Assalamualaikum...
Lama dah aku tak online dan berblogging ye. Huhu... Memang kesibukan yang melanda, sampai kan baju orang order pun aku boleh terlupa nak pos! Aduyai, parah..parah... Mana taknya, 29-31 Oktober yang lepas, kami sekeluarga berjalan-jalan ke Penang dan esoknya 1 Nov tu aku start kerja kat tempat baru. Memang penat sangat. Sampai ke hari ni kut penat terasa lagi. Huhu... Sebab berbadan dua kot, penat dia lain macam. Ewah...
Sebelum ke Penang, singgah ke Lost World of Tambun kat Ipoh. Mandi manda kejap. Layan gambar je la ye. Layannn...Zassss....
Kitorang kat entrance. Hehe.. Macam-macam gaya. Hadap je ler..
Entah apa yang dua beradik tu tengok. Kat sini ada Hot Springs & Spa. Diorang tengah buat construction nak upgradekan lagi. Lain kali datang leh la gi spa ek.
Tengok gambar ni nampak macam Razi dah besar je... Huhu...
Walaupun hari Jumaat, tapi ramai jugak orang. Ada 4 rombongan budak sekolah tak silap aku. Budak-budak ramai ler.. Memang terasa meriah la jugak.
Kitorang mandi kat sini je. Sewa pelampung, pastu ikut arus.
Sejuk mata memandang kehijauan alam, kan?
Ada zoo kecik.
Ada ular sawa.
Ada burung kakak tua.
Ada yang penakut dengan kambing. Kekekeke...
Arnab import.
Suka korang ye.
Boleh tahan jauh jugak berjalan pusing Lost World ni.
Ada kawasan diorang buat macam pantai.
Ini ler hotspring. Next time la kan kalau nak cuba mandi.
* Gambar kat Penang di entry lagi satu ye.
~ s u h i d a ~
















