Showing posts with label farhan. Show all posts
Showing posts with label farhan. Show all posts

Monday, April 28, 2014

:: Meeting Point Zoo Negara ::

Aku suka kalau nak jumpa sesiapa yang kalau aku nak pass barang ke atau nak received barang ke, meeting point mesti kat depan zoo negara. Senang orang nak cari. Sebab bila orang tanya aku nak jumpa kat mana, bila aku jawab Taman Permata, confirm orang tanya kat mana tu. Then nak bagi orang cepat tangkap kat area mana, bagitahu ler dekat area zoo negara. Ohh.. kat zoo tu ye. :) Tak glamer rupanya ye Taman Permata ni. Hehe..

Anak-anak lah yang paling seronok kalau pergi situ. Entrance je pun diorang dah seronok tengok patung-patung binatang yang ada kat situ. Macam dah lama tak jalan-jalan dalam zoo. Last pergi masa Farhan dalam stroller lagi. Macam nak pergi lah kalau macam ni. Nak tengok reaksi Farhan bila tengok binatang-binatang ni. :)


Ecece.. Farhan posing gitu..

Nampak matured pulak muka korang. Nape ye.

 Baru perasan ada buaya tersadai depan zoo ni.

Apa lah yang diorang berdua tengokkan tu.

Thursday, April 03, 2014

:: Anak Bongsu Mak ::

Rasa macam sikit sangat cerita pasal anak bujang aku yang paling kecik ni, Ahmad Farhan. Semuanya salah mak sebab mak malas nak update blog. Hehehe...

Farhan dah nak masuk tiga tahun. Muka manja tapi perangai lasak. :) Suka ikut apa yang abang Izzat buat. Kira geng dengan Izzat lah ni. Tapi ok lah, tak berapa nak manja. Pandai bawa diri. Tak lah jenuh mak stress kalau asyik nak menyendeng je kan. 

I love you Ahmad Farhan. Jadi anak bongsu mak lah ye. :)

Pagi tadi jenuh nak kejut.

Diorang ni kalau jumpa kerusi urut bayar tu memang tak sah kalau tak main.

I sedih sangat mak... hehe..

Mr. Ahmad Potato

Dua seringgit.. dua seringgit.. :)

~ Suhida ~

Wednesday, May 22, 2013

:: Bila Susah Hati ::

Assalamualaikum.....

Macam ini lah life aku sekarang ni boleh dikatakan hari-hari. Dapat tidur paling lama pun 3 jam sahaja. Sampai mata pun merah je pergi opis. Macam rupa tengah stone pun ye gak. Huhuhu....

Sambil buat kerja, terus bersahur sekali. Makan burger abang beli malam tadi. Walaupun sejuk, masih sedap lagi burger pakcik kat Permata 4 tu. 

Kalau time aku tengah-tengah nak rushing tu, kalau tak Izzat, Farhan yang bangun duduk kat sebelah. Kalau time aku tidur, korang tak bangun pulak kan.. Ikut sekali lena. Grrrr....

Tapi serius aku rasa life aku sekarang sangat miserable......

~ s u h i d a ~

Tuesday, July 17, 2012

:: Update Farhan ::

Assalamualaikum...
Farhan dah setahun 2 bulan. Gigi dah ada 6 batang. 4 belah atas, 2 lagi kat bawah. 
Dan Farhan dah pandai berjalan. Start dua minggu lepas. 
Senang record kat dalam blog. Hihi... Nak refer cek je kat blog.
Kasut comel Farhan, ayah yang belikan.
Ini masa round-round kampung ayah kat Johor pagi-pagi pergi breakfast. :)

~ s u h i d a ~

Thursday, June 21, 2012

:: Farhan Dah Mula Berjalan ::

Assalamualaikum..
Video ni cikgu Zakiah forward kat aku. Farhan belajar tatih pakai kerusi tu ler kat taska. Now Farhan dah boleh tatih sikit-sikit dah. Berani berjalan kalau kita pegang sebelah tangan. Cepat jugak Farhan dah berani nak berjalan kan?
* suka tengok muka cute Farhan kalau senyum.

