Wednesday, September 30, 2009

:: Mood Malas ::

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya semua. Serius aku takde mood nak cerita pasal raya dan nak tepek2 gambo. Aku rindu ngn korang semua. Nanti bila aku dah ada mood,aku start blog balik ye.

Tuesday, September 15, 2009

:: Kad Raya Dari Kengkawan ::

Assalamualaikum..
Aku nak minta maaf sebab rasanye macam dah lama tak update blog. Sibuk sikit. Sementara aku ada masa ni, baik aku tepek kad2 raya yang aku dapat dari kawan2 alam maya aku ni. Terima kasih eh pada kengkawan yang bagi aku kad raya ni. Terharu sungguh....
Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya pada semua kengkawan blogger dan pada pembaca2 blog aku yang ntah apa2 ni,kan... Hehehe... Maafkan zahir dan batin sepanjang perkenalan kita.
Meh nak tayang kad raya korang yang lawa2 ni ha..Rajin tul korang wat kad raya.

Ini kad raya dari Yan.

Dapat duit raya lagi dari Yan..Yahoo...makcik kayo!~
Ini lak kad raya dari Ainey, ibu Mifzal.
Ini kad raya dari Fidah.
Ini kad raya dari Ryn.
Mekasih korang. Aku tak sempat nak buat kad2 raya ni nak balas balik. Cuma ucapan terima kasih sangat2 sebab sudi jadi kawan2 aku. Spesel pada Zura, mekasih sebab bagi aku kad raya hari tu ek. Hehe..
Selamat Hari Raya!~

Di sini jugak aku nak mengucapkan takziah pada Kak Ai sekeluarga atas pemergian arwah bapa yang tersayang. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.

~ s u h i d a ~

Thursday, September 10, 2009

:: Tag Marah ::

Assalamualaikum..
Aku amek TAG MARAH ni dari KAK AI. Memang aku tengah dalam keadaan emosi tak stabil pun sekarang ni.
1. Apakah yang anda lakukan bila marah
Menjerit atau membebel atau menengking..Paling haram pun, aku akan wat muka sakit hati aku tu.
2. Kalau anda terkejut, bolehkah buat anda marah.
Boleh, kalau aku baru bangun tidur, ada orang terkejutkan aku. Memang nak kena ar. Mood aku kalau baru bangun tidur, berangin je, memang dari dulu tak berubah-ubah.
3. Lama tak anda marah.
Hmm..kejap je kot. Aku kuat marah, tapi aku cepat kool balik. Tapi kalau hari-hari marah pada benda yang sama, sampai aku takleh buat apa-apa lagi, aku akan blah atau aku langsung tak layan orang tu lagi dah. Lantak ko lah.
4. Apa yang anda buat untuk hilangkan marah.
Campak barang. Huhu..Apa je yang ada kat depan aku, memang jahanam ar benda tu. (Ini kat rumah je ye..hehe..) Sekarang ni aku cuba istighfar banyak2 kalau aku marah.
5. Selalu tak anda buat orang marah?
Entah ar..
6. Kerap tak anda marah?
Sejak akhir-akhir ni kerap sangat. Selalu yang jadi mangsa kena marah ngn aku, Razi ler..Cian anak mak..
7. Siapa yang anda nak tag?Kalau diorang tak buat, anda mrah tak?
Aku tag semua yang tengah dilanda kemarahan. Hehe..Korang nak buat ke,tanak buat ke..lantak korang ler..Aku tak marah. Kalau tu pun aku marah..memang aku ni pemarah betul orangnyer...Hehe..
~ s u h i d a ~

:: JOIN WARDAHWARDROBE VVIP MEMBER CLUB ::


Assalamualaikum...
Kengkawan aku dan semua pembaca blog aku dijemput join jadi VVIP member wardahwardrobe club. Akan ada potongan diskaun sebanyak 5% untuk setiap purchase item. Meh join meh. Sayang korangg..Maceh~

~ s u h i d a ~

Tuesday, September 08, 2009

:: Resepi Daging Masak Hitam ::

