Monday, April 27, 2009
:: Pergi 2 Klinik Hari Ni ::
Balik rumah, makan nasi dan terus telan panadol. Masuk kul 2,kepala dah start pening,ngantuk dan terus tidurrrrrrr....
Sedar masa abang balik kul 4.30 ptg. Dia ajak aku gi cek biji kat tetek ni. Macam malas je nak pergi. Mata memang takleh bukak da campur pening kepala. Tapi, kuatkan semangat gak. Patutnye pergi Sabtu lepas, tapi doktor Asmah Yun tu da tak duty hari Sabtu da kat Klinik Damai tu. Dia cuma ada kat Damai hari Isnin, Rabu dari kul 3-7 mlm. Pastu, Jumaat kul 9-1 tghari. Hmm..Aku ingatkan nak pergi Rabu, tapi dah alang2 MC ni, pergi je lah cek up. Bila lagi nak pergi, tak sedap hati pulak selagi tak tau mende kat tetek aku ni. Ngeee...
Alhamdulillah, takde apa2. Doktor Asmah Yun masa cek tu pun tau aku demam. Katanya badan panas ni, demam ke? Hehehe..Katanya rasa bengkak tu, tapi dia bajet tu cuma ketulan susu je. Hmm...Tapi,aku ada rasa sikit tak puas hati sebab dia tak nak buat ultra sound terus. Dia bagi makan antibiotik dengan ubat surut bengkak. Aku rasa macam ubat yang sama aku makan masa luka operate masa beranak Izzat terbukak dulu. Tengok dalam 2 minggu lagi, kalau tak surut gak, dia akan buat ultra sound dan tengok cane. Kemungkinan na kena operate tu ada la..Hmm..harap2 cepat surut la ye.
Banyaknye ubat nak kena makan...Huu...Pening aku. Tak berani aku nak makan panadol esok. Kompem kat opis nanti weng punye...
~ s u h i d a ~
Saturday, April 25, 2009
:: Tag Dari Zura ::
TUGASAN HARIAN...????
1) Bila terakhir anda cuci toilet?
Rasanye masa ngandung Izzat. Skang ni abang yang cuci toilet. Huhu...Baru lagi bper hari lepas dia cuci. Maceh abang~ I lebiu.
2)Pencuci apa yg anda guna?
Brabd giant kot. Da takde pelekat da.
3)Dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
Hahahaha....Duk uma mak,adik aku Ina yang mop lantai.
4)Apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
Selalunya siap2kan baju Razi dan Izzat, gosok baju dan sebagainya.
5)Apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
Ayam masak kicap/merah.
6)Minuman selalu anda buat waktu pagi?
Kat opis..air kosong. Kadang2 je nescafe. Takde milo ar kat opis. Tertekan aku. Huh.
7)Sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
Pas anak2 tido,klu takde keje, daku layan internet sampailah abang balik. Pastu,baru tidur.
.....................................................................................
Nak jawab 2nd tag ni macam lemah sikit..Huh...Takpe..aku jawab gak.
BADAN ANDA....
1) Berapakah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
Berat = Tak tau ar..Tapi lebih 60 kg (Tapi tak lebih 65 ok....Ceee..coverla tu..)
Tingi = 150cm
2) Berat yg paling tinggi dalam sejarah anda?
74kg. Masa sarat peknen Razi. Masa Izzat berat aku paling tinggi 64kg (Nak cter gak tu..hahaha...)
3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh badan lansing?
Makanan sampingan untuk bagi gemuk ada laa..Tiap2 petang duk gobek2 tin biskut kat pantry opis. Huh..tubuh langsing mende.
4) Berat yg paling rendah yg pernah anda dapat? Usia anda ketika itu?.
Berat = 52kg
usia = 25thn... masa na kahwin dgn abang.
5) Anda pernah sertai program pelansingan?
Pernah.
6) Apakah diet yg anda ambil untuk memiliki berat anda yg paling rendah?
Makan buah je..sayur. Minum banyak air dan jangan makan nasi.
7) Apakah yg menyebabkan berat badan anda naik mendadak?
Mengandung... dan kali ni sebab aku pakai implan. Nafsu makan macam haram.
