Sunday, January 31, 2010

:: Star Hill dan Pavillion ::

Assalamualaikum...
Hmm...kan daku asyik tulis abang Cha dah berapa hari tak tidur rumah kan? Biasalah, mesti ler bengang kan. Hehehe... So, setelah berapa lama, rasa macam dah lama tak berjumpa. Kah..ayat... tiba-tiba Sabtu tu, abang Cha kol aku bagitau dia dapat cuti ler pulak. Masa dia kol tu, aku baru balik dari gi kenduri dengan mak dan Ina. Planning petang tu nak gi jogging2 ler kat tasik titiwangsa..Nak jogging...kekeke..siap dah nak gi beli kasut tu. Terpaksa ler postpone minggu depan....Minggu depan ye Ina. Semangat nih. Huhu...
So..hari Sabtu tu, kitorang tak pergi mana2 pun. Abag Cha ajak gi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor, tapi aku macam tak konpiden je. Tunggu Izzat besar sikit la kot..Insya Allah.. Last0last kitoang pergi Star Hill dengan Pavillion je. Biasa lah, bila tak dapat nak gi mana2, idea mcam2. Nak pergi situ la, nak pergi sini la. Tapi bila dah dapat peluang, nak gi jalan-jalan. Boleh blur tak tau nak pergi mana.
Ok, layan gambo je la ye, sambil ku bercerita. Layan....Zassss...

Ini kat Star Hill. Entah apa entah yang diorang duk tengok. Jenuh suh pandang kamera, buat derk je masing masing.

Itu aku tengah nak pusing badan Izzat suh tengok kamera, punya la dia tanak. Razi tetap maintain tengok apa benda ntah.

Tengok mata diorang tu, tengok mana lah tu. Agaknya suka tengok lampu yang suluh kat daun-daun tu kot. Dekat dengan Shook. Sakit mata aku tengok. Tapi lawa ler, kan? Mmm..lawa ke? Saje jalan-jalan cuci mata kat restoran-restoran yang ada kat level bwah tu. Macam-macam ada ye. Restoran India pun ado. Ada satu restoran tu, siap display akuarium, ada udang karang mak aih beso nye...dengan kulit yang menggerutu. Err......tak tau aku lalu makan ke tak. Ada satu restoran tu, siap approach kitorang, ingat kitorang nak makan. Tak kot...baik gi makan kat food court ye dak? Ngee!~ Pas gi Star Hill, jalan-jalan ke Pavillion pulak. Meriah diorang buat kat luar ni untuk celebration CNY. Siap ada pokok sakura. Ada kaitan ke CNY dengan bunga sakura eh? Kat entrance Pavillion. Punya lah ramai orang melepak kat sini. Macam-macam orang ado. Mat Saleh? Orang Arab? Orang Jepun? Orang Indonesia? Cakap je nak orang apa. Ada je, macam-macam gaya. :)
Kat air pancut depan Pavillion. Lawa.. Lampu dalam air tu tukar, bunga raya tu pun tukar kaler. Suka Razi dengan Izzat tengok. Kat dalam ni, diorang siap buat macam jambatan dengan pond. Naik atas jambatan tu, mak aih..berbunyi-bunyi. Rasanya pakai plywood je, tapi surface macam batu betul. Razi jalan atas tu pun takut sebab terasa dia punya tak stabil tu. Senyum..control..controlll....Kah... Kat luar lagi. Masa ni dah nak balik dah. Tengok Razi, suka dia kawasan lapang cenggitu. Sibuk nak tolak stroller. Izzat dah pandai dah melangkah dua tiga tapak. Hehehe..Pasni, tak lama lagi, Insya Allah..berlari-larilah diorang dua orang tu. Dah penat, jom balik...
* Zaihan, punya lah aku teringin nak makan tomyam, gi Pavillion pun takde tomyam. Geram aku. Tapi aku makan je lah yang hampir2. Laksa Siam. Alhamdulillah, sedap...sedap sangat2. Sape2 nak cuba, cari kedai Thai kat foodcourt Pavillion. Gambo tak snap ler. Sowi..Hehe..

