Assalamualaikum..
Rindu betul nak berblogging....
Aku dah mula start kerja 19 Julai hari tu. Tersangatlah malasnya perasaan aku nak start kerja balik. Rasa malas dan penat. Kat opis nak menghadap kerja yang bertimbun, yang kat rumah nak menghadap kain bertimbun. Huhu... First day, second day rasa tension betul. Rasa nak resign pun ye jugak, tapi sabar..sabar... Bonus dah nak dekat dah ni. Huhu.. macam dapat, ye tak? Ada sedikit rasa tension jugaklah, member-member lain semua dipanggil untuk review salary. Tapi aku tak dipanggil pun. Budak yang masuk sebulan selepas aku pun diorang panggil, takkanlah sebab aku cuti bersalin 2 bulan, diorang tak nak review salary.. Sedih betul. Teruk betul bos aku ni. Dahlah sebulan gaji aku unpaid, pulak tu suruh aku naik kerja balik lepas sebulan cuti. Mana ada orang naik kerja masa pantang. Bongok betul. Haaa kannn...
First day pergi opis, banyak jugak aku boleh lupa dalam masa 2 bulan tak bekerja ni. Mula-mula masa nak naik lif, aku boleh lupa opis aku tingkat berapa. Then aku boleh lupa nama budak-budak opis aku.. Then paling parah, aku boleh terlupa autocad sikit-sikit. Huhu... Nampak sangat takde hati nak kerja kat situ. Pastu bertambah boring bila tengok komputer aku kena blok, tak boleh bukak blog. Nak blogwalking, tak boleh dah lah. Geramnya saya!
Tapi yang bestnya aku naik kerja ni, dah tak payah makan nasi goreng kampung rege RM11.90 tu lagi dah. Sudah ada kedai makanan melayu yang baru..... :) Nasi + ayam + sayur dapatlah RM5. Oklah, kalau standard Mon't Kiara, tu dah kira murah tu. Masa mula-mula masuk kerja, kedai-kedai yang aku selalu beli makanan, semua tegur. Sudah beranak ke? Cepatnya 2 bulan, kan? Soalan yang biasa-biasa je lah. Yang tak biasanya, siap makcik kedai makan ni suruh aku pergi kedai senseh, cari ubat yang boleh naikkan seri muka. Alamak makcik...muka saya tak berseri ke? Sabo je ler. Huhu....
Hmm... ni dah habis minggu pertama aku bekerja balik. Penat memang penat, tension memang tension, tapi kerja tetap kerja. Wardahwardrobe aku pun dah tunggang terbalik dah sekarang ni. Huhu...
Gambar Ahmad Farhan ni selingan je. Ngee! Kesian dia dah kena hantar pergi taska ye!
~ s u h i d a ~
3 comments:
Alololo farhan sgtlah comel, geram aku tgk anak ko ni sue. Ni kalau dpn mata aku ni, dah slmt kena gomol.
Reget mknan kat kl pun sama mahal cam kat area keje ko, mmg kopak. Sib baik ada kedai melayu murah tu su, jimat sket
hihi..nome..memang aku pun selalu gomol farhan. tembam sangat..
a ah ada kedai melayu, senang sikit.makan pun slera.ini mahal2..makanan ntah pe2..
ciut nye dak bambam tuuuu.... dh beso kamo ye, aritu jmp kecikkkk je lg..
xpe ler beb , normal le tu baru2 keje sure ko rs nak benti ( cm haku )...
Post a Comment