Monday, February 23, 2009

:: Kerja Gila ::

Aku tak tidur lagi ni dari malam semalam...bukan dari malam semalam,dari semalam..Gila weh. Nak tau kenapa? Huhu..
I accepted a job from kak Farha last Thursday to do 3D for her project. A 20' by 20' beauty product outlet. At first place, I'm afraid to take this job, afraid I can't complete it.Sebabnya aku nak datang opis hari Sabtu untuk siapkan kerja opis. (mithali tak mithali...huh..) Satu hari aku kat opis dari kul 9 pagi sampai kul 7. Sama macam waktu bekerja dah.
Lagi satu, dengan adanya Izzat, sukar jugak untuk aku memfreelancekan diri aku ni. Ternyata, memang tepat jangkaan aku yang aku tak sempat nak buat masa hari Jumaat dan Sabtu. End up, I started do it on Monday's night at 10PM.Ish...tak pernah aku buat kerja nak kena siapkan dalam masa tak sampai setengah hari. Sebab da janji nak emel by Monday morning.
Aku berjaga dengan setiap setengah jam, izzat akan menangis mintak susu. Tensionnya allah je lah yang tahu... Banyak kali sngat aku turun naik tangga, last2 aku bawak je Izzat turun, duduk atas riba tengok aku buat 3D..kuikui..Diam lah kejap..Adala dalam 20 minit dia diam. Pastu dah ngoh ngeh dah. Kebetulan dah nak siap. Pukul 6 pagi tau...Aku render dn nyusukan dia balik. Dapatla gak tertido half and hour. Pukul 6.30 bangun, mandi2, solat, terus siap2 nak anta izzat gi taska dan kerja. Alkisah, nak menangis jugak..tapi Alhamdulillah siap..
Sampai kat opis, kelam kabut aku buat kerja macam orang gila. pagi ke tengah hari maintain lagi. Masuk je pas lunch, pergh..ngantuknye.....Takleh berfikir dah. Aku cabut awal hari ni. Ikutkan banyak lagi nak kena siapkan. Tapi cakap dengan Jojo, aku tak sihat hari ni..Lantak lah,lambat confirm pun lambat confirm la. Malas aku nak kemaruk nak confirm.

*Imej outlet ni create by kak Farha. Am just visualize it by doing 3D. Sempoi je. Buruk kalau ikutkan. yelah,kerja bper jam je. Mata dah berpinar2..haru..haru.. Aku ni suka betul wat kerja gila. Bila la nak berubah. Aduh..ni pun mata tanak tidur lagi nih. Memang haru.


~ s u h i d a ~

Wednesday, February 18, 2009

:: Usha Jangan Tak Usha ::

Lambatnya rasa nak masuk gaji..Huuu..Maybe sebab hari tu gaji dapat separuh je. Yelah,sebab masuk pun separuh bulan.
Bukan apa, cerita pasal nak gaji ni sebab banyak benda nak kena setel bulan depan.Huu..
1) Aku nak kena bayar kat abang duit repair kereta aku dekat RM700-800. Tapi bayar separuh dulu la eh bang..
2) Nak kena start bayar balik duit kutu.
3) As usual lah, na kena asing duit taska anak2 yg tiga suku gaji aku. Huu..
4) Next month dah start potong duit ASB kot.
5) Next month ar gak,aku tgh berkira2 nak byr balik duit PTPTN yang aku dah tangguh bertahun2 lamanya. Harharhar~ (em..malasnya nak bayar balik..bulan2 ada gak abis RM300 nak bayar tu..)
6) Next month birthday Razi..Yayy!!!Tahun ni nak wat celebration 2nd birthday untuk dia kat taska. Last year tak watpe2 pun. Tengah pikir nak watpe ni. Kek semestinya kena ada.Bestnya!!!
7) And paling best nak spend gaji aku adalah...aku nak start window shopping online balik. Yahuuu...yay yay...Tak sabarnya nak dapat gaji. Dah usha2 ni nak beli apa ni..Kuikuikui... (Teruk betul..)
Usha,jangan tak usha..Hooohooohoo..balas dendam balik.
~ s u h i d a ~

Saturday, February 14, 2009

:: If I'm Gone Before You ::

I have a friend claiming she had argument with his dad recently because she's disagree with her dad's decision to married again after her late mom pass away in July last year. LAST YEAR. I purposely highlighted it to remind you guys it's just a few months ago by the way.

