Tuesday, August 31, 2010

:: Shopping Raya dan Spender ::

Assalamualaikum....
Aku nak bercerita pasal ahad lepas, aku dan abang Cha pergi bershopping baju Razi dan Izzat kat Sogo. Planning awal abang Cha macam nak bawak diorang ikut sekali, katanya kan nak beli baju raya diorang. Tapi, aku fikir tak payah bawak kot. Aku tahu kompem diorang ni meragam punya. Aku baru je bawak diorang minggu sebelum tu, masa tu pergi dengan Ina pergi cari baju melayu Razi dan Izzat. Boleh tahan jugak penatnya. Tension pun ye jugak. Semua tak kena, Razi asyik menangis je. Izzat pulak asyik nak berdukung je. Agaknya tengok ramai sangat orang. Itu baru jalan-jalan kat Jalan TAR, belum lagi masuk Sogo.
So, ahad tu tumpangkan Razi dan Izzat kat rumah mak abang Cha kat Sentul. Kitorang naik train STAR kat Sentul Timur berhenti kat Bandaraya. Masuk Sogo lebih kurang pukul 2.30 kot. Masa lalu kat tingkat-tingkat baju wanita, baju lelaki, suasana masih terkawal lagi. Sampai je ke tingkat baju kanak-kanak....mak aih...bunyi macam bingit gila. Dengan orang pilih baju macam nak bertumbuk. Huhu... Dengan budak-budak menangis sana sini. Alhamdulillah anak-anak tinggal, boleh memilih baju dengan aman. Hehehhe...
Kitorang dapat lah memilih baju dengan tenang. Sambil-sambil tu, tengok sekeliling macam-macam karenah ibu bapa ni memilih baju. Ada jugak yang duduk melepak kat tepi lift, nampak muka dah tak larat benar dah. Agaknya tunggu isteri tak habis shopping lagi kot. Ada  yang datang dengan baby yang aku rasa baru habis pantang kot. Kesian lah hai.... Ada jugak mak dah kemana-mana, ayah dah kemana-mana. Hihihi...Ada jugak budak-budak yang besar pun, nampak diorang gembira nak beli baju raya. Teringat masa kecik-kecik dulu, mak bawak shopping baju raya kat Globe. Dulu kan Globe tu glamer. :P
Kitorang pulak shopping baju, pilih seluar, pilih kasut diorang pastu bayar pun kejap je. Tak payah beratur lama-lama. Tengok jumlah, mak aih... Ini bukan shopping sale ni. Boleh tahan jugak harganya. Tapi, nak raya punya pasal. Tutup mata jelah. Oh ya, kitorang belikan Razi spender. Hikhik...
Bila Razi tahu dia dapat spender, dia pegang je spender tu dalam kereta sampai tertidur pun dia pegang je spender baru dia tu. Punyalah muka bangga.. "Mak, abang Razi ada spender." sambil sengih-sengih. Kekeke...Bangun pagi semalam, punyalah menggelabah, tengok dah takde spender. Ayat pertama keluar dari mulut dia "Mana spender abang Razi?". Hehe.. Lepas mandi, dah tak nak pakai pampers. "Abang Razi nak pakai spender, boleh?" Kuikui..aku tak boleh blah ayat dia tanya camtu kat aku. Disebabkan kesungguhan dia nak pakai spender tu terlalu nampak sangat, aku bagi jelah dia pelepasan tak pakai pampers pergi sekolah semalam.
Pesan kat cikgu, tengok-tengokkan sebab dia pakai spender, dah tak nak pakai pampers dah. Masa ambik petang tu, interview cikgu kejap macammana Razi tak pakai pampers. Cikgu Ana cakap ok. Dia bagitahu cikgu kalau dia nak kencing "Cikgu, abang nak pergi TANDASH". Kekeke... So, sepanjang hari dia kat sekolah dia tak pakai pampers. Cuma nak tidur je lah pakai pampers, itu pun dia taknak. Tapi, cikgu suruh jugaklah takut kencing terkena tilam. Balik tadi, memang Razi dah pandai. Banyak kali jugak aku pesan "Razi nak kencing bagitahu mak, kita kencing kat tandas". Alhamdulillah, dia nak kencing, dia bagitahu. Cuma masa nak tidur jelah, berperang nak bagi dia pakai pampers. Punyalah dia taknak, so aku terpaksa pakaikan pampers, pastu pakaikan spender. Hehe..Baru dia ok. Hai Razi Razi... agaknya tengok kawan-kawan kat sekolah ada spender, tu yang dia teruja tu. Rasa diri dia dah besar kot... Kekeke...
"Abang Razi ada spender kaler meyah...oyen...hijau...hitam..." Lepas ni, jimatlah duit pampers..sikit... :)