8) Apakah target anda untuk kurus selepas ini?
Tak tau ar aku na jawab soalan ni.
9) Miliki gambar anda dulu dan kini?
Ada kot.
10) sila upload...?
Gambo dulu2..
Gambo kini..
~ s u h i d a ~
Friday, April 24, 2009
:: Tag Dari Jue ::
Tugasan :
1) Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang msh dalam wad maknanya gambar anak hari PERTAMA.

(Ni betul2 gambo first Razi,ayah dia snap betul2 baru kua punya..panas lagi tu..)
Nama penuh : Muhammad Fakhrurrazi bin Mohammad Fadzli Shah
Nama Panggilan : Razi
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 20 Mac 2007
Tempat Lahir : Hospital Sungai Buloh, Selangor
Berat Lahir : 3.06kg
Cara Kelahiran : Emergency Operation sebab Razi dah berak dalam perut. Tapi,lama aku sakit,baru 4cm. Doc bg can 2 jam,tp maintain gak tak bukak2 4cm. Tu yg kena belah tu.
Gambo sekarang.
.jpg)
Nama penuh : Muhammad Fakhri Izzat bin Mohammad Fadzli Shah
Nama Panggilan : Izzat
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 22 Oktober 2008
Tempat Lahir : Hospital Besar Kuala Lumpur
Berat Lahir : 3.4 kg
Cara Kelahiran : Emergency Operation sebab dia pun berak gak dalam perut. Tapi up sikit ar,dah bukak 5cm dah masa tu. tapi,doc tanak tunggu,terus operate. Huuuuuuu..
Gambo sekarang.
3) last sekali... apakah harapan korang pada anak ini.. dan korang nak anak ini jadi apa besar nnt... dan KENAPA..?
Untuk anak2 mak, semoga jadi anak yang baik, sabar, lemah lembut dan paling penting semoga menjadi anak yang soleh. Aminnn..Nak jadi apa, kalau leh nak ar dorang jadi tahfiz..tapi tahfiz professional la..Leh ke? Hahahha...
.....................................................................................
Cter pasal anak2 ni,korang ada tengok klip video maid sepak budak pompuan umur 2/3 tahun. Siap pijak2 budak tu lagi. Aku tak tengok. Tak sanggup. Terbayang-bayang kalau...ish...Mak pun ada cakap gak. Mak berani tengok. Aku takleh laa..sensitif. Memang laknat ar orang yang wat budak2 sampai macam tu sekali.
~ s u h i d a ~
Thursday, April 23, 2009
:: Fibroid Ke? ::
~ s u h i d a ~
:: Amek Award Kak Ai Keliwon ::
pastu ternampak 1 award ni..comey..dan dia ngn murah hatinye bagi kat sume orang..so,aku amik ar kak ai.huhu..

comey kan?
so,aku pun nak pas award ni kat sesapa yang baca blog aku yang tak baper best ni.amek ye..
maceh,maceh..
~ s u h i d a ~
Wednesday, April 22, 2009
:: Tag Wallpaper ::

Tag terbaru dari kak Imah. Hehehe...
1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah gune sekarang jngan tipu2 ek..
Ku tak tipu punyee..
2) Bgtau nape anda suke wallpaper anda
Sebenarnya PC ni kemudahan awam untuk famili. Hard disk ku rosak. So,beramai-ramai pakai PC kat bawah ni. Abang Ju yang wat wallpaper ni. Masa tu aku tengah bukak folder gambo2 yang ada. Pastu,aku blah gi mana ntah. Bila datang balik,tengok dia dah set gambo ni as wallpaper. Hmm..biar je la. Aku suka gak...Ngee..
Gambo ni masa Farah,adik ipar aku bertunang 11 Januari yang lepas. Razi pun tengah sibuk2 na mengemas. Ngeee...Muka tak mandi lagi tu. Hahahaha..
3) Tag 10 people
Tak larat nak tag, ramai2 sangat. Buat yang terselect tu,klu rajin,buatla ye.
