Monday, July 26, 2010

:: Happy Birthday Nurul Aisarah ::

Assalamualaikum....
Huhu..haiii...saya tengah cari hadiah birthday ni untuk mak su sarah. Kukuikui..
Semalam abang Cha, aku dan Izzat pergi beli hadiah untuk Nurul Aisarah, adik abang Cha yang paling bongsu sekali sempena hari jadi dia yang ke 2 tahun. Tua 3 bulan je dari Izzat. Kira Izzat merasalah makcik sebaya dengan dia. Hehe....
Khusyu' abang Cha cari hadiah. Yang Izzat tu khusyu' mengacau. :P
Pilih jangan tak pilih, bang. Beli colour pencil, buku warna dengan papan hitam dengan kapur.
Syok ye mak lepaskan dia jalan sorang-sorang. Razi takde sebab ikut nenek balik Kuang.
Susah..susah nak dapat gambar Fadzli Shah senyum... ;P samala dengan budak kecik tu. Sayang, gambar goyang pulak.
Kitorang sampai rumah Aisarah kat Cheras pukul 3 lebih. Pergi ambik adik abang Cha, Kak Ina dekat-dekat Cheras jugak. Pastu order Domino's Pizza dari dalam kereta je. Hehehe... Berbuih mulut aku nak explain kat mamat yang ambik order tu mana alamat rumah Sarah. Elok kitorang sampai rumah Sarah, tengok mamat Domino's dah terpacak depan rumah. Memang timing betul.
Inilah Nurul Aisarah. Comel dak? :)
Kek Birthday Sarah, aku order dari Lovely Cakes. Lambat sangat aku order, dapatlah kek simple je. Kartun untuk edible pun tak banyak pilihan. Tapi, alhamdulillah kek coklat tu sangat sedap....
Sarah yang masa masih malu-malu lagi, tak berapa kenal kitorang.
Izzat pun nak jugak happy birthday eh. :)
Muka serius nak potong kek. Hehehe...
Dah lama sikit, barulah Sarah nak duduk main dengan Izzat. Nak dengan abang Cha.
Izzat pun sama, mula-mula malu-malu. Lama-lama buat mainan Sarah macam mainan sendiri ye. Itu adik abang Cha, Kak Ina.
Aku lak, akhirnya dapat jugak ambik Sarah duduk atas riba. Hehehe...Umpannya, bagi dia tengok kamera ler..Baru aku ingat, Sarah suka kamera. :)
Bila tunjuk gambar mak dia kat review gambar, tanya dia,
 "Ni siapa?".. "Mama.."
"Ni siapa?" sambil tunjuk kat gambar dia pulak.
"Sala...." alahai...tomeynyeee....

~ s u h i d a ~

Saturday, July 24, 2010

:: Acara Packing Barang Bermula! ::

Assalamualaikum....
Rumah dilanda ribut!!!! Kuikui...
* Takde nampak barang-barang yang tak sepatutnya kan? ;P
Tension aku mengemas dari pukul 2 petang tadi. Sampai pukul 6 ni, aku tengok sama je sepahnya...Adeh.
Rumah sepah ni bukan apa, sebab tengah sibuk-sibuk packing, kitorang nak pindah rumah hujung bulan ni. Dah dekat-dekat nak pindah baru lah sibuk nak kemas-kemas ye...Hehehe...Tak pindah jauh pun. Pindah kat jalan lain je. Taman sama lagi.
Saje je buat entry. Mengular kejap. Sakit pinggang lah.... Hehehe...Anak-anak takde. Masa ini lah nak concerntrate packing. Razi ikut nenek. Malam ni tidur kat kampung nenek di Kuang. Izzat pulak kat rumah cikgu. Nanti pukul 9 mak ambik Izzat eh. Bagi mak setel sikit ye mengemas ni.
Nak pindah sebab....sewa rumah ni dah naik RM50 masa bulan 3 hari tu. Sekarang dah jadi RM750. Cari-cari gak rumah-rumah kat area Permata ni kalau ada yang nak sewa. Tapi ada yang aku tanya, harga sewa RM900, RM800. Huhuhu...Terbantut hasrat nak pindah. Alih-alih awal bulan hari tu, pakcik abang Cha tanya nak tak sewa rumah dia kat Permata gak. Sewa RM600. Memang molek lah. Mestilah kitorang nak. Huhuhu.. Kalau tunggu lagi kat rumah sewa sekarang ni, tahun depan nak naik lagi RM50. Gila lah. Kitorang keluar ni, tuan rumah nak sewakan rumah ni RM800. Huhuhu..uhuk uhuk...Baik beli rumah baru.
So, start minggu ni, memang minggu yang sibuklah. Harap-harap kerja kat opis minggu ni tak pack lah. Kalau banyak kerja, memanglah rumah kemana, Razi Izzat ke mana, aku kemana... Hehehe.. Oklah, aku nak sambung mengemas. Kang kena marah pulak dengan abang Cha, tak siap-siap lagi mengemas. ;P
* Dari pukul 2 sampai pukul 6 ni, aku baru kemas baju Razi Izzat. Tak siap-siap lagi, tahu tak.....Haih....Baju diorang je aku rasa boleh dapat dua plastik hitam besar ni. ;P Meh korang datang tolong aku kemas. Hikhikhik....