~ s u h i d a ~

:: WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY ::

~ ENTRY STICKY MODE. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY SETERUSNYA~
Assalamualaikum..
Sempena kehadiran Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang, aku dengan berbesar hati ingin mengadakan giveaway yang pertama untuk kedai blog aku :
Syarat-syarat :
1. Mesti mempunyai blog.
2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (sekiranya korang dah follow, sila nyatakan nama yang korang gunakan).
4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada entry dan sidebanner beserta link back.
5. Masukkan link wardahwardrobe ke dalam bloglist korang.
6. Tag 3 orang rakan-rakan korang untuk turut sama join giveaway ini.
7. Sila tinggalkan komen di entry aku ni beserta link ke entry korang. Sila sertakan nama dan email.
HADIAH -HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :
Ada 3 hadiah disediakan. 2 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh mak aku yang disayangi ; Puan Werdah.
Hadiah untuk 2 pemenang tersebut ialah SEHELAI BLAUS PILIHAN setiap seorang dari koleksi wardahwardrobe.
Manakala seorang lagi peserta dengan slogan terbaik pula akan memenangi SEHELAI BLAUS PILIHAN dari koleksi wardahwardrobe BESERTA 1 HADIAH MISTERI.
Tarikh giveaway bermula pada 9 Ogos 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010.
Jomlah join beramai-ramai ye. Rugi tak join....kalau ada rezeki dah dapat baju raya free... hahaha...

~ s u h i d a ~

Thursday, August 26, 2010

:: Buffet Ramadhan D'Saji Dewan Perdana Felda ::

Assalamualaikum...
Isnin lepas, kitorang satu famili dengan mak, abah, mak arah dan anak2, famili abang mi, abang ju, azizah, ina pergi berbuka puasa kat Dewan Perdana Felda kat Jalan Semarak. Sebab tahun lepas aku dah pernah pergi, so tahun ni saja ajak mak dan abah pergi, nak merasa buffet ramadhan D'Saji. Harga seorang dewasa RM50, kanak-kanak antara 6-12 tahun - RM25 dan kanak-kanak bawah 5 tahun - RM10. Harga yang berpatutan, ada 88 jenis juadah disediakan. Memang puas hati, tapi aku tak puas makan..huhuhu... Jom, layan gambar... Layan...Zassss...
Muka nakal Razi.
Hidangan masing-masing sebelum berbuka. Bersih je meja. Habis makan, habis bersepah. Biasalah d engan budak-budak makannya. Huhu...
Props atas pentas tahun ni berkonsepkan rumah kampung. Siap dengan motor lagi. Angle macam ni nampak macam rumah betul, kan? Siap ada lampu lip lap lagi. Hihi.. Tiba-tiba rasa macam meriahnya nak raya sudah.
Tengok punyalah ramai manusia.... Stesen makanan je panjang. Penuh satu bulatan dewan felda ni dengan makanan. Ada lauk-pauk yang banyak gila, nasi beriyani, nasi goreng, ketiau goreng, spageti, laksa johor, kambing harus ada ye, rojak, ais kacang..macam-macam lagi lah..
Itu kat tengah-tengah tu abah aku, En. Mat Hanip. Tengok muka dia berseri-seri gembira je ajak makan kat sini. Bolehlah buat acara setiap tahun lepas ni. :)
Lepas berbuka, ada persembahan dari kumpulan nasyid Frenz. Tak pernah dengar pun, tapi suara diorang ok gak.
Kitorang nak jugak bergambar. Razi tu bukannya makan, buat main je.
Last sekali sebelum balik, haruslah ambik gambar beramai-ramai ye.

