari, sambal belacan dengan tempoyak...terus tak jadi nak berpuasa awal. Lagi-lagi perut teramatlah lapar. Huhu... Maka, kantoi ler makan nasi jugak walaupun sebelum pukul 10 malam. Lepas makan rasa menyesal pulak.... Huhuhu... Tak boleh tahan godaan sambal belacan, tempoyak dengan kari tu sebenarnya. Takut gila kalau bacaan jadi tinggi. Disebabkan aku tersangatlah berdebar-debar, aku pinjam mak punya mesin untuk cek gula dalam darah macam dalam gambar kat bawah ni.
Aku selalu jugak pakai benda alah ni masa kena BSP masa pregnant Izzat dulu. Sampaikan dah rasa biasa je kena cucuk-cucuk jari tu. Huhu... Seksa weh BSP, kalau siapa yang pernah kena. 
Dan bacaan aku 5.9mmol/L pada pukul 11.30 malam. Last makan malam pukul 9.30 malam. Cukup-cukup 2 jam test lepas makan. Sila lihat jadual kat bawah untuk rujukan paras bacaan yang normal.

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
Normal
<6
<8
Tolerans glukosa yang terganggu
6-8
8-11
Diabetes
>8
>11 


Aku pun sebenarnya tak berapa faham jadual kat atas ni, tapi kalau bacaan aku malam ni 5.9mmol/L aku rasa agak bahaya jugak untuk MGTT esok. At least kena bacaan 4mmol/L baru aku rasa lega sikit. Harap-harap esok pagi bacaan akan jadi lagi rendah. Result MGTT aku masa 26 Nov 2010 hari tu, kalau sebelum 4.4mmol/L dan selepas test 7.6mmol/L. Harap sangat-sangat esok bacaan cantik jugak. Doakan aku ye kawan-kawan. 

~ s u h i d a ~

Monday, April 04, 2011

:: Iberet Folic ::

Assalamualaikum....
Gambar diambil dari Google.
Dari check-up yang lepas-lepas.. Hemoglobin (hb) aku memang rendah. Kurang dari 11gm%. Walaupun mengandung kali ni aku lebih berdisplin, hari-hari aku makan asid folic dan vitamin B-complex. Tapi bacaan hb aku masih jugak rendah. Kalau ikutkan Razi dan Izzat dulu pun memang bacaan aku sokmo kurang dari 11. Tapi yelah, aku memang culas makan ubat masa tu. Asyik skip je sebab terlupa. Masa Izzat dulu paling rendah bacaan aku 8. Mungkin masa tu bacaan rendah efek dari aku yang kena diet sebab kena BSP. 
 Selama ni aku faham yang asid folik yang biasa diorang bagi tu untuk tambahkan darah, tapi kenapa bacaan hb aku rendah jugak. Rupa-rupanya, kalau ibu mengandung minum nescafe, kopi, teh, minuman bergas atau coklat memang boleh menghalang penyerapan zat. OOohhhh.. Patutlah, sokmo je rendah bacaan. Mana taknya, aku memang hantu coklat, milo dan baru-baru ni macam ketagih dengan Nescafe. Huhu.. Mana tak rendah bacaan hb. 
So, kali ni nurse cadangkan aku makan IBERET FOLIC untuk tambahkan kepekatan darah. Pagi tadi first time aku telan ubat tu. Kena makan IB 2 jam sebelum atau selepas makan. So, aku makan pagi sebelum keluar dari rumah. Sampai opis tiba-tiba aku jadi macam weng . Pukul 9.30 aku turun makan kat mamak sebab dah tak tahan sangat lapar. Bila naik balik ke opis, rasa pening kepala sangat. Mula-mula letak je dulu kepala atas meja. Lama-lama rasa nak termuntah. Pergi je bilik air, habis semua yang aku makan keluar balik. Huhu.. Lepas tu memang dah tak larat dah, nak buat kerja pun takde mood. Ingat nak rehat je. Terus mintak nak balik rumah. Admin aku tu baik hati pulak tadi, dia bagi aku balik awal walaupun isi borang half day. Huhu... 
Kenapa aku pening dan muntah-muntah tadi ek? Sebab kesan IB tu ke? Kalau tak sebab IB sebab apa pulak. Elok je aku pagi tadi sebelum makan IB tu. Esok dah takut pulak nak makan. Camne ek? Macam tak payah makan lah ek. Nak makan makanan-makanan yang boleh membantu tambah darah macam bayam..aku tak makan. Kerang..aku tak makan. Dahlah tak makan kerang, masa nurse tu terangkan makanan apa yang patut dimakan, dia cakap sehari kena makan 20 biji kerang. Huhu..Seketul pun aku tak lalu, nak suruh makan 20. Hati...aku tak makan. Makan hati ada ler... :) Tadi google kejap nak cari fungsi FOLIC ACID. Klik link ni ye. Kalau ikutkan ada lagi makanan lain yang boleh dimakan, contohnya macam cendawan..aku suka...keju..aku suka jugak..huhu... Susu...susu Hi-Goat aku suka. Tapi selalu terskip jugak.
Kuikuikui..... Rendah pun rendahlah, asalkan jangan jatuh sampai 8 macam Izzat hari tu. Doa-doakanlah ye, mudah-mudahan perjalanan aku lagi dua bulan sebelum melahirkan anak ni selamat dan dilindungi Allah. Amin...