I'm telling this is not to blame her dad. The story is actually my conversation with abang a.k.a my husband due to my reaction of my friend's story.

Me : Abang, if someday i'm leaving this world, will you remarried again?
Abang : Ayang, if you want to get married again after i'm gone. Go on.

Silent...
Hahahaha...Don't know that coming.

Well..haha..Damn. Still can't figure out that coming. Mmm..for me, if somebody want to married again after losing the loves one, it's their choice. But to let the choice hurting family members, that decision should be considered again. Thinking again, I will not saying anything about letting him married again if I'm gone before him. It's just that I'm hoping my kids will been taken good care and not to be forgotten for every decision you make, abang. I love you guys...so much.

I love my family. Abang, Razi and Izzat.

~ s u h i d a ~

Thursday, February 12, 2009

:: Apa Saya Buat Hari Ni? ::

Kan aku ada promote insurans maybank baru-baru ni,kan?
Last Friday aku cerita kat budak opis aku, and dia ajak aku pergi bank this Friday sebab dia pun nak ambik.
Pagi semalam dia ngadu kat aku yang dia kena ragut hari Ahad lepas. Kena ragut dari dalam kereta. Masa tu she and her friend baru masuk kereta, cuaca panas, so bukak tingkap. Member aku ni carry kamera member dia atas peha, duk sebelah driver. Stop kat trafik light, tiba2 je motor stop tepi kereta and terus grab camera. SLR camera lak tu... Huu~ Bengkak jugak tangan minah ni sebab dia try tarik balik kamera tu. Tapi lepas gak.
Nak jadi cerita....Kesian.
So, tulah..anything can happen without you knowing it's coming. If aku ajak dia early, maybe dah leh cover RM1K, sebab automatic entitled lepas kite register. Hmm..kamera SLR kau~ Kalau aku,mau menangis weh.
*************************************************************************************
Lunch tadi aku and kak Zana (opismate aku) saja nak makan kat kedai baru. Conceptual gitu kedai dia. Aku lupa nak snap gambo. Umph..Owner kedai tu actually pengedar buku2 and CD agama. So, dia wat restoran dia ni cum kedai buku gak. Ada mezzanine floor. Kat ground floor, ada meja kerusi macam biasa. Kat mezzanine floor, diorang buat ala-ala makan bersila. Pastu ada satu private room. Kitorang apa lagi, masuk makan kat private room tu lah..Saja2 gatal.Hehehe...
*************************************************************************************
Masa nak balik ke opis, terlalu pulak depan spa. Interior dia superb, beb~ Balinise style. Aku ada add blog spa tu. Kalau rajin, visitla blog diorang. Kitorang saja2 gak masuk tengok. Lawa seh~ and the price for the treatment very2 reasonable. Hmm..tapi kalau aku nak pergi,tunggu ar dulu en fadzli shah sponsor. Leh tak bang? Keke.. Lehla..Tapi,kalau takleh takpela...
*************************************************************************************
Petang tadi masuk-masuk rumah je, mak ajak keluar gi makan. Aku apa lagi..syok ar..Boring ar duk uma. Kitorang gi KLCC. Tapi sekejap je. Makan-makan, pastu balik. Kesian mak. Sakit pinggang. Aku paham, sekali sekala dia nak gak jalan-jalan. Sebab asyik terbaring je kat rumah. Tapi nak buat camne lagi. Aku pun dah buntu...
~ s u h i d a ~

Sunday, February 08, 2009

:: My Self-consciousness ::

