Assalamualaikum...
Ada satu pagi tu aku dapat sms dari cikgu Zakiah. "Kak Su nanti hantar budak, hati2. Tadi mak Auni nyaris-nyaris nak kena ragut." Siap bagi no plat motor budak tu lagi. Duk dak duk dak jantung aku baca sms tu. Huhu....
Sampai je kat sekolah, cikgu Zakiah siap turun ke kereta tolong aku bawak Razi dan Izzat masuk sekolah. Dia pun bercerita. Alkisahnya, mat peragut ni bukak pintu kereta masa mak Auni baru nak keluar kereta. Mamat tu tarik beg. Tapi beg yang dia tarik tu beg sekolah Auni dengan abang dia. Cikgu Zakiah cerita mak Auni gelut, dapat balik beg tu. Menjerit-jerit. Huhu...Tapi aku tak tanya pulak cerita penuh dia. Kenapa aku tak tanya ye? Mmmm...Maybe sebab dah lambat nak ke opis kot. Petang lagi lah aku tak ingat na tanya full detail. Otak ingat nak balik rumah je. Huhu...
Diorang pesan, nak keluar kereta hati-hati. Kereta matikan enjin dan kunci kereta. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku memang matikan enjin dan kunci pintu tiap kali tinggalkan kereta. Memanglah, tapi saspen gak kalau tiba-tiba mamat tu muncul. Tengok lah, mak Auni baru nak keluar kereta pun dia boleh bukak pintu kereta belakang, tarik beg, Berani sungguh! Huh!
Lepas kejadian tu, boleh kata aku perhati gak sekeliling. Sebab aku ni orang yang kurang alert jugak pada persekitaran. Aku takut gak sebab mamat tu boleh je nak buat apa-apa kat aku sebab aku sorang kedong beg, dukung Izzat sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang tangan Razi. Dah tentu penuh segalanya. Insya allah tak ada apa-apa lah ye. Huhu....Ada gak cikgu Zakiah cerita selalu gak nampak mamat tu lalu lalang depan sekolah. Kenapa lah ada manusia yang sebegitu. Berani cuma sebab boleh ambik kesempatan pada mak budak yang nak hantar anak ke sekolah. Keji sungguh. Tunggu kau balasan Allah nanti.
.......................
Tiba-tiba pulak aku teringat insiden masa aku baru dapat lesen kereta. Pagi tu aku tak ingat, kenapa aku bawak kereta Wira mak pergi Giant kot beli barang. Ada satu jalan kat Taman Permata ni one way. Jalan kat depan Haji Tapah tu. Aku baru nak masuk simpang jalan sehala tu, tiba-tiba nampak motor laju dari arah yang salah tu lah. Tapi, aku sempat brek sebab aku dah nampak dia. Tapi, mamat tu sengal. Dia bawak motor, kepala toleh ke belakang. Macam nak lari dari sesuatu. Macam orang buat salah. Berdentum lah langgar kereta mak. Pecah lampu kereta. Dia takat luka sikit je. Bengang je aku. Tapi, sebab baru-baru dapat lesen kereta dan masih muda lagi masa tu. Apakah? Hehe... Aku agak menggelabah jugak masa tu. Aku keluar kereta, tengok nasi berterabur atas jalan. Orang dah start mula datang. Mamat tu menggelabah, orang tak tanya dia pun. Tiba-tiba dia cakap.. "Nasi ni bukan untuk saya. Untuk bagi makan ayam kat rumah." Korang nak tau kenapa dia cakap camtu? Huh...Sebab masa tu bulan puasa. Pukul 9-10 pagi macam tu kot. Balasan Allah lah tu. Tapi, kenapa dia langgar kereta mak aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Balasan Allah lah tu untuk aku. Hik3...
Ok, sambung balik cerita. Mamat tu bagi no telefon dan suruh aku call balik. Aku yang masih muda lagi masa tu, tak banyak cakap. Ambik je lah no telefon mamat tak guna tu. Balik rumah, bila cuba telefon balik, tak dapat. Sah, aku dah kena tipu!!! Dahlah langgar kereta orang, menipu lagi, tak puasa pulak tu. Keji punya orang!!! Sabo je lerrrrrrrrrr....
* Ini adalah entry tak puas hati. Maafkan aku sekiranya ada ayat yang aku gunakan agak kasar sikit. Tak kasar sangat lah kan? Kasar ke? Tak kan? Hihihi....Biasalah entry pukul 1.30 pagi memang selalunya macam ni.