~ s u h i d a ~

Wednesday, February 23, 2011

:: Sembelit 4 Hari..Seksa Wooohh ::

Assalamualaikum....
Razi memang dari kecik lagi ada masalah sembelit. Sembelit kadang-kadang berhari-hari sampai 4 hari pun ada. Masuk hari ke-4 tu, memang nampak dia merana jugak lah kalau sakit perut. Macam baru-baru ni, sembelit 4 hari. Dah bagi makan oren, makan pisang, minum air kosong banyak.. Tapi still tak jalan jugak. Tak membuang dari hari Jumaat sampailah ke hari Isnin. Susah jugak bila dia sembelit ni. Bila bawak ke bilik air, dah duduk mencangkung pun tak keluar-keluar jugak. Hari Sabtu & Ahad tu terpaksa aku pakaikan dia pampers sebab kadang-kadang datang bila dia nak memerut tu, takde lah kena seluar, takut tembus ke lantai.
Masa nak balik ambik diorang dari taska, aku tanya pada cikgu Ana.. Razi ada berak ke hari ni? Razi tak berak lagi, duk mengerut dahi, menggaru-garu kepala sebab nak memerut, kata cikgu Ana. Huhu... Aku mengadu kat cikgu Ana kalau macam tu, masuk hari ni dah 4 hari Razi tak berak-berak. Memang kesian... Sengsara weh. Masuk 4 hari lagilah susah nak membuang, najis dah jadi keras.
Kak Ana pinjamkan aku  MINYAK BUT-BUT dari HPA ni. Dia bagitahu, ada mak budak lain baru-baru ni pun anak dia sembelit. Dah 3 hari tak boleh berak, kak Ana suruh sapu minyak but-but tu, tak sampai sejam budak tu dapat membuang. Boleh jugak cuba..manalah tahu dapat membantu Razi membuang.
Ini lah minyak but-but dari HPA.
Balik tu, aku sapu minyak but-but kat perut Razi sambil baca doa. Kelakar..sekarang ni, kalau sakit je..mintak aku bacakan doa bagi hilang sakit dia. Huhu... Dalam setengah jam sebelum tu takde kesan pun. Sekali dah nak masuk sejam aku sapu minyak tu, Razi dah start mengeras duduk memerut. 
Alkisah bila dah nampak dia memerut tu, aku bawak dia ke bilik air. Kesian nengok nya haaa.. Macam-macam gaya ada. Mencangkung, berdiri, ruku' macam nak tertonggeng pun ada. Menangis-nangis dalam bilik air.. Aduhai.. sakit tu. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak dia membuang. Sakit bontot....katanya sambil menangis-nangis...huhu...
So, aku ingat nak beli satu, insya Allah. tadi google..tengok banyak jugak kegunaan minyak ni. Harga pun ok, RM10 satu botol 75ml.
Ini gambar selepas kejadian sembelit sudah berakhir. Muka lega..happy je. Kalau tak..berkerut-kerut.. Razi..Izzat, mak sayang korang ye. :) Jadi anak-anak yang baik tau!

~ s u h i d a ~

Friday, December 31, 2010

:: Tahun 2010 Yang Banyak Kenangan ::

