Monday, May 31, 2010

:: Hantaran : Tapak Dulang ::

Assalamualaikum....
Jam dah pukul 2 pagi...Masih tak tidur lagi. Tengah giat membuat hantaran adik sepupu pulak. Hantaran untuk majlis pertunangan, 9 dulang. Kali ni berkonsep morocco. Itu yang ada gaya bantal tu, siap renda-renda sekali. Huhuhu....
Kaler maroon. Baru siap tapak. Bunga tak gubah lagi. Huhu..Sempat ke? Sempat...Insya allah. :) Berusaha berusaha~

~ s u h i d a ~

Sunday, May 30, 2010

:: Contest Dad's Special Moment ::

Assalamualaikum....
Contest contest contest..Last minit nya nak join contest. Puas cari gambar yang sesuai. Akhirnya teringat ada satu gambar ni. Sesuai la kot.
Kali ni join Contest Dad's Special Moment yang dianjurkan oleh Zamieda. Hadiah2 misteri adalah tajaan drpd MazCollection. Tarikh tutup pada hari ni...30 Mei 2010. Jika berminat (masih sempat lagi ni) sila klik sini ye :

.
.
.
Ini gambarnya :
Gambar ni masa bawak Izzat ke klinik pediatrik HKL. Izzat baby lagi. Risau sebab Izzat akan muntah setiap kali lepas hisap susu. Bukan muntah sugah. Tapi muntah susu yang amat banyak. Yang peliknya tiap kali lepas hisap susu mesti muntah. Tapi lepas muntah tu, dia nak hisap susu balik.
Izzat tertidur atas ayah masa tengah tunggu giliran nak jumpa doktor. Selesa tidur macam tu agaknya. Ini antara gambar speial moment Izzat dengan ayah yang aku suka. :)

~ s u h i d a ~

::Klinik Gigi Di Kaki Lima::

Kotor dan menjijikkan! Itulah gambaran apabila melihat gelagat empat orang lelaki warga China yang menyediakan khidmat menanam gigi palsu di Jalan Pasar berhampiran Pasar Pudu di sini.
Tinjauan Kosmo! mendapati, 'klinik kaki lima' tersebut bukan sahaja beroperasi secara terbuka malah empat kumpulan yang melibatkan lima lelaki dan seorang perempuan yang berlagak seperti 'doktor' itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakit mereka.
 Lebih meloyakan, mereka hanya menggunakan segelas air biasa bagi membasuh peralatan yang telah digunakan dan alat yang sama digunakan daripada satu mulut ke mulut pelanggan lain tanpa dinyahkuman.
Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai yang digunakan untuk mengikat gigi pelanggan juga tidak dicuci dan terdedah kepada asap kenderaan di tepi jalan.
Walaupun hanya beroperasi di tepi jalan, 'doktor' berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang sebelum ditampal dengan sejenis serbuk yang dicampur dengan bahan kimia.
Semua barangan tersebut bukan sahaja disusun di atas meja tetapi ia turut disimpan di dalam beg dan kotak pensil supaya mudah dibawa lari jika diserbu pihak penguat kuasa.
Usaha Kosmo! untuk menemubual salah seorang 'doktor' yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil kerana mereka tidak tahu berbahasa Inggeris sebaliknya semua jawapan diberikan dalam bahasa Cina.
Sumber dari Kosmo! Online 29 Mei 2010.
....................................................................
Macam-macam hal, yang pelik-pelik je sekarang ni. Atau mungkin tak pelik sebenarnya, entah-entah kat China memang berlambak diorang cabut gigi tepi jalan macam tu. Mana kita tau tak? Diorang kan terkenal dengan perubatan tradisional diorang. Huhu...Tapi, kalau korang..Berani tak nak cuba? Hihihi..