~ s u h i d a ~

Saturday, January 30, 2010

:: Skiva Warehouse Sale ::

Assalamualaikum...
Huhu..Insya Allah esok nak terjah Skiva warehouse sale. Sale start dari 29 Jan sampai 1 Feb 2010. Pukul 10 pagi sampai 9 malam. Member ku cerita dia pernah pergi warehouse sale ni dulu sekali. Murah gila katanya. Bra elok-elok RM5 je. Tak sabar aku nak terjah. Mula-mula plan nak terjah dengan Ina je. Razi dan Izzat tinggal dengan abang Cha supaya senang sikit proses membeli belah tu ye. Tapi abang Cha ku kerja....Mmmm...
* Esok aku isytiharkan hari shopping sedunia ye. Sape nak join? Jom ler.

~ s u h i d a ~

Thursday, January 28, 2010

:: Anak Dua Orang ::

Assalamualaikum...
Tiba tiba terdetik nak buat entry pasal macam mana ada dua anak kecil dan kebanyakan masa dihabiskan antara hanya kami bertiga sahaja. Entry ni sekadar nak meluahkan perasaan sahaja. Aku tau memang lah orang akan cakap alahai, dah ada anak tu bersyukur la. Tak kiralah camne perangai diorang, orang lain lagilah takde anak. Mmm..memanglah aku bersyukur, ada dua orang anak yang sangat baik. Memang keletah diorang kadang-kadang tu boleh buat aku tergelak sorang-sorang.. Tapi, bila time meragam tu, dua orang lak tu kadang-kadang serentak. Masing masing nak tarik perhatian..Macammanalah aku nak cope? Jenis merengek mendayu-dayu pulak tu. Huhu..
Razi dah nak masuk 3 tahun bulan Mac ni. Dengan Razi yang dah semakin bijak dan Izzat yang pun sama dah semakin pandai nak bermanja, kadang-kadang aku rasa tak tahu siapa dulu yang patut aku pujuk dulu. Dua-dua pun nak bermanja dengan aku.
Malam semalam, aku mintak tolong Ina jagakan Razi dan Izzat sebab tiba-tiba je aku rasa nak jumpa Zaihan sebab dah lama sangat tak jumpa dia. Hehe...So....pas dah jumpa tu, aku pun balik ke rumah mak, nak ambik Razi dan Izzat dengan hati yang agak lapang sedikit sebab dapat loosen up jap jumpa member lama. Masuk je rumah mak, dua2 pun meluru kat aku. Huhu..tapi aku ambik Izzat dulu, automatik kot sebab Izzat kan tak pandai jalan lagi. Tak lama pastu Razi pulak berebut nak dukung, nak duduk atas riba aku. Izzat pulak marah, tak bagi aku dukung abang dia. Siap ditolaknya abang Razi, sampai aku dah nak terduduk dah disebabkan diorang berebut2. Sampai satu tahap tu tiba tiba aku rasa aku macam dah tak boleh bernafas, jantung berdegup laju, asap macam nak keluar dari hidung dan telinga dah....dan tiba-tiba je aku rasa macam nak menjerit. Tapi tadi kat rumah mak aku sabo lagi. Huhu...
Pastu lagi satu pasal berebut barang. Abang Razi tak boleh tengok Izzat pegang barang mainan yang menarik sikit. Semuanya nak direbut. Bila dah berebut, yang sorang tu menangis ler. Mula-mula aku akan cakap slow je, "Razi, jangan kacau adik.." Sekejap je, pastu dikacaunya lagi. Aku cakap pelan lagi "Razi..mak cakap apa tadi? Jangan kacau adik. Biar dia main.." Mmm...sekejap je, pastu dikacaunye Izzat lagi. Aku diam dulu..Tapi bila dah lama Izzat menjerit2 marahkan abang dia, sambil pandang aku dengan muka sedih dan telinga aku dah mula panas sebab bunyi siren kuat sangat. Haaa..mula lah aku lak yang tiba tiba bertukar jadi Incredible Hulk, memang lepas tu suara Razi la pulak yang menjerit sebab peha dia kena cubit. Hmmm....Nak cerita banyak sangat, itu belum lagi bab mandikan diorang serentak, pakaikan pampers serentak. Bangun mintak susu serentak..Hai..macam kembar la pulak..
Macammana? Korang boleh tak bagi idea atau apa2 kata nasihat macammana nak handle ragam anak anak yang jarak umur diorang rapat. Serius, aku masih tak pandai lagi. Kesian sangat tengok Razi dan Izzat. Masing masing macam berebut kasih sayang dari aku sorang.

