Friday, September 30, 2011

:: MC Lagi ::

Assalamualaikum...
Hari ni aku mc lagi, kali ni bawak Razi sekali, pergi klinik homopati. Pagi-pagi lagi dah ceria bila aku bagitahu yang dia kena ikut aku pergi klinik. Ngee...
 Razi sakit mata belah kiri. Ni masa kat klinik homopati, Razi dah besar, dah boleh pegang sendiri dah rod besi tu. Alhamdulillah, kitorang cuma infection kat kulit mata je. Kat mata takde apa-apa. Nampak kat skrin tu ada grafik mata. Huhu... Dapat lah lagi dua hari aku mc. Yeah. Mahu kot orang menyampah, hari tu dah cuti bersalin 2 bulan. Ni pulak asyik sakit je sokmo.
Lepas balik dari klinik homopati, kitorang pergi Ampang Puteri melawat tuan putera yang tengah berehat kat sana. Hihihi....
 Mula-mula duduk bilik 2 beded, tapi sebab abang Cha tak tahan dengar jiran sebelah berdengkur macam nak berperang katanya, dia mintak transfer bilik. Dapatlah single beded. Razi masa ni sibuk dengan buku dan pen, tengah tengok kartun Ben 10.
 Senyum sikit... Mata dah lah memang dah sepet. Jadi bertambah sepet haaa..
 Tengah on nebulizer. 
Masing-masing semua tengah tak sihat. Huhu... Harap-harap Farhan tak kena jangkitan kitorang ni. Farhan sihat-sihat je tau.

* Mentang-mentang mc, asyik update blog je. Kuikuikuikui....

~ s u h i d a ~

Thursday, September 29, 2011

:: Perangai Masing Masing ::

Assalamualaikum...
Perangai terbaru Razi sekaranng ialah dia suka bergaduh dengan Izzat. Semuanya nak berebut. Tak boleh tengok Izzat syok main mainan ke, mesti nak kacau. Sebenarnya Izzat pun sama, tak boleh tengok abang dia kusyu' buat sesuatu. Kalau Razi tengah susun patung binatang, kejap lagi dia datang tiba-tiba tendang semua mainan bagi jatuh. Huhu...
Perangai terbaru Izzat pulak ialah mulut makin banyak bercakap. Dah jadi macam Razi, suka tanya kenapa. Kenapa? Kalau tak bagi buat sesuatu ke, mesti dia tanya kenapa. Huhu.. Dan dia sekarang ni suka terbahasakan diri dia Razi. Ayo... Diorang dua orang memang ada je benda yang nak bergaduh. Aduhai. Tapi kalau time main, bukan main lagi leka tu yang sampai terhantuk kabinet tv tu.
Perangai terbaru Farhan ialah dia dah start main air liur dah. Rambut aku gila-gila tengah keguguran sekarang ni. Mula-mula pelik jugak, ingatkan salah syampu ke. Mak ckp bila baby start menyembur air liur, rambut mak akan banyak gugur. Menakutkan jugak sebab sekali sikat rambut, punya banyak rambut yang gugur. Huhu... Selain tu, Farhan suka main hujung bantal macam Razi jugak. Ada sekali tu saja je letakkan bantal atas dada dia, tengok dia main-main dengan bantal tu. Sekali tengok lagi sekali, dah tertidur. Hihi..
Perangai terbaru aku pulak, aku tidur awal dan confirm akan bangun pukul 2 pagi. Huhu.. Itu yang tiba-tiba update bloog tu. Ngee!~
Dan sakit mata aku makin teruk. Huhu.. Takut tak? Takut laaa.... Ngee!~

~ s u h i d a ~

Wednesday, September 28, 2011

:: Update Terkini ::

Assalamualaikum
Update terrkini :
Aku sakit mata.
Razi sakit mata.
Abang Cha admitted kat wad sebab asma.
Kebetulan aku mc, dapatlah esok tunggu abang Cha masa siang tu. Malam tak dapatlah nak menunggu.
Huhu... Aku dapat mc dua hari. Kalau mata bengkak lagi, doktor pesan suruh datang lagi ambik mc.
Boleh tak kalau aku nak mc lagi lepas dari dua hari? Kerja menimbun ada hati nak mc lagi. Aku bengang betul, mata dah bengkak-bengkak macam ni pun, dipaksa pergi meeting. Gila betul.
Seumur hidup aku, ini la kot first time aku sakit mata. Tak tahulah kalau masa kecik-kecik dulu dah pernah kena ke tak. Pedih ek? Gatal merenyam. Masa tidur, mata berair je. Itu yang jadi taik mata tu.
Oh oh....aku kan tak pernah test nak rasa susu sendiri. Hehe.. Tadi masa nak sapu susu ke mata, dengan tak sengaja terasa air susu sendiri. Wah, manisnya rasa susu aku. Hahahaha.. Rasa milo!! Sebab baru lepas minum milo masa sarapan. Ya Allah, rupanya betullah rasa susu tu sama dengan rasa makanan yang kita makan. Memang dah pernah dengar banyak kali. tapi macam tak berapa nak percaya 100%. Bila dah cuba rasa sendiri, barulah percaya. Huhu... Alahai Farhan, patutlah pagi tadi perut Farhan sakit. Malam semalam tak hengatttt, mak makan ayam penyet, cili dia pedas sangat. Aduyai, haruslah lepas ni control sikit nak makan apa. Tapi Farhan syok lah, susu mak manis lemak berkrim, kan. Kahhh...