Assalamualaikum.....
Tahun 2010 ni betul-betul tinggalkan kesan yang sangat mendalam pada aku, lebih-lebih lagi bulan Disember ni. Sepanjang bulan Disember ni, aku dan famili sokmo tak sihat. Abang Cha sambut hari jadi dia 25 Disember hari tu dalam keadaan berbaring masa kitorang bagi dia hadiah. Hehehe...Demam, batuk, selsema melanda famili kitorang. Demam jenis yang tak boleh bangun punya. Suara aku pulak semalam dah macam rockers. Budak opis boleh lagi buat lawak cakap suara aku macam Ella. Sudahnya, dek tak tahan sangat, dah sampai menggigil-gigil dengan mata dah merah, aku balik awal. Takdelah awal sangat, 5.45 petang. Aku cuba bertahan tak nak MC atau balik awal, sebab rekod aku bulan disember kat opis tu sangat teruk. MC, EL, ambek leave lagi. Balik awal dah dua kali. Huhuhu..... Haru...
Aku berblog sekejap ni sebab dah pun 31 Disember dan nak tinggalkan sedikit memori bahawa tahun 2010 ni betul-betul satu tahun yang amat mencabar pada aku. Awal tahun bermula macam tahun-tahun yang biasa, happy, ceria, sihat sentiasa. :) Cuma yang tak bestnya banyak khabar angin kat opis lama pasal bonus yang mungkin takde, takde increment, khabar angin pasal maybe ada orang nak kena buang. Semuanya ok sehingga lah lepas pertengahan tahun, banyak konflik kat opis berlaku dan akhirnya aku kecundang dan terpaksa tinggalkan opis tu.
Lepas tu time raya dan rasa seronok sebab tak perlu terfikir-fikir bila nak kena masuk kerja balik, sebab aku tengah mengganggur. Kebetulan masa ni bisnes Wardahwardrobe aku berjalan lancar, banyak jugak keuntungan yang aku dapat dalam keadaan tidak bergaji. Alhamdulillah. Mungkin ada berlebih sebab aku tak perlu ambik sikit duit wardahwardrobe untuk perbelanjaan seharian kalau aku bekerja. Masa tu jugak aku bergelut antara nak berhentikan taska Razi dan Izzat dan jadi suri rumah sepenuh masa. Memang kalau aku takde hutang PTPTN kompem aku tak kerja weh. Duduk rumah je buat bisnes baju aku tu.
Dalam tengah-tengah kemelut dan tiada pekerjaan, aku masih lagi menghantar resume, tiba-tiba aku dapat tau aku mengandung dah 5 minggu. Masa tu, aku rasa dah macam takde jalan lagi dah untuk aku dapat pekerjaan dan mungkin terpaksa berhentikan taska diorang.
Tapi, alhamdulillah... dalam banyak-banyak resume yang aku hantar, tiba-tiba ada satu firm berminat nak interview aku. Padahal tempat yang aku apply ni, tak pernah masuk dalam list aku pun disebabkab faktor jauh, perbelanjaan dan tenaga. Lagipun ni satu-satunya tempat yang aku endah tak endah je hantar resume. Hehehehe... Selalunya macam tu kan.. benda yang kita tak nak tu lah yang kita akan dapat, dan benda yang kita nak sangat tu lah yang kita takkan dapat. Tapi takpe, aku redha, mungkin apa yang aku sangka baik pada aku tak semestinya baik, dan apa yang aku sangka tak baik pada aku tak semestinya benda itu tak baik. Allah je yang maha mengetahui.
So berbalik pada interview aku tu, masa hari interview, aku takut nak bagitahu bos yang aku ni mengandung. Proses interview ok je dan esoknya bos telefon tanya berminat tak nak kerja kat situ. Dalam fikiran, terfikir aik senangnya diorang offer orang kerja. Aku pun terpaksa bagitau bos yang aku ni mengandung dan surprisingly bos accept news dari aku dengan rilek sekali. Betul... takde gagap-gagap langsung. Dia tanya, aku ada masalah tak kalau pregnant, aku cakap lah dengan penuh kopidennya, takde masalah besar sangat pun. Setakat sakit-sakit badan tu biasalah. So, dia pun offer aku kerja dengan syarat maternity leave aku nanti dapat gaji sebulan je. Huhuhu.... Tapi itulah, kita ni merancang je, tuhan yang menentukan. Mana aku nak tahu, yang mengandung kali ni betul-betul lain dari yang sebelum-sebelum ni? Aku start loya lepas 5 minggu, iaitu lepas aku interview dan bila aku dah start kerja baru. Menarik betul. Berlarutan sehingga 16 minggu. Ini baru aku nak rasa boleh makan, tapi lepas tu demam, selsema pulak. Aku rasa berat aku dah turun 3kg kot. Entahlah.
Sebenarnya lepas aku dah kerja dua bulan kat sini, baru aku tau kenapa bos senang sangat accept aku. Hehe..Rupanya orang susah nak lekat lama-lama kat situ. Ada yang datang dua hari je, pastu tak datang-datang dah. Ada yang tak datang langsung. Ada yang bertahan sebulan je. Patutlaaaa... Aku rasa kos makanan kot. Kalau nasi goreng kampung sahaja dah RM10.90, apa kes? Huhu...
So, sempena nak ke permulaan tahun baru kembali, aku berdoa semoga tahun 2011 ni Allah permudahkan segala urusan keluarga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kesihatan kepada kami sekeluarga. Aku harap tahun mendatang ni, aku akan jadi lebih matang, lebih sabar, aku nak jadi ibu dan isteri yang baik, aku nak jadi lebih kuat dan positif, aku nak jadi Suhida yang dulu. Ceria dan happy sokmo. :)

~ s u h i d a ~

Monday, August 16, 2010

:: Meh Aku Tunjuk Jalan Nak ke Klinik Homopati kat Selayang ::

Assalamualaikum....
Sunyi sudah blog aku ni, tak de mood nak bercerita. Disebabkan hari ni aku takde mood nak bekerja. Meh aku update blog kejap. Kerja rajin-rajin pun sudah takde maknanya. Huhu... Boleh gitu?
Nak cerita pasal Pusat Perubatan Homopati kat Selayang yang aku selalu pergi selepas dicadangkan oleh dua orang yang aku kenal. Diorang cadang bawak Izzat pergi homopati kat Selayang, berjumpa Dr Sabri. Boleh tengokkan asma Izzat yang sangat teruk. Teruk sangat sampai kan ada dia kena attack selang seminggu sekali. Masa tu susah aku nak cerita keadaan Izzat. Tertekan sangat masa tu. Sampai kena admit 3 kali sebulan kat HKL. Sampai admin opis sound "Kerja kena fikir jugak." Sampai sekarang hati aku sakit kalau terkenang balik. Geram je..Ishhh...
So, berbalik kepada homopati tadi, ada jugak aku cadangkan pada sesiapa yang nak cuba kaedah rawatan homopati, aku siap snap lagi gambar jalan nak ke sana. Korang kena lalu Jalan Kuching nak menghala ke Pasar Borong Selayang. 
Nampak Pasar Borong Selayang belah kanan tu.
Pastu nampak bangunan Warta, kaler coklat belah kiri. Homopati dekat-dekat situ.
Nampak Satria Neo masuk simpang sebelum Caltex tu. Haa..masuk simpang tu. Dah masuk kiri, pergi straight sampai ke belakang shop lot. Pastu belok kiri lagi. Homopati tu kat shop lot belakang bangunan Warta tu.
Tu dia signboardnya. Aku sampai awal. Pukul 9 lebih. Klinik bukak pukul 9.30 pagi. Lebih kurang lah pukul 9.45 camtu diorang sampai. Yang jaga klinik ni cuma Dr Sabri dengan wife dia..aku lupa nama dia.
Disebabkan aku kena pergi sorang-sorang, aku cuma bawak rambut Izzat yang aku potong sikit letak dalam kertas. Nanti bagi kat wife Dr Sabri, dia akan isikan dalam plastik untuk discan nanti masa jumpa Dr Sabri.
Ini lah Dr Sabri, Nampak tu dia tengah scan badan Izzat berdasarkan rambut Izzat yang aku bawak tadi. Mula-mula dia akan scan bahagian yang sakit, macam Izzat dia akan pergi ke paru-paru. Lepas dah tau sakit apa, baru dia pergi ke ubat mana yang sesuai dengan badan Izzat. 
Memang ler macam rumah. Hehehe...Kalau bawak Razi Izzat memang kompem main mainan ni. Budak-budak yang datang semua main kot. Hehehe...
Alhamdulillah, walaupun dua tiga hari gak nak sembuh, kadang-kadang tu seminggu baru nak sembuh. Izzat je ambik masa nak sembuh. Tapi, Izzat dah tak kena asma macam dulu. Ada gak dua tiga kali macam nak kena dan kena,  tapi bawak ke Homopati ni, takdelah kena admit hospital macam dulu. Syukur sangat-sangat.