* Tadi Razi kiss lagi pipi aku beriya-iya sebelum tidur. Pas kiss tu terus tutup mata dan tertidur. Tengok dia menyusu dan tidur, sungguh aku rindu masa dia baby dulu. Huhu..Izzat pulak semput lagi. Susah hati aku tau. Malam tadi abang Cha tak balik rumah lagi. Sedih sedih....

~ s u h i d a ~

:: Award Dan Tag Dari Alya ::

Assalamualaikum....
Yeay, dapat award dan tag dari Alya. Rasa macam dah lama tak dapat award, kan? Maceh alya...aku pengomen tegar ko eh. Hehe..Selalu kat shout box je aku komen je, sebab kadang2 tu aku tengok na dekat 20 lebih orang komen ko tiap2 hari. Huhu..Segan lak nak komen kat bawah2 nun..Nampak sgt mcm lmbt je baca entry ko..kekeke..1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded. - Sudahhh

2. Make sure u take the pic n said it is from ALYA.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

1. Tahun ni aku berumur 30 tahun. Huyoo..macam tak caya je..
2. Aku sangat takut pada tempat gelap dan sempit.
3. Sangat suka makan coklat.
4. Dulu, aku tak suka sup. Tapi sejak terpaksa diet ni, baru ler aku suka makan sup.
5. Hobi aku sekarang berblogging.
6. Aku tak tau kenapa sekarang ni kalau aku gelak, air mata aku keluar sekali macam
menangis. Kadang2 tu air hidung pun keluar. Kenapa haaa? Nak gelak, gelak je la. Nak
nangis sekali kenapa?
7. Aku fobia dengan rumah hantu. Dari hari tu lagi aku nak cerita, tapi tak cerita-cerita lagi.
Ngeee...
8. Aku tak pernah naik rakit. Teringin pulak nak naik rakit.
9. Aku sangat suka makan bercicahkan cili sos. Tapi semenjak dua menjak ni aku dah jarang
dah makan cicah cili sos. Tak tau kenapa.
10. Aku rasa dah banyak sangat orang tau pasal aku..sampai dah kering dah idea nak bagitau
lagi dah..hehehe..
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog :
- ina
- mai
- jieha
- ain
- makku fuzah

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged!!!

Award lagi satu dari Alya..tenkiu lagi sekali Alya. huhu...
~ s u h i d a ~

Tuesday, January 26, 2010

:: Tidurkan Diorang ::