~ s u h i d a ~

Friday, July 23, 2010

i lUv TuppErwAre BranD!!!!

Assalamualaikum...
Demam contest lagi. Kali ni nak join contest I Luv Tupperware Brand oleh ibu dini dan upperwarebrandibudini.


Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah 1 ramadan set.

Ada jugak 2 hadiah untuk pemenang saguhati. Tarikh tutup pada 31 Julai 2010.

Nak tahu syarat-syarat,boleh klik ---> sini.
Saya nak menang hadiah set ramadan kerana saya akan menyambut syawal tahun ini di rumah baru, jadi set tupperware ni memanglah sesuai sangat dengan rumah baru ni.

~ s u h i d a ~

Thursday, July 22, 2010

:: My Birthday - Part 3 ::

Assalamualaikum....
Cerita pasal besday aku lagi. Haih..ok ok ni last aku cerita eh. Hehehe.. Balik dari Aquaria KLCC terus menghala ke rumah keluarga mak mertua kat Sentul. Lepas maghrib, kitorang beramai-ramai bertolak ke Wira Seafood kat Taman Bolton, Gombak. Adik ipar aku belanja makan. :)
Okla kedai makan ni pun. Ada makan nasi-nasi, tomyam, goreng-goreng..western pun ada. Banyak pilihan. Tengok benda alah macam atap tu. ada macam logo UTM ye jugak.
Mak mertua, adik ipar - Fara dan suami, Kamarul, adik ipar merangkap best fren aku Lily dan suami - Shamsul. Lagi sorang adik ipar aku yang belanja kitorang makan ni jadi tukang ambik gambar. So, gambar dia takde. Huhuhu..
Dak kecik ni kalau pergi kedai makan, diam kejap je. Bila time acara makan, mula lah buat ragam. Huhuhu..
Sori..as usual, tak sempat lagi nak ambik gambar. Licin sudah. Kuikui...Aku janji next time aku snap gambar dulu ye. Ingat tu Suhida~ hik3....
Lepas selesai makan, berangkat balik ke rumah mak mertua untuk acara potong kek pulak.
Kek simple je. Tapi sangat lah terasa coklat dia. Huhuhu... Walaupun rupamu tak seberapa, tapi masih terasa lagi sampai ke hari ni coklat ko kat tekak aku ni, kek....
Potong main ikut belasah je.
Nak jugak letak gambar ni. Gambar kandid. Susah betul nak ambik gambar Fadzli Shah ni sengih.
Tiba-tiba masa  nak potong kek tu, dapat kiss pipi pulak dari abang Cha. Terkejut den. Malu pun iyo gak. Habeh, satu famili tengok haaaa...kekekeke.. Razi mengikut je ayah dia suruh kiss pipi aku ni. Huhuhu...razi memang suka kiss aku pun, tapi dak kecik lagi sorang tu, punyalah payah nak mintak dia kiss..Takpe..tunggu dia besar sikit, tuntut dia kiss sekali. Hehehehe.....
Kesimpulannya....ewah, siap bersimpul pulak..hehe.. aku sangat happy dengan ulangtahun ke 30 ni. Terima kasih ye pada semua atas doa-doa dan ucapan korang. Sangat-sangatlah terharu. Buat abang tersayang, terima kasih ye sebab sudi gembirakan hati kita di hari jadi kita yang ke 30 ni. Luv u always~ :P

~ s u h i d a ~

Wednesday, July 21, 2010

:: Jija's Lovely Cottage ::

Assalamualaikum...
Dapat tag untuk join contest lagi. Kali ni ditag oleh Kak Da untuk join Jija's Lovely Cottage yang dianjurkan oleh Jija. Tarikh tutup pada 31 Julai 2010
Nak join, boleh klik ---> sini 
Aku nak tag....