~ s u h i d a ~

Friday, May 28, 2010

:: Minggu yang Panjang ::

Assalamualaikum....
Minggu ni aku rasa minggu yang panjang sangat. Macam-macam hal.
Sabtu : Izzat sihat walafiat. Razi selsema sikit-sikit.
Ahad : Izzat tiba-tiba batuk-batuk. Dah mula tak ada selera nak makan. Lepas maghrib, badan panas sikit dan muntah-muntah. Habis dimuntahnya atas mak Su. Lepas muntah, tiba-tiba badan Izzat jadi panas sangat. Malam tu kitorang tidur tak lena.
Isnin : Izzat  demam yang amat panas. Sampai aku ambik EL. Dari malam sebelum tu Izzat muntah banyak kali. Pagi tu kitorang ke klinik. Sebab yakin dengan ubat homopati lepas cuba untuk semput Izzat, kitorang pergi klinik homopati kat Selayang tu. Doktor Sabri cakap demam biasa. Bagi makan ubat demam, batuk dan selsema. Dah alang-alang tu, aku cek sekali Izzat elergik dengan apa sampai naik gatal-gatal satu badan dia. Izzat elergik susu haiwan rupanya. Petang tu gak suruh ayah beli susu soya.
Selasa : Demam Izzat tak kebah lagi. Razi pulak ikut demam. Aku pergi ofis macam biasa. Tapi, tak boleh buat kerja dan fokus sebab badan dah start rasa seram sejuk. Nak mc, admin tak bagi. Katanya opis banyak kerja. Bosan. Ingat aku sakit main-main ke? Malam masih lagi tidur tak lena. Izzat asyik terjaga, batuk-batuk dan tak selesa macam nak semput. Razi pulak mengigau. Ada sekali tu mengigau sambil jerit "Api..api.." Mengigau macam orang tua. Sabo je ler.
Rabu : Aku MC. Bangun pagi berat sangat terasa kepala. Lantak koranglah. Pergi opis tapi tak boleh buat kerja pun buat apa. Buat badan lagi sakit adalah. Mmm... Aku, Izzat dan Razi demam. Pagi mintak tolong ayah hantarkan Razi dan Izzat ke taska. Aku pulak tidur sampai ke tengahari. Nikmatnya...Alhamdulillah. Huhuhu...Menjelang tengahari, cikgu bagitau Izzat semput teruk.  Pergi ke klinik homopati tu balik. Doktor Sabri cek rupanya badan kitorang banyak toksik. Katanya keracunan. Wallahua'lam. Izzat maybe terkena dari aku, sebab aku BF. Cek paru-paru Izzat tak ada masalah. Tapi, memang nafas Izzat berkeruh dan kalau tekap telinga kat dada dia memang ada bunyi. Aku konpius, tapi terima je ubat yang doktor Sabri bagi. Tawakal. Malam tidur tak lena lagi. Huhu...
Khamis : Pagi-pagi tadi tengok nafas Izzat laju. Naik turun dada dia bernafas. Pastu nak bersiap-siap pagi tadi, Izzat nak berdakap je dengan aku. Sampaikan nak drive pun nak peluk bertekup kat dada. Macam mana mak nak drive, Izzat? Dia macam nak mintak nak menyusu lagi. Jam dah pukul 9 Izzat. Mak sekarang ni hari-hari masuk opis lambat tau.Terpaksa aku tinggalkan dia kat rumah dengan ayah memandangkan kat taska pun ramai yang sakit. Cikgu pun sakit. Mana taknya semua budak-budak sakit. Haru betul. Tak ada mood aku nak pergi kerja. Kat opis kepala ni asyik teringat Izzat dan Razi. Rupa-rupanya lepas aku tinggalkan Izzat, ayah cerita Izzat meraung dekat 2jam panggil "Mak..mak.." dekat pagar sliding door. Sedihnya lah. Aksi guling-guling kat lantai pun ada. Hik3...Ayah first time tengok agaknya Izzat mengamuk macam tu. Balik opis lunch hour, tengok Izzat dah tertidur. Izzat mengamuk nak susu aku rupanya. Dia tak lalu minum susu soya tu. Bila ayah bagi susu dumex biasa, baru dia nak hisap susu botol. Alahai...Camne ni Izzat? Kalau tak tukar ke susu soya, memang asyik menggaru-garulah badan menahan gatal. Susah hati aku. Tengahari tu aku paksa Izzat makan nasi dengan kuah sup. Memang meronta-ronta lah tak nak makan. Tak selesa tekak nak menelan agaknya. Kena gak paksa makan, sebab semalam dia tak nak makan langsung. Lembik sampai terbaring je. Alhamdulillah, dia nak gak makan walaupun meraung-raung.
Petang aku ambik diorang dari taska, tengok Izzat dah ok sikit. Malam ni pun ada gak dia meragam sikit-sikit. Tapi, oklah since aku pun dah start makan ubat pagi tadi. Katanya ubat untuk cuci bahan toksik dalam badan. Cuba je lah. Doakan kami sekeluarga cepat sembuh dan terhindar dari penyakit-penyakit yang memudaratkan ye. Sangat takut..dan sangat penat bila sakit ni. Huhu...
Sepanjang minggu ni kalau aku tiba-tiba terdiam, tak reply mesej, emel, bolayan terhadap pertanyaan2 atau yang sewaktu dengannya, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat nak fikir benda-benda lain selain dari situasi aku sekarang ni. Kerja kat opis pun aku tak boleh nak fokus, apa tah lagi hal-hal lain.
* Tiba-tiba rasa bosan kerja kat opis sekarang ni.
Gambar ni dah lama dah. Saja nak letak gambar.

