Friday, September 03, 2010

:: Keputusan Pemenang WardahWardrobe 1st Giveaway!!!! ::

Assalamaualaikum....
Ok, WW nak announce ni pemenang yang bertuah memenangi sehelai blaus pilihan Wardahwardrobe ni. Pasti semua orang tak sabar nak tahu keputusan Wardahwardrobe 1st Giveaway kan? Hehe... WW pun tak sabar ni nak announce ni weh. :)
Cabutan undi untuk dua orang pemenang dilakukan oleh emak WW, Puan Werdah sempena nama beliau yang WW gunakan untuk kedai blog WW yang tak seberapa ni.
Berdebar-debar masa mencabut undi.
Cabutan berdasarkan nombor pada setiap nama yang saya letakkan pada entry contest. So, peserta yang bertuah ialah no 5 dan no 12, iaitu....
.
.
dan
Tahniah diucapkan pada Mama Qari dan SyawalSimpsons. Anda berdua memang bertuah ye. :)
.
.
Sekarang tiba masanya untuk umumkan pemenang bertuah dengan slogan yang menarik. Saingan agak sengit untuk memilih slogan terbaik. Ramai peserta yang mencipta slogan yang sangat kreatif, WW hargai effort korang semua. Tapi, hanya ada satu slogan sahaja yang betul-betul mencuit hati WW dan Puan Werdah, iaitu....
SAYA NAK MENANG BLAUS DARI WARDAHWARDROBE KERANA....BAJU MUSLIMAH PILIHAN HATI, DISARUNG DI BADAN CANTIK SEKALI, BARANG DIJUAL SEMUA BERKUALITI, SEBAB ITU WARDAHWARDROBE MENJADI PUJAAN HATI. =)
Slogan ini adalah milik..
 Slogan Fara Aina simple, tapi sangat sesuai untuk digunakan sebagai tagline Wardahwardrobe. :) Tahniah kepada Fara Aina dan sekali lagi tahniah pada Mama Qari dan Syawal Simpsons. WW sangat terharu dan nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua peserta yang sudi menyertai Wardahwardrobe 1st Giveaway. Tanpa korang, tak mungkin WW GA ni akan berjaya. Kepada yang tak berjaya, janganlah sedih.... Lain kali, Insya allah WW akan buat contest atau giveaway lagi. Tapi, lebih grand ke...Manalah tau kan. Kalau ada rezeki lebih, insya allah.
Dikesempatan ini, WW nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama je lagi ni. Kepada ketiga-tiga pemenang, sila emailkan ke wardahwardrobe@yahoo.com nama penuh, alamat dan no telefon korang. Nanti kita akan discuss detail ye mengenai hadiah korang. :)
Sekian saja kali ni, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA!!!!!

2 comments:

Jue @ atanayuiman said...

tahniah kepada pemenang.. :-) sedap lah slogannya.. memang patut menang.. :-)

mamashasha said...

tahniah kepada pemenang...betul ckp jue slogannya best..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...