~ s u h i d a ~

Saturday, June 09, 2012

:: Ahmad Farhan Di Usia Setahun ::

Assalamualaikum....
Ecece...poyo je tajuk entry aku. Ngee!~ Farhan dah setahun 19 Mei lepas. Baru nak tepek gambar. Hihihi.... Teringat masa nak operation bersalin Farhan..37 minggu 4 hari tak silap aku. Dapat tarikh tu, doktor yang tentukan. Yelah, beranak pun kat hospital gomen, nak dapat date cantik, mana boleh kan.... Huhu....
Anyway, sebenarnya tak plan pun nak beli kek untuk Farhan, tapi masa tu kebetulan pergi KL sentral, beli lah kek Chocolate Indulgence. Mak aih..sekarang dah harga RM85 macam tu dah termasuk tax. Ish ish ish... Ewah... takpelah sekali sekala kan Farhan.. :)
 Makan kek kat rumah nenek. Tengok simple je pun kek Farhan.. Kesian dia.. Nanti Farhan dua tahun mak buat kek sedap-sedap eh, ada gambar kartun. Tapi bukan mak buat, mak order je. Hehehehe...
 Razi Izzat yang excited lebih. Korang tengoklah kalau aku ada anak 5 orang, meriah tak meriah? Hahaha... Sampai senget-senget dah Farhan nak mengendalikan diorang ni.
 Farhan's achievement - Panjat tangga sampai atas without supervision. Hmmm...Diam-diam naik atas sorang-sorang. Lepas tu menangis tak reti nak turun. Huhu...
Pastu dah boleh naik kereta mainan, turun sendiri, pusing-pusing tayar kereta, aktiviti kegemaran dia.
Dalam kereta, kalau tak tidur, berdiri kat tempat letak kaki. Dia dah tak nak duduk beriba dah. Tiru abang-abang dia ler, tak reti duduk diam kat dalam kereta. Huhuhu....
Farhan....besar jadi doktor eh.. :)

~ s u h i d a ~

Thursday, December 29, 2011

:: Yes ::

Assalamualaikum...
Yes, hari ni aku berjaya menunjukkan yang aku tengah bad mood kat opis. Selalunya orang lain je yang boleh tunjuk diorang not in the mood. Diorang je yang banyak kerja, semua kerja orang adalah kerja aku jugak, sampai kerja aku sendiri yang tertangguh. Benci betul. 
Yes, hari ni aku juga berjaya panggil semua orang yang aku pergi beli adaptor, tanya harga beg angry bird, pergi kedai celcom, beli ayam penyet...semuanya aku panggil diorang adik. (Aku dah terasa diri aku tua...Boleh dikira cakap yes jugak ke? Hmmmm..)
Yes, Farhan dah boleh angkat lutut dah. Dah 7 bulan dah anak bongsu aku ni. Nape kejap sangat masa berlalu?

~ s u h i d a ~

Wednesday, October 05, 2011

:: Check Up Farhan 4 Bulan ::

Assalamualaikum...
Hari ni check up Farhan 4 bulan kat klinik. Bawak sekali Razi dan Izzat.
 Bukan main lagi korang ye posing dengan jam Ben 10. Huhu.. Masa ni nak balik dah, tapi tunggu hujan berhenti, so posing-posing ambik gambar ler dulu.
Nampak mata Razi macam dah ok sikit, kan?
 Mata aku masih bengkak tapi dah kurang sikit merahnya. Nampak parut Izzat yang luka terhantuk kabinet tv tu?  
 Gambar tak berapa nak clear. Sekarang ni kalau tengok muka Izzat, mesti tertengok tempat parut tu dulu. Tak suka tengok... Hmm...
 Harap-harap ayah tak kena sakit mata ye. 
Berat Farhan 4 bulan dah 7.4 kg. Naik 900 gram dari berat yang last timbang. Alhamdulillah.. oklah tu. Naik jugak sikit, walaupun ramai yang tegur badan Farhan dah ringan. (Tapi aku still lenguh nak dukung dia lama-lama.. Ngee!~). Check up hari ini takde injection. 
Masa kat klinik, ada jugak 2,3 mak orang tegur sakit mata kitorang. Ada jugak yang tegur anak aku tiga-tiga orang lelaki. Huhu... Orang melayu memang macam tu lah, suka menegur, suka menyembang.. Ambil beratlah katakan ye. Hmmmmppphhhh....
Ni gambar tadi, nampak mata Farhan merah kan? Farhan suka hisap jari sekarang ni dan juga akan main bantal kalau letak bantal kat atas badan dia. Kalau aku nak buat kerja kejap ke, aku letak bantal atas dada dia. Kalau dia tak lapar susu, dia ok je main dengan bantal. Cumanya kena perhati-perhati jugak, takut tutup hidung dia. Nak bagi bantal tu best sikit, letak mainan kat bucu bantal. Hahahaha... Nanti mak beli mainan untuk Farhan eh. Kesian dia.. :)

