Thursday, October 03, 2013

:: Jangan Cepat Mengalah Suhida ::

Assalamualaikum...

Mentor bisnes berbangsa Cina menulis,
"Kami sebagai orang bisnes bangsa Cina lazimnya mengamalkan ajaran bisnes dan berfikir gaya Confucious."
Antara yang kami amalkan adalah:

1) Keraskan kerja.

Tidak boleh buang masa. Setiap 1 saat yang berdetik dalam jam adalah kayu ukur kejayaan kita. Orang bisnes bangsa Cina memanjakan diri mereka dengan bekerja keras. Bermanja cara ini berjaya meletakkan bisnes mereka sentiasa ke hadapan setiap hari.

2) Hear, see and do.

Satu ajaran Confucious yang popular adalah,

"I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand."
Kami tidak suka dengar dan tengok kejayaan orang lama-lama. Ia adalah satu tekanan yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Orang bisnes berbangsa Cina suka buat dahulu. Daripada perbuatan, timbul satu kefahaman yang lebih mendalam.

3) Bakat & minat hanya mitos.

"Jika kita hanya 'tahu' bahawa kita ada bakat berniaga, itu hanya pengetahuan yang sia-sia. Kita orang bisnes tidak bergantung pada bakat semata-mata. Kita bergantung pada usaha."

Bakat dan minat hanya tinggal perkataan sahaja selagi mana tidak diadunkan dengan kerja keras. Bisnes bangsa Cina meletakkan doa, usaha dan kerja keras dalam aktiviti bisnes harian mereka. Setiap hari adalah peperangan. Setiap hari adalah perlawanan. Setiap hari adalah peperiksaan. Mereka tidak sedapkan hati dengan hanya berkata, "Aku ada bakat dan minat untuk berniaga."
Mereka sedapkan hati menerusi, "Selagi mana aku bekerja, selagi itu aku ada peluang untuk terus berjaya dan maju jauh ke hadapan."
_________________________________________________________________________________Petikan dari penulis muda jutawan 'Aqif Azizan' di facebooknya membuatkan hati aku kuat kembali. 

Selagi mana aku tau kemampuan aku dan juga kenapa aku perlu bertindak, Insya Allah aku boleh survive.
Bukakan minda, tenangkan hati.. Insya Allah aku boleh. Rezeki cepat atau lambat pada setiap orang lain-lain ok Suhida? :)

Wednesday, May 22, 2013

:: Bila Susah Hati ::

Assalamualaikum.....

Macam ini lah life aku sekarang ni boleh dikatakan hari-hari. Dapat tidur paling lama pun 3 jam sahaja. Sampai mata pun merah je pergi opis. Macam rupa tengah stone pun ye gak. Huhuhu....

Sambil buat kerja, terus bersahur sekali. Makan burger abang beli malam tadi. Walaupun sejuk, masih sedap lagi burger pakcik kat Permata 4 tu. 

Kalau time aku tengah-tengah nak rushing tu, kalau tak Izzat, Farhan yang bangun duduk kat sebelah. Kalau time aku tidur, korang tak bangun pulak kan.. Ikut sekali lena. Grrrr....

Tapi serius aku rasa life aku sekarang sangat miserable......

~ s u h i d a ~

Friday, May 17, 2013

:: Kudis Di Kepala Izzat ::

Assalamualaikum....

Tak tahulah apa benda atas kepala Izzat ni. Macam kudis, tapi tak bernanah. Cumanya bila kopek, kulit kepala tu tertanggal. Dekat dua minggu dah jadi camni. Rambut Izzat pulak jenis lebat melekat kat kepala, terpaksa nipiskan rambut dia sebab nak sapu ubat. Tak bawak pergi jumpa doktor lagi ni. Cuma pakai krim gatal dari HKL.

Hope cepat elok. Tengok petang ni dah merebak kat dahi pulak.


Asalnya sikit je kat kulit kepala. Tapi petang tadi tengok dah sampai ke dahi dah. Tapi yang Izzat ni tak menggaru pun.

~ s u h i d a ~

Friday, May 10, 2013

:: Masa Petang ::

Assalamualaikum....

Sekali sekala bawak anak-anak main kat padang lepas balik kerja, seronok jugak ek.
Anak-anak happy, mak pun release tension kan...

Sikit je lagi Ahmad Farhan umur 2 tahun kan.. :)

Ini ler padang permainan tempat aku membesar di Taman Permata. Heee.... Banyak sangat kenangan manis masa kecik-kecik kat padang permainan ni. Masa tahun 80 an takde mak ayah risau anak keluar pergi main kat padang kan..

~ s u h i d a ~

:: Ironman 3 ::

Assalamualaikum....

Orang semua dah tengok ironman.
Ironman dah habis dah.. mak lah ni. Taknak pergi tengok cepat-cepat.


Ayat dari mulut Razi yang teringin sangat nak tengok ironman. Maaflah Razi, ayah cakap cerita ironman tak best. Takpe, esok kita pergi tengok eh. Heee....

Bila anak-anak teringin sangat satu benda tu, lagi2 kalau dah mintak dekat berminggu-minggu..asyik terbayang2 je muka diorang dengan mata sayu tu kan....

~ s u h i d a ~

Thursday, May 09, 2013

:: Try Test ::

Hehe...
Nak try ok ke tak post blog pakai handfon. Tak pernah cuba lagi yg latest ni.

Try test upload gambar sikit....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...