Assalamualaikum...
Seharian kat opis penat melayan macam macam ragam orang.
Balik rumah melayan karenah Razi dan Izzat pulak...sorang-sorang pulak tu. Kalau aku tak singgah rumah mak ler. Selalunya kalau dah sampai rumah tu, memang aku terus suruh diorang tidur je. Tak kira lah, mata diorang segar bugar lagi ke, tengah mud nak main ke. Izzat selalunya sampai rumah memang dia dah stok ngantuk dah. Pulak tu kalau dapat susu ibu, insya allah terus tidur. Paling lambat dia tidur pun pukul 10..pastu boleh terus berlayar sampai pukul 12 atau paling lama pukul 1 pagi. Lepas dari waktu-waktu tu, kompem sejam atau dua jam sekali mesti mau bangun mintak susu punye...huhu....
Razi pulak jenis selagi aku tak pandang muka dia, atau kiss dia, selagi tu ler dia tak tidur. Kalau aku wat tak tau je, memang puas ler menunggu dia nak tutup mata. Kadang-kadang sampai sejam lebih ler, aku ni duk berlakon tidur. Sampai badan aku kejung ler. Kadang-kadang tengok dah tak gerak2 dah budak ni. Tapi, bila jenguk, tengok mata dia duk terkebil-kebil lagi menahan mata taknak tidur. Haiiii... Huhu..Bukan apa, kang kalau aku biar dia bangun, main, nanti Izzat lak terjaga. Izzat dah tentu2 ngantuk. Kang meragam menangis, tak larat aku dah weh.
Hmm..pastu sejak Razi da pandai banyak benda ni, memang hari-hari ler asyik kena marah dengan aku. So...kalau bila nak tidur tu, harus ler manjakan dia pulak. Marah marah jugak..tapi sayang sayang jugak..Harus ler..anak tu...Huhu.. Time dia ngantuk2 gitu, aku suka..Muka Razi sangat comel sama macam masa dia baby dulu. Huhu....Harus ler sayang dia sebelum tidur. Selalunya kiss pipi dan suruh dia tutup mata. Tadi, bagi extravaganza sikit..Aku cakap dengan dia, Mak sayang Razi..meh sayang mak meh. Pastu aku cium pipi dia. Dia cium balik pipi aku. Banyak kali lah dia balas kiss aku. Siap tarik kepala aku nak kiss kat mulut lagi. Kekeke..Pastu aku cakap dengan dia, I Love U..Dia balas balik I Love U, sambil sengih sengih sebab aku sengih nak tergelak bila dengar dia cakap camtu...Hehe..Pastu, aku usap-usap pulak rambut dia...Dia pun balas balik usap2 rambut aku. Huh....Habis jadi serabai rambut aku diusap2nya. Anak aku ni...sabo je ler....

~ s u h i d a ~

Monday, January 25, 2010

:: Spek ::

Assalamualaikum
Semalam penat sangat pas balik dari menjemput sedara-sedara mak mertua untuk kenduri adik ipar bulan 2 ni nanti. Dekat pukul 1 pagi lebih baru ler dah ready nak tidur. Kebetulan semput Izzat datang balik dua tiga hari ni. Rekod kali ni lama gak dia tak kena attack, sebulan. Kalau tak mahu selang 2,3 minggu sekali kena asma. Maka malam tadi tidur aku pun tak lena jugak ler ye.....
Hangin tak hangin, dalam aku penat2 tu dengan ngantuknya, dengan pening kepalanya...dengan Izzat yang terbangun-bangun sebab tak selesa kot, tiba-tiba Razi pulak bangun mintak susu......... Razi pulak kalau mintak susu, selagi kite tak bangun tu, selagi tu lah dia "Mak..nak susu..mak, nak susu..mak, nak susu..mak..nak susu...." takyah la aku sambung dengan lebih lanjut lagi.. Sampai la dia nampak kelibat kite bangun, baru ler dia diam. Aduhai...Ayahnya dah terpokang tak sadar diri. Sabo jer ler aku ni...
Aku pun bangunler buatkan susu Razi. Mata kecik je, jalan pun terhuyung hayang. Dah pas bagi susu ke Razi, aku pun nak baring ler balik sambung tidur. Sekarang pulak aku tidur asyik mimpi je...Mimpi2 aku best wooo..kebanyakannyalah... Len kali aku cerita...Tiba-tiba "Prakkk!!!" Huhu..
Dalam kesamaran lampu flourescent tu, aku pun meraba-raba...Raba-raba, terpegang spek, pastu terasa macam kaca pecah. Aaaaa...memang sah ler gelas spek aku pecah. Aku sendiri yang pijak. Nak tidur suka sangat letak spek tu mana dan je. Padan muka. Tapi selalu gak aku letak kat atas sofa, kat tv....tapi selalunya atas lantai ler..Hehe..Duk ler teraba-raba dalam gelap kutip kaca cermin mata yang berterabur tu. Awak tu dahla rabun, meraba-raba dalam gelap, dengan pening kepala lagi. Alhamdulillah tak luka tangan mengutip kaca spek tu. Mmm...Baru je buat wishlist nak beli spek baru, boleh lak ko pecah wahai spek..Huhu..Masa nak tidur tu duk terfikir mana la na keruk duit nak beli spek baru...Macammana nak pergi opis esoknya ni..Baru je nak kumpul duit nak gi Krabi..Huuu...Tiba-tiba teringat spek lama aku ni haa...Pas teringat tu, baru ler aku leh tertidur balik. Kekeke....
Pagi tadi pergi opis terpaksa ler pakai spek lama aku. Tapi, semua orang tegur beli spek baru ke. Kuikuikui... Tak tau spek zaman kuno punya, spek nerd aku tahun 2004 kot. Lama..elok lagi framenya ni. Memang niat tu ada nak tukar glass je, nak tukar tongkat kat hidung tu...tapi asyik tertangguh2 je. Bukan apa, fulusnya belum ada lagi. Huhu...
*Malang tul nasib aku. Hari tu, handfon kena curik, pakai balik handfon lama. Handfon masa sebelum kawen dulu. Alhamdulillah leh pakai lagi. Ni spek pulak pecah. Terpaksa pakai balik spek masa sebelum kawen dulu..Huhu...Apa raa...Alhamdulillah, korang masih ada dalam simpanan lagi, kan. Tapi, kalau ada orang nak sponsor beli spek baru lagi best kan, kan? Sape la agaknye ye..Pening kepala la pulak pakai spek lama ni. Agaknya power dah lari sikit kot..Alahai...
~ s u h i d a ~