~ s u h i d a ~

Saturday, May 29, 2010

:: Pagi yang Cerah ::

Assalamualaikum...
Semangat buat entry pagi-pagi ni. Entry pendek je. Semalam tidur dengan lenanya. Alhamdulillah... Semalam jugak puas hati aku dapat berblogging lama sikit. Melepas gian. Habis semua contest aku terjah. Hihihi...
Mana taknya, Izzat dah sihat. Alhamdulillah. Semalam ada la nafas dia laju sikit, tapi aku tengok masih dalam paras yang normal. Dia cuma meragam sikit sebab badan dia gatal-gatal. Sebabnya aku terpaksa bagi dia susu Dumex. Mana taknya mengamuk-ngamuk sambil guling-guling sebab hisap susu badan tak puas agaknya. Huhu..Sabar je masa dia mengamuk. Last-last aku biar dalam 2 minit macam tu, baru dia ok nak bagi aku angkat dia. Sabo je ler. Aku terpaksa buat susu Dumex sebab aku masih ragu-ragu kat susu Soya, risau adakah sebab kitorang tukar susu Izzat kepada susu soya yang buat dia semput. Masih lagi tak pasti. Tunggu Izzat sihat dah tak batuk-batuk, baru aku cuba balik bagi susu soya kot. Insya allah..
Mmmm...Walaupun ada lagi batuk sikit-sikit, pagi ni Izzat bangun dengan senyuman. Hihihi...
Special pose untuk mak. :) Buat hati mak berbunga-bunga.
Muka konpius kenapa nak ambik gambar dia baru bangun dari tidur. :)
Terima kasih semua yang tolong mendoakan kesihatan kami sekeluarga. Alhamdulillah. Hari ni bolehlah start buat hantaran untuk adik sepupu aku pulak. Harap-harap Izzat tak kacau aku buat hantaran. Mahunya tak kacau? Hihihi... Jumaat depan ni dah nak kena hantar ke PD. Majlis pertunangan berlangsung hari Ahad. Tapi, aku 4 haribulan Jumaat tu dah kena berada di Melaka dah. Akhirnya...cuti-cuti Malaysia. Yeay!!!!
P/S : Rindu pada Razi.

~ s u h i d a ~

:: Mamaeja & JJC 1st Giveaway : Cutest Baby With Hat Contest ::

Assalamualaikum....
Join contest lagik.
dianjurkan oleh MAMAEJA dan JARUMJAHITCOLLECTION :)
Contest ini bersempena birthday mamaeja, mother's day dan juga launching kedai mamaeja (jarumjahitcollection)
Kena jadi follower untuk kedua-dua blog dan syarat-syarat selebihnya, sila klik ---> sini.
.
.
.
Nama Anak : Muhammad Fakhrurrazi
Tarikh Lahir : 20 Mac 2007
Masa ni kami dalam perjalanan ke Kuantan. Ikut rombongan menghantar adik ipar ke kenduri menyambut menantu. Susah nak ambik gambar Razi posing betul-betul depan kamera sambil tersenyum lebar. Kebetulan gambar ni dia ada pakai topi. So, bolehlah join. Hihi...
Nama Anak : Muhammad Fakhri Izzat
Tarikh Lahir : 22 Oktober 2008
Ada gaya macam rappers tak? Kekeke... Izzat kalau pakai topi memang aku suka silang ke belakang. Nampak dia selesa sikit. Dia pun tak suka kalau kepala topi tu kat depan. Tengoklah Izzat tu, bukan main lagi nak berjalan sorang-sorang tak nak pegang tangan mak. Kadang-kadang tu aku tengok Izzat ni dah macam budak besar dah perangai dia. Hehe..
* Aku baca blog mamaeja dan aku suka baca sebab cerita di blog mamaeja pun lebih kurang sama macam aku, bercerita tentang kehidupan seharian, anak tersayang dan kesukaan/minat sendiri. Buah hati mamaeja, Assyura sangat comel. Hik3..Terutamanya masa sesi fotografi kat dalam studio. Pandai Assyura posing. :D
Ok, harap puan mamaeja berpuas hati dengan entry ini ye!