1. Zaihan (Banyak sangat aku tag ko,buat tau)
2. Dak Hanny.
3. Dak Fadet.
4. En Pizli Besout(kalau dia baca la post aku ni..huu..)
5. Emak..mm..mak takyah la. Sama je wallpaper mak pun. Dah ni komputer dia. Kekeke..
....................................................................................
Pas dapat tag ni,baru aku paham cane nak print screen. Ciss..punyelah senang. Aku pun excited panggil Ina,konon nak tunjuk skill baru lah tu. Dia gelakkan aku,benda ni dah berkurun dah ar. Ye ke? Kunonya aku. Huu...
~ s u h i d a ~
Tuesday, April 21, 2009
:: Warehouse Sale ::
Sunday, April 19, 2009
:: Lupakan ::
Nak lupakan wat freelance ni ke ha? Serius,aku dah tak daya.
Hmm..nak melayan perasaan jap ar..Aku nak tanya, pernah tak korang buat silap di masa lampau?
Aku rasa semua orang pernah, sama ada kite pernah terambik selipar org ke..atau kite pernah minum air paip ke masa praktis puasa..atau pernah tipu cikgu ke, atau macam2 lagilaaa,contohnya. (Contoh ye..contoh je. aku tak buat perkara2 tu.hahahaha)
Pernah tak korang terkantoi? Tak kira la masa tu jugak ke ataupun dah beberapa tahun dan korang sendiri pun dah tak ingat dah benda2 yang korang pernah lalui. Tiba-tiba je ntah camne, terkantoi. Pelik,kan.
Biasalah, banyak lah gak kesilapan-kesilapan yang pernah aku buat. Aku menyesal dengan apa yang aku buat. Dan banyak perkara yang aku dah lupakan. Aku pun dah tak ingat dah. (sebab aku ni memang pelupa sikit tak kisahlah kes apa pun).
Pernah dengar tak ungkapan "The ones that you love the most will be the ones to hurt you the worst" Betul tu, makin kite sayang kat seseorang, makin kite harap dia akan jadi perfect. But nobody is perfect, including me.
Maafkan kite..kite tak sengaja.
But, I really respect with how you accept it. I think, I will never react as same as what you did to me.(This I answer your question).
Aku dah lupakan, harap dia pun boleh lupakan.....
~ s u h i d a ~
Friday, April 17, 2009
:: Keluar Dating ::
Thursday, April 16, 2009
:: Kerja lah weh ::
Aku konon2 malas na buat drawing mlm ni. Nak tidur dulu lah, maybe bangun balik dalam kul 1 pagi. Tapi,paham pahamla, selalunya kalau niat camtu, maunye nak bangun balik kalau dah sedap tidur. Huu..
Dari kul 11 mlm aku tidur tadi, Razi asyik meragam2 je. Tak tau lah aku apa yang dia rimas. Aku pun tidur terkejut terkejut lah dek dia asyik bangun je.
Tadi aku da tension sangat, sebab pening, turun bawah buat susu. Elok aku bagi susu, diam da dia. Last2, ni ha..aku decide nak wat kerja walaupun malas gila. Hari-hari buat drawing, dah jadi benci pulak rasanye. Huh.
Konon nak tidur ar. Tapi, asyik terbangun bangun je. Pening kepala. Nasib baik anak aku laa...Eiii...
(Setiap yang berlaku ada hikmahnya..kalau Razi tak meragam, alamat tak buat ar kerja aku ni..kuikuikui)
Dah dah dah Suhida. Buat kerja. Layan blog pulak dah...Ngee..
~ s u h i d a ~
Saturday, April 11, 2009
:: Award ::

Bestnye dpt award. Dapat dari dak Hani (http://iluvmasha.blogspot.com)Maceh. Ngee~
So here's the rule :
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog.
2. Link the person you received your award from.
3. Nominate at least 7 other blogs.
4. Put links of those blogs on yours.
5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated!
Award ni untuk :
Zaihan - http://cheesy8.wordpress.com
Emak - http://permatainn.blogspot.com
Herda - http://aimanairel.blogspot.com
Chekuna - http://chekuna-rauna.blogspot.com
Jue - http://atanayuiman.blogspot.com
Kak Ai - http://aizahkaman.blogspot.com
Imah - http://sarimahrizal.blogspot.com
Alya - http://nayville.blogspot.com
Nas - http://naszif.blogspot.com
Zura - http://fazilzura.blogspot.com
Kirana - http://kembara-bahagia.blogspot.com
Amik ye.
