Friday, September 07, 2012

:: Bila Teringat Balik ::

Assalamualaikum....
Sedar tak sedar dah nak dekat dua tahun aku kerja kat kompeni sekarang ni. Tiba-tiba nak buat entry lepas terbaca balik entry lama, pasal aku interview kat opis sekarang ni. Alhamdulillah, ada hikmahnya kenapa aku kena blah dari opis lama. Weh, masih terkesan tau kat hati peristiwa hitam yang terjadi masa tu. Rasa down gila bila dapat tahu, bos nak buang aku, walaupun tak cakap secara direct tapi memang betul-betul boleh buat jadi trauma jugaklah. Masa tu baru faham perasaan member-member yang dah kena buang sebelum aku kena tu. 
Ah..lantaklah opis lama tu. Saka gemuk ada lagi kat opis tu, bila nak blah entah. Huhu... Aku nak cerita now aku happy jugaklah. Aman damai kerja. Setakat ni Alhamdulillah... Masa interview dulu kan bos kata bagi gaji sebulan je sebab bos suruh aku pantang sebulan, tapi bos bagi jugak aku gaji dua bulan walaupun aku pantang 2 bulan. Huhu... Pastu ada kenaikan gaji dan dapat bonus masa aku tak sampai setahun lagi. Baru-baru ni pulak dapat lagi bonus dan kenaikan gaji, walaupun tak banyak tapi setakat ini aku tak pernah lagi dapat benda-benda best macam ni kat opis-opis lama. Untuk pengetahuan, punyalah lama tak merasa bonus. Last aku dapat bonus masa tahun 2004. Last year tahun 2011 baru dapat merasa bonus. Kenaikan gaji jangan cakap ler, tak merasa berapa kurun. Alhamdulillah sangat-sangat sekarang ni. Umur dah 32, nak lompat-lompat tempat kerja macam rasa susah sangat. Teringat kepayahan hari tu nak dapat kerja punyalah susah. Opis ni je yang panggil aku interview. Huhu...Mungkin Allah nak beri aku tempat yang lebih elok dari opis sebelum ni. Harap-harap dapat stay lama sikit. Yelah, hati manusia kan berubah-ubah. Hari ni bos suka, esok lusa kalau buat silap, bos nak tengok muka kita pun tak hingin. Sekarang sorang member aku dah terkena, sebelum ni tiap-tiap tahun dapat bonus penuh. Tahun ni tak, bonus dapat setengah bulan je, pastu takde kenaikan. Aku dah pening kepala macammana nak menjawab kalau dia tanya aku soalan aku naik gaji ke tak. Huhuhu... Letih nak menghadap orang yang macam inspektor sahab ni. Pulak tu awak pulak jenis tak pandai nak cover line. Pening..pening...
Oklah layan gambar terbaru aku lah eh.. Ini gambar berbuka puasa opis hari tu.
Antara member-member opis yang join. Opis kecik, tak ramai staff, tu yg best. :) Sepanjang deret meja tu je lah dak2 opis kitorang, sebab ramai yang tak join.
Ini Julia Seow Fong, sangat take care dengan semua orang. Umur dah 40 lebih dah, tapi still nampak muda kan? Hihihi...
Kerabu mangga. Sedap... 
Ayam masak bungkus dengan daun pandan, salut dengan madu. Makan dengan kerabu mangga....Sangat sedap...
Ikan siakap masak pedas... Terbaikkkk... 
Daging masak halia, tak berapa boleh nak layan. Huhuhu... Halia kuat sangat. 
Dan ini gambar sebelum raya hari tu, posing depan signboard opis. Kalau ada yang nak order Alpha Lipid, bagitahu aku ye. Hahahaha...Sempat lagi.

~ s u h i d a ~

Thursday, September 06, 2012

:: Mi Tomyam Padang Besar ::

Assalamualaikum....
Nak story sikit pasal mi tomyam faveret aku yg ada kat padang besar sahaja. Tempat lain tak boleh lawan tomyam makcik ni, memang terbaik. Seriussssss.....
Kalau nak naik sampai Kedah, confirm nak pergi Padang Besar dan pekena mi tomyam makcik ni.
Ini ler kedai makcik tomyam terbaik Padang Besar. hihihi... Memang nampak macam tak ramai orang. Tapi tomyam makcik paling best ar makcik. Kedai simple je, makcik ni kerja sorang-sorang je. Hari last kitorang pergi tu baru nampak anak dia tolong buat air, hantar air. Kalau tak sebelum ni, makcik tu sorang-soranglah yang amek order, siap air, masak, hidang, basuh pinggan semua sorang-sorang. Huhu.. cuma kedai dia tak jual banyak makanan lah.. 
Masih terasa kesedapan mi tomyam ni. Tak boleh blah. Tapi kan, memang kena makan satu mangkuk je. Kalau tambah, confirm tak sedap. Huhu... makan semangkuk pun dah tercungap-cungap kepedasan. Mana taknya aku tengok makcik masukkan cili api ada dekat 30 biji. Huhu....Harga semangkuk RM6. Tapi puas hati sebab makcik tak kedekut, ayam, udang, sotong selonggok.
Sebelum ni abang Cha siap interview makcik tu, mintak resepi. Yang trip kali ni, kitorang siap masuk ke dapur tengok makcik tu masak. Huhuhu....
Kalau untuk anak-anak masih boleh order nasi goreng atau mi goreng. Cumanya kedai makcik ni tak buka sampai malam, setakat ni sampai pukul 4 atau 5 petang. Tutup bila stok dah habis. Itu yang frust kalau dah mengidam, sekali pergi tengok kedai tutup. Gigit jari ler jawabnya. Hihi...
Aih, buat entry ni dah terasa macam nak makan mi tomyam makcik la pulakkkkk..... Huhuhu....

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...