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 26, 2010

:: Kami Demam ::

Assalamualaikum..
Kitorang bertiga demam. Izzat kena Ahad, Razi kena Isnin, aku kena Selasa.
semput...
mengigau..
* Aku meroyan. Tak cukup tidur. Gambar aku tidur tak boleh letak. Kang huru hara dunia. hik3..
Malasnya nak kerja esok.

~ s u h i d a ~

Saturday, April 03, 2010

:: Try Homopati Pulak ::

Assalamualaikum...
Start dari hari Rabu aku dah mula rasa macam nak sakit. Tengok-tengok nak kena selsema. Mulalah bersin-bersin tak ingat dunia. Hari ni, aku bawak Izzat ke Pusat Perubatan Homopati Selayang. Aku pergi dengan adik aku, Ina. Sampai klinik tu dalam pukul 11.30. Masih tak ramai orang lagi. Masuk je pukul 12, ruang tamu tu dah mula penuh. Huhu..Alhamdulillah sampai cepat sikit kalau tak jenuh gak nak menunggu rmai-ramai tu. Memang macam ruang tamu pun, ada banyak sofa, karpet siap ada bakul mainan untuk budak-budak.
Aku nak cuba pulak homopati ni, mana lah tau. Ikhtiar.... Kitorang jumpa Dr Sabri. Aku pun tak banyak sangat info pasal doktor ni, tapi ada orang bagitau mesin yang dia pakai tu (tengok gambar ye..oh, gambar tu aku amek dari google image..link ke smiley-applecider.) satu-satunya mesin yang ada kat Malaysia. Mesin tu boleh detect kita ada masalah kesihatan apa dan ubat apa yang sesuai dengan badan kita.
Doc Sabri bagi kite pegang macam batang besi yang sambung ke mesin dia tu, (macam Izzat tanak pegang besi tu, doktor potong rambut Izzat sikit, letak atas mesin tu) pastu dia cek kat monitor. Tapi kite bagitau dulu sakit apa la, lebih spesifik. Sebab Izzat asma, dia terus pergi ke paru-paru. Memang berbunyi bila dia klik ke paru-paru. Tapi paru-paru belah kiri je. Belah kanan Izzat, alhamdulillah tak ada apa-apa masalah. Cuba jelah dulu eh, mana lah tau.
Aku pun cek gak, dah alang-alang tu. Aku cek kenapa datang haid dah tak macam dulu. Sikit sangat macam haid yang hari terakhir, Cuma keluar tompok-tompok coklat, risau gak aku ye. Mestilah risau. Seganlah gak, tapi....Mmm...Lantaklah. Doktor pergi ke gambar vagina, dia klik kat semua tempat, semua tempat berbunyi. Mak aih....Semua area kat rahim aku problem, tapi tu lah, doktor ni tak terangkan spesifik sangat. Cuma dia cakap rahim aku tak pulih betul-betul pas bersalin hari tu. Tapi, betullah aku risau gak sebab satu rahim aku problem. Mmmmm...Oh ya, kahhh..bila aku cakap aku selsema, doktor cek2, rupanya aku ada resdung. Macam tak caya je, sebab aku bukan jenis yang bersin pagi-pagi. Kalau selsema je aku bersin. Tapi, aku perasan gak sekrang ni aku tak boleh habuk2 sikit, mulalah aku bersin. Kalau masuk kedai karpet atau kusyen ke, mesti hidung aku gatal. Resdung rupanya...Sabo je ler...
Adik aku Ina pun cek gak. Sebab dia selalu sakit dada dan batuk-batuk. Rupa-rupanya Ina ada asma...jeng jeng jeng....Kesian dia. Macammana leh dapat asma ntah. Yang kelakarnya, bila doktor klik kat ubat mana yang sesuai dengan Ina, Ina dapat ubat Blatia apa ntah. Pastu doktor tu terus cakap, "Blatia ni sebenarnya lipas.." Kahh....Ubat tu diorang proses dari lipas. Entah, aku tak reti nak komen. 
Tapi, korang doa-doakan ye supaya kami anak beranak sekeluarga cepat sihat dan sentiasa sihat ye..Amin..
*Takde gambar sebab malas nak ambik gambar.
p/s : lehla baca entry Ina gak pasal homopati ni.
~ s u h i d a ~ 

Thursday, April 01, 2010

:: Macam-macam Karenah Kat Wad ::