Assalamualaikum..
Hari ni saja nak kongsi resepi daging masak hitam. (Khas untuk ko, Bed..hehe..) Iniler resepi di pagi raya selain dari rendang ayam. Sedap woo...makan dengan nasi dan cili sos. Aku suka. Hehe..
Bahan-bahan :
Daging (dihiris dan gaulkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit)
Bahan A :
10 tangkai cili kering buang biji
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2" belacan
Bahan A ini digoreng guna sesudu minyak dan kisar dengan blender.
Bahan B :
5 kuntum bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
10 biji bunga cengkih (tapi aku selalu tak buh bunga cengkih sbb rasa dia)
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
Bahan B ini tos hingga kering dan goreng tanpa minyak hingga garing dan kisar sehingga halus.

Goreng daging sehingga empuk, masukkan Bahan A sehingga masak. Pastu masuk Bahan B pulak. Macam dah rasa best sikit, buh gula merah(aku buh gula biasa je..sikit je..) buh asam jawa, garam, kicap sampai agak-agak dah hitam.
Sekian, selamat mencuba ye..
* Tertinggal lak,buh kerisik jugak nak bagi kuah tu pekat. Huhu..

~ s u h i d a ~

Monday, September 07, 2009

:: Baju Labuh ::

Assalamualaikum...
Kengkawan...aku ada jual baju lak sekarang. Silalah jenguk wardahwardrobe untuk melihat baju2 tersebut. Stok baru ada, tapi aku tak sempat upload gambo lagi. Tapi, leh je jenguk kalau2 berkenan stok yang ada sekarang ni. Huhu..Kalau ada yang berkenan, tapi saiz takde, leh je request nak saiz apa. Mekasih~

~ s u h i d a ~

Saturday, September 05, 2009

:: Tag Makan-makan Dari Ryn ::

Assalamualaikum...
Dapat tag makan-makan ni dari Ryn. Hehe..Maceh Ryn.
~TAG MAKAN-MAKAN RAYA ~
1.Suka memasak?
Ikut mood. Kalau rajin,masak. Kalau tak rajin, tak masak. Pemalas betul..
2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah..(2 jenis)
Ayam goreng berempah
Daging masak kicap..
(Agaknyalah kot,perasan tul istimewa..hehe....abang kalau dapat ikan kembung goreng pun dah cukup sedap dah pada dia..huhu..)
3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
Rendang Ayam
Daging masak hitam
(Makan dengan nasi dengan cili sos..sangat sedap..huhuh..)
4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
Kuih samprit, orang kat CIMB buat..Memang sedap gila. Puas hati kalau makan. Pastu kalau kuih apa2 pun yang berasaskan coklat, aku lah hantunya. Abang suka makan kepek2 je. Kuih2 dia kureng.
5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
Semua ni gambo2 masa berbuka puasa kat rumah mak tadi. Aku masak daging masak hitam, sayur kobis dan ayam panggang...Layan...Zasss..
Daging masak hitam..Lepas dapat tag ni, tiba-tiba rasa nak makan daging masak hitam..Ada bahan, so...buat ler...huhu..
Sayur kobis faveret abang.
Ayam panggang. Bakar pakai microwave oven selama sejam. (Aku buat ni pun sebab telan air liur tengok ko wat ayam panggang, Ryn..hehe..)
Ni roti john beli daaa...
Air mangga, air tebu beli kat PARAM. Air tembikai aku blend. Tekak dahaga betul bulan pose kali ni. Huhu..
Ini ler juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Banyak? Biasa je kan.. Sambal belacan yang power. Huhu..
Popia basah.
Puteri mandi ke? Badak berendam? Tapi yang ni tak sedap ar..Manis sangat.
Masalodeh faveret abang.
6.Sila beri tag ini pada 6 orang kenalan di BlogList anda:
Ezlin
Chekuna
Rumaizah
Tumblerbiru
Fidah
Ila Razali
Sila ye buat tag ni..Jangan segan-segan..hehe..
~ s u h i d a ~

Friday, September 04, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum....