*Anak-anak mak, anak-anak yang baik hati. Tahu mak tengah marah atau susah hati, pandai ambik hati mak. Mak sayang korang!

~ s u h i d a ~

Monday, September 19, 2011

:: Kesian Izzat ::

Assalamualaikum....
Kesian Izzat....
 Sakit mata pulakkkkkkkkkkkk....
Ayah belikan penutup mata masa bawak pergi klinik. Hihi...kelakar menengoknya, tapi kesian pun ye jugak. Tambah pulak dengan parut yang terhantuk kabinet hari tu. Tapi, Izzat punya aktif tetap maintain aktif. Jatuh tetap jatuh jugak. Nak marah, tapi tak sampai hati lak tengok dengan parut bagai. Hai Izzat hai Izzat.
 Ahmad Farhan ni pulak, dah masuk 4 bulan. Nampak badan macam susut sikit. Tunggu nanti timbang next month berapa berat adik ye. Dah mula pandai nak mengiring badan dah. Cepat-cepat belajar meniarap eh. Kejap je dah 4 bulan. Kang sedar-sedar je dah setahun, kan? Macam Razi, kejap je bulan 3 tahun depan dah masuk 5 tahun. Tiba-tiba je sedar dah masuk darjah 1 dan tiba-tiba je sedar aku dah jadi makcik tua. Huhuhu..... Sekian. Tiba-tiba emosi pulokk..

~ s u h i d a ~

Friday, August 05, 2011

:: Update Ahmad Farhan ::

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Wah..macam artis. :) Sebelum tu nak ucap selamat menyambut ramadhan tahun 2011 ni. Sekejap je dah nak raya balik, kan? Padahal aku mengandung lepas raya tahun lepas. Huhuhu.... Cepat betul masa berlalu.
Ya Allah, dari sehari ke sehari nak sangat update blog, tapi memang serius aku takde masa langsung nak menyelit untuk update blog aku ni. Gila kentang punya tak ada masa. Masa tu ada, tapi penat.. yang sangat sangat sangat penat. Balik rumah masuk pukul 9 malam je, dah rasa flat dah badan. Mata macam ada batu itu dalam. Tak boleh nak bukak. Huhu..Mana tak mengantuk yang amat-amat, hari-hari bangun pukul 4 pagi. 
Huwaaaa.... picture source dari google.
Alkisah nak menyelit kisah Farhan hari tu bawak pergi KKIA untuk injek bulan kedua. Timbang berat dah 6 kg anak bujang aku ni. Huhu..Alhamdulillah, membesar dengan sihat.
 Gaya tidur paling best.
 Baru perasan, ramai jugak kaum bapa eh kat KKIA ni. Hehehe...
Farhan 2 bulan dah pandai bereaksi bila diagah. Tersengih sengih kalau kita acah acah dia. Yang mahalnya ada satu lesung pipit. Tapi tak nampak sangat dalam gambar ni. :)
Sekian, nanti update lagi ye! Hehehee...

~ s u h i d a ~

Friday, July 01, 2011

:: Aku 44 Hari Sudeyyyy!!!! ::

