Showing posts with label razi. Show all posts
Showing posts with label razi. Show all posts

Monday, April 28, 2014

:: Meeting Point Zoo Negara ::

Aku suka kalau nak jumpa sesiapa yang kalau aku nak pass barang ke atau nak received barang ke, meeting point mesti kat depan zoo negara. Senang orang nak cari. Sebab bila orang tanya aku nak jumpa kat mana, bila aku jawab Taman Permata, confirm orang tanya kat mana tu. Then nak bagi orang cepat tangkap kat area mana, bagitahu ler dekat area zoo negara. Ohh.. kat zoo tu ye. :) Tak glamer rupanya ye Taman Permata ni. Hehe..

Anak-anak lah yang paling seronok kalau pergi situ. Entrance je pun diorang dah seronok tengok patung-patung binatang yang ada kat situ. Macam dah lama tak jalan-jalan dalam zoo. Last pergi masa Farhan dalam stroller lagi. Macam nak pergi lah kalau macam ni. Nak tengok reaksi Farhan bila tengok binatang-binatang ni. :)


Ecece.. Farhan posing gitu..

Nampak matured pulak muka korang. Nape ye.

 Baru perasan ada buaya tersadai depan zoo ni.

Apa lah yang diorang berdua tengokkan tu.

Friday, May 10, 2013

:: Ironman 3 ::

Assalamualaikum....

Orang semua dah tengok ironman.
Ironman dah habis dah.. mak lah ni. Taknak pergi tengok cepat-cepat.


Ayat dari mulut Razi yang teringin sangat nak tengok ironman. Maaflah Razi, ayah cakap cerita ironman tak best. Takpe, esok kita pergi tengok eh. Heee....

Bila anak-anak teringin sangat satu benda tu, lagi2 kalau dah mintak dekat berminggu-minggu..asyik terbayang2 je muka diorang dengan mata sayu tu kan....

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 20, 2012

:: Daftar Razi Darjah 1 ::

Assalamualaikum....
Aku tak tahu pun yang sekarang ni kalau nak daftar anak masuk darjah 1 kena awal 2 tahun. Masa hujung-hujung bulan September baru aku tau. Itu pun lepas bersembang-sembang dengan mak kawan Razi kat taska. Mak Dani tanya aku nak hantar Razi sekolah mana. Huhu....Pastu dia bagitahu sekolah Melawati dan Taman Permata dah full. Apalagi, menggelupur ler aku cepat-cepat cek online. Alhamdulillah, sekolah yang kitorang nak Razi masuk masih ada kekosongan lagi. Kalau nak daftar anak sekolah, bolehlah ke laman web http://www.moe.gov.my. Lepas register online, bawak salinan asal dan potostat ic kedua ibubapa, surat nikah, lampiran pendaftaran online (macam gambar kat bawah ni) yang dah diprint dan juga bil air/api ke pejabat sekolah yang didaftarkan.
Razi dah nak masuk darjah 1, aku pun dah nak kena start rajin-rajin ambik tahu bab-bab akademik ni. Pastu nak kena belajar sabar mengajar. Mesti...Lagi satu kena rajin mengajar jugak.. Ngeee...

~ s u h i d a ~

Saturday, November 17, 2012

:: Kelemahan Mak ::

Assalamualaikum...
Aku ada satu kelemahan iaitu.... aku lemah betul kalau anak-anak buat permintaan. Mesti aku try jugak dapatkan apa yang diorang nak. Rasa tak sampai hati bila diorang merayu. Huhu... (tu yang terjebak sampai ke Legoland tu. Ini semua kawan-kawan diaorang punya pasal lah ni. Terpengaruh dengar cerita kawan-kawan kat sekolah yang bercerita).
Yaya pun jadi jugak. Haiii... 
Tapi, kadang-kadang aku fikir-fikir balik, aku beli sebab tak sampai hati ke, ataupun aku jugak yang minat sebenarnya. Hehehehe... Oklah... tak sampai hati dan aku pun sebenarnya memang minat kartun pun. :p
Mahal betul patung boboiboy ni, RM19.90. Razi siap suruh beli topi boboiboy sebab kawan kat sekolah ada jugak topi tu. Aku pergi jugak tengok harga...RM24.90. (Sebab aku tak minat topi dia, aku tak beli...Kekekeke...)  Kuat betul pengaruh rakan sebaya kat sekolah....

~ s u h i d a ~

Friday, June 29, 2012

:: Sambungan Lukisan Abang Razi ::

Assalamualaikum...

Sambungan lukisan Razi hari tu.
Judul : Keluargaku.
(Suka-suka aku je bg judul.hihi..)