~ s u h i d a ~

:: SimplyStyleShop 1st Giveaway ::

Assalamualaikum...
Time untuk mengular kat opisss..yeah... Bos dan manager bung takde. yahuu.. Alang-alang tu, aku nak join satu giveaway ni yang dianjurkan oleh SimplyStyleShop. Tarikh tutup 31 Julai 2010.

Aku kena tag dengan Azura untuk join giveaway ni. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---> sini.
Aku nak tag Ainey dan Bed untuk join giveaway ni.

~  s u h i d a ~

Tuesday, July 20, 2010

:: My Birthday - Part 2 ::

Assalamualaikum....
Second day kat Hilton KL, pagi-pagi lagi Razi dah ajak mandi swimming pool. Memang mission kitorang nak bawak diorang mandi kat pool pun. Nak mandi bila entah lagi dapat peluang macam ni, nak pergi jalan-jalan. Pakaikan Razi Izzat baju Baywatch..Peeewiiittt...Hehehe...
Muka budak tak mandi lagi..Hehehee...Izzat ni bukannya tahu nak pergi mana pun, yang penting excited kan Izzat. Bukak pintu, meluru nak keluar.
Ni haa...dak manja ni ha yang beriya nak mandi swimming pool. Suka ye... Mak jeles tau, mak tak dapat join korang berendam.. Huhuhuhu...
Pagi memang crowded kan, ramai turun mandi swimming pool. Aku tengok sampai malam, diorang bukak bagi orang mandi.
Entah apa yang diorang tengok tu. Syok eh....Jeles..jeles...haih...
Ini muka budak tak nak naik atas. nak jugak berendam lagi. Susah betul nak pujuk Izzat naik atas. Aduhh....Razi pulak dah sibuk-sibuk, mulut bising mintak nak pergi tengok shark kat KLCC.
Naik atas, mandi kejap. Pastu turun KL Sentral, pergi cari makanan. Disebabkan aku suka nasi beriyani, abang Cha bawak kitorang makan kat Restoran Kabul kat KL Sentral. Dekat dengan bank CIMB dengan Maybank. Aku cadangkan kalau lah korang terpergi ke KL Sentral, boleh lah cuba masakan India kat restoran ni. Sedap. :)
Alhamdulillah, sedap weh. Aku makan nasi beriyani dengan ayam. Kuah kari marvellous.. Yang belah kiri tu roti garlic...Sedappppp....
Huhuhu...sorilah korang. Dah habis makan, baru teringat nak ambik gambar. Huhuhu..
Pastu naik bilik, siap-siap nak cek out. Nak bawak anak-anak gi Aquaria pulakkkk... Atas permintaan Razi tau. Siapa entah ajar dia, suruh cakap nak pergi tengok shark kat KLCC. Dari hari Jumaat, dia boleh mintak kat aku suruh bawak dia pergi KLCC. Sabo je ler...
"Abang nak tengok shark kat KLCC, boleh?"
Kalau lah aku boleh rekod berapa kali dia punya soalan tu, aku rasa ada dekat 50 kali kot. Huhuhu...
Tu dia...besau-besau ikan dia.
Tengoklah araipama dia. Nampak sihatlah, berbanding yang ada kat zoo negara. Ni air diorang terjaga, clear. Kat zoo, keruh mak aih. Selain dari ikan, ada jugak binatang-binatang lain, macam...
Iguana yang tidur dengan penuh bergaya ni. Hehehehe...
Kuda laut. First time tengok kuda laut live.....Macam naga pun ye gak, bila tengok dekat-dekat.
Binatang apa entah namanya. Kalau diorang bukak bagi pegang, aku nak pegang...Comel.
Obor-obor.... Geli..
Nak akuarium besar camni satu letak kat rumah boleh tak? Nak bela ikan pirana. Hehehe...
Dapat gak masuk terowong ni. Ngeri siut. Ada conveyer belt gerak sendiri. Kita berdiri je atas conveyer belt tu. Memang banyak beraneka macam hidupan laut boleh tengok kat terowong ni. Rasa macam bawah laut lah konon-kononnya...Hehehe.. Ada ikan pari, ikan jaws, penyu, etc.
Macam kat dasar laut tak? Huhuhu...Yang Izzat ni pulak suka betul kejap-kejap naik atas conveyer belt, kejap-kejap lompat kat lantai sebelah tu. Huhuhu...
Ngeriiiii..ikan jaws dia gemuk betul. Apa yang kita tengok melalui gelas tu, adalah 30% kurang dari saiz yang sebenar. Huhu..Boleh bayangkan tak besar mana ikan jaws tu.
Dah sampai penghujung ruang pameran dah. Nak balik dah. Nak pergi rumah mak mertua pulak. Ada makan-makan sempena hari jadi aku dan acara potong kek. Kekekeke..Cerita akan disambung. Jenuh lah korang layan je la eh. Huhhuhu..