~ s u h i d a ~

Friday, May 28, 2010

:: Blue Van Giveaway ::

Assalamualaikum...
Nak join Blue Van Giveaway anjuran Eda. Tengah semangat nak join contest. 
Antara syarat-syarat :
1. jadi follower blog nie - DAH
2. Buat simple entry pasal giveaway ni tajuk : BLUE VAN GIVEAWAY - DAH
3. upload banner kat entry, sidebar & link kan kat entry ni - DAH
4. tulis komen "SAYA DAH JOIN", tinggalkan link dan email untuk memudahkan pemberian giveaway tu ye.. - DAH
Good Luck!!
~ s u h i d a ~

:: The Cutest Mama & Baby Contest ::

Assalamualaikum...
Nak join contest lagi. Kali ni anjuran pemilik blog MARIBELI iaitu THE CUTEST MAMA & BABY CONTEST.
Antara syarat-syaratnya ialah
- Jadi follower blog MARIBELI - DAH
- Copy paste banner blog maribeli di blog anda - DAH
- Letak link blog maribeli di blog list anda - DAH
- Buat 1 entry khas untuk contest ni dan letakkan gambar yg paling cute, comel, cantik, glamour anda bersama anak anda yang berumur di bawah 3 tahun bersama details tentang lokasi n situasi gambar tersebut di ambil - OK
- After u oll's dah wat entry tu, pastikan comment di ruang ni dan berikan link ke post u oll's tentang contest ni - DAH
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 25 Jun 2010 dan akan diumumkan pada 28 Jun 2010 sehari selepas ulang bulan yg ke-2 - BAIKLAH
 Pemenang akan dipilih berdasarkan gambar yg paling cute n comel n glamour serta cantik...
Juri plak adalah mr.hubby n me n my baby...huhuhu
So, ape tunggu lagi, jom la join!!!!
.
.
.
Ini masa hari kenduri adik ipar aku ataupun mak Su panggilan manja Razi dan Izzat. Hehe...Itu pasal Izzat pun pakai baju melayu sedondon warna dengan baju kurung aku. Background langsir tu sebenarnya backdrop pelamin. Aku suka backdrop dia pakai corak damasque. Hihi, tu pasal lah lepas dah selesai majlis, mintak diorang ambik gambar kitorang kat backdrop pelamin tu. Sesuai dengan warna baju yang kitorang pakai. Bunga tu pulak, mak Su bagi dari hand bouquet yang dia pegang waktu bersanding.
Jom join ramai-ramai!

~ s u h i d a ~

:: Minggu yang Panjang ::