~ s u h i d a ~
12 comments:
Su, bahaya ada dimana2 sekarang ni kan. Bersama2 lah
Kita waspada dgn keadaan sekarang, buat buruk pasti ada balasannya
Mmg sengal mamat yg langgar ko tu su, siap bgtau nasi tu tuk ayam!
Nampak sgt penipu!!
salam kak,
rasa tak selamat keluar rumah sorang2,kan?
zaman skang ni mmg x selamat dh , dulu2 kalau boring, jalan2 sekitar perumahan .. joging sorg2 pun bley .. now melambak2 indon , mat bangla, mat negro .. hish takuttt
entahlah budak2 zaman skrg..kerja malas...nak duit, senang2 je, nak curi duit orang...skrg ni..kat mana2 pun ada bahaya...selalu kena berhati2...org2 cam ni, kalau mati katak, tak ke sia2..
nauzubillah.
tiba- tiba aku membayangkan camne aku masa amik budak2 dari taska. lagi teruk su, dengan tak kunci pintu lagi teruk bila tak matikan enjin pun. kalau dibawak lari. nayaje. tu la kan, beringat sebelum kena. bila dah kena 1 sen tak dpt. ko hati2 ye. aku dgr pun takut gak.
mcm tu pengalaman ko baru dpt lesen ye. takut gak eh. tp mmg kuang aja la mamat tuh. taktanya sendiri cakap ye. sabojela.
teringat aku masa baru dapat lesen gak. langgar pintu kete yg tgh terbuka. ingatkan lepas, rupenye tak. huhu..
sue, entry tak puas ati ko ni tetap macam maintain sopan je. akakaka...
ish, ko pas ni hati2 la ye. tapi aku pon mcm ko gak. aku tak alert ngn persekitaran. aku ingat sume orang baik macam aku. baik ke??
takut rasanya bila dengar cite2 camtu kan?hati2 la ye...seram plk kalau kuar sorang ye tak....bahaya ada di mana2....
sue: cuak aku baca entry ko ni sue...lagi2 bab ragut camni...mmg bahaya...aku pun cam ko gak, jenis x peka persekitaran...harus pasni kita semua alert pandang sekeliling...cuak arrr...derang peragut2 ni jenis bani mati kalau nak duit, mmg sanggup wat apa saje...aku rasa rata2 org peragut ni, terdesak nak duit sbb nak beli dadah....ko rasa camne? tol tak?
Salam,
Kdng2,bukn leh percaya sangt ngan laki mamat cmtu(kesian kak ida,dy bg no salah).
JIhah rsa,mmg betul dy x puasalah,itu sebbnya bg alsan,nk bg ayam makn(andaian diri sendiri).Hemm..mmg patut pun,pdah yang mnimpa dy.(Tapi kesian kerta yang k.ida bwk,kena lngr)
Sebut pasl beg diragut,utk ujian diagnostik kerts BM dan BI ada pasal kes diragut kena wat krgan,popularlah pula soaln tu kuar :P
bed:mm..mmg ler masa tu aku tak terfikir pun org nak menipu.da terang2 dia menipu,tak puasa.kompem ler no telefon pun tipu,tul dak?sengal tul.
indah:salam, a ah..tp na buat camne.mmg terpaksa keluar bertiga je dengan anak2.
zura:so,terpaksa lah aku pendamkan hasrat aku na joging sorang2.aiseh.hik3...
ayu:itu ler.entah apa entah yg dorg pikir,kan?org keluar rumah pagi2,cari rezeki halal.dia keluar rumah pagi2,cari rezeki haram.ish..
alya:huhu..kena matikan enjin dan kunci kereta.kita mmg target yg mudah,sbb tgh leka na anta anak.hati2 alya.err..nanti wat entry ko langgar pintu kereta tu eh.hik3...
nasz:hik3..baik ler tu.kita tak buruk sangka kat org.tp itu lah,zmn skg terpaksa lebih alert.org mcm2 skg ni.
mummyar:yup, takut2 gak.malang siapa yang boleh bau kan?
nome:huhuu...kbykannya sbb dadah la kot.klu na duit byk2,tentu la rompak kedai emas.ni klu takat ragut2 ni,musti dadah punya lah..
jiha:mmg jiha.kan glamer kua surat khabar kisah peragut.hihi..
Post a Comment