Assalamualaikum..
Hari ni sudah hari ke 44. Yeay! Alhamdulillah... Harap-harap hari terakhir ni tak de apa-apa yang berlaku ler. Teringat masa bersalin Razi, hari terakhir pantang tu ler aku bentan. Huhu...Hairan kali ni terasa waktu berpantang cepat sangat. Sedar-sedar dah pun 44 hari. Pengalaman berpantang kali ni ok, kurang tension. Ada jugak tension sikit-sikit, tapi terkawal lah jugak. Razi dan Izzat masa mula-mula kitorang tidur kat rumah Opah asyik meragam je. Terutamanya si Razi ler. Tak biasa kot tidur rumah Opah. Tapi tak lama lepas tu dah biasa, diorang ok. 
Aku kan tidur kat wad 5 hari, so Razi dan Izzat kenalah tidur rumah nenek. Masuk hari ketiga dah rasa rindu sangat kat diorang. Walaupun diorang kecik lagi, tapi diorang faham yang aku tinggal kat hospital lama, adik nak keluar, mak sakit. :) Paling tak boleh blah, Razi tanya aku baby keluar ikut perut, nanti doktor potong perut mak kan? Tak tahulah dia dengar dari mana tu. Nasib baik dia faham baby keluar ikut perut. Hahahaha....Kalau tak letih jugak nak jawab soalan-soalan dia. Itupun dia tanya kenapa baby keluar ikut perut, kenapa doktor nak kena potong perut. Macam-macamlah soalan, sampai tak larat nak jawab.
Masa awal-awal lepas bersalin hari tu, Razi selalu pakaikan aku selipar spongebob ni kalau dia nampak aku tanggal stokin sebab nak ke toilet. "Mak sakit, kena pakai selipar ni." Haii anak.... Sayu je hati, prihatin Razi dengan aku siap pimpin tangan aku nak toilet. Huhu...Aku suka betul dengan selipar spongebob ni, tapi tak tahan lama sebab kebanyakan masa Razi dan Izzat yang lanyak selipar spongebob ni sampai besar dah lubang kat depan kaki tu. Berapa kali dah aku tersadung, so aku stop pakai simpan bawah katil je.
Izzat pulak dah 2 tahun 9 bulan, agak behavelah jugak. Dah boleh faham kebanyakan butir-butir perkataan yang dia sebut. Kira dah pandai lah jugak bercakap dan sama naik, banyak bercakap sama macam Razi. Tapi kebanyakan masa Izzat pandai bawak diri sepanjang aku berpantang ni. Alhamdulillah... Cuma tak tahan kalau bila time diorang bergaduh adik beradik, boleh tension jadinya. Sekarang ni kan tengah musim Kungfu Panda, so kalau diorang ada kat rumah, CD Kungfu Panda je lah sepanjang masa. Kesian atuk, tak dapat nak tengok berita dengan cerita tamil dia. Hihi....
Si kecik bam bam Farhan ni pun dah pandai. Kuat dah angkat kepala masa tu baru berapa minggu. Mandi dalam besen pun dah pandai keraskan kaki nak berdiri dalam besen. Badan berkelar-kelar, dagu berlapis. Huhu...Kejap je Farhan dah 44 hari kan? Hari tu masa injek Farhan bulan pertama, timbang kat KKIA. Berat Farhan 4.5kg. Naik 1.4kg. Agak-agak cek-up 2 bulan nanti, berapalah berat Farhan ye. Takpe, biar bam bam, best sikit mak peluk.
Kitorang start bagi dia tidur meniarap minggu lepas. Dah asyik tak lena je. Try ler bagi tidur meniarap. Mahu sampai 4 jam dia dapat tidur. Tapi, kalau dapat tidur 4 jam then sedar pukul 12 tengah malam. Lepas tu memang bercinta 3 jam ler nak tidurkan balik. Huhu...
*Oh, ada sekali tu, aku tidurkan Farhan meniarap. Biarkan dia tidur sendiri. Bila datang jenguk balik, tengok dah selamat terlentang. Uhuk uhuk.. Sampai sekarang terfikir ballik, biar betul... Kadang-kadang banyak sangat kejadian misteri yang berlaku lah!

~ s u h i d a ~

Friday, June 17, 2011

:: Farhan Dah 30 Hari (Ke Aku Yang Pantang Dah 30 Hari? Yeay!)

