Assalamualaikum...
Ketensionan melanda sebab banyak benda yang aku nak ceritakan kat blog, tapi tak dapat nak upload gambar. Nak kata sebab dah melebihi 1GB bak kata adik aku, aku cuba upload gambar kat rumah mak aku, boleh pulak. Takde pulak keluar kata error. Tension betullah. Nak upload gambar kat laptop kat rumah tu je yang tak boleh. Apasal haaa??
Hmm..by the way. Hari tu hantaran siap dengan suksesnya. Alhamdulillah, sempat jugak aku siapkan petang Jumaat dan malam tu sempat pulak jemput kawan-kawan lama datang rumah, jamuan kecik2 je. Sebab kawan aku yang sorang tu, kebetulan nak turun KL dari Kuantan. Dia cakap nak datang rumah aku beraya, itu yang ada makan-makan sikit. Nantilah kalau ada kelapangan, aku story ler. Nak jugak tepek-tepek gambar. Sabo je ler. Huhu...
Lagi satu aku sangatlah busy nya, mengalahkan orang yang bekerja. Pagi tadi adhoc dapat offer buat part time. Terus start tengahari tadi. Disebabkan kesengalan laptop, aku terpaksa buat kerja kat opis tempat aku buat part time ni. Tak tahulah laptop tu tak boleh nak install autocad. Abang cakap sebab laptop pakai Vista, tak compatible dengan autocad. Boring betul. Dah kena stay kat opis diorang. Kalau lepak kat rumah, dah boleh senang lenang buat kerja selang seli dengan FB ke, apa ke, kan? Hehehe...
Hati aku sangat tak senang sekarang ni, jiwa kacau. Tapi, bukannya orang faham pun, kan?
* Oh, sekarang aku kat rumah mak aku, mintak tolong kakak ipar aku installkan autocad kat komputer mak aku. Konon-konon nak buat kerja kat rumah mak dulu, baru balik rumah. Tapi, Razi dan Izzat baru je tidur. Hilang terus mood aku nak buat kerja dan aku sangat penat untuk buat autocad.
~ s u h i d a ~






















