~ s u h i d a ~

Monday, September 26, 2011

:: Aku Stress ::

Assalamualaikum..
Hari ni rasa nak buat sesi meluahkan perasaan boleh tak? Huhuhu...
Pernah tak korang rasa korang penat sangat sampai dah tak daya sangat-sangat dan rasa nak putus asa pun ye jugak. Putus asa dengan semua benda. Rasa kalau lah badan ni terdaya nak buat semua benda, tak perlu lah nak mintak bantuan orang. Faham semua orang penat.. Orang lain penat, boleh lagi lari buat hal sendiri. Tapi aku penat, nak mengadu pun tak dilayan, nak mintak masa untuk diri sendiri lagilah tak boleh.
Dah lama tak dapat rasa tidur lena. Dah lama tak dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan. Dah lama tak dapat rasa nak berbaring-baring malas-malas. 
Sekarang ni seminggu pada aku dah rasa macam sehari. Sebulan aku rasa macam seminggu. Apatah lagi kalau sehari..rasa macam sekejap je. Punya lah aku rasa masa cepat sangat berlalu. Bangun pagi, siap-siapkan diorang cepat-cepat, pergi kerja..balik kerja amek diorang, pandai-pandailah cari cara macam mana nak makan. Nak masak pun macam mana? Pastu cepat-cepat suruh diorang tidur, sebab aku pun dah penat, tak daya. Boring lah... hidup macam takde makna. 
Menangis hari-hari pun benda tak boleh diubah, hadaplah macam diri ni tabah dan kuat. Rasa macam kena buli pun ye gak. Semua benda nak kena terkejar-kejar. Yelah, tiga orang anak..sorang-sorang kena handle. Ala...sorang anak pun orang boleh komplen penat, aku takkan tak boleh nak cakap apa-apa langsung. Agak-agaklah sikit.....Kalaulah boleh mintak tambah tangan, aku mintak nak tambah tangan. 
Ohhh...aku stress....... 

* Harap-harap esok mata aku betul-betul sakit. Petang tadi tengok merah dah sikit. Mata Izzat dah elok, mata aku dan Razi pulak macam ada tanda-tanda nak kena pulak. Kalau betullah sakit, aku nak mc, tidur sepuas-puasnya.

Monday, September 19, 2011

:: Kesian Izzat ::

Assalamualaikum....
Kesian Izzat....
 Sakit mata pulakkkkkkkkkkkk....
Ayah belikan penutup mata masa bawak pergi klinik. Hihi...kelakar menengoknya, tapi kesian pun ye jugak. Tambah pulak dengan parut yang terhantuk kabinet hari tu. Tapi, Izzat punya aktif tetap maintain aktif. Jatuh tetap jatuh jugak. Nak marah, tapi tak sampai hati lak tengok dengan parut bagai. Hai Izzat hai Izzat.
 Ahmad Farhan ni pulak, dah masuk 4 bulan. Nampak badan macam susut sikit. Tunggu nanti timbang next month berapa berat adik ye. Dah mula pandai nak mengiring badan dah. Cepat-cepat belajar meniarap eh. Kejap je dah 4 bulan. Kang sedar-sedar je dah setahun, kan? Macam Razi, kejap je bulan 3 tahun depan dah masuk 5 tahun. Tiba-tiba je sedar dah masuk darjah 1 dan tiba-tiba je sedar aku dah jadi makcik tua. Huhuhu..... Sekian. Tiba-tiba emosi pulokk..