 ~ s u h i d a ~

Wednesday, August 25, 2010

:: Geram Lagi ::

Assalamualaikum...ini short entry je. Update untuk lepas geram dari handfon ni. Aku dah tak boleh access internet kat opis. Budak-budak yang masuk list kena unpaid hari tu semua kena. Memang saje nak bikin hati orang panas kot.. Nak bagi orang resign, tak payah disuruh. Hmm... takpelah, aku kat sini pun lagi 5 hari je lagi. Bila kena macam ni, lagi lah aku malas nak buat kerja. Agaknya bengang nak suruh siapkan kerja sebelum kitorang blah kot, tak cukup orang nanti nak siapkan kerja yang sedia ada dengan yang ditinggalkan lagi. Nasiblah kerja tak siap pun, ada aku kesah? Hari tu berlagak, nak simpan  3 orang CAD je konon.  Tak pernah lagi aku jumpa orang yang busuk hati, pendendam macam orang ni. Dahlah paksa staf ambik unpaid leave, buat lagi camni.  Geramnyaaaa!!!!!

Friday, August 20, 2010

:: Berbuka Kat Rumah ::

Assalamualaikum...
Semalam kitorang berbuka kat rumah sendiri. :) Kenapa aku sengih? Hehe..Sebab selalu buka kat rumah mak. Sebab abg Cha kerja petang. Minggu ni abang Cha kerja pagi, so dapatlah aku memasak untuk berbuka. Semalam pergi pasar Melawati beli daging. Punyalah aku pening nak masak daging masak apa, plan nak masak daging halia masak kicaplah, daging stewlah, daging kurmalah, daging rendanglah...Sekali, abang Cha telefon, dia suruh masak daging masak kicap je. Hihihi....
Tengah sibuk-sibuk bersiap untuk berbuka, leka tak perasan anak-anak buat apa. Tengok-tengok Razi takde, diam je. Panggil tak nyahut. Rupanya tengah sembunyi bawah meja makan. Tau dia buat apa????
Main bedak. Nasib dapat detect cepat, tapi habis jugaklah satu muka dia tepek bedak. Alahai anak aku ni. Masa caught in action, dia boleh sengih sampai ke telinga tengok aku . Ingat boleh lepas ye??? Huhu...
* Muka cebek baru lepas kena marah. Nasib ayah ada, kalau tak dah kena sedas kat lengan dah tu.
Kebetulan aku tengah panaskan mihun abang Cha beli kat pasar ramadan. Tak sempat nak basuh muka, kita makan dulu. Izzat makan dengan penuh semangat. Kuikuikui... Abaikanlah background rumah yang masih bersepah itu. Huhu...

Pandai Izzat makan mihun. Siap bertambah. Alhamdulillah, suka mak tengok Izzat dah banyak makan. :)
Ini...adoi......Nak marah pun tak jadi. Sabo je ler..
* Sekarang aku sangat risau nak tinggalkan Razi tanpa diperhati. Sebab dia dah pandai-pandai sendiri, suka hati dia nak buat apa. Sebelum-sebelum ni takde, kalau nak buat satu benda mesti minta kebenaran aku. Dah banyak kali aku tangkap, dia ambik gula-gula (gula-gula abang Cha selalulya sepah-sepah ye..kalau gula-gula aku tak semapt sepah, kejap je habis. hihi...), kalau aku tak bagi makan, senyap-senyap dia ambik gula tu, dia bukak sendiri, makan. Paling parah hari tu, dia pergi ambik clorox spray on, dia terspray mata dia. Aduhai, masa tu..malas lah nak cerita.