~ s u h i d a ~
:: Aku Suka ::

Aku suka kerja aku sekarang ni. Serius...Kalau ikut kartun tu, dah tentulah aku suka kalau skg ni dapat bercuti ke, dan tentulah best kalau dicover insurans. Buat freelance memang ar best, lagi-lagi kalau buat je dapat payment, buat je dapat payment. Memang heaven ar. Bezanya cuma freelance ni takde ar EPF. Pastu da tentu bila ada kerja je baru ada duit. Memang kena pandai timing ar kalau setakat na freelance kat rumah je. Tau tak yang bestnya buat freelance ni..nama pun free kan. So, time tu always free je ar memanjang. Nak melepak-lepakkan diri, ikut sesuka hati je. Hmm..Bila dah start keje ngn orang ni...Nak rilek? Huh~
14/4 ni genap 3 bulan aku kat I Dee As..Kejap je kan...Penat seh. Tension.
Start dari aku masuk sampai skg, no rest at all. NON-STOP. Ye..takde stop punye, nak rilek2 kejap ke. JANGAN HARAP. Habis je satu set, dibagi lagi yang lain. Aku nak bernafas jap pun takleh.
Ada je si mamat jojo ni bagi aku kerja. Tertekan aku. Hari-hari buat detail drawing. Hari-hari buat detail drawing. Lama-lama leh jadi hantu detail aku ni. Harusss...
Bukanlah aku nak komplen..Nak meluahkan perasaan jek. Kadang-kadang tu terindu gak na duk uma wat freelance jek. Tapi..tak boleh. Kena kerja beb. Kena..
Hari-hari balik paling awal pun kul 7. Tak boleh blah kalau camni gayanye. OT Razi dan Izzat lagi. Pasni, kalau dapat confirm, na mintak increament, leh tak? Mintak lebih sikit. Ngee.. Iee..Perasan. Diorang lagi nak buang orang, ko ada hati nak mintak naik gaji. Harapan lah weh..Kang elok-elok nak confirm, terus diorang tak jadi. Kuang kuang kuang...
Sebenarnya aku agak hepi jugak bila diberikan kerja bertimbun-timbun and non stop. Sebab sepanjang aku kerja kat banyak-banyak id firm, aku tak pernah lagi join kompeni yang havoc and tough gini. (Except KFC ar. Keje kat KFC pun havoc gak. Tapi banyak havocnye na melayan kerenah org je..Huuu) So, bila da banyak kerja tu...dapatlah banyak belajar gak. Walaupun aku agak bengang ngn mamat tu, tapi aku respect gak sebab dia pun tak kemut na mengajar aku. Sungguh murah hati. Yelaa, aku ni pun tak berapa pandai sangat. Budak baru belajar.
Aku kan sebenarnye...teringin sangat nak join design team satu hari nanti. Asyik technical team je. Agak-agak boleh ke? Takpe..perlahan-lahan. Tengok macam best je design team. Suka-suka hati dia je nak design camni, nak design camtu. Best ar, sebab dapat decide ambient nye camne, nak rupanye camne...Kalau jadi tukang draw ni, feel tak sampai ar. Hahaha..
Boleh ke aku? Tabahkan hati. Kuatkan semangat. Kerja bersungguh-sungguh. Sebab apa tau? Tadi..si mamat tu dah bagi berita gumbira. Dia nak confirmkan aku...Wowwweeeee..yeay yeay. Kalau ye la, aku nak dikompemkan,nilah achievement terbesar aku sepanjang karier aku iaitu dikompemkan dengan begitu cepat sekali. Bangga..harusss...Hahahahaha...Alhamdulillah...
Apa yang berlaku suhida, pasti ada hikmahnya.
~ s u h i d a ~
Thursday, April 09, 2009
:: How Well You Really Know Your Husband Tag ::
Alya, finally I can answer your tag. Yup, asyik cter pasal anak je..Cter la pasal en suami pulak ek..Ngeee....