Paling tak tahan additional touch up...... Aku ada toncit kat tudung. Huhu...
Ayah ada tahi lalat kat dahi tapi sebenarnya takde pun tahi lalat kat dahi. (Ke aku yang tak perasan? Ngee..)
Razi pun ada tahi lalat..tapi bukan kat pipi sebenarnya... Sebenarnya tahi lalat abang Razi ada atas bibir. Sebab mulut abang Razi asyik potpet potpet je. Hehehe....
Ada lagi sambungan lukisan ni.. ada banyak lagi orang2 yang dia lukis dalam satu kertas A4 tu. Tapi takpelah yang ni je lah...nak simpan buat kenangan dalam alam maya je lah Razi eh. :)

* Antara kitorang lima orang, lukisan maklah yang paling cantik kan abang Razi. Heee.. :) Mak sorang je perempuan dalam famili. Huhu... Mintak-mintak nanti ada lagi sorang anak mak berdiri sebelah Farhan tu. Adik perempuan pulak eh. :)

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 26, 2012

:: Cantik Lukisan Abang Razi ::

Assalamualaikum...

Kartun terbaru Razi. 
Judul : EMAK

Razi : Mak, mak, Abang Razi lukis gambar mak pakai baju raya. Mak pakai baju bunga-bunga. (Sengih-sengih tak boleh blah....huhu..)
Aku pun ambik gambar nak simpan buat kenangan. Lepas puji lukisan tu cantik, dia pergi sambung lagi melukis.
Kejap lagi dia datang lagi sekali.
Razi : Mak, mak, seluar mak pendek sangatlah. 
Dan tunjuk lagi sekali lukisan dia.
Alamak Razi, macam hippies la pulak jadinya. Huhu...
Cantiknya kasut mak. :)

* Sebenarnya ada lagi sambungan lukisan ni. Tapi takpelah..next timelah upload. (Kes malas nak bangun amek handphone..hihihi...)

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 13, 2012

:: Kawan Gaduh Aku Sekarang Ni ::

Assalamualaikum..
Dah lama aku tak tepek dialog Razi. 
Situasi : Dalam bilik air masa teman dia kencing sebelum tidur.
Aku : Razi nanti bila dah start sekolah, abang Razi kena bangun pagi pukul 6, solat subuh. Pastu mandi, mak hantar pergi sekolah awal.
Razi : Nape mak? Pergi sekolah mana mak.
Aku : Sekolah tu start pagi-pagi, sekolah rendah..tak sama dengan tadika.
Razi : Ala...abang Razi nak sekolah yang tinggi-tinggi tu. Tak nak sekolah rendah.
Huhhuhuhu....
Budak kawan gaduh, kawan merajuk.
Dalam sehari, mesti ada perkataan ni keluar dari mulut dia.
" Mak, nanti bulikan abang Razi...." (belikan apa-apa je lah yang dia nak hari tu).
Cakap dengan Farhan. "Farhan, nanti jangan kawan mak. Mak suka marah."
"Tak nak kawan mak". (Pastu tak sampai 2 minit pun...)... "Mak, nanti mak bulikan abang Razi.."
Pening kepala aku. Huhuhu..

~ s u h i d a ~

Saturday, October 29, 2011

:: Razi 1st Winning ::

Assalamualaikum...
Busy sungguh kamu suhida. Huhu... Nak update gambar painting Razi!
Tadaaaa.... sebenarnya tak berapa faham jugak painting ni. Sebagai mak, rasa macam best la jugak kan walaupun tak faham. Ahaks...
Aduhai..masa ni sefamili tengah sakit mata. Izzat seorang je yang dah sembuh. Tapi, tetap happy sebab kiranya macam first time anak achieve tempat pertama. Huhu.... Kesian lak nengok Farhan baru nak start sakit mata.
Nenek pun proud dengan abang Razi tau.
Yang kelakarnya masa nak naik stage, dia menangis ajak aku teman sekali ambik hadiah. Aduyai..segannyeeee...
Bergambar depan galeri Shah Alam.
Abang Razi kalau tak potong rambut, macam tu lah rambutnya..kembang macam lion. Huhu...
Dapat sijil penyertaan, tanah liat...
Dan jugak RM100. Ngeee!~
Mak proudlah abang Razi. Nanti belajar pun kena selalu dapat no 1 tau!

~ s u h i d a ~

Wednesday, October 19, 2011

:: Razi Join Pertandingan Mewarna ::

Assalamualaikum...
Bulan lepas, pengetua tadika Razi bawa Razi attend Pertandingan Mewarna kat Galeri Shah Alam. Katanya dibawah Persatuan Tadika Tadika Islam Malaysia (PERTIM). Razi join pun adhoc sebab masa tu kitorang kan tengah sakit mata. Jadinya Razi pergi dengan pakai penutup mata.
Hasya, Razi dan Iman. 3 orang wakil dari tadika Razi. Tiga serangkai ni memang kawan baik.
 Colouring pakai water colour. Impressed jugak. Aku pun tak pandai pakai water colour. Huhu...
 Masing-masing dengan hasil karya tersendiri. Hehe... Aku pun konpius Razi ni lukis gambar Pooh ke. Bila tanya, dia cakap tu gambar Hasan. Huhu..
 Ramai jugak yang join. Boleh tahan jugak hasil seni diorang ni, kan?
 Posing sikit kat tepi tasik Shah Alam. Kesian lak nengoknya pakai penutup mata tu dah ke bawah sangat dah.
Aku macam dah terbayang-bayang Razi bila besar masa tengok gambar ni. Huhu...