Saturday, January 23, 2010

:: Hepi ::

Assalamualaikum....
Hepi..
Sebab dapat sms dari abang Cha.
"Miss u all. Hm.. Do not want to promise anything. Hopefully coming apr or may we can hv our own family holiday. No promise ok. My hope"
Cool..cool down...
WAHHH excited sudah.
Aku tak reply balik apa yang dia sms. Tapi tadi aku dah google Go Holiday Air Asia ke Krabi. Ciss..Budak lebih 2 tahun diorg caj rege sama dengan orang tua ek. Hmm.. Ada cadangan tak nak gi holiday mana2? Setelah 3 tahun lebih berkahwin, selain dari honeymoon, ini ler first time nak gi bercuti-cuti kami sefamili je. Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu... syoknye!!!
Itu yang aku malas gak tu bila dia cakap camni, aku mesti ler berharap punye..Mana boleh tak berharapan kan...kan,kan? Harus kumpul duit ni.
* Err..dia miss u all tu maksudnya aku dan anak-anak. Dah 3 hari dia tak tidur kat rumah tau. Tension aku.
~ s u h i d a ~

Friday, January 22, 2010

:: Diet dan Jari Boleh Tumbuh? ::

Assalamualaikum...
Huyoooo..Kuasa Allah kan. Nak tau kenapa?
Tadi, secara tak sengaja terlayan Oprah Show. Segmen Dr Oz : Extreme Life Extension. Ada dua cerita yang aku betul-betul terperanjat manusia leh buat camtu tapi dengan izin Allah jugak. Diorang cerita pasal macammana nak panjangkan hayat manusia dan macammana tisu manusia boleh menggantikan balik organ badan yang dah rosak. Memang extreme lah.
Macammana nak panjangkan hayat manusia bukan melalui ubat.
Amalkan diet Calorie Restriction. Maknanya kite kontrol kalori yang kita ambik tiap-tiap hari. Diorang tunjuk ada satu suami isteri mat saleh ni dah amalkan diet ni selama 15 tahun, sekarang dah berumur 61 tahun. Tapi memang tak nampak macam 61 tahun. Yang penting mata diorang tak rabun. Huhu....Tapi diet ni memang kena kental lah, larat nak makan sayur, oat meal dan buah je? Hari hari? Bila Oprah tanya ada sorang mamat ni yang dah amalkan 7 tahun diet ni, dia cakap kadang-kadang tu teringin gak nak rasa makanan yang sedap-sedap, tapi bila dia fikir balik, ganjaran kesihatan dan untuk hidup lama, dia rasa tak apa lah. Walaupun diorang cuma makan sayur-sayur, buah, kacang dan sebagainya, tapi tengok amount yang diorang makan tu, memang leh buat kenyang ler. Tapi bajet juga harus banyakkkkkkk weh. Tapi aku rasa nak diet camtu memang kena sabar ler. Daku pukul 3 petang wajib makan biskut pingpong sambil cecah dengan nescafe. Haih...habis diet aku.
Pastu yang Menggantikan balik organ badan yang dah rosak tu pulak, diorang panggil ada sorang pakcik ni terputus jari dia sebab leka main kapal terbang mainan. Uish, leh putus jari ko. Kalau budak2 camne lah ye. Tak bagi aku Razi dan Izzat main. Ok, pakcik tu ada adik yang kerja doktor kat bahagian-bahagian tisu manusia ni lah. Adik dia bagi satu serbuk, kalau tengok macam serbuk kacang almond yang diblend. Pakcik ni sapu kat jari yang putus tu berapa kali sehari entah. Dah sapu, balut. Selama 4 minggu, jari dia tumbuh balik. Tadi diorang tunjuk siap ada kuku tu...Memang tak macam putus lah. Jari tu tumbuh balik? Percaya? Dasyhat..........
* Kalau ada kat Malaysia, boleh bagi emak, abah, abang cha, izzat...kan?