Assalamualaikum...
Kalau ikutkan hari, hari ni Farhan dah 30 hari. Hari Isnin ni, kena pergi ke KKIA Gombak Setia untuk injection Farhan. Injection Hepatitis B kot. Nanti confirm balik. Huhu.. Aku bab-bab injection ni tak berapa boleh nak ingat walaupun ni dah beranak kali ketiga. Ngee!~
Tak sabar nak timbang berapa berat budak bam bam tu. Peha dahlah besar, pipi bulat, mata sepet pulak tu. Macam anak jepun dah nengoknya. Teringat kat Razi dan Izzat masa diorang breastfeed dulu. Huhu... Bulat dan semangat. Razi susut bila start minum FM. Izzat pulak susut masa yang dia asma teruk dulu. Dua-dua Razi dan Izzat tak dapat full BF sampai 2 tahun. Izzat sampai 2 tahun tapi setahun lebih tu dah campur FM sebab aku stress pum susu kat opis dan susu start jadi sikit. Huhu.. 
So, kali ni kena kuatkan semangat untuk fully BF Farhan walaupun aku tau kali ni lagi besar dugaan nak pum susu kat opis. Opis kali ni lagi open, memang kalau aku nak pum jugak dari workstation aku, memang cari nahas ler. Huhu... Tapi, kalau nak try, boleh jugak kan? Sekali tengah pum, bos datang ke meja, naya jugak kan? Mr Yap tu dah lah bos yang jenis suka datang ke meja tiba-tiba. Haru pulak nanti jadinya. Surau pulak jauh, nun hujung blok lagi satu. Insya Allah boleh kalau kita betul-betul nak kan? Harap-harap sangat dapat fully BF kan Farhan. Senang dan jimat. Hehehe... Ohhhh.. malasnya nak kerja!!!
Pasal pum susu kat rumah, hari first day balik rumah aku dah start pum susu sebab Farhan kuning. So, dia banyak tidur. Bila dah bengkak, dia pulak tersedak-sedak. Sampai sekarang ni, aku cuba merajinkan diri untuk pum susu sebelum BF Farhan.  Alhamdulillah, susu yang dah dipum cukup untuk stok sebulan dah kot. Kuranglah sikit risau nak buat stok EBM untuk Farhan. 
Oh...nak naik kerja nanti nak kena bincang dengan owner taska diorang ni. Huhu..3 orang ni berapa lah agaknya yuran sekolah diorang kan? Takpe, rezeki mak untuk anak-anak mak. Doa mak harap anak-anak mak pandai mengaji, pandai membaca, pandai berkata-kata dan berperangai yang elok-elok. Lagipun cikgu yang jaga diorang pun aku dah kenal lama. Takdelah risau sangat. Alhamdulillah.
Hmm...pantang kali ni rasa cepat pulak masa berlalu. Sedar tak sedar dah 30 hari. Tinggal lagi 14 hari je. Yeay! Pastu bolehlah minum air sejuk. Huhuhu.. Bab makan ni aku ok lagi, leh je tahan makan. Tapi bab minum air... Haih, kalau ikutkan nak je teguk air peti ais sejuk-sejuk tu. Hehehe.... Lagi satu, sambal belacan... Aku makan jugak sikit sambal belacan (buat rasa je..ye ke? Ngee...), tak boleh tahanlah dugaan sambal belacan.
Pantang kali ni aku tak ambik apa-apa supplement pun. Alhamdulillah badan sihatlah jugak. Doa-doakan aku selamat berpantang dan luka operation tak terbukak ye. Hehehe..

~ s u h i d a ~

Thursday, June 02, 2011

:: Edisi Berpantang ::