Assalamualaikum....
Minggu ni aku rasa minggu yang panjang sangat. Macam-macam hal.
Sabtu : Izzat sihat walafiat. Razi selsema sikit-sikit.
Ahad : Izzat tiba-tiba batuk-batuk. Dah mula tak ada selera nak makan. Lepas maghrib, badan panas sikit dan muntah-muntah. Habis dimuntahnya atas mak Su. Lepas muntah, tiba-tiba badan Izzat jadi panas sangat. Malam tu kitorang tidur tak lena.
Isnin : Izzat  demam yang amat panas. Sampai aku ambik EL. Dari malam sebelum tu Izzat muntah banyak kali. Pagi tu kitorang ke klinik. Sebab yakin dengan ubat homopati lepas cuba untuk semput Izzat, kitorang pergi klinik homopati kat Selayang tu. Doktor Sabri cakap demam biasa. Bagi makan ubat demam, batuk dan selsema. Dah alang-alang tu, aku cek sekali Izzat elergik dengan apa sampai naik gatal-gatal satu badan dia. Izzat elergik susu haiwan rupanya. Petang tu gak suruh ayah beli susu soya.
Selasa : Demam Izzat tak kebah lagi. Razi pulak ikut demam. Aku pergi ofis macam biasa. Tapi, tak boleh buat kerja dan fokus sebab badan dah start rasa seram sejuk. Nak mc, admin tak bagi. Katanya opis banyak kerja. Bosan. Ingat aku sakit main-main ke? Malam masih lagi tidur tak lena. Izzat asyik terjaga, batuk-batuk dan tak selesa macam nak semput. Razi pulak mengigau. Ada sekali tu mengigau sambil jerit "Api..api.." Mengigau macam orang tua. Sabo je ler.
Rabu : Aku MC. Bangun pagi berat sangat terasa kepala. Lantak koranglah. Pergi opis tapi tak boleh buat kerja pun buat apa. Buat badan lagi sakit adalah. Mmm... Aku, Izzat dan Razi demam. Pagi mintak tolong ayah hantarkan Razi dan Izzat ke taska. Aku pulak tidur sampai ke tengahari. Nikmatnya...Alhamdulillah. Huhuhu...Menjelang tengahari, cikgu bagitau Izzat semput teruk.  Pergi ke klinik homopati tu balik. Doktor Sabri cek rupanya badan kitorang banyak toksik. Katanya keracunan. Wallahua'lam. Izzat maybe terkena dari aku, sebab aku BF. Cek paru-paru Izzat tak ada masalah. Tapi, memang nafas Izzat berkeruh dan kalau tekap telinga kat dada dia memang ada bunyi. Aku konpius, tapi terima je ubat yang doktor Sabri bagi. Tawakal. Malam tidur tak lena lagi. Huhu...
Khamis : Pagi-pagi tadi tengok nafas Izzat laju. Naik turun dada dia bernafas. Pastu nak bersiap-siap pagi tadi, Izzat nak berdakap je dengan aku. Sampaikan nak drive pun nak peluk bertekup kat dada. Macam mana mak nak drive, Izzat? Dia macam nak mintak nak menyusu lagi. Jam dah pukul 9 Izzat. Mak sekarang ni hari-hari masuk opis lambat tau.Terpaksa aku tinggalkan dia kat rumah dengan ayah memandangkan kat taska pun ramai yang sakit. Cikgu pun sakit. Mana taknya semua budak-budak sakit. Haru betul. Tak ada mood aku nak pergi kerja. Kat opis kepala ni asyik teringat Izzat dan Razi. Rupa-rupanya lepas aku tinggalkan Izzat, ayah cerita Izzat meraung dekat 2jam panggil "Mak..mak.." dekat pagar sliding door. Sedihnya lah. Aksi guling-guling kat lantai pun ada. Hik3...Ayah first time tengok agaknya Izzat mengamuk macam tu. Balik opis lunch hour, tengok Izzat dah tertidur. Izzat mengamuk nak susu aku rupanya. Dia tak lalu minum susu soya tu. Bila ayah bagi susu dumex biasa, baru dia nak hisap susu botol. Alahai...Camne ni Izzat? Kalau tak tukar ke susu soya, memang asyik menggaru-garulah badan menahan gatal. Susah hati aku. Tengahari tu aku paksa Izzat makan nasi dengan kuah sup. Memang meronta-ronta lah tak nak makan. Tak selesa tekak nak menelan agaknya. Kena gak paksa makan, sebab semalam dia tak nak makan langsung. Lembik sampai terbaring je. Alhamdulillah, dia nak gak makan walaupun meraung-raung.
Petang aku ambik diorang dari taska, tengok Izzat dah ok sikit. Malam ni pun ada gak dia meragam sikit-sikit. Tapi, oklah since aku pun dah start makan ubat pagi tadi. Katanya ubat untuk cuci bahan toksik dalam badan. Cuba je lah. Doakan kami sekeluarga cepat sembuh dan terhindar dari penyakit-penyakit yang memudaratkan ye. Sangat takut..dan sangat penat bila sakit ni. Huhu...
Sepanjang minggu ni kalau aku tiba-tiba terdiam, tak reply mesej, emel, bolayan terhadap pertanyaan2 atau yang sewaktu dengannya, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku tak dapat nak fikir benda-benda lain selain dari situasi aku sekarang ni. Kerja kat opis pun aku tak boleh nak fokus, apa tah lagi hal-hal lain.
* Tiba-tiba rasa bosan kerja kat opis sekarang ni.
Gambar ni dah lama dah. Saja nak letak gambar.

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 26, 2010

:: Kami Demam ::

Assalamualaikum..
Kitorang bertiga demam. Izzat kena Ahad, Razi kena Isnin, aku kena Selasa.
semput...
mengigau..
* Aku meroyan. Tak cukup tidur. Gambar aku tidur tak boleh letak. Kang huru hara dunia. hik3..
Malasnya nak kerja esok.