* This is not a promoting section, it's just I wanted to share with my female friends.
Recently I cannot use my Maybank ATM card. After few weeks withdraw from other bank's ATM machine, I made it to change to a new card. I went to Maybank branch nearby my office and meet a very handful customer service officer. She didn't say anything about this insurance, but with my self-conscious about my future life, I asked her about insurance plan. First, she explained to me about one policy that I have to pay RM100 per month. Then, I accidentally saw this RM24 per month plan. It's a Takaful PesonaLady insurance.
I end up took Takaful PesonaLady plan because I find it's quite convenient to pay monthly which is only RM24 per month. It is also flexible that you can choose to pay monthly or yearly. You only have to pay RM265 per year.
The policies covers every aspect of accident for woman from accidental death, permanent disability, female cancers, death due to maternity complications, hospital allowance up to RM100 per day even they will cover if we got kidnap or we've been snatch. For the kidnap, they'll give RM5K to hired private investigator and RM25K to whom that found us. (Maybe I should'nt tell somebody about this..takut kang diorang culik aku pulak kang..hehe..) For the snatch theft case, they'll give RM1K. Although it's a small amount, but still....hey, who wants to give you, right?

So, I encouraged to all my female friends to take this plan because we'll never know what will happen in the future. I took it because it's cheap, it's easy to register, they will automatic deduct the amount from my account and the benefit is good. For me, it's good enough, quite reasonable for paying in small amount.

~ s u h i d a ~

:: Hari Luahan Perasaan 2 ::

* sambungan rasa ketidakpuasan hati aku...

Jumaat lepas aku meet up dengan owner taska Razi a.k.a kak ina pas balik dari kerja.
Kitorang diskas punye diskas and ending nya, aku kena tambah RM50. Fix untuk OT sebab confirm aku memang ambik budak2 ni lambat punya. Hmm..

So, monthly aku kena bayar RM600 la utk diorg..Huuuuu...Nak nangis pun ada. Tapi, aku dah rasa hantar kat situ ok. Malas nak cari tempat lain.

Reason nya ialah : (perhatian : aku bukannya nak menunjuk, cuma na sedapkan hati aku sendiri je nape aku tak cari tempat lain)
1. Diorang ajar mengaji, ajar solat, ajar doa. Even masuk toilet pun ajar baca doa.
2. Environment English (selalunya kak Ina j yang speaking dgn budak2 ni).
3. Air minum dan mandi guna air R.O.
4. Diorang supply spirulina ELKEN.
5. Budak 4 tahun dah pandai menulis. (Yang ni aku nak tengok Razi camne nanti).
6. Aku malas nak survey tempat lain.

Memang mahal..tapi aku rasa takpela mahal pun. Selagi aku rasa ada untuk aku saving and pakai duit, takpelah. Biar je la anak-anak kat situ. Lagipun bila dia dah fix RM50 untuk OT, bila Izzat dah masuk 2 tahun, yuran bulanan leh turun lagi. OK jugak bila da decide na fix kan OT ni. Tak mampu aku kalau sejam rm7. Gila.

Hilanglah jugak susah hati aku ni. Walaupun aku segan gak masa nak diskas dengan kak Ina. Tapi nak wat cane, segan..segan..leh melayang gak duit aku RM300, cover utk OT je. Memang gila. Huu..

Anyway, Alhamdulillah. Hehehe..

************************************************************************************
* Tak tau ar ada sambungan lagi ke tak. Ada kot. Kuikuikui..

~ s u h i d a ~

Friday, February 06, 2009

:: Di Tag ::