Assalamualaikum..
Curi masa update blog sekejap. Farhan tengah tidur. Razi Izzat pulak hantar ke taska. Upload gambar sikit. Gambar-gambar kat bawah ni masa first day aku balik rumah dari hospital. Razi dan Izzat sampai di rumah dalam pukul 10 malam macam tu, terus tanya mana mak. Nak tengok baby. 4 hari tak jumpa, tiba-tiba nampak Izzat macam dah jadi abang yang besar.
 Khusyu' korang tengok adik ye. Excited first time jumpa adik Farhan. Izzat lepas ni dah tak boleh panggil adik dah.. Tapi, kadang-kadang tu terlepas jugak aku panggil dia adik.
 Abang Razi yang sentiasa sayang adik. Kadang-kadang tengok dia punya sayang tu sayu lak rasanya. Sebab selalu kena marah dengan aku. Hihihi...
Anak mak dah tiga orang dah eh. Ngee.... Macam tak caya pun ada. Huhu....
Dua-dua reaksi abang yang dapat adik berbeza sikit. Abang Izzat biasa-biasa je. Kalau nak sayang, dia sayang. Tapi kebanyakan masa abang Izzat lagi suka main kereta dengan motor. Abang Razi pulak suka tengok Farhan buat apa. Pada dia, macam amazing lah kalau Farhan bukak mata ke, Farhan senyum ke. Alahai... Tapi kebanyakan masa diorang banyak main gaduh sesama diorang je. Razi dan Izzat tak kacau aku sangat. Diorang banyak kacau Opah dengan Dadak je. Huhuhu... Kadang-kadang bila menjerit masa pantang ni, nak kena amik nafas dulu, baru boleh jerit. Huhuhu..
Ni budak kecik ni kena bedung dan ikat kaki. Tak boleh terlepas ye Farhan. Pandai lak tu mengamuk kalau dia nak menggeliat tak lepas-lepas. Huhuhu.. Sampai merah-merah muka.
Hari ni baru 15 hari aku berpantang. Makan alhamdulillah adik-adik tolong siapkan. Aku pun nak diet, ikan bakar dengan halia dan lada hitam pun bedal je hari-hari. Kadang-kadang je request nak ayam bakar dengan daging bakar. Sayur tak nak makan. Ngee!
Oh ya...hari ni 2 Jun, ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 5 tahun. Cepat je dah 5 tahun, ada 3 orang anak dah. Huuuuu....

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 25, 2011

:: 19 Mei 2011 - Lahirnya Ahmad Farhan ::

Assalamualaikum....
Aku online sambil baring mengiring ni. Nak update blog punya pasal. Hehehehe...
Aku selamat melahirkan Ahmad Farhan Bin Mohammad Fadzli Shah pada pukul 9.31 pagi 19 Mei 2011 di Hospital Besar Kuala Lumpur. Melahirkan secara pembedahan.
Ahmad Farhan - terpuji, riang gembira. Doa mak moga-moga Farhan sentiasa gembirakan hati ayah mak dan semua orang ye. Penyejuk mata dan hati mak dan ayah ye. :)
Aku warded hari Rabu 18 Mei. Nurse dah pesan awal-awal dah, kalau boleh datang pagi-pagi kalau nak book 1st class. Aku bukan apa...aku dah experience czer dua kali, aku tahulah macammna keadaan dan sakitnya kalau duduk kat hospital. Huhu... Masuk pukul 10 pagi, mula-mula warded 2nd class dulu. Mula-mula masuk diorang cek CTG, pastu ada doktor datang tengok. Doktor bius datang. Semua yang datang muda-muda. Siap doktor bius tu sambil bertanya macam-macam kat aku, siap tanya aku kerja apa, tinggal kat mana,  sebelum ni belajar kat mana. Sebab doc bius tu sebaya aku. Siap tanya kenal Ezuandi tak kat ITM dulu. Huhu.. Tak kenal tak kenal....
Then doktor bius tu tunjuk aku list nama orang-orang yang kena operation esoknya. Mula-mula nama aku nombor dua. Tapi sebab akak yang no 1 tu ada masalah kencing manis dan beberapa masalah lagi. Diorang push aku naik no 1. Boleh camtu ye... Pastu tiba-tiba ada seorang doktor ni sambil lalu kat aku dan cakap "Eh, esok saya yang buat awak ye. Kawan saya tak jadi." dan blah. Kuikuikui... Oh camtu eh bagitau orang ko nak belah orang. Huhu.... Lawak pun ye gak. Brutal sungguh doktor ni. Pakai pun selekeh.. doktor perempuan. Nak request doktor lain pun bukannya boleh. Hihihi...
Best jugak duduk kat wad 2nd class sebab bersembang je sampai tak sedar dah lewat petang. Macam-macam keadaan ibu mengandung yang warded ni. Siap budak yang operate no 3 lepas aku, datang interview lagi camne operation sakit tak. Tak pernah experience operation lagi, first time. Mestilah sakit. Dalam pukul 8 malam aku dapat 1st class single bed. Alhamdulillah. 
 Single bed 1st class kat HKL. Ok kan? 