~ s u h i d a ~

:: Award Friendly Blogger ::

Assalamualaikum...
Bulan-bulan puasa ni dapat award. Kali ni dapat Friendly Blogger Award dari Mummy Yu'xan. Terima kasih, saya amek award ni ye. :)
Award ni datang sekali dengan soalan.
1) Nyatakan 7 makanan kegemaran anda sewaktu berbuka puasa atau bersahur :
- kuih cara lauk
- murtabak - murtabak kat kg baru sangat sedap woo..
- kuih gula melaka (onde2)
- nasi (wajib)
- lauk ayam (apa-apa je ler)
- air sejuk (air apa2 pun tak kisah...tp sekarang ni macam suka air soya pulak).
- air milo. (kena minum kalau time sahur)

2) berikan kepada 5 orang (atau lebih) rakan blogger anda :

Kawan-kawan, sila amik award ye. Selamat berbuka puasa!~

~ s u h i d a ~

Thursday, August 19, 2010

:: Berbuka Kat Restoran Bijan ::

Assalamualaikum....
Hari Selasa lepas, kitorang berbuka puasa kat Restoran Bijan, Jalan Ceylon. Abang Cha dan kawan-kawan sehotel dijemput berbuka kat sana. Memang gigih ler aku ni bersiap, balik dari opis terus siap-siap. Hehe.. Razi dan Izzat pesan siap-siap mandi kat taska pukul 5.30.
Posing dulu. Bila angle camni, nampak pulak muka aku dan Izzat ada sama sikit-sikit. 
Abang driver yang pada hari tu sangat happy sebab jalan yang kitorang lalu tak jem. Ikut DUKE, keluar Jalan Duta, keluar depan Muzium Negara, masuk KL kat area CM tu, terus keluar ke Jalan Ceylon. Memang jalan tak jem langsung. Elok sampai Bijan lebih kurang pukul 7 camtu.
Razi sekarang dah pandai mengelat ambik gambar. Dia main-mainkan aku masa nak ambik gambar ni. Dia pergi palingkan muka. Sabo je ler.
Dah sampai. Baru lepas sudah hujan.
Entrance masuk ke restoran. Sangat ler tropika.
View dining area kat belah dalam. 
View dining area kat belah luar. Sangat open concept. Aku suka.
Aku suka ceiling dia. Kreatif.
Stesen-stesen makanan yang ada. Bufet harga RM80++ per person. Makanan ok, adalah rasa dia. Takdelah tak sedap sangat pun.Tapi, choice tak banyak. Memang cukup-cukup je kot. Ada nasi putih, nasi tomato. Lauk kari ayam, sup daging kambing, daging dendeng, ikan siakap, sayur. Pastu ada laksa johor, satay, kuih-kuih, otak-otak, buah dan ais kacang. Air sirap bandung, tebu dengan teh. Aku rasa yang menarik yang diorang provide ada BBQ. Boleh pilih, nanti diorang bakar. Udang, sotong, daging kambing, apa lagi eh. Tak perasan.
Tapi, makan kat Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak gak aku rasa makan bufet yang paling best kot. Pilihan banyak tu.. Serius, cuba lah korang try. Memang puas hati kot. :)
Kawan-kawan sehotel abang Cha.
Gambar makan aku harus ada ye. Adeh.. :P Izzat upah makan lolipop baru nak duduk diam. Razi pulak makan Laksa Johor. Suka dia. "Abang nak makan sendiri." Makanlah Razi, boleh lah mak makan senang hati sikit. Hihihi... 

