Friday, December 31, 2010

:: Tahun 2010 Yang Banyak Kenangan ::

Assalamualaikum.....
Tahun 2010 ni betul-betul tinggalkan kesan yang sangat mendalam pada aku, lebih-lebih lagi bulan Disember ni. Sepanjang bulan Disember ni, aku dan famili sokmo tak sihat. Abang Cha sambut hari jadi dia 25 Disember hari tu dalam keadaan berbaring masa kitorang bagi dia hadiah. Hehehe...Demam, batuk, selsema melanda famili kitorang. Demam jenis yang tak boleh bangun punya. Suara aku pulak semalam dah macam rockers. Budak opis boleh lagi buat lawak cakap suara aku macam Ella. Sudahnya, dek tak tahan sangat, dah sampai menggigil-gigil dengan mata dah merah, aku balik awal. Takdelah awal sangat, 5.45 petang. Aku cuba bertahan tak nak MC atau balik awal, sebab rekod aku bulan disember kat opis tu sangat teruk. MC, EL, ambek leave lagi. Balik awal dah dua kali. Huhuhu..... Haru...
Aku berblog sekejap ni sebab dah pun 31 Disember dan nak tinggalkan sedikit memori bahawa tahun 2010 ni betul-betul satu tahun yang amat mencabar pada aku. Awal tahun bermula macam tahun-tahun yang biasa, happy, ceria, sihat sentiasa. :) Cuma yang tak bestnya banyak khabar angin kat opis lama pasal bonus yang mungkin takde, takde increment, khabar angin pasal maybe ada orang nak kena buang. Semuanya ok sehingga lah lepas pertengahan tahun, banyak konflik kat opis berlaku dan akhirnya aku kecundang dan terpaksa tinggalkan opis tu.
Lepas tu time raya dan rasa seronok sebab tak perlu terfikir-fikir bila nak kena masuk kerja balik, sebab aku tengah mengganggur. Kebetulan masa ni bisnes Wardahwardrobe aku berjalan lancar, banyak jugak keuntungan yang aku dapat dalam keadaan tidak bergaji. Alhamdulillah. Mungkin ada berlebih sebab aku tak perlu ambik sikit duit wardahwardrobe untuk perbelanjaan seharian kalau aku bekerja. Masa tu jugak aku bergelut antara nak berhentikan taska Razi dan Izzat dan jadi suri rumah sepenuh masa. Memang kalau aku takde hutang PTPTN kompem aku tak kerja weh. Duduk rumah je buat bisnes baju aku tu.
Dalam tengah-tengah kemelut dan tiada pekerjaan, aku masih lagi menghantar resume, tiba-tiba aku dapat tau aku mengandung dah 5 minggu. Masa tu, aku rasa dah macam takde jalan lagi dah untuk aku dapat pekerjaan dan mungkin terpaksa berhentikan taska diorang.
Tapi, alhamdulillah... dalam banyak-banyak resume yang aku hantar, tiba-tiba ada satu firm berminat nak interview aku. Padahal tempat yang aku apply ni, tak pernah masuk dalam list aku pun disebabkab faktor jauh, perbelanjaan dan tenaga. Lagipun ni satu-satunya tempat yang aku endah tak endah je hantar resume. Hehehehe... Selalunya macam tu kan.. benda yang kita tak nak tu lah yang kita akan dapat, dan benda yang kita nak sangat tu lah yang kita takkan dapat. Tapi takpe, aku redha, mungkin apa yang aku sangka baik pada aku tak semestinya baik, dan apa yang aku sangka tak baik pada aku tak semestinya benda itu tak baik. Allah je yang maha mengetahui.
So berbalik pada interview aku tu, masa hari interview, aku takut nak bagitahu bos yang aku ni mengandung. Proses interview ok je dan esoknya bos telefon tanya berminat tak nak kerja kat situ. Dalam fikiran, terfikir aik senangnya diorang offer orang kerja. Aku pun terpaksa bagitau bos yang aku ni mengandung dan surprisingly bos accept news dari aku dengan rilek sekali. Betul... takde gagap-gagap langsung. Dia tanya, aku ada masalah tak kalau pregnant, aku cakap lah dengan penuh kopidennya, takde masalah besar sangat pun. Setakat sakit-sakit badan tu biasalah. So, dia pun offer aku kerja dengan syarat maternity leave aku nanti dapat gaji sebulan je. Huhuhu.... Tapi itulah, kita ni merancang je, tuhan yang menentukan. Mana aku nak tahu, yang mengandung kali ni betul-betul lain dari yang sebelum-sebelum ni? Aku start loya lepas 5 minggu, iaitu lepas aku interview dan bila aku dah start kerja baru. Menarik betul. Berlarutan sehingga 16 minggu. Ini baru aku nak rasa boleh makan, tapi lepas tu demam, selsema pulak. Aku rasa berat aku dah turun 3kg kot. Entahlah.
Sebenarnya lepas aku dah kerja dua bulan kat sini, baru aku tau kenapa bos senang sangat accept aku. Hehe..Rupanya orang susah nak lekat lama-lama kat situ. Ada yang datang dua hari je, pastu tak datang-datang dah. Ada yang tak datang langsung. Ada yang bertahan sebulan je. Patutlaaaa... Aku rasa kos makanan kot. Kalau nasi goreng kampung sahaja dah RM10.90, apa kes? Huhu...
So, sempena nak ke permulaan tahun baru kembali, aku berdoa semoga tahun 2011 ni Allah permudahkan segala urusan keluarga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kesihatan kepada kami sekeluarga. Aku harap tahun mendatang ni, aku akan jadi lebih matang, lebih sabar, aku nak jadi ibu dan isteri yang baik, aku nak jadi lebih kuat dan positif, aku nak jadi Suhida yang dulu. Ceria dan happy sokmo. :)

~ s u h i d a ~

8 comments:

pizli.mw said...

Semoga dapat apa yang kau idamkan Suhida hehe..

mamashasha said...

salam sue, selamat tahun baru, semoga tahun 2011 memberi 1000 rahmat, kegembiraan,kebahagiaan pada ko....insyallah rezeki akan datang bergolek tambah2 lagi dengan kelahiran anak ke 3 nnt...

rynas said...

selamat tahun baru sue..moga tahun 2011 akan lebih mebahagiakan yer...tahun ni dapat baby barukan? mg rezeki lebih murah amin

NurTruth said...

Smoga menjadi ibu, isteri yang baik...
InshhaAllah...

nome said...

semoga apa yg ko inginkan akan jd kenyataan...aku sentiasa doakan yg terbaek utk ko sefamily...sesungguhnya dugaan yg ki lalui adalah ijian daripada Allah...bykkan bersabar dan redha di atas ketentuanNya

ellin_ibu_awathif said...

Salam...Sue, aku tahu ko akan kuat sampai bila²...u inspired me(juz both of us know bout it ;))

Semoga warna² ceria akan mengelilingi ko tuk 2011 ni..Ameen semoga sntiasa dirahmatiNya....

ellin_ibu_awathif said...

Salam...Sue, aku tahu ko akan kuat sampai bila²...u inspired me(juz both of us know bout it ;))

Semoga warna² ceria akan mengelilingi ko tuk 2011 ni..Ameen semoga sntiasa dirahmatiNya....

suhida said...

slm semua : terima kasih atas doa korang semua. sangat2 menghargainya. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...