~ s u h i d a ~

Monday, May 24, 2010

:: Tag RM2 Juta dari Mummyar ::

Assalamualaikum...
Alamak dapat tag RM2 Juta la..Aku bukannya pandai bab dapat duit banyak-banyak ni. Tapi, aku try ye. Fuh...
1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni...
Dari Mummyar yang sangat rajin bagi aku tag. TQ mummyar.
2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
(nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
Elin
Mai
Ina
*tag ni dah lama. Aku rasa ramai yang da dapat tag ni kot.
3. dah tag kn la jenjalan war war kan kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng..
Baiklah.
4.Apa agaknya angan2 korang ye?Korng berangan nak buat per ngan duit ni..citer la ek aku pun nak tau gak apa dlm otak korng bila ada duit sebanyak tu..
- Bawak satu famili, famili mak mertua gi haji. Wahhh..(Manalah tau kan..)
- Kalau ada cara aku leh kembangkan duit 2 juta ni, aku akan cuba cara tu. Tapi dengan cara yang halal lah. Duit kalau salah guna, RM2 juta tu pun boleh habis dalam masa sebulan. Silap-silap seminggu pun boleh habis.
- Bantu famili.
5.Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek (mn tau ada tips2 yg bley buat aku dpt duit banyak2 ni)..
Entah, kalau aku tau, dah lama aku buat nak dapat RM 2 juta tu. hik3..

~ s u h i d a ~

:: Award Dari Ainey dan Ryn ::

Assalamualaikum.....
Dapat award dari Ainey dan Ryn. Maceh korang.
.
.
1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??
Kosong
.
2- Apakah nama samaran u'all??
Su
.
3- Berikan 3orang yg u'all sayang...
Semua aku sayang, orang je tak sayang aku. Ayat...hihi..
.
4- Panggilan utk siDIA
Abang.
.
5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..
.......
.
6- Blog mane yg korang suke visit??
Semua aku suka terjah, tapi takde masa je. Haih..
.
7- Tag kan kepada 15org rakan blogger korang..
Untuk semua yang singgah blog aku, sila lah ambik award ni ye. Hihihi...
 
~ s u h i d a ~

Sunday, May 23, 2010

:: Baby With Soother/Feeding Bottle Contest ::

Assalamualaikum....
Yeay, contest lagi! Aku dapat tag dari Mama Sara sebenarnya ni untuk join contest ni. Kali ni aku nak join Baby With Soother / Feeding Bottle Contest anjuran N.A.I sempena birthday anak terunanya yang ke setahun, Khalish.
Syarat-syarat join contest ni:
1. Jadi FOLLOWER blog N.A.I – ngeee..;) : beres~
2. Buat ENTRY berkenaan dgn contest. : beres~
3COPY banner di atas and letak kat side bar blog u all dengan link sekali la. : beres~
4. Upload SATU atau DUA gambar anak yang berumur in between 0-4 tahun dengan PUTING atau  BOTOL SUSU atau KEDUA2NYA sekali pn boleh tp jgn lebih dua keping. : beres~
5. Sertakan sekali nama anak, tarikh lahir, dan email u all untuk dihubungi : beres~
6. Sila TAG kepada member2 anda yang ada anak..berapa TAG pn xkesah at least SATU : beres~
7. Dan last sekali JANGAN la lupa tinggal komen berserta linknya kalau tidak nanti cane N.A.I nk terjah untuk confirmation u all nanti. : beres~
Ok, ni gambarnya ye.
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Tarikh Lahir : 22 Oktober 2008
Gambar kat atas ni sebenarnya di crop dari gambar kat bawah ni. Aku ada buat entry pasal diorang hisap susu ni, "Ada Satu Malam Tu". Harap pihak penganjur dapat terima dua keping gambar ni ye. Ada gaya tak hisap susu sambil silang kaki? Hihhi...
Abang Razi gentel bantal, kalau nak tidur, mesti ada satu mainan kat tepi. Izzat pulak baru sudah mandi, tu yang hisap susu sambil pegang berus gigi. Mintak, tanak bagi. Hihihi....
So, kawan-kawan yang aku nak tag ialah ELIN, AINEY, JUE, ZURA, ALYA, BED, NOME, RYN, AIEZA. Jom join ramai-ramai ye. Yeay!
Sekian, terima kasih.
*Fuh fuuh fuuh, menang...menang..menanglah kali ni~
~ s u h i d a ~

Friday, May 21, 2010

:: Keji Punya Orang dan Balasan Allah ::