~ s u h i d a ~

Tuesday, August 17, 2010

:: Izzatlah Pulak! ::

Assalamualaikum...
Saje nak cerita pasal Izzat. Tengok banyak gambar-gambar dia kat dalam handfon. Boleh lah upload dalam blog sikit. Sekarang Izzat dah macam-macam feel dah. Kalau dulu masa dia tak sihat dulu, diam je dalam kereta. Aku dengan Razi menyanyi-nyanyi pun, dia diam je. Selalu yang jadi pak lawak dalam kereta Razi je. Sekarang Izzat pun dah naik sama. Aku nak drive sorang dengan diorang berdua je, memanglah mencabar sangat-sangat. Serius mencabar. Tak caya, cubalah.
 Izzat masih menyusu badan walaupun dah nak masuk 2 tahun pada bulan 10 ni nanti. Memang tak full BF sebab aku dah tak boleh nak pump. Boleh kot, tapi susu sikit, malas aku. Tapi, kalau Sabtu dan Ahad tu memang susu direct je la dari celik mata sampai tutup mata , taknak dia kalau aku bagi susu botol. Aku tengah memikir macammana nak stop susu badan ni bila umur Izzat dah 2 tahun nanti. Pening... Harap-harap senang lah nanti nak stopkan susu badan.
So, layan gambar je lah ye aktiviti-aktiviti Izzat.
Masa dalam kereta, itu baru kejap je hisap susu, tak sampai seminit pun dah hulur bagi kat aku balik, tak nak. Memang kalau nampak muka aku, jangan harapler nak minum susu botol.
Kat rumah opah, main bawah meja dengan abang Razi. Sekarang, dia ikut je apa abang dia buat. Sempit-sempit tu pun nak menyelit gak. Hihi... dah pandai berebut-rebut. Bila berebut-rebut tu, kadang-kadang aku buat tak tahu je. Penatlah. Menang yang sorang, sorang lagi menangis. Menang yang sorang lagi, yang sorang lagi pulak menangis. Huhuh..haru...
Dah rajin baca buku. :) yang kelakarnya, korang tengok muka surat tu je yang dia minat. Dia tunjuk "Apa ni?".. Kena lah jawab gambar apa. Lepas tunjuk iguana sampai ladybird, pastu dia tunjuk balik ke iguana ulang sampai ke ladybird, pastu dia tunjuk balik ke iguana ulang balik....Arghhhhh....Hehehe..
Muka nakal Izzat. Susah nak tengok. Perasan tak Izzat memang pakai baju takde lengan. Sebab dulu badan dia memang cepat berpeluh. Tidur kipas no 3, campur kipas berdiri lagi, tapi peluh keluar macam air. Dalam air cond pun berpeluh, rilek je. Sekarang ni je, aku dah start biasakan dia tidur pakai baju tidur Razi, kain cotton sebab dah pindah rumah baru, tidur pakai aircond. Huhu.. Kesian lak, aku pun tak tahan sejuk a/c.
Gelagat makan Izzat. Izzat cuma suka makan roti, keropok, kerepek, biskut dan bubur. Makanan feveret ialah spageti atau mee dan yang sewaktu dengannya. Oh, juga french fries MC'D. Hehehe... Nasi memang susah nak tengok dia makan. Sebab tu badan susah nak naik.
Barulah nampak badan Izzat berisi sikit lepas cuba rawatan homopati untuk asma dia. Kalau tak, tulang je. Ni baru lah sedap nak peluk. Semoga Izzat sentiasa sihat ye, dan jadi anak yang baik tau.

~ s u h i d a ~

Monday, August 16, 2010

:: Meh Aku Tunjuk Jalan Nak ke Klinik Homopati kat Selayang ::

