Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Saturday, April 19, 2014

:: Trip Pi Penang ::

Pergi Pulau Pinang rasanya bulan Februari kot. Ikut rombongan pengantin sepupu abang. Dapatla jalan-jalan sekali.
Mesti naik feri kalau nak masuk Penang.

Excited anak-anak. Mula-mula takut nak berdiri kat tepi. Lama-lama suka pulak.

Sebelum balik KL, kitorang singgah bukit bendera dulu. Baru buat kot ni. Join la sekali buat. Tapi mahal kot mangga ni beli kat sana.. sape2 nak pergi bukit bendera, siap-siap dulu beli solex dari rumah. Hehehe...kaler siap-siap. Sampai sana sangkut terus.

Ni kitorang punya mangga. :) Next time kalau pergi Penang boleh lah cari mangga kitorang ni. Hehehe...

Thursday, April 17, 2014

:: Gambar Dengan Anak-anak ::

Saja-saja scroll gambar lama-lama kat fb. Jumpa gambar dengan anak-anak. Saja nak upload sini perubahan dari anak sorang ke anak dua orang ke anak tiga orang. Hehe...
Dengan razi tahun 2008. Rasanya masa ni razi baru belajar tatih. Masa ni ada Izzat dalam perut.
Tahun 2009 kot masa ni. Aih..kalau lah aku seayu dulu sekarang ni. Hahaha...
Ini tahun 2011 masa pergi Melaka.
Agak-agak lepas ni akan ada ke gambar tambah lagi sorang? Hehe..harap juga.. tapi tengok lah kalau ada rezeki. :)

Tuesday, April 08, 2014

:: Izzat Sukan 2014 ::

Izzat dan Farhan sekarang dah pindah sekolah tahun ni. Sekolah kat Pasti. So Izzat merasa lah acara sukan besar-besaran masa tadika. Memang meriah sebab semua tadika pasti kat gombak ni berkumpul. Acara sukan kat padang taman sri gombak kot. Hee...tak pasti lak aku.
Jadi pahlawan ye korang.

Tengah siap sedia nak masuk perbarisan.

Acara bacaan doa, ikrar dan nyanyi lagu Negaraku & Pasti.

Tengah aerobik.

 Beratur sebelum start lari. Alhamdulillah duduk lane tepi. Senang nak amek gambar. :)

Ada gaya tak? Heee...

 
Izzat cuba posing sikit. :))
Overall ini first time Izzat join sukan besar-besaran. Merasa jugak ye.

~ s u h i d a ~

Friday, March 28, 2014

:: Tak Boleh Tidur ::

Mata tak dapat lelap..
Rindu untuk menulis di blog.
Sedar tak sedar dah dekat 6 tahun berkecimpung dengan blogging. Cuma lately je tak update update.

Latest sambut birthday Razi yang ke 7. Izzat pulak next year darjah 1. Farhan dah nak masuk 3 tahun dah. Baru 2 tahun lebih tapi perangai dah macam budak besar je. :) tak takut rotan langsung.
Rindu betullah zaman blogging. :)


~ s u h i d a ~

Friday, November 30, 2012

:: My Heroes ::

Assalamualaikum...
4 orang hero dalam hidup aku sekarang ni.
Izzat - ikut muka ayah.
Farhan - ikut muka abang Razi.

Saja letak gambar diorang dalam purse, setiap kali buka purse confirm teringat kat hero-hero aku ni. :)

~ s u h i d a ~

Saturday, November 24, 2012

:: Menziarahi Abang Mi yang Gastrik ::

Assalamualaikum...
Malam semalam kitorang pergi Tawakal nak ziarah abang sulung aku, abang Mi yang warded sebab gastrik. Lepas maghrib, kitorang gerak.
Pak Aji Farhan cari ketayap, pakai sendiri. Hihi.. 
Rupa lift lobby kat Tawakal. 
Corridor ke bilik pesakit. 
Abang Mi dah dua malam warded. Katanya masa kena tu rasa sakit dada dan sesak nafas. Gastrik sekarang  puncanya macam-macam dah bukan macam dulu. Dulu kalau gastrik sebab tak makan. Sekarang gastrik ada sebab makan makanan yang tak sesuai, ada sebab makan pedas, ada sebab punca dari kuat minum kopi, ada yang sebab ubat. Aku dah 32 tahun baru kena gastrik tahun ni. Sebab makan tak ikut time. Huhu... Lepas tu kalau orang gastrik, kalau masa gastrik datang, pastu bila kita makan, lepas makan tu yang sakit gastrik jadi teruk.  Moga cepat sembuh abang Mi, Ahad ni ada kenduri. Hehehe... Kalau tak keluar hospital, tak dapat ler nak makan lauk kenduri.
Feature Wall kat main lobby, ada ikan comel-comel dalam akuarium kecik.  
Perlu ke buat glass panel kat depan akuarium tu. 
Ikan bandaray kaler oren. 
Main lobby tawakal. Sempoi je. :) Saja ambik gambar banyak-banyak id Tawakal. Opis aku kan hospital specialist. 