 Dapat view KLCC lagi. Nampak lah view Menara KL dan KL sebab duduk kat tingkat 4.
Aku masuk bilik operation pagi 19 Mei 2011 dalam pukul 8.20 pagi. Sangat berdebar-debar. Masa nak baring kat troli, rasa sayu je masa salam abang. Manalah tau tiba-tiba tak berjumpa dah ke lepas tu. Huhuhu... Perjalanan sambil baring atas troli dari ward nak ke OT rasa panjang sangat. Sampai kat OT, punya lah ramai manusia dalam OT tu kan. Masa diorang suruh duduk nak bius belakang tu saspen betul aku rasa. Doa-doa janganlah kena cucuk 10 kali macam masa bersalin Razi dulu. Huhu... Menitik air mata aku, mana taknya kali ni diorang cucuk aku 15 kali, baru dapat masuk ubat. Masa Razi dulu lagi haru, aku dah siap marah doktor sebab masa tu dengan sakit injek kat belakang, dengan contraction lagi. Yang kali ni menitik je air mata sebab cuma sakit kena cucuk kat belakang je. Rasa macam kena karan tau untuk pengetahuan korang. Nasib aku sebab dapat doktor bius yang muda. Dapat masuk yang ke 15 kali tu pun sebab ada lagi seorang doktor perempuan yang tolong. Dengar suara macam dah otai. Kalau dia tak tolong, agaknya dekat 20 kali kot kena cucuk. Sampai hari ni rasa bengkak ketul-ketul kat pinggang aku ni.
Lepas tu baring ler, diorang tutup kain betul-betul depan muka aku. Then ada seorang doktor ni yang jaga kat kepala aku, sepanjang masa dia ada kat kepala aku. Dia cucuk bahu aku dengan pen pastu tanya sakit tak? Rasa tak tajam? Rasa. Pastu dia cucuk pulak kat perut, sakit tak? Rasa tak tajam? Rasa.... Aku dah goyang dah masa tu. Sudah...jangan korang belah perut aku rasa sakit sudah... Doktor tu pulak boleh pulak tanya. Sakit? Huhu... Tapi takdelah, sebelum diorang belah tu, aku rasa diorang sapu-sapu air agaknya ubat kaler kuning tu kot.. Masa tu dah tak rasa apa-apa dah. Pastu dengarlah suara doktor perempuan yang nak operate aku tu. Sambil operate aku tu, mulut dia membebellllll je. Aku pun tak berapa dengar dia membebel apa, tapi rasanya semua yang kat dalam OT tu kot kena marah dengan dia. Hihihihi.... 
Rasa lama betul masa nak keluarkan baby. Aku dah selawat bagai dah, itu jelah yang aku boleh buat pun. Takut sangat masa tu. Sekali aku start rasa diorang sentap-sentap perut aku, diorang tekan perut aku. Masa tu terkeluar jugaklah bunyi dari mulut aku. Pastu dengar suara Farhan menangis....... Huuuuuuuu... Tak boleh nak describa camne perasaan walaupun dah experience. Aku jenguk pintu, nampak nurse dah dukung baby bawak keluar dulu. Nak timbang, cuci dulu.  Berdebar masa tunggu nurse tu nak tunjuk baby apa. Doa jugak mana tau dapat baby girl ke. Kekekeke... Tapi masa dia tunjuk baby boy tu, perasaan aku tetap sama. Syukur sebab dikurniakan baby yang sihat dan sempurna. Alhamdulillah. Diorang try letak baby kat aku nak bagi susu. Tapi, tak boleh. Aku keluar OT pukul 11. Masa kat recovery room tu, aku cuit-cuit peha aku. Rasa macam pegang benda pepejal yang bukan peha aku. Huhuhu...
Alhamdulillah segalanya selamat. Pagi operation, pukul 2 lebih macam tu, aku dah boleh gerak-gerak sikit kaki aku. Menjelang malam dah boleh angkat bontot. Kejap je ek ubat bius. Huhuhu... Esok petang tu aku dah boleh bangun pergi toilet. Mengigil jugak nak turun katil pergi bilik air, tapi terpaksalah kena kuatkan diri. :)
Farhan yang lahir 37 minggu 4 hari. Cuba tengok tali pusat dia. Scary gak tengok mula-mula tu. Now dah kecut dah. :) Sekian update saya kali ni. Nak mandikan Farhan dah pukul 5.30 petang dah ni.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...