Tuesday, July 26, 2011

:: Cerita Susu dan Pum Susu ::

Assalamualaikum...
Ahmad Farhan dah dua bulan dan abang dah cukur rambut Farhan masa 15 Julai hari tu. Dekat 2 jam abang cukur rambut bam bam Farhan. Razi Izzat dulu pun abang yang cukur, aku tak pandai nak cukur kepala baby. Takut tertoreh. Huhu...
Lena Ahmad Farhan tidur lepas kepala dah dibotakkan. Sekarang ni Farhan menyusu tak kerap, tidur je banyak. Ada sekali tu aku tertidur dari pukul 11 malam, tersedar bila dia mintak susu, masa tu dah pukul 5.45 pagi! Huhu.. terkejut aku, dahlah rabun. Dalam gelap-gelap dengan tengah mamai-mamai tu, berkelip-kelip mata aku tengok jam. Takut tersalah tengok jam. Huhu..
Sekarang bermula kembali aktiviti mengpum susu ye. Ini gambar stok EBM untuk Farhan. Alhamdulillah... Gambar ni diambil masa nak menyusun balik susu dalam freezer. Dah penuh sangat freezer. Susun balik yang lama-lama letak kat depan yang senang nak capai. Yang baru-baru letak belah dalam. Mana tak banyak macam tu, aku simpan susu 3-4oz je dalam satu plastik. Huhu... first day balik dari hospital, aku dah start pum. Sebab Farhan jaundice. Dia tak kerap menyusu. Tu yang pum je sokmo. Lagipun kali ni berazam nak menyusukan anak susu badan sepenuhnya sampai 2 tahun. Susah macam mana pun nak pum masa kerja, aku akan usahakan. Masa Izzat dulu aku give up pum kat opis sebab budak-budak opis lama aku kuat mengusik masa aku tengah pum. Tension ler, nak pum susu pun kena concerntrate gak. Hihi....
Aktiviti mengpum harian aku bermula dengan dari pukul 6 pagi. Bagi yang fresh punya kat taska pagi-pagi tu. Tengahari pum sekali kat surau awam. Huhu.. Ada la seorang je kakak yang tegur aku masa tengah pum masa kat surau. Ok jugak takde orang nak tegur, segan jugak pum susu kat surau awam. Ada jugak aku try pum kat opis, tapi masa lunch lah. Itu pun tak selesa jugak sebab pum kat workstation je. Tertoleh toleh kat pintu, takut ada orang lelaki masuk tiba-tiba. Takpun tiba-tiba bos sergah ke. Huhu.. Hari tu ada sekali, tengah-tengah pum, member budak lelaki tak pergi lunch, dah terbantut susu aku. Huhu... Sekarang ni pum pakai avent manual, penyelamat aku. Sebab spectra aku entah mana-mana aku letak. Bersepah-sepah. Dah jumpa mesin, corongnya pulak tak jumpa. Yelah, kan pindah rumah hari tu.. Ewah, alasan... Hihi...So sekarang ni tiap-tiap hari pagi pagi dengan mata tak boleh bukak, pum ler susu secara manual. Kat surau pum ler sampai lenguh tangan. Yelah pum susu stok dari pukul 7 pagi sampai pukul 1 tengahari baru nak pum. Dah tentu-tentu lama nak pumnya. Huhu.... Ini ler cabaran orang nak menyusu anak susu badan ye. Ingat senang ke. Orang yang gigih je sanggup tau. Huhu...

~ s u h i d a ~

Sunday, July 24, 2011

:: Hantar Mak & Abah ke KLIA ::