Aku ada satu perangai yang buruk sangat aku rasa. Pada aku la..aku ni tersangatlah lalai dan leh lupa pada barang yang aku pegang, ataupun pada apa yang tengah buat pun aku leh lupa. Kalau aku dah setel satu kerja tu, korang jangan harap lah bila tanya aku balik, aku leh ingat. Haram..Hehe...Tapi, kredit untuk aku, aku memang cam muka orang dan cam nombor. Itu memang takleh disangkalkan lah...

Cerita pasal lupa ni, aku ada satu cerita masa sekolah darjah 3 dulu, aku pernah tukar beg dengan abang aku. Sampai sekarang aku tak ingat apa motif dia nak tukar beg sekolah dengan aku. Sekolah tu pulak, sekolah aku baru pindah. Pagi-pagi sebelum perhimpunan, beg sekolah kena letak luar kelas dan pergi padang perhimpunan. Time nak masuk kelas tu, masing-masing angkut lah beg masing-masing kan. Aku pun cari lah beg aku, tak jumpa2. Menggelabah ar mencari mana beg. Aku nampak satu beg ni kat luar kelas, tapi itu bukan beg aku. Dah nak menangis dah sorang-sorang kat luar kelas. Kebetulan cikgu sampai, tanya kenapa tak masuk kelas. Aku bagitau beg aku hilang. Pastu cikgu tunjuk la 1 beg yang tertinggal luar kelas tu. "Tu beg siapa tu? Beg awak ke?" " Bukan..bukan..beg saya lain.." Pastu baru aku teringat..Aku tukar beg aku dengan abang ju semalam. Berlari ler ke beg tu, bukak tengok isi kat dalam. Hmm..beg aku ler...Sabo je ler..Menggelabah betul budak ni. Hahaha..

Punya teruk aku nye pelupa ni, duit selalu hilang. Kalau mak bagi aku duit masa kecik2 dulu, mesti hilang. (Bukan masa kecik je, dah tua bangka ni pun, duit selalu hilang..apa punya perangai la..Mak pun serik agaknya nak bagi aku pegang duit dia..hehe..Takpe,aku paham..)

Aku ada lagi satu cerita pelupa aku ni..aku pernah termakan masa berpuasa ganti kat sekolah dulu. Bukan sekali tau...3 kali dalam sehari! Hahaha..Kali ketiga tu tak tau ar, puasa aku tu diterima ke tak. Aku pun tak ingat, aku buka terus ke aku puasa. Bukan makan apa pun..makan nasi lemak, gula-gula dengan apa ntah. Masalahnya siap tulis kat tangan tu, aku puasa hari ni. Itupun, aku leh termakan gak. Mak aku pun konpius dengan aku. Aku lagilah konpius. Kekeke..

Bukan apa, teruk sangat ar pelupa aku ni. Sampaikan, baru-baru ni aku pergi Jalan TAR. Mak kirimkan kurma. Kebetulan masa tu hujan, jadi aku bawak payung. Saje gi semua house nak tengok Tudung Ratu, katanya 50% off. Sambil2 tu masuk kedai topshop ke ape ntah. Nampak le baju macam berkenan je. So, testla fitting. Tak ok. Aku pun blah. Baru nak turun escalator, baru teringat payung tertinggal dalam fitting room. Ish ish ish...Patah balik, amik payung. Pastu keluar semua house menuju ke Jalan TAR. Jumpa kedai kurma, beli kurma mak.. Best tul bershopping sakan..Sorang-sorang lak tu. Langkah kaki pun panjang ar.. Jalan ikut suka hati aku je.

Balik rumah baru teringat...Kurma! Payung! Huhuhu...Hilang, entah mana aku tertinggal. Rezeki ler orang yang jumpa kurma aku tu.. Aku halalkan..Huhuhuh...Mesti aku selalu minum air bersemut ni. (Salahkan semut pulak.....Hahaha...)

