Tuesday, September 07, 2010

:: Gunting Rambut Razi Izzat ::

Assalamualaikum....
Semalam sebenarnya ada aktiviti berbuka puasa kat rumah aku. Aku jemput cikgu Ana dan cikgu Zakiah berbuka sekali kat rumah. Rumah masih bersepah lagi, tapi bila lagi nak belanja diorang makan. Mengenangkan diorang memang rajin melayan Razi dan Izzat. Hari ni pun mintak kebenaran aku nak bawak Razi Izzat pergi jalan-jalan kejap sebelum diorang berangkat pulang ke Terengganu malam karang. Tapi...alkisah, aku tak ambik gambar sekeping pun.... :( maklumlah tuan rumah, lupa langsung nak snap gambar...aduhai... Walaubagaimanapun, dalam pukul 9 lebih tu, bila cikgu-cikgu dah balik, kitorang keluar kejap pergi gunting rambut raya Razi Izzat. Hehehe.. Jom layan gambar...Layan....Zaaasss..
Dah tak payah pegang dah Izzat. Izzat dah besar. Behave kali ni dia potong rambut. Ikut je cakap india tu suruh tunduk, tunduk..Suruh teleng kiri, teleng kiri. Hehehe.. Agaknya mak takde kat sebelah kot. :P Abang Cha pulak, ni first time aku tengok dia potong rambut kot.
Muka Izzat memang serius kalau potong rambut. Hahaha..
Tak disuruh pun, mamat ni dengan rela hati nak buat rambut Izzat pacak2. Izzat pulak bagai merelakan je.
Sudah hensem arrrr...
Razi ok je biar dia sorang-sorang potong rambut. Dah selalu sangat dah potong rambut. Rambut jenis cepat panjang. Memang selalu sangat, sebab rambut Razi jenis yang terpacak. Kalau biar panjang, memang dah macam Son-Goku, terpacak tegak je rambut. Hahaha..
Brader ni pun dengan rela hati pacak kan rambut Razi.
Alamak Razi dah macam Christiano Ronaldo lah pulak. Izzat...macam...sengetlah pacak Izzat. :)
Pastu pergi Giant jap. Saja jalan-jalan cuci mata. Giant tutup lewat, pukul 11 malam sempena nak dekat-dekat raya ni. Tengok ler, duk main cover stereng la pulak budak dua orang ni..
Ini budak memang suka main stereng. Dapat cover stereng pun jadi, buat macam ala-ala pegang stereng. Vroom vroomm... Kekekeke... Lepas keluar dari Giant, singgah Haji Tapah kejap, nak layan roti nan. Sekali terserempak sekali lagi dengan cikgu-cikgu Razi. Ustazah pun ada jugak join diorang. Huhu...Lepak ler sekali. Makan lagi sekali. Kekekeke...
Malu-malu pulak diorang ni aku nak snap gambar diorang. Hehehe..Uztazah, Cikgu Ana dan Cikgu Zakiah. Cikgu Ana dan Zakiah ni adik beradik sebenarnya. Zakiah adik... Memang cikgu yang paling best dan paling lama setakat ni. Diorang tak sampai hati nak berhenti dari taska tu sebab kesian dengan budak-budak. Takut cikgu yang ganti tempat diorang nanti tak boleh jaga budak-budak. Moga-moga cikgu cikgu dapat pahala yang banyak ye. Kuranglah sikit susah hati aku nak hantar anak-anak ke taska. Tahu diorang jaga anak-anak elok. Razi dan Izzat memang manja dengan diorang. Lagi-lagi Izzat...manjaaaaaa lah hai.. Kalah manja dengan aku. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

11 comments:

pizli.mw said...

Smart gila gambar first tu.. 3 orang sekali gunting serentak..

suhida said...

pizli:klu abg cha kena tunduk kepala lagi best kot gambo ni. hihi...

suhida said...

pizli:klu abg cha kena tunduk kepala lagi best kot gambo ni. hihi...

MUMMYAR said...

wah rambut raya ye...hencem izat ngan razi ye....wat rambut pacak lagi....suka tengok budak2 lelaki pakai baju melayu pagi raya...cute sungguh...slmt hari raya su...maaf zahir batin ye

suhida said...

mummyar:sy suka tgk abg cha pakai baju melayu pagi2 raya..kekekekkeke...
slmt hari raya juga mummyar..maaf zahir batin :)

mamashasha said...

walaweiii 3 beranak potong serentak...best ahhh..bagus izzat behave je dia! siap pacak lagi...hehe

suhida said...

bed:hehehe...susah nak tgk dorg ptong rambut serentak. :) dia mmg suka rambut pacak2..tu yg rela je tu.kekeke...

AieZa said...

salam suhida..

elok je bebudak tu relax je potong rambut.. hana xbiasa lg potong rambut.. sabo jek aku..

anyway aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin ya..

suhida said...

slm aieza, hehe...dah biasa.itu yg rilek je..masa mula2 dulu haru juge. takpun, ko potong sendiri je rambut dia.slmt hari raya juga, maaf zahir batin :)

♥MAMA♥ said...

waaaa ensem bangat seh anak2 teruna su ni..slmt hr raya sue ;-)

suhida said...

slmt hari raya kak da... :) hehehe..tq alhamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...