Rules: Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.
He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
He's rarely watching tv because of the schedule of his work. But when he does, usually its movie channel on astro.
You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
I think the only salad that we eat is coleslow KFC. hahaha...
What’s one food he doesn’t like?
Lamb. I'm also not a fan of lamb...Kite serupa ar bang~
You go out to eat and have a drink. What does he order?
Either teh tarik or teh ais.
Where did he go to high school?
SMK Maxwell, Sentul.
What size shoes does he wear?
5/6. Hardly to find shoes for him. (Suamiku
What is his favorite type of sandwich?
Toasted bread and butter on it.
What would this person eat every day if he could?
Jering? Hahahaha..Or maybe ikan kembung goreng.
What is his favorite cereal?
What would he never wear?
He wears everything except women's wear laaa..
What is his favorite sports team?
I don't know.
Who did he vote for?
PKR / PAS? I thought it's confidential.
Who is his best friend?
Kamarul and Sham. (Bukan kite ke, bang? Huuu..Yela..kite ni sape..)
What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Crying for no reason. That's what he thinks. Obviously people crying because of something.
What is his heritage?
Honda C70. A very very old Honda C70. It's at MIL's house. I know he wants to do makeover, but don't think it's a right time to do it at this time.
What is his favorite colour?
White.
What is his habit?
Termenung before doing something. Cari ilham kot...
What is he proud off?
Me? Kekekeke....But I know he's proud having two sons, Razi and Izzat.
Lastly, do you think he will read this?
Yes
I want to tag all the wifey below :
Zaihan
Kak Ito
Herda
Emak
Saje na up taruk gambo masa kawen..Hohoho... Jangan marah aaaa....I lebiu abang.
~ s u h i d a ~
Wednesday, April 08, 2009
:: Baru Aku Tahu ::
Sebenarnya, semua duit OT diorang jaga budak balik lambat, semuanya diorang tak dapat.
Kesian.
So,next month aku akan bagi terus je RM50 tu kat diorang. Sebab diorang yang jaga anak2 aku kalau aku balik lambat. Owner nak tanya pe,tanya laa..Pandai la aku jawab nanti.
Aku lagi puas hati kalau duit tu betul2 dapat pada diorang. Tak sangka. Tapi yelah,aku pun tak tau kenapa owner wat camtu. Maybe dia ada sebab dia sendiri. Tapi,aku still rasa unfair.
Kite tengok la, next month. Meletup tak nanti. Pecah tak tembelang dia. Aku takleh ingat ayat coverline dia masa tengah nego untuk OT dulu. "Yelah, diorang jaga anak-anak kite. Kenalah bagi sikit. Diorang basuh berak budak, bagi makan..bla..bla..bla.."
Last2, dia yang pakai duit tu. Hampeh. Huh~
..........................................................................................................................................................................
Pastu,aku tengah ngantuk2 ni, wat freelance. Leh aku overwrite 1 drawing yang da siap. Tension tak. Dah..malas dah nak buat. Esok je la sambung. Aduh..tertekan tertekan....
~ s u h i d a ~
Sunday, April 05, 2009
:: Panton Chair ::
Zaihan, check this out.http://www.flickr.com/photos/mrorchid-bangi/3227419929/in/set-72157612988406853/
~ s u h i d a ~
Saturday, April 04, 2009
:: Time Aku Sengal ::
Gambar yang dah diedit, macam cina la pulak jadinya. Tapi serius kalau tak edit,muka macam jembalang pun ye. Nampak parut harry potter aku ngn mata sembab nye...hahaha..Friday, April 03, 2009
:: Saje Saje ::
Thursday, April 02, 2009
:: IDS Dinner 2009 ::
~ s u h i d a ~
Wednesday, April 01, 2009
:: Efek Jubin Hitam ::





Gambar yang ni saya just na tunjuk efek lantai gelap. Kalau perasan, semua colour scheme atau konsep ruang adalah lebih kurang sama. Betul tak? Sekian...
* Aku pinjam gambar2 ni ye..wat yang bekenaan.
~ s u h i d a ~
