Saturday, August 20, 2011

:: Aku Bersyukur Sangat Sangat ::

Assalamualaikum....
Alhamdulillah setakat ni aku rasa happy sangat dengan life aku. Sebelum-sebelum ni perasaan yang aku rasa down tu dah berganti dengan kegembiraan tiap tiap hari. Ceee....tiba-tiba je mukadimah macam tu ye. Aku bukan apa, memang aku tengah happy sangat-sangat sekarang ni. Memang betullah setiap anak itu ada rezekinya. Walaupun belanja makin bertambah, walaupun rasa penat yang tak pernah habis, walaupun tension yang sangat sangat, tapi kalau kita hadapi semuanya dengan rasa syukur, insya Allah semuanya akan rasa cukup kan? Harap-harap rasa happy yang aku rasa waktu ni akan berpanjangan dan kekal selama-lamanya. Aminn..
Oh..korang perasan tak sekarang ni masa singkat sangat. Sedar-sedar dah nak habis puasa. Sabtu dan Ahad tu tak rasa macam hari cuti pun. Baru je hari tu masuk tahun 2011, ni tak lama lagi dah nak masuk 2012. Oh tidak, tak nak lah tua cepat sangat. Hehe... Yang peliknya masa sekolah rendah dulu rasa lambat je waktu berlalu kan?
Hmm...Sekarang suasana kat opis baru aku kerja pun aku rasa dah cukup ok dah. Takde lah sebest suasana macam masa kat opis lama kat wangsa maju dulu. So far, ok je. Ngusik sikit-sikit tu biasalah, dengki sikit-sikit tu pun biasalah. Dapat bos pun, walaupun cerewet tapi tak marah kita kasar-kasar depan orang lain. Buat silap, bos tegur elok-elok. Aku kan tak pernah bekerja dengan bos lelaki, sokmo lady bos je. Best jugak kerja dengan bos lelaki - sebab tak kena marah. Hihi... tapi haruslah kerja dengan tekun, janganlah ambik kesempatan pulak, kan? :)
Alhamdulillah kedai Wardahwardrobe aku pun dah semakin maju. Sayang sangat wardahwardrobe. Agak-agak sampai bila kedai online aku ni eh? Kadang-kadang ada jugak terfikir nak resign dan bukak je butik baju. Huhu.. tapi aku bab direct selling ni memang lemah ar. Fail! Kuikui... jual online lagi cepat laku dari jual berdepan dengan orang. Maybe skill marketing aku takde - zero. Ngee!~ Tang ada regular customer yang setia membeli tu yang tak tahan tu. Ada seorang tu dah dekat setahun mesti beli hampir setiap minggu. Huhu.. Syukur ada orang yang percaya nak membeli baju dengan aku,kan? Paling tak tahan, bila customer-customer doakan aku macam-macam. Rasa seronok sangat sebab walaupun tak jumpa orang directly, ada jugak orang yang sudi nak doakan kebahagiaan aku kan? Hmmm...
Ok, ini jelah celoteh aku kali ni. Ambik masa yang ada nak membebel kat blog ni. Seriously aku cakap memang sesungguhnya aku sangat penat, sangat stress dan sangat sangat tak ada masa. Berita terkini pun dengar kat radio je. Allah jelah yang tahu macam mana rasanya kepenatan aku ni. Tapi, aku bangga sebab bila orang bercerita ada anak seorang pun diorang dah tak larat, aku ada 3 orang anak dan Alhamdulillah aku masih larat dan bersyukur sebab Allah permudahkan segala-galanya. Abang Cha pun banyak membantu buat kerja-kerja rumah dan banyak sangat berubah ke arah yang positif. Moga-moga Allah sentiasa memberkati dan melimpahkan rahmat ke atas keluarga kecik kami ni. Aminn.. :)
Macam baca novel tak post aku kali ni. Yeah! Selamat berhujung minggu kawan-kawan!