Assalamualaikum...
Tiba-tiba aku teringat masa tidur kat wad baru-baru ni. Masuk wad kali ni, aku rasa oklah, sebab budak perempuan sebelah katil aku sangat best dan kelakar. Asyik bersembang je. Maklumlah lebih kurang je umur dia dengan aku. Bilik yang kitorang duduk tu, nurse panggil 'bilik cirit' sebab dalam bilik tu semuanya budak cirit. Bilik yang kitorang duduk ni bilik yang paling hujung sekali, jauh lah gak dari bilik air. Hari tu yang masa Izzat asma, satu bilik semua budak asma. Ni dah cirit, satu bilik budak cirit. Senang kot doktor nak review sakit kalau semua yang sama sakit duduk satu  bilik. Lagipun bilik cirit ni berbau sikit sebab budak-budak asyik berak je. Tapi kalau budak selalu berak pun, kalau mak dia rajin dan pandai, takdelah berbau. Masa malam yang aku baru masuk tu, sampai ke tengahari memang tak ada bau taik. Sekali lepas tengahari, nurse pindahkan seorang mak dengan anak dia ke bilik kiotrang, pastu perghhh....bau mengenyat sampai sedalam-dalam lubang hidung. Aku? Bertabah hati jelah. Duk runsing fikir Izzat je lah..
Peraturan kat HKL mudah je. Pampers, pad atau segala bahan klinikal kena buang dalam tong sampah warna kuning. Kertas atau tin minuman dalam tong sampah warna biru. Dan....dalam bilik tak dibenarkan buang pampers anak. Tong kuning tak disediakan di dalam bilik. Tong kuning cuma ada di kawasan nurse dan bilik air je. Bayangkan aku kena buang pampers camne? Kena berlari-larilah tinggalkan Izzat yang tak boleh kena tinggal langsung. Memang kena buang kat tong sampah kat dalam bilik air lah. Kalau tak, dah tentulah busuk gila jadinya bilik tu. Tapi, ada jugak manusia-manusia yang ngok ngek kepala kemek tak paham-paham gak bahasa, buang gak pampers dalam bilik. Nasib baik katil aku tak dekat dengan tong sampah tu. Kalau tak, haru gak dibuatnya. Ada gak yang meroyan sekali lagi ni. Ngeee...

* Sori takde gambar kami kat hospital, susah sangat nak transfer ikut bluetooth dari handfon lama aku. Malas sudah.. Pasni ada lagi entry pasal kitorang duduk hospital lagi, insya allah.

~ s u h i d a ~

Sunday, March 28, 2010

:: Cirit Pulak ::

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua. Aku singgah sekejap berblog ni nak maklumkan yang kitorang berdua dah keluar dari wad pediatrik HKL malam tadi. Izzat kena warded disebabkan cirit birit pulak. Masa kitorang sampai malam Sabtu tu, doktor dan nurse wad KK1 semua dah kenal kitorang. Aku dan Izzat dah glamer kat situ. Mana taknya dah masuk situ 4 kali. Paling best, bulan ni je 3 kali.
Semua doktor2 sebelum ni yang aku pergi (sebelum ni pergi hospital selayang, ampang puteri dan klinik famili) cakap maybe jangkitan kuman kat taska. Even masa kat klinik pesakit luar HKL pun doktor bertugas tu cakap kemungkinan besar jangkitan dari taska. Tapi, aku berat hati je nak percaya sebab takde budak-budak yang kena. Izzat je. Even Izzat 5 hari cirit birit dan pergi taska, still takde seorang pun yang terkena jangkitan dari Izzat. Yang terkena cuma cikgu Zakiah je la. Ye ler, dia je yang menjaga Izzat. Memang logikla dia boleh terkena, ate satu hari kat taska kena tukar pampers dekat 6-7 kali. Huhu..Kesian cikgu Zakiah. Aku memang betul-betul terhutang budi dengan cikgu Zakiah dan cikgu Anna tu. Sebab sepanjang diorang jaga Izzat yang sakit ni, diorang tak pernah komplen.
Ok, sambung balik cerita masuk wad hari tu. Doktor-doktor kat wad KK1 tu bila aku cakap cirit birit, diorang terus cakap...haaa..ini dapat dari wad la ni. Huhu....Memang ar, nak expect macamana..Memang tempat banyak virus. So, malam kitorang nak masuk wad tu, doktor cucuk tangan Izzat nak masuk drip, masuk ubat dan ambik sample darah nak buat blood test. Izzat menangis ler meraung2. Dalam dia menangis2 tu, doktor tengok air mata dia tak keluar langsung. Dia cakap kering air sampai menangis pun tak keluar air mata. Seriussss..Aku sendiri tak perasan. Huhu...Memang Izzat dehydrated betul sampai menangis pun tak keluar air mata dah. Alahai....Kesian anak aku....Berat Izzat timbang, baru 8.7kg. Ringan...Tengok muka dia pun dah rupa muka ayah dia. Kurus dan cengkung dah.
Sepanjang tinggal kat wad, Izzat asyik cirit je. Berak Izzat yang pertama tu kena timbang, 788 gram. Nak dekat 1kg tu. Pastu kena calit, diorang nak ambik sample. 3 botol. Huhu...Hmmm.... Pagi esok tu, dapat result blood test, doktor bagitau yang memang badan Izzat ada virus. Tapi bukan virus yang betul-betul jahat. (mmm...apa maksudnya tu, tak faham..virus semua jahat lah.) Virus ni memang takde ubat, so bagi air garam tu untuk tak bagi Izzat kering dan just berharap yang cirit birit tu akan hilang sendiri je nanti. Haih......
Alhamdulillah, petang tu, doktor bagi aku keluar sebab tengok Izzat mahu minum air garam tu. Mana taknya, kena paksa. Aku kena bagi air garam kat Izzat 130ml dalam masa satu jam. Aku bagi dalam 5 minit je 130ml tu. Huhuhu....Cian Izzat, terpaksa rela je minum air garam tu. Menangis nangis gak, tapi mulut bukak gak. Keke....Lepas tu, barulah dia ada selera nak makan roti dan bubur.
Sekarang ni aku dah kat rumah, Izzat dah takde cirit birit lepas last dia cirit kat rumah mak mertua aku. (Sebelum balik rumah, singgah dulu rumah mak mertua. Rindu kat Razi, kena tinggal lagi kat rumah nenek semalam. Malam ni ayah ambik ye Razi..) Tak tahu kenapa Izzat pagi ni dah tak cirit. Tapi alhamdulillah lah...
Pesanan buat Izzat.. Izzat tak nak sakit-sakit lagi ye. Huhu...Mak sentiasa doakan Izzat sihat selalu, insya Allah.