~ s u h i d a ~

Thursday, September 03, 2009

:: Cerita Hari Ni ::

Assalamualaikum...
Pagi tadi dapat sms dari mak.
" Abah kat hosp selayang. Kena patuk ular smlm. Tp Insya Allah, hari ni kuar "
Terkujat kejap sebab baru bangun. Terbeliak biji mata aku baca sms. baca 2,3 kali lak tu. Alhamdulillah, tak jadi apa2. Ular yang patuk tu ular tak bisa. Alkisahnya, semalam abah baru balik dari Shah Alam dengan abg ju. Elok abah keluar je kereta, dan berjalan nak masuk rumah. Tiba-tiba rasa ada benda kat selipar. Tengok2 dah kena patuk ular. Gi hospital, doktor kata ular tu jenis tak berbisa. Ishh..Alhamdulillah....Macamne lah ular tu boleh nak patuk abah? Tipon abah tadi,
"Abah camne?"
"Ok..doktor kata petang nii atau esok bleh balik"
"Sape jaga abah tu.."
"Takde sape. Takpela,bukannya apa pun..takyah datang tengok pun, abah takde apa2.."(Alahai sedih aku dengar..)
Kata abah doktor suruh stay lagi sampai petang ni atau esok. Maybe doktor nak monitor lagi kot. Ataupun memang prosedur hospital macam tu. Berbuka kat spital le hari ni..Cianlah... (Aku takleh bayangkan lah, kalau ular tu ular berbisa..)
Hari ni hari last aku EL kat rumah. Esok dah naik keje dah. Nasib baik masuk Jumaat, hari Sabtu dah cuti balik. Ngee...Melambak2 la keje aku ni. Nak kena catch up. Huhu...Esok mesti jumpa muka orang tak puas hati aku cuti lama2 ni. nak buat cane, buat muka stone je lah. Lantak korang lah. Cuti aku, bukan ambek cuti korang pun. Huhu...Macam2 ragam manusia kat opis aku ni. Sabar je ler..Nasib baik opis dekat dengan rumah.
* Petang ni nak gi rumah mak mertua. Rindu sangat kat Razi. Rasa mcm nak bawak balik je malam ni. Mak rindu kat Razi.....huhu...

Wednesday, September 02, 2009

:: Rebung ::

Assalamualaikum...
Minggu ni abang kerja shift pagi. (Tapi seminggu aje..boring je..) Hmm..maka kitorang plan nak gi berbuka kat luar. Hari tu aku penat sangat, aku bantai tidur dalam kereta, siap baring2 lagi kat seat belakang. Sedar2 tak tau katne, tanya abang nak berbuka katne ni? Kat Rebung. Mula2 aku agak blur sikit la. Rebung mana....Rupanya Restoran Rebung Chef Ismail. Buffet ke ni? (Soalan bodo tul..dah tentulah buffet kan..berbuka puasa ni..) Berapa regenye? Abang tersengih2 jawab..ada lerrr...Hmm...
Makanan biasa je ler. Entah ar, kalau nak compare dengan Bora Ombak, Bora Ombak lagi sedap makanan dia. Banyak lak tu choice dia. Kat rebung ni macam takde makanan yang betul2 power, aku rasa. Cuma interior dia je la, nampak mcm best sebab rumah dijadikan restoran. Layout dia memang tak boring ar. Harga bufet tersangat lah tak berbaloi dengan pe yang dihidangkan. Huhu...Lain kali tak datang dah kot. Cuma 1 je aku suka, caramel dia. Sedap. Amek 3 ketul je, bila nak amek lagi sekali tengok dah takde. Hampa aku. Takpelah, takde rezeki.
Tempat ambik makanan yang agak sempit aku rasa. Circulation tak ckup. Leh main laga-laga bontot kat sini kalau dah ramai sangat. Ini snap masa sebelum waktu berbuka.
Ini dekat main hall kat dalam. Kaler kuning terang benderang. Sakit mata aku. Huhu..
Ni lak secondary room yang dijadikan dining. Kaler biru i like. Suka gak tengok almari antik cenggitu.
Console dia tu buruk sebenarnye. Drawer dah terjungkit jungkit keluar aku tengok. Aku rasa dia amik dari pejabat lama2, almari fail sebenarnya tu. hahaha..Tapi bila dah dikomersilkan, nampak le serba serbi lawa..yang buruk tu la yang lawa ye..Hehe..
Ini si tembam nak tayang muka jugak. Huhu..
Bila diorang tebuk dinding dan buat clear glass, takdela terkepung bilik ni. Rasa macam luas sikit dan hidup sikit. Dahla suara budak2 ni riuh, gelak2.
Macam kat rumah je ye, bang? Hehe..
Susun susun bunga selerak cani pun nampak lawa ye..
Nak masuk ni kena lintas jambatan ni. Kalau ada air kat bawah tu, beriya lah gak kan..Hehe...
Aku pun tak tahu pe yang aku snap kan ni.
Ini gambar abang, dia ingat aku tak berani nak letak gambo dia ni. Hehe..Buat lagi muka camtu kalau orang nak snap gamba dia. Boring je..Ingat best la tu.
~ s u h i d a ~