~ s u h i d a ~

Sunday, August 07, 2011

:: Razi dan Izzat - Edisi untukmu ::

Assalamualaikum....
Abang Razi - abang yang penyayang, prihatin dan sabar. Tapi kuat menangis.
Mak sayang abang Razi sebab abang Razi sabar dengan mak, faham keadaan mak. Kebanyakan masa abang Razi boleh buat mak nak menangis, ada masa abang Razi boleh buat mak nak marah, tapi banyak masa abang Razi asyik buat mak tergelak je. :) Tengok gigi dah rongak. Haih....
.
Abang Izzat - abang yang penyayang, nampak macam tak prihatin, tapi prihatin sebenarnya. Abang yang masih manja lagi sebenarnya. Tapi pandai bawak diri.
Mak sayang sangat dengan Izzat. Harap Izzat jadi anak yang baik, mendengar kata. Jangan mak cakap buat derk, muka selamba je. Bengang tau. Huhu.. Belajar kena rajin-rajin. Rajin-rajin main dengan kertas dengan pen. Jangan asyik nak tengok tv je, asyik main patung ultraman, asyik main mainan kereta. Kena rajin baca buku jugak, macam abang Razi..asyik mintak beli kertas je. Huhu... Pastu kena rajin makan. Dah kurus dah badan mak tengok. 
.
Walaupun Razi Izzat kecik lagi, tapi kebanyakan masa diorang faham aku tengah susah hati ke, aku tengah sibuk dengan Farhan ke. Ada masa-masa tension, ada masa-masa tergelak dengan perangai ikut suka hati diorang je. Huhu... Biasa lah tu. Budak tengah nak membesar, harap sangat-sangat aku dapat jadi mak yang baik. Tak nak marah-marah. 
Tapi pelik sungguh, bila cakap perlahan..lambat je reaksi diorang. Tapi bila dah keluar suara petir macam nak pecah anak tekak, haa..baru ada reaksi. Tapi, tak best la kan, kalau asyik marah je. Letih tau.

Macammana pun, mak bangga dan bersyukur dapat anak-anak macam abang Razi dan Izzat tau. Jadi abang yang baik, anak yang patuh dan soleh. Jadi cucu yang baik jugak. Jangan asyik mintak beli itu, beli ini je tau. Asal tengok ada kartun best kat tv, asyik suruh beli je...Kena sentiasa sayang sesama sendiri, ayah, atuk, opah dengan nenek ye. :) termasuk semua sekali ahli keluarga ye!

~ s u h i d a ~

Friday, August 05, 2011

:: Update Ahmad Farhan ::

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Wah..macam artis. :) Sebelum tu nak ucap selamat menyambut ramadhan tahun 2011 ni. Sekejap je dah nak raya balik, kan? Padahal aku mengandung lepas raya tahun lepas. Huhuhu.... Cepat betul masa berlalu.
Ya Allah, dari sehari ke sehari nak sangat update blog, tapi memang serius aku takde masa langsung nak menyelit untuk update blog aku ni. Gila kentang punya tak ada masa. Masa tu ada, tapi penat.. yang sangat sangat sangat penat. Balik rumah masuk pukul 9 malam je, dah rasa flat dah badan. Mata macam ada batu itu dalam. Tak boleh nak bukak. Huhu..Mana tak mengantuk yang amat-amat, hari-hari bangun pukul 4 pagi. 
Huwaaaa.... picture source dari google.
Alkisah nak menyelit kisah Farhan hari tu bawak pergi KKIA untuk injek bulan kedua. Timbang berat dah 6 kg anak bujang aku ni. Huhu..Alhamdulillah, membesar dengan sihat.
 Gaya tidur paling best.
 Baru perasan, ramai jugak kaum bapa eh kat KKIA ni. Hehehe...
Farhan 2 bulan dah pandai bereaksi bila diagah. Tersengih sengih kalau kita acah acah dia. Yang mahalnya ada satu lesung pipit. Tapi tak nampak sangat dalam gambar ni. :)
Sekian, nanti update lagi ye! Hehehee...

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...