Assalamualaikum...
Ada satu pagi tu aku dapat sms dari cikgu Zakiah. "Kak Su nanti hantar budak, hati2. Tadi mak Auni nyaris-nyaris nak kena ragut." Siap bagi no plat motor budak tu lagi. Duk dak duk dak jantung aku baca sms tu. Huhu....
Sampai je kat sekolah, cikgu Zakiah siap turun ke kereta tolong aku bawak Razi dan Izzat masuk sekolah. Dia pun bercerita. Alkisahnya, mat peragut ni bukak pintu kereta masa mak Auni baru nak keluar kereta. Mamat tu tarik beg. Tapi beg yang dia tarik tu beg sekolah Auni dengan abang dia. Cikgu Zakiah cerita mak Auni gelut, dapat balik beg tu. Menjerit-jerit. Huhu...Tapi aku tak tanya pulak cerita penuh dia. Kenapa aku tak tanya ye? Mmmm...Maybe sebab dah lambat nak ke opis kot. Petang lagi lah aku tak ingat na tanya full detail. Otak ingat nak balik rumah je. Huhu...
Diorang pesan, nak keluar kereta hati-hati. Kereta matikan enjin dan kunci kereta. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku memang matikan enjin dan kunci pintu tiap kali tinggalkan kereta. Memanglah, tapi saspen gak kalau tiba-tiba mamat tu muncul. Tengok lah, mak Auni baru nak keluar kereta pun dia boleh bukak pintu kereta belakang, tarik beg, Berani sungguh! Huh!
Lepas kejadian tu, boleh kata aku perhati gak sekeliling. Sebab aku ni orang yang kurang alert jugak pada persekitaran. Aku takut gak sebab mamat tu boleh je nak buat apa-apa kat aku sebab aku sorang kedong beg, dukung Izzat sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang tangan Razi. Dah tentu penuh segalanya. Insya allah tak ada apa-apa lah ye. Huhu....Ada gak cikgu Zakiah cerita selalu gak nampak mamat tu lalu lalang depan sekolah. Kenapa lah ada manusia yang sebegitu. Berani cuma sebab boleh ambik kesempatan pada mak budak yang nak hantar anak ke sekolah. Keji sungguh. Tunggu kau balasan Allah nanti.
.......................
Tiba-tiba pulak aku teringat insiden masa aku baru dapat lesen kereta. Pagi tu aku tak ingat, kenapa aku bawak kereta Wira mak pergi Giant kot beli barang. Ada satu jalan kat Taman Permata ni one way. Jalan kat depan Haji Tapah tu. Aku baru nak masuk simpang jalan sehala tu, tiba-tiba nampak motor laju dari arah yang salah tu lah. Tapi, aku sempat brek sebab aku dah nampak dia. Tapi, mamat tu sengal. Dia bawak motor, kepala toleh ke belakang. Macam nak lari dari sesuatu. Macam orang buat salah. Berdentum lah langgar kereta mak. Pecah lampu kereta. Dia takat luka sikit je. Bengang je aku. Tapi, sebab baru-baru dapat lesen kereta dan masih muda lagi masa tu. Apakah? Hehe... Aku agak menggelabah jugak masa tu. Aku keluar kereta, tengok nasi berterabur atas jalan. Orang dah start mula datang. Mamat tu menggelabah, orang tak tanya dia pun. Tiba-tiba dia cakap.. "Nasi ni bukan untuk saya. Untuk bagi makan ayam kat rumah." Korang nak tau kenapa dia cakap camtu? Huh...Sebab masa tu bulan puasa. Pukul 9-10 pagi macam tu kot. Balasan Allah lah tu. Tapi, kenapa dia langgar kereta mak aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Balasan Allah lah tu untuk aku. Hik3...
Ok, sambung balik cerita. Mamat tu bagi no telefon dan suruh aku call balik. Aku yang masih muda lagi masa tu, tak banyak cakap. Ambik je lah no telefon mamat tak guna tu. Balik rumah, bila cuba telefon balik, tak dapat. Sah, aku dah kena tipu!!! Dahlah langgar kereta orang, menipu lagi, tak puasa pulak tu. Keji punya orang!!! Sabo je lerrrrrrrrrr....
* Ini adalah entry tak puas hati. Maafkan aku sekiranya ada ayat yang aku gunakan agak kasar sikit. Tak kasar sangat lah kan? Kasar ke? Tak kan? Hihihi....Biasalah entry pukul 1.30 pagi memang selalunya macam ni.