~ s u h i d a ~

Tuesday, January 19, 2010

:: Outing ::

Assalamualaikum..Yes..akhirnya, setelah mengupload gambo selama 2 jam, berjaya gak akhirnya. Kelmarin, aku upload tiga kali, semua fail tak dpat na upload. Fedup. Tu yg kua entry pasal wish list tu..
Ok..Nak cerita hari tu, bawak Ina, Daniel, Razi dan Izzat gi KLCC, tengok wayang cerita Old Dogs. Mulanya agak ragu-ragu nak bawak budak-budak tengok cerita ni sebab John Travolta pakweku itu dan Robin Williams berlakon. Tapi sebab Daniel dah tengok Alvin and The Chipmunks, aku pilih ler nak tengok cerita Old Dogs ni..Sangat kelakar, okehh.. Hehehe...kalau Razi tak meragam, okla tu.Ok, jom layan gambo..Zasss..sambil-sambil tu aku cerita ler, macam biasa...hehehehe..
Wah, Izzat duk atas kerusi macam orang dah besar ye. Hehe..Masa ni tengah iklan lagi.
Abang Razi pulak duduk atas riba dadak. Takut punya pasal, tak tau la apa yang dia takutkan. Siap suruh dukung bagai. Agaknya panggung wayang gelap kot. Itu yang dia takut kot. Hmm.. Rupa-rupanya cerita Old Dogs tu sangat kelakar, sampai tahap aku gelak dah takleh keluar suara. Hehe..Paling kelakar masa diorang tersalah makan ubat. Bila tanya daniel, dia pun cakap cerita tu kelakar dan best..Huhu..Okla tu..
Pas abes tengok wayang, jalan kaki ke masjid. Izzat pun berjalan gaks, tapi tak sampai 10 langkah pun.Hehe.. Skima tul aku tengok gambo ni. Kekeke..
Izzat...cak...Cepat sikit berjalan tau. tatih..tatihhhh...
Ini budak sudah banyak ragam wooo..huhu...
Kekeke..Kiyuttt..Alhamdulillah...
Mak, abang Razi nak solat..
Huhu..Izzat pun nak join solat gak. Bukan main lagi korang ye. Izzat pun sama..
Dah abis kacau orang, patah balik. Kekeke...
Pastu, apa lagi..gi playground ler..Suka budak2 ni. Daniel yang ada ciri-ciri abang mithali. Kekeke..
Razi yang boring main sorang-sorang kat belakang tu.
Percubaan Daniel untuk bergayut.
Kejap je bertahan. Hahaha...Dulu, aku larat lagi. Sekarang? Err...
Syoknya kalau lah aku leh main buaian ye...Dulu, main buaian tak ingat dunia..sekarang ni men tolak-tolak pun jadi ler..
Tolak Izzat pulak..Tengok sape yang excited lebih-lebih. Kekeke..
Main gelongsor pulakkk...
Dah sampai KLCC, apa lagi..mandi kolam ler pulak. Muka orang dah tak sabar nak terjun dalam kolam. Hahahaha...
Bulatnya abang Daniel.
Ajak Razi masuk kolam.
Syoknya kalau aku leh join. Mmmm..
Ok, Izzat pulak masuk kolam...
Suka, memang pantang nampak air.
Suka gambar ni. Agak-agak ada contest tak, gambar anak dalam kolam renang? Huhu..kalau ada, aku nak masukkan gambar ni. Huhu..
Gambar ni pun leh masuk ni..
Syok korang eh..Mak tengok dari jauh je.
Dah nak naik tu, saje aku suh Razi mandi kat air terjun ni. Mula-mula dia macam takut2 je.
Last-last excited, sampai tak nak balik. Huhu...
* Sangat seronok dan sangat letih. Outing sendiri-sendiri je ler..Nak tunggu orang tu, mmm... ayat perli ni ye.
~ s u h i d a ~