Aku telah ditag lagi. Kali ni oleh Puan Mama Herda yang aku tengok cupcake dia geram je...Tengok ar kalau ada rezeki lebih, teringin nak makan ke, aku order la ek Her...
Do you think u r hot??
Tak berapa nak hot sangat. Suam-suam kuku je.
Upload a pic of u..
Takde gambar yang lawa lah..(Sebenarnya aku tak lawa pun. Segan nak taruk gambar.. =P )
Why did u like this picture?
Errr.... (Sedih..Dah takde gambo yang lawa pun..)
When was the last time u eat pizza?
Tak ingat ar..Tapi tahun lepas. Mak yang belanja. Aku rasa masa aku pantang Izzat. Haa..Yelah,bulan 12 camtu.
The last song u listen to?
Hanya Kau Yang mampu - Aizat
What r u doing rite now beside doing this?
Tengah duk depan tv tunggu American Idol start.
What name you prefer besides yours?
Takde ar..Suhida gak yang ngam.
People to tagged:
1) Jue
Who is No 1?
- Mama kepada Muhammad Iman Zafran yang aku kenal kat m.com.
2) Adik Dhilah
Who is No 2?
- Adik bongsu aku yang dah lama tak jumpa duduk nun jauh kena pusing satu bumi baru jumpa dia.
3) Zaihan
Who is No 3?
- Sedara bau-bau tak berapa nak bau a.k.a best friend aku yang baru belajar nak buat blog. Hehe...
4) Kak Sue Saveme Zero a.k.a Mama Alya Da Vogi.
Who is No 4?- Member M.com..Kak sue buat open house masa aku tengah pantang. Kempunan la kak Sue. Harharhar~
5) .......
Who is No 5? - Takde sape. Sebab semua orang dah kena tag yang sama. Hehehe.. 4 orang cukupla tu..
Sila-silalah jawab ye.
~ s u h i d a ~

Thursday, February 05, 2009

:: Update Budak-budak Ni::

Ini saya Izzat.
Surprise!!!
Berair lagi mata. Ni gambar baru pas mandi. Sedihnya, alahai.
Kepala Izzat dah dibotakkan pada hari dia ke 101. Kesian sangat.
Menangis-nangis. Tau tak rambut Izzat punyalah lebat dan tebal, sampai kena cukur 2 hari. (Lagi satu sebab ayahnye nak kena gi kerja).
Izzat dengan rambut yang separuh dipotong. Dah ok. Rilek tengok TV dengan abang Razi.

Kejap je Izzat dah 3 bulan lebih. Tapi ubun-ubun dia kat dahi tu still ada sikit-sikit lagi lembik. Takut gak aku na pegang. Apa yang Izzat dah pandai buat. Hmm..sama je dengan yang aku tulis sebelum ni. Suka betul dia kalau kite ngacah-ngacah dia ek.
Izzat dan atuk pulak...
Razi pulak, dah jadi pak lawak pulak kat rumah. Keke..Ada je kerja dia nak buat. Takleh duduk diam. Sekarang ni kalau aku bersembang dengan abang,dia pun ikut sekali bersembang. Siap kalau ada orang gelak, dia pun ikut gelak sekali. Kalau kite cerita tinggi suara sikit (kes cerita naik angin), dia pun ikut sekali tinggi suara. Yang paling best sekali, sejuk perut aku... Kalau aku baca Subhanallah, walhamdulillah... Dia pun ikut sekali, walaupun tak jelas sangat tapi adalah jugak sikit-sikit. Seronok aku. Dah pandai ikut La ila ha illa llah. Best kan?
Baru-baru ni atuk belikan kereta. Suka dia. Nak buat apa-apa pun senang sikit, sebab dia leka main kereta. Kalau turun bawah, dia cari ar kereta. Duk cakap "Car..car..". Bukan main suka naik kereta, tapi asyik jatuh terlentang je. Aku pun tak paham camne Razi bawak kereta sampai terlentang. Nak belajar buat 'wheely' ke? Jangan dibuat Razi rempit-merempit ni.. Haru kang..
Kereta lumba Razi.
* Boleh tahan mahal gak kereta atuk beli. Sebab tu kitorang tak beli-beli. Harharhar~
~ s u h i d a ~

Wednesday, February 04, 2009

:: Hari Luahan Perasaan 1 ::

Hari ni hari nak meluahkan perasaan..Boleh tak? Huuu...

Gila. Baru tadi dapat slip overtime Razi dan Izzat. RM94.50!!!

Yuran diorang dua orang dah RM550. Yuran tahunan RM800.

Ni dah melampau sangat.

Esok aku nak kena diskas dengan kak Ina. Caj sejam RM7. Agak-agak sikit.

Ugh~

*akan ada sambungan..rasanya kot..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...