~ s u h i d a ~

Monday, July 19, 2010

:: My Birthday - Part 1 ::

Assalamualaikum...Ini apa pulak ceritanya nih...Huhuhu...Kejadian ni berlaku masa kitorang tengah tunggu abang Cha roger kitorang, sebelum pergi ke lobi hotel. Kitorang tunggu kejap kat arrival KL Sentral. Abang Cha kerja Sabtu tu, so..kenalah tunggu dia bersiap-siap dulu baru kitorang boleh naik atas.
Dua adik beradik ni, mental aku dibuatnya masa tunggu abang Cha roger tau. Kalau abang tak sakat adik, adik pulak yang sakat abang. Ni Razi duk menyorok sampai bawah kerusi takut kena pukul dengan Izzat.
Muka bangga dapat buli abang.
Aku tergelak kekek kekek tengok diorang masa ni. Nak marah kena tahan gelak dulu, kena buat muka serius dulu. Adeh... Punyalah Razi tu penakut, taku kena pukul. Sampai habis bawah dah dia tunduk kat bawah kerusi tu.
Abang Cha bawak kitorang cutii satu hari kat hotel dia kerja. Ini lobi hotel Hilton KL. Aku yang request. Hehehe...
Kat counter depan tu lah tempat abang Cha kerja. Taulah korang nak cari abang Cha kat mana lepas ni eh. Hehehe..
Guestroom corridor. Cozy.
Bilik 1924.
Dapat bilik corner, dengan katil single. Tapi, abang Cha mintak diorang join kan. So, memang puas hati lah dapat tidur katil besar cenggini. Tak risau pun budak2 ni jatuh katil, memang katil ni luas. Guling lah korang nak guling camne pun. Hehehehee..
Dapat view hadap Taman Tasik Perdana.
Nak satu bilik air macam ni kat rumah, boleh tak? Huhuhu....
Bilik air dengan bath tub. Tak tercapai jugak hasrat aku. Huhuhu... Tapi pueh berendam dengan Razi dan Izzat masa first day tu. Abang Cha kerja Sabtu tu, so..apa lagi, pandai-pandailah buat aktiviti sendiri. Mandi dengan Razi dan Izzat dalam bath tub. Tak boleh snap gambar, mak diorang seksa time tu. Huhuhu...
Suka diorang duk kat tepi tingkap ni. Aku gerun gak, takut tiba2 tercabut tingkap tu..Eiii...
Memanglah suka. Nampak view swimming pool kat bawah tu. Razi sibuk ajak pergi pool, tak sabar dah nak tunggu esok. Esok insya allah, kalau aku smepat, aku upload pulak gambar diorang mandi pool.
Nampak gak KLCC dengan Menara KL. Tak lama lagi tak nampaklah kot. Diorang nak naik lagi bangunan kat area KL Sentral ni.
"Bila ayah nak datang ni? Ayah kat opis eh mak?" Biasalah..mulut Razi, tak reti duk diam.
Abang Cha naik kejap-kejap jenguk kitorang. Mengular ehhhh.. Hehehee....
Abang Razi, ayah hensem kan pakai uniform kerja? Hik3...
Lama betul nak tunggu abang Cha habis kerja. Sampai pukul 3 pagi. Huhu...
Tapi pukul 12 tu, aku dapat surprise....Abang Cha call pukul 11.59 tu tanya dah tidur ke. Aku pulak tak perasan masa tu dah pukul berapa. Layan kan jelah borak. Bila dah letak handfon, baru perasan laaaa...dah pukul 12 rupanya. Sms abang Cha, takde besday wish ke? Sekali..tiba-tiba bunyi door bell. Uhuk uhuk..tengok kat lubang pintu tu, nampak abang Cha bawak kek sepotong dengan present. Cair gua beb. Kalau bawak bunga, mesti aku cair lagi sampai lembik. Hehehe...Sekali tengok dapat present nokia C6. Tenkiu abang!~ Sangat happy dengan harijadi kali ni.
Buah hati aku yang terbaru. Perkenalkan....Nokia C6.
Nanti aku sambung lagi story kat entry lain pulak. Ngantuk sudahhh...Salammm...
* Terima kasih abang. Semoga abang dimurahkan rezeki pulak lepas ni. Nak dapat hp baru jugak....Kekeke...Mmmm...Terima kasih sebab sudi buat kite rasa hari jadi kite yang ke 30 ni menjadi satu kenangan yang tak mungkin kite lupakan. Kte sayang abang tau. Wowwweee... Kuikuikui..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...