Assalamualaikum....
Sunyi sudah blog aku ni, tak de mood nak bercerita. Disebabkan hari ni aku takde mood nak bekerja. Meh aku update blog kejap. Kerja rajin-rajin pun sudah takde maknanya. Huhu... Boleh gitu?
Nak cerita pasal Pusat Perubatan Homopati kat Selayang yang aku selalu pergi selepas dicadangkan oleh dua orang yang aku kenal. Diorang cadang bawak Izzat pergi homopati kat Selayang, berjumpa Dr Sabri. Boleh tengokkan asma Izzat yang sangat teruk. Teruk sangat sampai kan ada dia kena attack selang seminggu sekali. Masa tu susah aku nak cerita keadaan Izzat. Tertekan sangat masa tu. Sampai kena admit 3 kali sebulan kat HKL. Sampai admin opis sound "Kerja kena fikir jugak." Sampai sekarang hati aku sakit kalau terkenang balik. Geram je..Ishhh...
So, berbalik kepada homopati tadi, ada jugak aku cadangkan pada sesiapa yang nak cuba kaedah rawatan homopati, aku siap snap lagi gambar jalan nak ke sana. Korang kena lalu Jalan Kuching nak menghala ke Pasar Borong Selayang. 
Nampak Pasar Borong Selayang belah kanan tu.
Pastu nampak bangunan Warta, kaler coklat belah kiri. Homopati dekat-dekat situ.
Nampak Satria Neo masuk simpang sebelum Caltex tu. Haa..masuk simpang tu. Dah masuk kiri, pergi straight sampai ke belakang shop lot. Pastu belok kiri lagi. Homopati tu kat shop lot belakang bangunan Warta tu.
Tu dia signboardnya. Aku sampai awal. Pukul 9 lebih. Klinik bukak pukul 9.30 pagi. Lebih kurang lah pukul 9.45 camtu diorang sampai. Yang jaga klinik ni cuma Dr Sabri dengan wife dia..aku lupa nama dia.
Disebabkan aku kena pergi sorang-sorang, aku cuma bawak rambut Izzat yang aku potong sikit letak dalam kertas. Nanti bagi kat wife Dr Sabri, dia akan isikan dalam plastik untuk discan nanti masa jumpa Dr Sabri.
Ini lah Dr Sabri, Nampak tu dia tengah scan badan Izzat berdasarkan rambut Izzat yang aku bawak tadi. Mula-mula dia akan scan bahagian yang sakit, macam Izzat dia akan pergi ke paru-paru. Lepas dah tau sakit apa, baru dia pergi ke ubat mana yang sesuai dengan badan Izzat. 
Memang ler macam rumah. Hehehe...Kalau bawak Razi Izzat memang kompem main mainan ni. Budak-budak yang datang semua main kot. Hehehe...
Alhamdulillah, walaupun dua tiga hari gak nak sembuh, kadang-kadang tu seminggu baru nak sembuh. Izzat je ambik masa nak sembuh. Tapi, Izzat dah tak kena asma macam dulu. Ada gak dua tiga kali macam nak kena dan kena,  tapi bawak ke Homopati ni, takdelah kena admit hospital macam dulu. Syukur sangat-sangat.

~ s u h i d a ~

Thursday, August 12, 2010

:: Edisi Luahan Geram Lagi Sekali ::