Sunday, January 17, 2010

:: WishList ::

Assalamualaikum....
Betul ke kite kena ada wishlist ek? Agaknya wishlist tu untuk kita betul betul aim untuk capai apa yang kita nak kot....Sebab serius aku tak pernah ada wishlist seumur hidup aku. List yang aku pernah buat cumalah list barang-barang yang nak dibeli kat Giant, takpun list barang barang nak masuk asrama..huhu..oh ya dan list azam tahun baru. Huhu..sebab ku jenis yang tak terfikir nak apa. Kalau terfikir pun, cuma terfikir jelah. Takpun bila aku rasa bila tiba-tiba aku nak sesuatu benda tu, masa tu jugak lah aku usahakan..itu pun kalau yang aku mampu jelah, benda bodoh bodoh je ler. Nak wish apa sangat, aku pun bukannya jenis minah minah branded. Lagipun, kebanyakan yang aku wish tak tercapai punya ler. Hehe...
Mmmm...Kalaulah betul nak kena ada wishlist..aku ingat aku nak aim nak beli spek baru kot. Dah tak best ah pakai spek ni. Huhu..pastu nak purse baru. Purse ku yang ini kusayang tapi orang asyik komen purse aku ni dah buruk. Terfikir gak maybe dah masa kena beli purse baru. Rm10 punya purse pun jadilah...dan last sekali aku ingat nak aim filter air ELKEN. Itu je kot untuk tahun ni...Atau itu je kot aku berangan orang tu nak hadiahkan...Kekekeke....Harapan....
Kalau wishlist yang besar sikit lak..aku nak beli handfon baru, kereta baru, dan nak beli rumah teres...Tapi tiga-tiga yang last ni maybe bukan tahun ni atau tahun-tahun yang terdekat kot..Kadang-kadang tu terfikir gak nak cut cost kat taska Razi Izzat ni, amik maid. Tapi sebab aku trauma dan baru baru ni terbaca pasal maid kantoi, dodoikan baby 4 bulan pakai kaki, pastu bagi botol susu kosong je kat anak majikan dia sambil duduk terkangkang depan tv.....er..takpelah, apa yang ada jelah...Asalkan hati tenang tahu anak anak terjaga...Itu belum lagi cerita pasal maid pijak badan budak, bagi makan taik kat budak..errrr....
....................................................................................
Hmm..tahu tak, aku mentekedarah tak ingat dunia dari hari Jumaat hari tu, sampai lah ke hari ni. Pulak tu scaler kat rumah mak dah rosak..Mmm..memang takde kesedaran diri langsungler...Huhu..Esok sila start diet balik ye puan Suhida. Cukuplah tu, prosperity beger dua kali hari Jumaat hari tu..... dan hari Ahad juge.. Isk isk isk...Ingat sikit dah nak dekat bulan 3 ni. Kena capai 52kg. Mesti mesti...huuuu..Kalau diizinkan Allah ye dak.
~ s u h i d a ~

:: Baju Melayu Sekolah Razi ::

Assalamualaikum....

Baru-baru ni aku dapat baju melayu dari Taska Razi. Baju melayu sekolah. Dapat sepasang je..Mmm...Kena pakai tiap-tiap hari Jumaat. Hensemla pulak kan..Hehehe...Layan gambo je lah ye...Zasss...




* Belajar rajin-rajin ye Razi. Gi sekolah belajar tau, bukan sebab nak jumpa Anis tau..Haih...


~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...