Sunday, June 22, 2008

:: Lily tunang, mak operation ::

Mak masuk wad di Hospital Pusrawi pagi Jumat 20 jun 2008. Dijadualkan mak operate pagi tu jugak, tapi mak operate pada pukul 8malam. Berdebar jugak tunggu keputusan operate tu, tapi aku terpaksa berada di Sentul sebab lily bertunang esoknya. Malam tu tolong lily buat hantaran sirih junjung dengan coklat. Biasa je. Buat pun rushing. Pukul 4 pagi baru aku tido.Sedar pukul 8. Sedar je pukul 6 camtu, tapi berat je mata na bukak sebab diorang pun dah riuh2.

Mak keluar OT dalam pukul 2.30 pagi. Tension je dengar Ina cakap Dr Azmi tak masukkan tulang tiruan tu. Dalam pukul 10pg camtu,aku pergi Pusrawi. Tapi mak diam je dan tidur je. Tak larat lagi sebab bius. Sedih sangat sebab apa yang aku harapkan tak menjadi. Aku tau mak lagi frust sebab operation tu betul2 bermakna buat mak. Dr Azmi bagi harapan mak nak sembuh tu macam confirm punyalah. Lagipun tu jelah satu caranya nak bagi hilang sakit kat belakang mak..Sakitnya…Aku cakap dengan abah pasal nak jumpa Dr Azmi nak tau betul2 kenapa tak jadi masukkan tulang. Abah leh lecture aku kata dah tuhan tak izinkan. Apa lagi reason yang aku rasa malas nak dengar.

Hari ni aku dah tahu kenapa Dr Azmi tak buat macam yang dijanjikan. Aku tunggu kat wad sampai pukul 12 lebih, dia tak sampai. Teringat apa la nasib Razi tinggal dengan ayahnya, aku pun balik. Rupanya dia sampai elok je lepas aku keluar. Sakit hati betul. Ina cakap tak dapat nak buat sebab doctor tolol sebelum ni pergi gam 3 tulang mak. L2,L3 dan L4. Masa operation tu baru Dr Azmi tahu sebab x ray sekali,dia tak berani nak buat takut risiko lumpuh. Nak gergaji tak boleh, nak jek tulang tu pun tak boleh. Eiiiii..geramnya aku. Semoga doktor bangang tu lumpuh seumur hidup. Bodoh.

Entahlah…
Bertunang jugak kau akhirnya, Lily...

Habis muka aku ko mekap jadi macam opera china, Shelly. Sabar jela.

Mak andam termasyhur..Hehehe...

Liza, Shelly, Dhia, Razi, Aku, Yanie dan anak dia

~ s u h i d a ~

Sunday, June 15, 2008

:: Dilah pergi US ::

Dilah dah fly ke US hari sabtu 14 jun 2008..Dah sampai ke sana da rasanye pagi tadi. Dilah ckp perjalanan amik masa 26 jam..Huuu..kalaulah aku,mesti dah menjerit2 kat dlm kapal terbang tu..Takpun menangis..sebab aku ni fobia nak duk lama2 kat tempat sempit ataupun terhad tempatnya..Sebab tu lah agaknya aku ni tak leh pergi oversea kot..Kuikui..Itu takleh,ini takleh..Takpelah,aku bahagia duk kat bumi Malaysia ni..hehehe..Teringat masa travel ke Beijing,masuk hari ke 2,aku dah tak lalu nak makan makanan diorang. Masa kat Mekah,walaupun dengan 1 famili,tp aku still teringat kat Malaysia. Cuma masa kat Bali, tak sempat na fikir sangat sebab kat Bali pun rushing…Hehehehe…

Sedih gak masa hantar dilah kat KLIA, yelah..jauh merantau.Tapi sebab dah terbiasa dia pun selalu takde kat rumah, so takdelah aku emosional sgt. Lagipun dgn dia tak retilah aku na menangis..Kekeke.. Dpt jugak mak hantar Dilah sampai KLIA. Mula2 mak macam tak nak pergi, tapi aku terfikir gak takut mak terkilan nanti. Pinjam wheelchair Kak Ina. Atleast tahan sikit sebab tak payah berjalan..Duduk je. Tengok mak menangis masa peluk Dilah,alamak..Aku tahu kenapa mak menangis.. Yelah, anak nak pergi bermusafir jauh..Susah senang pandai2 lah nanti.Diri sendiri lah kena jaga..Takde famili yang leh tengok2kan kecuali kawan2..Emm..Lagipun mak sedih sbb mak na operate dah.Aku berdebar2 mak nak operate ni..Takut sangat..Harap2 semuanya akan ok..Harap2 sakit mak hilang. Aku paham sgt kesakitan tu cane..Lagi2 dah nak masuk 5 tahun..Kalaulah aku,tak taulah aku sanggup bersabar ke tak..Mesti aku dah mcm orang gila.. Ya Allah..Kasihanilah mak..Semoga operation kali ni selamat dan berjaya..

Sekeping gambar abah takde pun. Mana ntah dia merayap.

~ s u h i d a ~

Friday, June 06, 2008

:: Razi praktis tatih ::

Video ni masa kenduri kawen Yazid,anak pak teh..Terkedek2 Razi praktis tatih...Cute sangat..Alhamdulillah...