~ s u h i d a ~

Thursday, November 15, 2012

:: Trip Ke Legoland ::

Assalamualaikum....
Kejadian pergi ke Legoland adalah tidak dirancang sama sekali. :) Kitorang ke Johor sebab ada kenduri kahwin sedara abang cha. Dan nak dijadikan cerita, adik ipar aku pulak dapat 2 keping voucher tiket free untuk kanak-kanak. Mengenangkan akan ke Johor, dapat tiket free untuk Razi Izzat. Pastu Farhan pulak free jugak sebab bawah 2 tahun. Aku pulak cuti Isnin, memang kenalah kan. :) hihihi..
Sebenarnya ramai gila yang line up nak beli tiket. Dekat dua jam beratur. Kitorang pulak sampai nak dekat pukul 11, memang lambat ler dapat masuk dalam. Tapi, kat luar legoland ada banyak kedai makan atau tempat lepak. Jadi sementara tunggu abang cha beli tiket, aku dan anak-anak merayap kejap kat mall luar tu. 
Muka excited sambil pegang tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa RM140. Ramai jugaklah yang kata mahal... Siap ada komen kat fb, aku kaya dapat pergi Legoland... Hmm, kalau kaya..aku tak pergi Legoland, aku pergi Switzerland. Boring je... Dah ada rezeki lebih sikit, ada peluang..pergi ler.
Kereta lego ni untuk kids 3-6 years. Diorang boleh drive sendiri, 2 round. Dari kitorang tengah beratur lagi, Izzat dah target nak kereta biru ni. 
Ada banyak patung-patung Lego yang sangat kiut, tapi aku tak jumpa Ninjago. Kalau jumpa Ninjago, best jugakkan. 
Pass jadi pilot. :) 
Ini pun pass jadi pilot, tapi kena berdiri konpiden sikit. :)) 
Ini pass jugak, walaupun tak lepas kaler merah lagi. Hebat. hihihi... 
Dah besar nanti, Farhan bawak mak fly tau. :) 
Ada 3 ekor zirafah lagi sebenarnya. :) 
Memang ada gaya model la abang Razi. 
Saya singa :) 
Seyes tengok budak-budak naik train ni excited, aku pun rasa macam nak join. Hihi.. 
Abang Razi jaga Farhan. Farhan pun nak join jugak. :) 
Alah mak..slide ni kacang je. Hari-hari Farhan main slide kat sekolah dengan cikgu ana. hihihi...
Masa ni Razi dah start cuak dah. Tapi macam boleh cover lagi. 
Hehehe... Memang tak boleh cover muka memang cuak. :) Izzat pun cuak jugak, tapi tengok Razi cuak, dia boleh gelak pulak. 
Nasib baik dia tak suruh aku beli kuda ni bawak balik. :) 
Ini kalau kuda betul, mahu meraung mintak turun. :) 
Masing-masing dah penat ni, mengelamun tengok air pancut. 
Ada banyak lagi model miniatur bangunan dengan kenderaan. Ini bangunan KTM. 
KLIA. 
Taj Mahal. Masa ni hujan lagi, dah dekat pukul 8malam. Pastu aku berlari pergi shopping barang Lego sebelum kedai tutup. Tapi tak puas hati, tak dapat shopping banyak barang, sebab kedai ramai gila orang. Cari lego ninjago tak ada pulak. Frust je. Kalau dapat jumpa tu, mesti Razi Izzat happy. 
Insya Allah next time tunggu Farhan dah lepas pembaris tanda merah, kita pergi lagi eh.... 

~ s u h i d a ~

Friday, June 01, 2012

:: Ok Ke Kalau Anak Ramai? ::

Assalamualaikum..
Dulu orang selalu tanya aku ok ke anak tiga orang? Kebanyakan masa yang aku jawab mesti macam susah benar anak tiga orang. Penat, tension. Ya, memang betullah penat, tension. Tiap-tiap hari mesti keluar suara jantan aku menjerit macam tarzan.
Tapi kan bila dah lama-lama, sebenarnya ok je. Maybe sebab dah terbiasa ataupun Farhan dah setahun kot. Bangun tidur malam pun dah tak macam masa baby. Tapi penat memang penat, time kena marah pun, memang kena marahlah. Takdelah sokmo happy je hidup, tapi anak-anaklah penawar jiwa. Hihi.. tiba-tiba je touching pulak.... Ngee.... Bukan apa, setelah sekian lama tiba-tiba member opis aku tanya, ok tak ada anak ramai. Dan....masa tu first time aku rasa jawapan aku ialah...ok je. Best. Cubalah rasa anak ramai macammana.  :) 
 Tengokler...aku sekarang kalau diorang nak berguling-guling kat lantai public, dah jenuh dah nak menegur. Dah kena cubit baru diam. Tu pun kejap je. Huhuhu....
 Kalau dalam kereta, lagilah pening. Hahahahaha..... Kerja nak berebut duduk depan atau tengah. Aku memang dah takde can nak duduk depan lagi dah. Huhu... Kalau pergi kedai tak kiralah kedai makan ke, kedai baju ke, kalau boleh biar satu kedai tu dengar suara korang, tau tak? Kalau bercakap tu, macamlah mak ni pekak sangat. Haih.... 
Tapi, at the end, aku still rasa happy bila ada Razi Izzat Farhan. Anak-anak aktif, sihat, aku bersyukur sangat. :) Alhamdulillah....Harap sangat-sangat anak-anak mak dah besar nanti berjaya di dunia dan di akhirat eh. Razi jadi ustaz, Izzat jadi pilot, Farhan jadi....doktor nak? Ngeee...doktor gigi. :)

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...