Tuesday, September 01, 2009

:: Award Dari Bed, Jue dan Chekuna ::

Assalamualaikum..
Agak terlewat gak aku nak tepek award ni. Hehe..Mekasih Bed, Jue dan Kak Na sebab bagi award ni pada diriku ini..huhu..
AWARD BEST BLOGGER OF THE MONTH
Ada selit tag gak ni. Ngee...
1. Berikan 1 hobi yang paling anda gemari..
Bertenet.. Berinternet laaa..
2. Berikan 2 nama kawan anda yang paling rapat dengan anda...
Razi
Izzat..Hehe..
3. Berikan 3 jenis warna yang anda suka..
Coklat
Purple
Biru
4. Berikan 4 nama orang yang paling anda sayang..
Emak
Razi
Izzat
Abang
5. Berikan 5 jenis sifat manusia yang paling anda benci..
Takpelah..masing-masing ada kelemahan diri sendiri. Aku terima seadanya.
6. Berikan 6 benda yang mesti anda bawa sebelum keluar dari rumah.
Razi dan Izzat semestinya, dengan beg baju diorang. Hehe..
Kunci Rumah
Purse
Beg Tangan
Hand Phone
Duit
7. Berikan 7 destinasi percutian yang anda ingin / suka kunjungi
Entah ar, aku dah takde tempat yang aku target nak pergi, sebab rasa macam impian nak pergi jalan-jalan tu takkan tercapai dah. Kalau dapat gi mana-mana pun, aku ok..tak kisah. Kalau ada rezeki, pergi je lah..
8. Berikan 8 kenangan yang paling anda tak dapat lupakan..
Hari Nikah Suhida dan Mohammad Fadzli Shah 2 Jun 2006
Bersalin Razi
Bersalin Izzat
Masa accident kereta 2007
Masa accident motor 1996
Masa sekolah asrama dulu, banyak tul kisah ntah apa2 aku
Masa amek lesen dua kali
Masa kisah bujang2 dulu...Huhu..
9. Berikan 9 impian yang anda impikan..
Hidup bahagia di dunia & akhirat.
Razi dan Izzat jadi anak yang soleh, lembut hati, bijak dan beriman.
Moga sentiasa dibukakan pintu hati untuk sentiasa ingat pada Allah.
Keluarga yang bahagia.
Kesihatan yang baik untuk diri sendiri dan keluarga
Hidup tak kaya pun takpe, tapi tak susah.
Moga dipanjangkan umur at least sampai Razi & Izzat dah cukup besar.
Harap2 kedai wardahwardrobe aku tu menjadi. Aminn..
Nak tengok mak sembuh balik macam sedia kala.
10. Berikan award & tag ini pada 10 orang kenalan blog anda..
(Walaupun ada yang dah ditag,aku nak tag korang jugak..hehe..)
Zura mama akil
Alya mama nia
Kak Ai mama opet
Ainey mama mifzal
Ryn mama adam
Strawberi mamadira..hehe..ku tau nama sebenar mu iteww..
Wana mama Izz
Fidah mama Adriana
Nasz mama Syamil dan Inshe
Werdah mama Suhida...hahahahaha...
Ha...silalah amek award dan tag ye..
~ s u h i d a ~

:: Dua Tiga Hari Ni ::

Assalamualaikum...
Sebenarnya banyak sangat aku nak cerita pasal dua tiga hari ni. Tapi, aku cerita pasal Razi dan Izzat lah dulu. Diorang kena chicken pox. Serentak......................huhuhuhu..
Razi dan Izzat kat klinik kat Sentul, Klinik Al-Ikhwan. Masa ni Razi tak kena lagi chicken pox. Izzat je.