Assalamualaikum...
18 Julai yang lepas, kitorang beramai-ramai ke KLIA. Menghantar emak, abah, ina dan dhilah nak menunaikan umrah. Hari tu hari last day aku bercuti pantang dan juga hari jadi aku yang ke 31. Huhu.. Dah 31 tahun dah aku. Tapi tak nampak macam 31 kan? Kan kan kan? Ngee!~
Gambar famili besar aku. Antara ahli keluarga dan sedara mara yang datang untuk menghantar. Ahmad Farhan kat belakang, ayah dukung. :)
Saya dengan Puan Werdah. :) Mak dah tak larat nak berjalan jauh-jauh lagi dah. Diorang kat Madinah 3 hari tak silap aku dan hari yang selebihnya sampai 27 Julai ni kat Mekah. Insya Allah sampai ke Malaysia 28 Julai. Hari-hari mak call aku dari sana. Diorang beli sim card kat sana je. Kata mak kat Mekah sekarang ni cuaca panas. Mak dan abah batuk-batuk. Harap-harap mak dan abah cepat elok ye dan dapat buat umrah banyak kali. Seronoknya pergi Mekah, dapat minum air zam-zam fresh, hilang rasa haus tekak. Seronoknya kalau dapat pergi lagi sekali, insya Allah...
Budak bam bam Farhan ni pun ikut sekali hantar opah ye. Alhamdulillah tak banyak ragamnya kat KLIA. Tidur, susu, tidur, susu je. Dalam kereta pun tidur je. Tapi, bila petang tu, abang planning nak bawak kitorang pergi makan ayam penyet kat Wangsa Walk, baru je keluar kereta, tiba-tiba Farhan muntah habis basah teruk baju aku. Terpaksalah balik dulu. Hihihi... Pening agaknya kecik-kecik lagi dah berjalan-jalan, duduk dalam kereta pun terhenjut-henjut eh Farhan... :)

~ s u h i d a ~

Saturday, July 23, 2011

:: Aku yang Sekejap Tenggelam, Sekejap Timbul ::

Assalamualaikum..
Rindu betul nak berblogging....
Aku dah mula start kerja 19 Julai hari tu. Tersangatlah malasnya perasaan aku nak start kerja balik. Rasa malas dan penat. Kat opis nak menghadap kerja yang bertimbun, yang kat rumah nak menghadap kain bertimbun. Huhu... First day, second day rasa tension betul. Rasa nak resign pun ye jugak, tapi sabar..sabar... Bonus dah nak dekat dah ni. Huhu.. macam dapat, ye tak? Ada sedikit rasa tension jugaklah, member-member lain semua dipanggil untuk review salary. Tapi aku tak dipanggil pun. Budak yang masuk sebulan selepas aku pun diorang panggil, takkanlah sebab aku cuti bersalin 2 bulan, diorang tak nak review salary.. Sedih betul. Teruk betul bos aku ni. Dahlah sebulan gaji aku unpaid, pulak tu suruh aku naik kerja balik lepas sebulan cuti. Mana ada orang naik kerja masa pantang. Bongok betul. Haaa kannn... 
First day pergi opis, banyak jugak aku boleh lupa dalam masa 2 bulan tak bekerja ni. Mula-mula masa nak naik lif, aku boleh lupa opis aku tingkat berapa. Then aku boleh lupa nama budak-budak opis aku.. Then paling parah, aku boleh terlupa autocad sikit-sikit. Huhu... Nampak sangat takde hati nak kerja kat situ. Pastu bertambah boring bila tengok komputer aku kena blok, tak boleh bukak blog. Nak blogwalking, tak boleh dah lah.  Geramnya saya!
Tapi yang bestnya aku naik kerja ni, dah tak payah makan nasi goreng kampung rege RM11.90 tu lagi dah. Sudah ada kedai makanan melayu yang baru..... :) Nasi + ayam + sayur dapatlah RM5. Oklah, kalau standard Mon't Kiara, tu dah kira murah tu. Masa mula-mula masuk kerja, kedai-kedai yang aku selalu beli makanan, semua tegur. Sudah beranak ke? Cepatnya 2 bulan, kan? Soalan yang biasa-biasa je lah. Yang tak biasanya, siap makcik kedai makan ni suruh aku pergi kedai senseh, cari ubat yang boleh naikkan seri muka. Alamak makcik...muka saya tak berseri ke? Sabo je ler. Huhu....
Hmm... ni dah habis minggu pertama aku bekerja balik. Penat memang penat, tension memang tension, tapi kerja tetap kerja. Wardahwardrobe aku pun dah tunggang terbalik dah sekarang ni. Huhu...
Gambar Ahmad Farhan ni selingan je. Ngee! Kesian dia dah kena hantar pergi taska ye!

