Assalamualaikum....
Kejadian pergi ke Legoland adalah tidak dirancang sama sekali. :) Kitorang ke Johor sebab ada kenduri kahwin sedara abang cha. Dan nak dijadikan cerita, adik ipar aku pulak dapat 2 keping voucher tiket free untuk kanak-kanak. Mengenangkan akan ke Johor, dapat tiket free untuk Razi Izzat. Pastu Farhan pulak free jugak sebab bawah 2 tahun. Aku pulak cuti Isnin, memang kenalah kan. :) hihihi..
Sebenarnya ramai gila yang line up nak beli tiket. Dekat dua jam beratur. Kitorang pulak sampai nak dekat pukul 11, memang lambat ler dapat masuk dalam. Tapi, kat luar legoland ada banyak kedai makan atau tempat lepak. Jadi sementara tunggu abang cha beli tiket, aku dan anak-anak merayap kejap kat mall luar tu.
Muka excited sambil pegang tiket. Harga tiket untuk seorang dewasa RM140. Ramai jugaklah yang kata mahal... Siap ada komen kat fb, aku kaya dapat pergi Legoland... Hmm, kalau kaya..aku tak pergi Legoland, aku pergi Switzerland. Boring je... Dah ada rezeki lebih sikit, ada peluang..pergi ler.
Kereta lego ni untuk kids 3-6 years. Diorang boleh drive sendiri, 2 round. Dari kitorang tengah beratur lagi, Izzat dah target nak kereta biru ni.
Ada banyak patung-patung Lego yang sangat kiut, tapi aku tak jumpa Ninjago. Kalau jumpa Ninjago, best jugakkan.
Pass jadi pilot. :)
Ini pun pass jadi pilot, tapi kena berdiri konpiden sikit. :))
Ini pass jugak, walaupun tak lepas kaler merah lagi. Hebat. hihihi...
Dah besar nanti, Farhan bawak mak fly tau. :)
Ada 3 ekor zirafah lagi sebenarnya. :)
Memang ada gaya model la abang Razi.
Saya singa :)
Seyes tengok budak-budak naik train ni excited, aku pun rasa macam nak join. Hihi..
Abang Razi jaga Farhan. Farhan pun nak join jugak. :)
Alah mak..slide ni kacang je. Hari-hari Farhan main slide kat sekolah dengan cikgu ana. hihihi...
Masa ni Razi dah start cuak dah. Tapi macam boleh cover lagi.
Hehehe... Memang tak boleh cover muka memang cuak. :) Izzat pun cuak jugak, tapi tengok Razi cuak, dia boleh gelak pulak.
Nasib baik dia tak suruh aku beli kuda ni bawak balik. :)
Ini kalau kuda betul, mahu meraung mintak turun. :)
Masing-masing dah penat ni, mengelamun tengok air pancut.
Ada banyak lagi model miniatur bangunan dengan kenderaan. Ini bangunan KTM.
KLIA.
Taj Mahal. Masa ni hujan lagi, dah dekat pukul 8malam. Pastu aku berlari pergi shopping barang Lego sebelum kedai tutup. Tapi tak puas hati, tak dapat shopping banyak barang, sebab kedai ramai gila orang. Cari lego ninjago tak ada pulak. Frust je. Kalau dapat jumpa tu, mesti Razi Izzat happy.
Insya Allah next time tunggu Farhan dah lepas pembaris tanda merah, kita pergi lagi eh....
~ s u h i d a ~