~ s u h i d a ~

Thursday, September 15, 2011

:: Izzat Jatuh Lagi ::

Assalamualaikum....
Izzat memang aktif kalau compare dengan Razi. Dalam dia semput-semput tu pun, takkan boleh nak duduk diam punya. Ada je kerja, kejap melompat, kejap panjat kerusi. Masa raya hari tu, tiga kali bengkak bibir sebab jatuh tergigit bibir.
 Ini gambar masa raya hari tu.
Alkisah macam hari-hari yang biasa, balik rumah kitorang berempat je kat rumah. Biasanya bila sampai rumah, aku bukakkan tv tengok kartun. So, diorang akan duduk diam dan bolehlah aku buat apa-apa yang sepatutnya. Malam tu, aku pun tak tau kenapa aku macam tak nak bagi diorang tengok tv lagi sangat. Jadi, aku tak on la tv. Bila tv tak on, diorang pun buat la aktiviti diorang. Diorang main kejar-kejar. Razi yang kejar Izzat. Toto kebetulan depan kabinet tv. Izzat lari lari pastu landing atas toto. Dua tiga kali landing atas toto, yang last sekali tu, terlajak sikit ke depan agaknya. Sedar-sedar aku tengok dah nangis. Sekali angkat, darah banyak gila. Razi dah terdiam bila tengok darah pastu Izzat menangis dengan Farhan menangis nak berdukung, aku pun join sekali menangis sebab banyak betul darah Izzat. Lagi sikit pulak tu nak kena mata. Telepon abang Cha suruh balik, pastu telefon Cikgu Ana dan Zakiah sebab aku dah panik sangat. Diorang je orang terdekat dan kak Ana pun dah berpengalaman handle budak-budak kalau kecemasan. Diorang tolong bawakkan kitorang pergi klinik.
Doktor kat klinik bagi dressing dulu sebelum pergi HKL. Aku tak berani nak letak gambar masa dia tengah bleeding. Takut korang tak sanggup tengok je.
 Ini gambar masa tengah tunggu giliran kat kecemasan HKL. Klinik refer pergi ke HKL sebabnya kena jahit, luka dalam sangat dan takut infection. Masa tunggu giliran ni pun, tak boleh duduk diam. Huhu.. masa kat HKL doktor mintak buat X-Ray, alhamdulillah tak de retak atau apa-apa. Syukur sangat. Masa X-Ray pun ok je. Ikut arahan nurse. Doktor dan nurse pun suka sebab Izzat tak menangis. Kat HKL diorang pakai glue stitch je. Kena jaga jangan bagi kena air 3 hari, takut nanti gam tu terbukak balik.
 Hari ni dah masuk hari ke tiga, malam nanti baru boleh bukak plaster. Mata bengkak jugak ler. Sepet sebelah. Alahai Izzat.. Cuba lah berhati-hati sikit kalau time main tu. Haih... Susah hati mak tau. Tapi kan, Izzat menangis tak lama pun masa lepas jatuh tu. Agaknya tengok aku menangis lagi teruk kot. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Thursday, September 08, 2011

:: Tiba-tiba Teringat ::

Assalamualaikum....
Tadi ingat nak update blog cerita lain, tapi terjumpa gambar Izzat ni, tiba-tiba rasa syahdu pulak.
Gambar ni masa Izzat asma teruk, yang kitorang warded kat hospital 3 kali dalam masa sebulan tu. Haru betul. Kurus kering jadinya Izzat. Aiseh..sedih lah pulak. Tak boleh nak ingat keadaan kitorang masa tu. Pulak tu Izzat masa tu baru nak pandai berjalan. Nama je semput, tapi aktif macam orang tak sakit.
Tengoklah dia sekarang. Huhuhu...

Alhamdulillah, selepas ambil rawatan kat Pusat Homopati kat Selayang tu, sekarang Izzat dah tak kena asma dah. Cuma kalau bila dia selsema tu, ada lah jugak bunyi berkeruh tu. Tapi bukan asma. Syukur sangat-sangat. Sekarang ni aku alert je kalau anak-anak start selsema ke, batuk ke..aku bagi je ubat homopati. Memang dah ada bekalan dah. Tengok-tengok jugak Farhan ni, takut-takut jugak. Harap-harap dijauhkan, tak sanggup aku. Bukan tak sanggup nak menjaga, tapi aku ni allergic dengan hospital. Takut nak duduk kat hospital lama-lama. Huhuu...
Tapi yang bestnya, dalam ramai-ramai cucu atuk, Izzat ler yang rapat dengan atuknya. Hehehe....

~ s u h i d a ~

Monday, September 05, 2011

:: Bakat Abang Razi ::

Assalamualaikum...
Razi memang suka sangat melukis. Kadang-kadang tengok gambar-gambar yang dia lukis tu, tak terfikir anak umur 4 tahun boleh lukis gambar yang pada aku agak cantik dan memang boleh agak dia lukis gambar apa. Baru-baru ni beli Happy Meal, so ada dapat toy Smurf. Dadak pun ada belikan jugak satu hari tu kat rumah Opah dan inilah hasilnya.
Yang merah tu atuk smurf. Huhu...