~ s u h i d a ~

Wednesday, October 05, 2011

:: Check Up Farhan 4 Bulan ::

Assalamualaikum...
Hari ni check up Farhan 4 bulan kat klinik. Bawak sekali Razi dan Izzat.
 Bukan main lagi korang ye posing dengan jam Ben 10. Huhu.. Masa ni nak balik dah, tapi tunggu hujan berhenti, so posing-posing ambik gambar ler dulu.
Nampak mata Razi macam dah ok sikit, kan?
 Mata aku masih bengkak tapi dah kurang sikit merahnya. Nampak parut Izzat yang luka terhantuk kabinet tv tu?  
 Gambar tak berapa nak clear. Sekarang ni kalau tengok muka Izzat, mesti tertengok tempat parut tu dulu. Tak suka tengok... Hmm...
 Harap-harap ayah tak kena sakit mata ye. 
Berat Farhan 4 bulan dah 7.4 kg. Naik 900 gram dari berat yang last timbang. Alhamdulillah.. oklah tu. Naik jugak sikit, walaupun ramai yang tegur badan Farhan dah ringan. (Tapi aku still lenguh nak dukung dia lama-lama.. Ngee!~). Check up hari ini takde injection. 
Masa kat klinik, ada jugak 2,3 mak orang tegur sakit mata kitorang. Ada jugak yang tegur anak aku tiga-tiga orang lelaki. Huhu... Orang melayu memang macam tu lah, suka menegur, suka menyembang.. Ambil beratlah katakan ye. Hmmmmppphhhh....
Ni gambar tadi, nampak mata Farhan merah kan? Farhan suka hisap jari sekarang ni dan juga akan main bantal kalau letak bantal kat atas badan dia. Kalau aku nak buat kerja kejap ke, aku letak bantal atas dada dia. Kalau dia tak lapar susu, dia ok je main dengan bantal. Cumanya kena perhati-perhati jugak, takut tutup hidung dia. Nak bagi bantal tu best sikit, letak mainan kat bucu bantal. Hahahaha... Nanti mak beli mainan untuk Farhan eh. Kesian dia.. :)

*Anak-anak mak, anak-anak yang baik hati. Tahu mak tengah marah atau susah hati, pandai ambik hati mak. Mak sayang korang!

~ s u h i d a ~

Monday, September 05, 2011

:: Bakat Abang Razi ::

Assalamualaikum...
Razi memang suka sangat melukis. Kadang-kadang tengok gambar-gambar yang dia lukis tu, tak terfikir anak umur 4 tahun boleh lukis gambar yang pada aku agak cantik dan memang boleh agak dia lukis gambar apa. Baru-baru ni beli Happy Meal, so ada dapat toy Smurf. Dadak pun ada belikan jugak satu hari tu kat rumah Opah dan inilah hasilnya.
Yang merah tu atuk smurf. Huhu...

 Ini kakak smurf.
 Razi memang ikut mak lah Razi, suka melukis. Boleh tak aku cakap macam tu? Hahaha..
 Yang buat kagum tu, dia boleh meniru sebiji-sebiji dengan tengok je. Aku selalu bagi kertas dengan pensil. Dan kalau time tu dia tengok kartun, dia lukislah gambar kartun tu. Dia pernah lukis handy manny, mickey mouse, animal mechanical...haaa... jangan tak caya.. ada jugak the little mermaid tu yang aku tak boleh blah tu. Huhu... Dah bertimbun dah kertas A4 abang Razi lukis, aku sayang sangat nak buang. Huhuhu...
Agak-agak dah besar nanti abang Razi nak jadi apa. Kalau camni, mak push abang Razi jadi animator lah, nak? Mak nak jadi pelukis komik, tak kesampaian.. Hihihi....