~ s u h i d a ~

Thursday, March 25, 2010

:: Izzat Sakit ::

Assalamualaikum....
Akhirnya setelah berhari-hari dapat gak aku update blog aku ni. Ketika ini Izzat tengah tengok DVD Kungfu Panda, cerita yang dia boleh layan sampai habis. (Kalah cerita Geng Upin Ipin tu). Aku tak tau dia tidur ke apa tu. Tak bergerak-gerak. Jap aku jenguk dia jap... Lohh..tidur rupanya....Kuikuikui...Ingatkan khusyu tengok Kungfu Panda. Sabo je ler.
Malam ni Razi takde, aku hantar ke rumah nenek dia kat Sentul. Sebab...hari ni Izzat dah masuk hari ke 5 cirit birit, hardcore punya. Semalam dari pukul 11 malam sampai nak dekat pukul 3 pagi, aku rasa ada dekat 5 kali aku tukar pampers Izzat. Huhu...ada sekali tu, baru je pas sarungkan pampers baru, cirit lagi..Sabar..sabar...Pastu, Razi pulak tiba-tiba muntah. Tengah-tengah tidur, dia tersedak, dan termuntah. Cuak aku masa tu. Pandai lak tu, bila aku pujuk tak payah minum susu takut dia muntah balik, dia tak mintak susu. So, aku pikir aku kena asingkan Razi dan Izzat. Nanti kang kalau dua-dua sakit, aku gak yang haru sorang-sorang. Terbayang-bayang muka dia tadi masa hantar dia ke rumah nenek dia.... :(
Buat pengetahuan, Izzat warded hari Khamis dan Jumaat minggu lepas (lagi sekali sebab asma). Hari berikutnya Izzat dah ok. Entah tak tahu sebab apa, hari Ahad malam Isnin tu, tiba-tiba dia start muntah-muntah dan cirit. Malam Isnin tu aku bawak ke hospital Selayang. Mula-mula dengar nafas Izzat berbunyi, tapi sebab sebelum keluar rumah tu dia muntah sekali. Bila dah sampai hospital, MA kat situ (2 orang yang cek) cakap Izzat takde asma. So, aku ambik no giliran untuk jumpa doktor berkenaan cirit birit dan muntah-muntah tu. Sekali doktor cakap kena masuk air dan buat blood test. Kalau darah ada problem, maybe kena warded. Aku trauma betul dengar perkataan warded masa tu dan aku terus back out. (Aku malas nak cerita nape aku trauma kena warded, kang bertambah-tambah sakit hati aku.)
Esoknya abang Cha bawak Izzat ke Ampang Puteri, tapi aku tak tahu kenapa doktor tak bagi Izzat ubat cirit birit. Dia cuma bagi injection (aku tak tau injection tu utk apa..ini akibat communication skills yang teruk..aku tak pasti samada antara abang cha dengan doktor atau abang cha dengan aku..sebab aku tak dapat apa-apa info lepas dia berjumpa dengan doktor tu..). Tekaan aku, mungkin doktor tu tak bagi air garam lagi sebab hospital selayang dah bagi air garam. Doktor Ampang Puteri cuma bagi antibiotik dengan ubat untuk asma je.
So....berlarutanlah Izzat cirit birit sampai la ni. Sampai cikgu zakiah. cikgu yang jaga Izzat kat taska pun dah kena cirit birit. Berjangkit.(Alhamdulillah, aku masih sihat...aku cuba untuk kuatkan diri sendiri..aku tak nak sakit..kesian Izzat nanti....takut gak, takut kena mc lagi..huhuh....) Tadi, cikgu Anna tu tanya nak cuba tak minum air gandum. Bolehlah kot. Sebab katanya kalau nak cuba air kelapa, orang tua pun tak larat, sebab boleh buat badan lemah. Ini lagilah baby. (Alhamdulillah kedai air kelapa kat Melawati dah takde..) Aku cuba gak teh pekat macam yang Bed cadangkan,  tapi tak jalan. Tadi aku bawak Izzat gi Klinik Famili, harap-harap kali ni ubatnya berkesan. Doktor bagi ubat cirit birit dengan air garam. (Oh, Izzat cirit masa kat klinik, tapi taiknya kaler putih..sebab minum air gandum kot...)
Buat masa ni, aku cuma berdoa semoga cepat-cepat Izzat sihat. Badan Izzat susut sangat. Dah macam badan baby umur tak sampai setahun. Sangat sedih....Tolong doakan sekali ye, agar izzat cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Amin... Mak sayang Izzat ye...

Sunday, March 07, 2010

:: Izzat HKL ::