~ s u h i d a ~

Monday, June 02, 2008

:: Happy 2nd Annivessary ::

Aku dah register pregnancy check up kat KKIA Gombak Setia hari ni. Sampai KKIA dah pukul 10.30 pg. Kecut gak, takut kena marah dgn misi2 garang kat situ. Satu sebab da lambat sangat aku register. Dah 18 minggu na masuk 19 minggu dah. Lagi satu, aku malas nak dengar diorang membebel kenapa tak rancang kehamilan. Ajak abang teman aku sekali. Yelah, kalau kena marah adalah orang nak dengar aku mengeluh (ataupun abang pun kena marah dgn aku balik..hehehe..) Tapi, end up semuanya ok. Adalah seorang dua yang membebel, tapi diorang membebel pun macam buat lawak2 je. (Takpun, diorang pun ada experience terbabas gak kot…. Hehehe..)
Aku kena ambik darah sekali lagi sebab masa pregnant Razi dulu darah aku type O+, tapi pas beranak hari tu darah aku O-. Aku bagitau misi tu dia kata kena ambik darah sekali lagi. Kalau aku tahu, aku biarkan je kemusykilan aku tu..Sakitlah ambik darah! Makcik misi tu siap boleh tanya aku nak cucuk dekat mana, siap bagi 3 option lagi tempat cucuk. Tak kisahlah..aku pasrah je makcik.. Hehe..Berat aku dah naik 65kg. Lama gak berat aku nak naik. Dah 4 bulan baru naik 4kg. Normal kot.1 bulan 1 kg. Tak jugak, hari tu berat aku turun 2kg..Hehehe..Sebab tak lalu sangat nak makan. Teruk lah gak kali ni pregnant. Muntah tak tau berapa kali,tak ingat na kira. Masa Razi dulu muntah 3 kali je. Pregnant kali ni, asal aku batuk, muntah. Pastu pening tak ingat. Nasib baik aku tak kerja sekarang ni, kalau tak cane lah keadaan aku kat opis. Aku pernah dengar orang cerita masa first trimester pregnant, siap ambik cuti sebulan tanpa gaji sebab pergi opis pun tidur je sebab pening..Emm…Dah kena baru percaya.Hehehe..

Razi baru bangun dari tidur,kena kejut na bawak keluar pergi makan.
Sekarang ni baru ada rasa nak makan, tapi bau tumis2 aku tak berapa lagi. Yang paling pelik, aku da tak suka makan ayam…Wooweee…Percaya tak..? Aku sendiri tak percaya.Suhida tak suka makan ayam. Bukan je tak suka,tengok pun tak lalu. Tapi yang heran bin ajaib, kalau KFC dgn Kenny Rogers bukan main laju lagi makan eh..Hehehehehe…Favourite aku sekarang ni ikan. Lagi2 kalau sardine..Sedapnyeee…
Sambung balik cerita trip ke KKIA, dah ambik darah, timbang berat, cek perut..last sekali jupe doctor. Aku paksa gak abang masuk sekali. Kali ni doctor tu scan perut aku, maybe sebab history c-zer sebelum ni. Kali ni scan,serius aku nampak baby tu clear sangat..Paling best, dia siap tunjuk uri, air ketuban..nampak clear betul..Tapi still tak tau gender baby..Suspen2x…Ingat na scan dekat vision college tu. Tapi na secret2 tak nak bagitau orang lain. Haa..aku dah decide dah kalau baby boy nak taruk nama…MUHAMMAD FAKHRULWAFI. Maksudnya Muhammad = Yang Terpuji, Fakhrul = Kemegahan, Wafi = Setia. Walaupun nampak makna tu macam berterabur, tapi nama ada makna gak,kan? Hehehe..Emm..untuk baby girl aku tak tau nak taruk nama apa. Tengah survey lagi. Nak taruk nama Safiya, malas lah Lily dah sound2 banyak kali..Ingat semua nak start dari huruf F sempena nama abang, Fadzli. Aku suka kalau nama perempuan Hannan, Fatnin, Khayriya, Fatini…banyaklah..tapi nama Safiya tu gak yang dekat di hati..

Comelnya anak mak.

By the way, hari ni wedding annivessary kitorang yang ke-2, abang bawak kitorang pegi makan seafood kat Gombak.. Aku belikan abang kemeja T dgn sandal. Nampak dia suka jek..Yelah, siapa yang tak suka dapat hadiah, kan….

~ s u h i d a ~

Sunday, June 01, 2008

:: Razi khusyu' baca buku ::

Video masa Razi tgh khusyu' baca storybook. Kekekeke...
Alhamdulillah, Razi suka sangat baca buku. Tak sia2 aku beli buku banyak2 untuk dia. Pasni nak cari muqadam kulit keras pulak..ada ke? Kalau yg plastik tu adalah,kan?

Razi setahun 1 bulan sambil baca buku. Alhamdulillah..

Tengoklah anak dengan ayah...Kalau dah jumpa asyik kena usik je..Ni masa pergi kenduri jiran hari tu.

Opah pun ikut sekali pergi kenduri.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...