~ s u h i d a ~

Sunday, August 07, 2011

:: Razi dan Izzat - Edisi untukmu ::

Assalamualaikum....
Abang Razi - abang yang penyayang, prihatin dan sabar. Tapi kuat menangis.
Mak sayang abang Razi sebab abang Razi sabar dengan mak, faham keadaan mak. Kebanyakan masa abang Razi boleh buat mak nak menangis, ada masa abang Razi boleh buat mak nak marah, tapi banyak masa abang Razi asyik buat mak tergelak je. :) Tengok gigi dah rongak. Haih....
.
Abang Izzat - abang yang penyayang, nampak macam tak prihatin, tapi prihatin sebenarnya. Abang yang masih manja lagi sebenarnya. Tapi pandai bawak diri.
Mak sayang sangat dengan Izzat. Harap Izzat jadi anak yang baik, mendengar kata. Jangan mak cakap buat derk, muka selamba je. Bengang tau. Huhu.. Belajar kena rajin-rajin. Rajin-rajin main dengan kertas dengan pen. Jangan asyik nak tengok tv je, asyik main patung ultraman, asyik main mainan kereta. Kena rajin baca buku jugak, macam abang Razi..asyik mintak beli kertas je. Huhu... Pastu kena rajin makan. Dah kurus dah badan mak tengok. 
.
Walaupun Razi Izzat kecik lagi, tapi kebanyakan masa diorang faham aku tengah susah hati ke, aku tengah sibuk dengan Farhan ke. Ada masa-masa tension, ada masa-masa tergelak dengan perangai ikut suka hati diorang je. Huhu... Biasa lah tu. Budak tengah nak membesar, harap sangat-sangat aku dapat jadi mak yang baik. Tak nak marah-marah. 
Tapi pelik sungguh, bila cakap perlahan..lambat je reaksi diorang. Tapi bila dah keluar suara petir macam nak pecah anak tekak, haa..baru ada reaksi. Tapi, tak best la kan, kalau asyik marah je. Letih tau.

Macammana pun, mak bangga dan bersyukur dapat anak-anak macam abang Razi dan Izzat tau. Jadi abang yang baik, anak yang patuh dan soleh. Jadi cucu yang baik jugak. Jangan asyik mintak beli itu, beli ini je tau. Asal tengok ada kartun best kat tv, asyik suruh beli je...Kena sentiasa sayang sesama sendiri, ayah, atuk, opah dengan nenek ye. :) termasuk semua sekali ahli keluarga ye!

~ s u h i d a ~

Friday, May 06, 2011

:: Lukisan Razi ::

Assalamualaikum...
Nak bercerita pasal Razi dengan hobi dia. Razi memang anak yang suka membaca, mengaji, menangis dan melukis. Hihi... Alhamdulillah... Menulis ABC, 123, Alif Ba Ta semua dah lulus. Cuma kadang-kadang tu dia macam terlupa kejap. Tapi menulis-nulis ni dia dah kureng sikit sekarang ni. Dia lebih kepada melukis pulak. Musim melukis.. Tunggu bulan depan, musim apa pulak. :)
Baru-baru ni aku perhati lukisan dia dah improve. Banyak jugak improve. Tapi, tulah...satu-satunya yang aku lemah ialah dah banyak sangat kertas A4 dia conteng. Beli buku latihan, kejap je dia conteng. Lepas tu cari balik kertas A4. Memilih lak tu, nak conteng satu muka je. Muka belakang tak nak conteng. Haii... Takpelah Razi, asalkan Razi tak merepek-repek, contenglah banyak mana kertas pun. Bagi je kertas dan pensilbox, dia duduk diam ler. Kusyu' melukis sambil-sambil tu menyanyi, baca doa ke, bercakap sorang-sorang ke. 
So, aku decide sebab dah banyak sangat kertas terpakai ni, aku ambiklah gambar beberapa keping lukisan dia untuk kenangan sebelum aku buang kertas ni. Huhuhu.. Sayang pulak rasanya nak buang, tapi...agak menyemak jugak ler.. kekekeke.... Ingat nak bagi kat taska diorang je, kalau diorang nak pakai untuk buat origami ke. Takdelah membazir kan? Ok, jom. Layan hasil karya Muhammad Fakhrurrazi, 4 tahun.
 Pensil box oren Razi. Kaler pensil semua letak dalam tu, kotak aku buang. Pakai pensilbox je senang. Itu pun masih lagi sepah-sepah jugak.
 Butterfly.
Snake.
Jellyfish.
 Kucing. Takut mak tengok kucing Razi ni.
Crab.
Lembu.
 Gambar ayah agaknya.. :) dengan baby baru kot.... Hmm...
 Caterpillar.
 Lion.
 Sotong.
Haa..cuba teka apa ni? Hehehe.... Ini ler Mr. Spongebob Squarepants.
Ini pulak hasil karya Muhammad Fakhri Izzat. Hihi... Tak lama lagi Izzat pun pandai melukis macam abang Razi tau.
Kalau time korang happy-happy, mak pun happy jugak. Jangan selalu sangat menangis-nangis ye. Sayang anak-anak mak. Oh....aku tinggal lagi beberapa hari lagi je ni.... Huuuu... Tak ready lagi rasanya. 

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...