Sempat lagi nenek dan mak su bawak naik mainan giyang2 ni kat depan kedai runcit. Izzat perhati je abg Razi naik.

Dapat gak Izzat naik, nenek belanja ye. Hehe..

Hari ni aku EL ler...3 hari sampai ke hari Khamis. Rasa lama betul bercuti. Start dari hari Jumaat sampai Khamis ni. Best tu memangla best. Tapi cian ngn Razi dan Izzat, duk meragam badan gatal. Tak tidur malam aku. Mak mertua aku pun agaknya tak tidur malam jugak duk menjaga Razi. Razi kena hantar ke rumah nenek dia, kalau aku nak menjaga dua2 orang chicken pox ni. Nanti kalau aku tak meroyan, aku lak yang kena chicken pox nanti. Haha.. Sebab Razi nye manja lain macam. Yela, tengah sakit, kan. Badan lenguh2, tak sedap...Semalam gi tengok Razi kat rumah mak mertua, dia nampak je muka aku ni, terus meragam. Takleh aku pegang Izzat. Ciannye, alahai...Nak tidur rumah mertua, tapi Izzat pun leh tahan gak meragam tak mau tidur, aku cancel. Kesian Razi kena tinggal lagi dengan nenek dia. Kat mak mertua aku pun kesian gak, nanti nak kena belanja ni. Kesian sebab tangan dia dah patah sebelah (masa accident kereta dulu, tangan sebelah kanan dari bahu ke lengan kena masuk besi). Tapi,aku tengok dia leh dukung Izzat, dukung Razi rilek je. Macam orang tangan tak patah.
Konpius gak mana dapat chicken pox ni. Tanya kat taska dorang cakap takde budak yang kena pun. Semalam tiba-tiba je abang cakap "Entah-entah korang ni dapat chicken pox dari ayah kot...." Rupa-rupanya yang abang duk cakap bdan dia gatal-gatal, badan penat, asyik tidur je, rupanya tengah kena chicken pox. Sabo je ler aku ni ha..Dah tua-tua pun kena chicken pox lagi. Alahai...Pembawa pendiam lak tu. Tak tahu pun dia chicken pox, dia sendiri pun tak tahu, aku lagi lah tak tahu. Dah kena kat budak2 ni. Alhamdulillah kena serentak. Senang gak, takde lah nanti susah aku nak ambik El. Jangan pas budak2 ni sembuh, aku lak yang kena chicken pox lak. Hahaha..
Hari Jumaat lepas, aku balik kampung arwah pak long aku kat Felda Gunung Besout 1. Arwah meninggal pagi Jumaat, pukul 3.30 pagi disebabkan sesak nafas. Arwah ada kanser pundi kencing. 10 hari kat Hospital Besar. Seminggu sebelum tu kat Hospital Selayang. Tapi masa kat Hospital Selayang lagi, doktor dah kata memang tak lama dah. Sebab dah merebak. Doktor nak buang pundi kencing tu. Tapi, kalau dah buang kena pakai kantung plastik la kat luar. Entah ar, maybe dah sampai masa arwah Pak Long. Terkilan gak sebab aku tak ziarah dia masa kat Hospital Besar.Cuma masa dia kat Hospital Selayang je aku smepat gi tengok. Tak sangka lak cepat sangat kanser tu merebak. Mak Long kata, cancer tu dah sampai ke paru-paru. Tu yang arwah sesak nafas tu. Rezeki Pak Long meninggal di bulan Ramadhan, hari Jumaat lak tu. Moga roh arwah Pak Long dicucuri rahmat Allah. Aminn...Al-fatihah..
Hari ni aku EL kat rumah, lehla update sikit blog dan kedai. Insya Allah ada stok baju labuh. Nanti aku upload gambo eh. Mekasih eh korang, sudi baca blog aku yang entah apa2 ni dan sentiasa bagi sokongan pada aku kalau aku meluahkan perasaan. Aku sayang korang..(Ewah..tiba-tiba jiwangla pulak,kan.Hehehe..)
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...