Assalamualaikum....
Entry kali ni nak cerita pasal Izzat kena asma hari tu. Dah boleh upload gambar dah. Ok, macam ni ceritanya. Sebenarnya Izzat dah start selsema dari minggu lepas lagi. Dah bagi ubat selsema pun tak hilang gak selsema dia. Tak lama pastu dia mula start nafas berbunyi. Aku cuma bagi nebulizer untuk bagi dia lega sikit untuk bernafas. Tapi bila dah hari Rabu, rasanya macam kena bawak pergi klinik. Bawak pergi Damai Service Hospital kat Taman Melawati, doktor Wati tu refer Izzat ke mana-mana hospital. Dia suspect jangkitan kuman kat paru-paru, sebab Izzat demam. Doktor suruh admit kat situ je, tapi....uhuk uhuk...
Malam tu kitorang try dulu ubat dari Damai, nama ubat tu Singulair. Tapi, tak jalan gak. Malam tu Izzat still nafas laju. So, pagi Khamis tu, kitorang terus pergi ke Wad Pediatrik. Doktor cek dan memang kena warded. Paras oksigen Izzat cuma 94. Nurse tu cakap kalau normal untuk baby ialah 95. Lagi satu unit je Izzat. Huhuhu..Takpelah, kali ni aku terima je dengan redha terpaksa bermalam kat hospital.
Izzat tengah tidur. Rasanya baru lepas buat xray kot. Masa ni baru dapat katil baby. Berdoa je mintak-mintak dapat katil untuk ibu gak sebab kalau tak sakit ler pinggang weh, tidur atas kerusi je. Wad pediatrik penuh. Tak macam masa bulan 12 tahun lepas yang kitorang warded dulu. Kali ni ramai budak-budak sakit. Kebanyakannya asma pulak tu. Dan banyak gak yang kena jangkitan kuman kat paru-paru. Malam kedua aku, satu bilik semua budak-budak asma dan jangkitan kuman. Pulak tu ada yang kena stay sampai 10 hari. Huhu..aku dalam hati, mak aih...sepuluh hari? Izzat cepat-cepat sembuh ye Izzat.
 Disebabkan ramai pesakit, kitorang kena tunggu giliran nak dapat katil. Kitorang masuk dalam tengahari, dapat katil dalam pukul 6 macam tu. Alhamdulillah, dapat gak katil untuk aku baring-baring susukan Izzat. Ada ibu sebelah aku, tidur atas kerusi je.Alhamdulillah baby dia dapat tidur dalam katil baby. Kalau tak, memang haru ler.
Izzat dah bangun, aku pujuk keluarkan semua mainan. Mana taknya, masa ni doktor dah cucuk tangan dia masuk jarum. Sibuk nak suruh aku bukak balutan dia tu. Mmm.. Yang peliknya kali ni treatment, diorang start dengan cuma suruh pakai inhaler asthalin tu je masa hari pertama. Tapi puff 6 kali dalam masa 4 jam. Ok gak tu, nak suruh buat nebulizer, memang kena sabar je la dengar Izzat meraung-raung sebab dengan oksigen lagi tersangkut kat hidung tu. Berapa banyak kali dia cabut benda alah tu. Sabo sabo.. Ye ler, nak memasang satu hal pulak ye. Jarum yang cucuk kat tangan tu, untuk nurse bagi antibiotik. Kesian gak, benda tu melekat je kat tangan. Sakit weh, berdenyut-denyut tu. Tapi kalau asyik nak kena injek je, mesti lagi haru. Tapi ada lagi yang lebih haru, Izzat ni ok ler, kena cucuk kat tangan je. Ada baby yang aku tengok, kena cucuk kat kaki. Ada yang kena cucuk2 banyak kali sebab tak jumpa urat. Lagi parah, aku ternampak ada seorang baby, kena cucuk kat tepi kepala, macam ariel pulak aku tengok. Sebelum tu Elin ada bagitau aku, dia pernah nampak baby kena cucuk kat kepala sebab tak jumpa urat. Tak terbayang camne rupa mula-mula tu, alih-alih ternampak pulak. Kesian sangat.. Sakitnyaaaaa...
Kena balut dengan kain, sebab mesti Izzat tarik punya kalau tak balut.
Hoh...masa nak pasangkan oksigen ni ke hidung dia, mak aih....Memang kena tabahkan hati ler. Mula-mula memang dia duk merengek2. Silap...bukan merengek, meraung kalau ikutkan. Huhu... Ye ler, kat tangan dah satu hal berdenyut-denyut. Ini lak kat hidung ada pulak benda menyangkut iye...Cian lah dia..
Habis semua barang aku punggah, nak pujuk dia.
Mak sedih Izzat. Tapi Izzat maintain ceria ye.
Ini masa hari kedua, doktor dah bagi off oksigen dah dan start bagi nebulizer setiap 4 jam. Pastu doktor pakar tu taburkan harapan pada aku yang petang tu aku dah boleh keluar, tapi kena tunggu doktor sesi petang approve. Sebab dia nampak Izzat dah aktif, dan nafas Izzat macam dah ok.
Tengok muka mak dan anak yang ceria, konon-konon petang tu dah boleh balik.
Kan Izzat kan kan..Ingatkan dah boleh balik. Sekali doktor sesi petang datang cek. Dia tak bagi kitorang balik. Muka aku tersangatlah frust masa tu. Tapi...nak buat camne. Malam tu tidur dalam keadaan lapar, sebab makanan tak sedap dan tak selera...Aku nak balikkk..
Ini hari ke 3. Tengok tu, abis satu bilik tu dia merayap.
Happy sangat-sangat masa ni. Sebab doktor dah bagi kitorang discaj. Yeay. tapi doktor pesan suh sambungkan puff tu sampai aku rasa Izzat ok. Baik doktor!~
Haih..memang takde gaya awak semput Izzat. Mana tak semput, aktif memanjang..Kekekeke..Anyway, syukur sangat-sangat. Kitorang ok sepanjang 3 hari kat wad. Cuma hari ke3 tu aku macam da weng sikit. Kalau lah doktor tak bagi aku balik gak hari ke3 tu, tak tau ler aku nak cakap macammana. Kahhh....
Bila dah duduk wad ni, macam-macam orang ler leh jumpa. Macam-macam cerita lah dengar. Tapi, aku lagi suka lepak baca buku, dan aku berjaya habiskan baca Twenties Girl tu dilah. Ceritanya sangat touching. Huhu.. Sekian.

~ s u h i d a~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...