~ s u h i d a ~

Friday, July 01, 2011

:: Aku 44 Hari Sudeyyyy!!!! ::

Assalamualaikum..
Hari ni sudah hari ke 44. Yeay! Alhamdulillah... Harap-harap hari terakhir ni tak de apa-apa yang berlaku ler. Teringat masa bersalin Razi, hari terakhir pantang tu ler aku bentan. Huhu...Hairan kali ni terasa waktu berpantang cepat sangat. Sedar-sedar dah pun 44 hari. Pengalaman berpantang kali ni ok, kurang tension. Ada jugak tension sikit-sikit, tapi terkawal lah jugak. Razi dan Izzat masa mula-mula kitorang tidur kat rumah Opah asyik meragam je. Terutamanya si Razi ler. Tak biasa kot tidur rumah Opah. Tapi tak lama lepas tu dah biasa, diorang ok. 
Aku kan tidur kat wad 5 hari, so Razi dan Izzat kenalah tidur rumah nenek. Masuk hari ketiga dah rasa rindu sangat kat diorang. Walaupun diorang kecik lagi, tapi diorang faham yang aku tinggal kat hospital lama, adik nak keluar, mak sakit. :) Paling tak boleh blah, Razi tanya aku baby keluar ikut perut, nanti doktor potong perut mak kan? Tak tahulah dia dengar dari mana tu. Nasib baik dia faham baby keluar ikut perut. Hahahaha....Kalau tak letih jugak nak jawab soalan-soalan dia. Itupun dia tanya kenapa baby keluar ikut perut, kenapa doktor nak kena potong perut. Macam-macamlah soalan, sampai tak larat nak jawab.
Masa awal-awal lepas bersalin hari tu, Razi selalu pakaikan aku selipar spongebob ni kalau dia nampak aku tanggal stokin sebab nak ke toilet. "Mak sakit, kena pakai selipar ni." Haii anak.... Sayu je hati, prihatin Razi dengan aku siap pimpin tangan aku nak toilet. Huhu...Aku suka betul dengan selipar spongebob ni, tapi tak tahan lama sebab kebanyakan masa Razi dan Izzat yang lanyak selipar spongebob ni sampai besar dah lubang kat depan kaki tu. Berapa kali dah aku tersadung, so aku stop pakai simpan bawah katil je.
Izzat pulak dah 2 tahun 9 bulan, agak behavelah jugak. Dah boleh faham kebanyakan butir-butir perkataan yang dia sebut. Kira dah pandai lah jugak bercakap dan sama naik, banyak bercakap sama macam Razi. Tapi kebanyakan masa Izzat pandai bawak diri sepanjang aku berpantang ni. Alhamdulillah... Cuma tak tahan kalau bila time diorang bergaduh adik beradik, boleh tension jadinya. Sekarang ni kan tengah musim Kungfu Panda, so kalau diorang ada kat rumah, CD Kungfu Panda je lah sepanjang masa. Kesian atuk, tak dapat nak tengok berita dengan cerita tamil dia. Hihi....
Si kecik bam bam Farhan ni pun dah pandai. Kuat dah angkat kepala masa tu baru berapa minggu. Mandi dalam besen pun dah pandai keraskan kaki nak berdiri dalam besen. Badan berkelar-kelar, dagu berlapis. Huhu...Kejap je Farhan dah 44 hari kan? Hari tu masa injek Farhan bulan pertama, timbang kat KKIA. Berat Farhan 4.5kg. Naik 1.4kg. Agak-agak cek-up 2 bulan nanti, berapalah berat Farhan ye. Takpe, biar bam bam, best sikit mak peluk.
Kitorang start bagi dia tidur meniarap minggu lepas. Dah asyik tak lena je. Try ler bagi tidur meniarap. Mahu sampai 4 jam dia dapat tidur. Tapi, kalau dapat tidur 4 jam then sedar pukul 12 tengah malam. Lepas tu memang bercinta 3 jam ler nak tidurkan balik. Huhu...
*Oh, ada sekali tu, aku tidurkan Farhan meniarap. Biarkan dia tidur sendiri. Bila datang jenguk balik, tengok dah selamat terlentang. Uhuk uhuk.. Sampai sekarang terfikir ballik, biar betul... Kadang-kadang banyak sangat kejadian misteri yang berlaku lah!

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...