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 19, 2010

:: Tag Hujung ke Hujung ::

Assalamualaikum....
Dapat tag lagi, Yeah...Layan selama aku ketandusan idea berblogging nih. Tag dapat dari ZURA. Caranya ialah untuk soalan seterusnya, jawapan untuk soalan itu mesti dimulakan dgn huruf terakhir pada jawapan sebelumnya. Mencabar minda gak ni. Huhu..Jom layannn...Zass...
1 - Tempat anda dilahirkan
Kuala LumpuR
2 - Hadiah Pertama Yang Anda Terima
RehaL
3 - Buah Kegemaran Anda
LaicI
4 - Haiwan yg anda benci
ItiK
5 - Suka makanan ini
KeK
6 - Kalo shopping, mesti beli ini
KemejA
7 - Ada terdapat di sekolah
AlmarI
8 - Negera yang ingin anda lawati
ItalI
9 - Anda suka kereta ini
ImprezzA
10 - Bila ada kelapangan, anda akan
Ajak abang cha bawak kitorang gi jalan-jalan..hik3...
SILA BERIKAN TAG INI KEPADA 3 ORANG (nak beri lebih pun boleh)
- MAI
- ELIN
- INA
- MUMMYAR
- KAK DA
Sekian, tag ni sangat seronok untuk dijawab. Hehehe..

~ s u h i d a ~

Monday, May 17, 2010

:: Berangan Tudung Syria ::

Assalamualaikum..
Entry kali ni nak menepek gambar daku memakai tudung Syria. Tengah gila pakai tudung Syria sekarang ni. Pagi tadi dapat parcel tudung aku beli dari Mornin' Breeze. Terus gi try kat toilet. Kahh...Terasa sungguh kiyut. Jangan marah aaaa....Sekali sekala perasan.
Ini yang kaler coklat bunga2.
Yang ni pulak hitam abstrak. Aku suka dua2. Huhu..
Ini lak tudung Jue bagi hari tu. Dah try dah....Ok dak? Ngeh ngeh ngeh...Aku ada beli lagi satu. Cuma tak ambik gambo je. Siapa-siapa yang berkenan, leh la jenguk kedai Jue. D'Aien Collection. Abaikan posing aku yang sebegitu tegak. Ado cerita di sebalik nya. Kahhhh...

~  s u h i d a ~

:: Cyberjaya Treasure Hunt 2010 ::

Assalamualaikum....
Sabtu lepas, aku join Cyberjaya Treasure Hunt 2010. Huhu.. Dah lama tak join aktiviti-aktiviti camni. Sekali sekala, syok jugak.
Kertas briefing. Ada 3 puzzle sebelum betul-betul punya treasure hunt. 
Sampai Cyberjaya pukul 6.30 pagi. Masa ni pun dah ramai orang. Ikut Highway MEX tu kejap je. Setengah jam je dah sampai.
Pendaftaran peserta-peserta.
Breakfast pagi. Nasi lemak dengan teh kaw punye.
Co-pilot kitorang.Kak Shema dan anak dia Yuzra.
Abang Is dan Kak Raz. Geng-geng group aku.
Masa briefing.
Puzzle yang pertama. Kat sini pun dah stuck. Kekeke.. Gara-gara tak bawak kamus yang canggih. Tahu dah, lain kali bawak laptop sekali. Apa daa...
Kak Sehma kyusuk tengok peta.
First Check Point. Berlari bagai nak rak kat sini. Puzzle Robus. Dah lama tak joging, merasa joging kat sini.
Cek Point yang kedua kat sini. Kena jawab soalan berdasarkan apa yang tertera kat skrin monitor.
Cek point ke-3. Kena jawab puzzle Head and Tail. Masa ni pun dah penat. Hik3.
Gambar-gambar seterusnya aku dah takde mood nak ambik lagi dah. Kahhhh...
Kitorang sampai lewat 26 minit. Muka penat masing-masing.
Tunggu result dua jam. Sabo je ler.. Dahlah penat.
Muka tetap maintain walaupun tak menang apa-apa. Hahaha...First prize untuk kategori terbuka, RM1500 tu. Tempat no 10 dapat RM200. Baik menang lucky draw. Lucky draw gila punya best. Siap ada electrical applliances dengan hamper. Hamper besar-besar pulak tu. Huhuhu...
Kesimpulannya next time harus join lagi, insya allah. Lain kali prepare betul-betul .Aku leh breakdown lak hari tu. Tiba-tiba je aku datang bulan, masuk angin, pening, mabuk dan nak termuntah masa kat dalam kereta. Siap tepek koyok kat dahi dengan sapu minyak angin. Ngeeeeee!~
* Ada sesiapa nak join aku tahun depan? Kekeke..