 Ini kakak smurf.
 Razi memang ikut mak lah Razi, suka melukis. Boleh tak aku cakap macam tu? Hahaha..
 Yang buat kagum tu, dia boleh meniru sebiji-sebiji dengan tengok je. Aku selalu bagi kertas dengan pensil. Dan kalau time tu dia tengok kartun, dia lukislah gambar kartun tu. Dia pernah lukis handy manny, mickey mouse, animal mechanical...haaa... jangan tak caya.. ada jugak the little mermaid tu yang aku tak boleh blah tu. Huhu... Dah bertimbun dah kertas A4 abang Razi lukis, aku sayang sangat nak buang. Huhuhu...
Agak-agak dah besar nanti abang Razi nak jadi apa. Kalau camni, mak push abang Razi jadi animator lah, nak? Mak nak jadi pelukis komik, tak kesampaian.. Hihihi....

~ s u h i d a ~

Sunday, September 04, 2011

:: Salam Aidilfitri 2011 ::

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin. Aku ingin meminta maaf pada semua kalau-kalau mana lah tau ada tersalah bahasa, tersilap kata kan.. :) kira 0-0 lah balik ye. Tahun kali ni kitorang ada orang baru sekali beraya. Dah beli dah baju melayu untuk Farhan jugak, tapi tengok-tengok macam besar sikit. Maka, baju-baju melayu tiga beradik ni akan dipostpon pakai pada raya tahun depan. Harap-harap sempat aku beraya di tahun depan. Huhu...
Raya kali ni, encik Fadzli Shah terpaksa bekerja. Tapi kerja petang, so pagi tu sempat jugaklah kitorang beraya bersama-sama. Mula-mula beraya kat Kuang, kampung famili abang Cha. Tapi, tak sempat nak ambik gambar pun. Dalam pukul 1 baru gerak patah balik ke Taman Permata nak beraya rumah mak. Seperti biasa, acara tahunan raya pertama mesti famili adik beradik abah datang berkumpul kat rumah kitorang. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi berkumpul ramai-ramai.
Acara wajib setiap tahun, setiap kali raya..mesti bergambar depan rumah mak. 
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik aku. Abah je sempoi pakai kain pelikat. huhuhu.. Tengoklah Farhan... huhuhu... 
 Masa ni dah bersiap-siap nak masuk kereta, nak bertolak ke Besout dah. Rumah Mak Long.
Ini jelah gambar raya kitorang sefamili. Itupun muka aku ntah apa-apa. Dengan Farhan tak nampak muka. Sabar je ler... Razi Izzat dah tukar baju dah. Baju dah kotor berpeluh-peluh, Tak dapat nak bergambar semua berbaju raya, Huhu.... Setiap kali raya memang confirm takde gambar raya kitorang sefamili kecik ni. Kecewa betul. Huhu... Abang, abang hutang ambik gambar raya haaa... Jangan buat-buat lupa.
Balik kampung pun tak banyak gambar yang diambil. Raya pertama tidur di rumah Mak Long kat Besout. Meriah betul tahun ni hari raya kat Besout. Dulu kalau raya balik sana, gelap je.. Orang tak pasang lampu. Hei..sekarang ni, dengan mercun meletup non stop, budak-budak merempit naik motor, memekak press motor. Sabar je lah aku ni haa...
Pagi tu baru gerak naik ke Ipoh, rumah makcik-makcik, sedara belah abah. Boleh tahan gak aku makan tak hengat dunia. Lagi-lagi ada pulak laksa.... Huhu.... Malam baru sampai ke Batu Kurau, Taiping - rumah Mak Teh kakak mak. Dalam pukul 9, baru gerak ke Bukit Merah Lake Town Resort. Bermalam kat situ. Tapi kan  balik ipoh, padang rengas.. aku tengok rumah bukan main lagi cantik dari rumah kat KL ni ha... taman perumahan yang baru-baru tu..rumah dorg design lawa-lawa. Dasyat kan. Macam ni baik berhijrah ke luar bandar. Rumah besar, tanah lapang, jalan tak jem, kos kehidupan rendah, udara bersih... Haihhh...Kekeke..
Masa on the way nak balik KL ler bosan. Lenguh badan sebab jem gila gila. Gerak dari Taiping pukul 6 petang, sampai ke RnR Sungai Perak pukul 7.30. Pastu sampai Taman Permata pukul 1.30 pagi. Nasib kali ni tak nak ikut jalan kampung. Kalau tak, mahu jadi macam raya haji dua tahun lepas. Sampai rumah pukul 5 pagi. Huhu... Kelakar betul, dulu masa kecik-kecik, horror balik kampung sebab takut lalu jalan kampung, pulak tu abah bawak kereta memang laju, Kalau dia kata sampai KL pukul 11, memang pukul 11 lah kitorang sampai rumah. Dalam kereta, baik tidur dari bukak mata. Huhu... Tapi raya zaman sekarang horror nak balik kampung sebab malas nak tempuh jem yang gila punya teruk. Azab ler, sebab sekarang ni dah kena drive sendiri. Hehehe... macam-macam.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...