~ s u h i d a ~

Sunday, May 16, 2010

:: Ada Satu Malam Tu ::

Assalamualaikum....
Hikhik, saje je ambik gambar Razi dan Izzat macam ni. Razi je yang selalu silang kaki kalau baring hisap susu. Izzat aku saja2 buatkan kaki dia silang macam tu. Pastu ambik gambar. Masa ni dah pukul 8 lebih dah. Diorang mintak susu. Hisap susu sambil layan cerita Kungfu Panda.
 Ada gaya tak? Seorang gentel bantal, seorang lagi pegang berus gigi?  
 Masing-masing khusyuk je layan kartun panda tu.  
 Susu Razi dah habis, tapi tak tidur lagi. Izzat susu tak habis lagi, dia dah hanyut....Aku lak ada projek baik punya dengan Razi. Hihihi... 
 Acara makan dan buka hadiah. Kahhh.... 
 Tertengok iklan MC'D. Tengok bukan main besar burger diorang. Terliur jap. Tu yang aku order tu. Order Happy Meal gak untuk diorang. Cheese Burger. Tapi, aku gak yang melantak. Kahhh...Razi tak suka makan burger. Dia layan french fries je.
Ambik ko tu. Mega Mac. Ada 4 lapis daging burger. Mana aku tak gemuk!!! Ngeee...
Sekian, tamat sudah cerita ada satu malam tu. Hikhikhik...Terima Kasih.

~ s u h i d a ~

:: SEDONDON WITH DADDY GIVEAWAY ::

Assalamualaikum....
Yeay, join contest lagik. Kali ni nak join contest " SEDONDON WITH DADDY GIVEAWAY "
anjuran NURSHAHFAMILY
Jom layan syarat2...
1. Add blog NURSHAHFAMILY di bloglist anda & wajib menjadi Follower
2. Tepekkan banner Contest @ Giveaway di n3 & disidebar blog anda, pastikan ianya di link back ke blog berkenaan.(no link back will be disqualified)

3. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog & bermula dari 16 April - 31 May 2010 (5 ptg)
4. Hanya tajuk diatas je yang diterima " SEDONDON WITH DADDY GIVEAWAY "

5. Story skit kisah baju sedondon ni ye.... ( tak semestinya ank kecik je ye... semua peringkat boleh join, asalkan with daddy )

8. JURI JEMPUTAN telah pun di lantik ^_^
6. Bila dah siap, tinggalkan link/komen di entri ni
7. Hadiah ??
" berasaskan kecantikan & kesihatan "
.
.
So, gambar yang aku pertaruhkan ialah gambar ni.

Jarang kitorang nak pakai baju kaler yang sama selain dari di hari raya. Gambar ni masa pergi kenduri kahwin jiran kat rumah kitorang. Disebabkan aku ada baju hijau, ayah pun ada baju hijau, Razi dan Izzat pun ada tshirt hijau. Itu yang pakai  baju sedondon tu.
Bolehkan puan penganjur, baju sedondon kaler hijau. Hik3.
Sekian, terima kasih.

~ s u h i d a ~

Saturday, May 15, 2010

:: Interesting Blog Award From MummyAr ::

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama, baru aku sempat nak ambik award mu MummyAr. Tenkiu very much. Terharu aku dapat award ni. Korang rasa interesting ke blog daku ni? Banyak merepek2 je. Ngeeee...
Award ni aku nak bagi kat semua yang datang jengah ke blog aku ni ye. Ambiklah, jangan malu-malu.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...