5Assalamualaikum....
Aku cuma nak kongsi cerita sedih yang aku dah pun meletakkan surat berhenti kerja hari Isnin lepas. Sedih ke? Aku memanglah sedih, tapi mungkin berita menggembirakan untuk orang lain, terutamanya (siapa lagi?). Alkisahnya, aku dan dua orang lagi budak opis disuruh cuti tanpa gaji start bulan Ogos ni atas alasan company tak cukup duit nak bayar staf. Mula-mula masa meeting hari Jumaat, 4 orang yang disuruh unpaid leave, tapi hari Isnin ada meeting lagi, 3 orang je yang kena. Boleh macam tu? Means - kat situ ada pulak bajet untuk tarik seorang lagi? Masa meeting dengan aku dan member lagi sorang tu, siap bos ulang 2,3 kali "You guys have to find another job". Kalau korang, apa korang fikir?
Pastu bila kitorang dua orang letak surat hari Isnin hari tu, cepat pulak bos accept resignation letter kitorang.. dan fikir balik - Ada pulak duit opis nak bayar gaji terakhir kitorang dua orang ni? Kau cakap macam dah takde duit sangat dah...
Kenapa aku letak surat berhenti, aku dah terasa memang kitorang dah tak diperlukan, besides aku pun bukannya feveret sape-sape pun kat opis.. Seyes, aku tak pandai nak kipas bontot, ok. Itu satu, pastu dari akhir tahun lepas, bagi harapan janji nak bagi bonus kat kitorang . Sampai sudah, bonus kemendenya kalau macam ni. Bonus buang orang secara halus? Boleh pulak tu dapat tau hasil dari edisi siasat, ada seorang makhluk tu dapat naik gaji. Diam-diam pulak tu, masa orang tengoh heboh2 nak mintak bonus. Perkara ni tak tahulah sahih ke tak, tapi kalau takde angin, masakan pokok bergoyang, betul tak?
Malas dah lah nak fikir, hari esok dan seterusnya sampai ke hari akhir aku bekerja, aku cuma berharap cepatlah masa berlalu. Sebab aku dah tak lalu bekerja dengan manusia hipokrit. Kalau nak cerita, memang banyak lah ketidak puasan hati aku ni. Nama je company international, tapi hampeh. Tapi, siapalah aku. Kalau cakap banyak pun tak guna, bukannya boleh buat jadi apa pun.
Kepala dah kusut, hantar resume dah ke banyak tempat, tapi satu pun tak panggil lagi. Serius aku fobia sekarang ni. Takde keyakinan nak pergi interview. Self-esteem jatuh merundum gila-gila, sebab aku rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan status aku yang dah berkahwin dan dah berumur 30, terasa macam susah je nak dapat kerja. (Ada tempat aku hantar resume, bos dia cakap jangan beranak tiap-tiap tahun sudah - apa korang fikir?). Tambah lagi, role kerja aku kat opis sekarang cuma draftwomen, skill aku terhad.  Memanglah dulu dah pernah experience macam-macam buat kerja ID ni, tapi kalau nak start balik macam dulu, serius aku tak konpiden. Huhuhuuhu...Sudahnya, tadi aku isi balik borang SPA. Hehehe...
Macam-macam lah yang aku fikir sekarang. Sorilah korang baca luahan perasaan aku yang panjang berjela ni ye. Doakan aku dapat kerja cepat-cepat ye, dan dapat tempat yang elok. Itu je aku mintak.

~ s u h i d a ~

:: Season 4 - CUTE FUNNY EATING BABY ::

 Assalamualaikum...
Yeay, join contest lagi. Aku rasa aku patut buat satu blog untuk join contest je kot...huhu...
.
.
Gambar yang dipertaruhkan ialah :
 Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 10 bulan.
Ini gambar version lain pulak dari yang masuk contest makan kerepek tu. Entah apa entah yang Izzat duk pelik tengok kerepek dia makan tu. Heehhehe..
.
.
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 5 bulan
Ini muka kena paksa makan sebab nak ambik gambar dia makan. Hehehe...Razi tengah makan cekodok dengan seluar koyak kat tengah-tengah tu. Tak perasan seluar dia koyak masa pergi rumah mak. Dah tinggal sehelai je seluar, terpaksalah biar je dia pakai seluar koyak. Kekek-kekek kitorang gelak masa ambik gambar ni. Kesian anak aku.... Huhuhu...
Tarikh tutup 15 Ogos 2010. Kalau nak join, boleh klik SINI.
Jomlah join ramai-ramai sebab korang berpeluang memenangi :
GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" 

~ s u h i d a ~

Sunday, August 08, 2010

:: Moment With Newborn Baby Contest ::

Assalamualaikum...yeay, sempat gak nak join contest yang menarik ni. Hehehe...
Tarikh tutup31 Ogos 2010.
Kalau nak join, boleh klik ---->
SINI.
So, ini 
gambar nya..
.
.
.
nama : MUHAMMAD FAKHRI IZZAT BIN MOHAMMAD FADZLI SHAH
tarikh lahir : 22/10/2008
berat semasa lahir : 3.07kg
umur ketika gambar diambil : hari kelima selepas bersalin
nama ibu : SUHIDA MAT HANIP
cerita disebalik gambar : kat hospital takde berbedung cani. hari kedua pantang kat rumah, haruslah berbarut dan berbedung. ini lah bedung ikut cara nenek ye. :) menguap tutup mulut ye izzat. hehe... 
* Memang contest ni buat aku teringat balik masa diorang baby, alya. Terima kasih gak ko buat contest ni, jumpa balik gambar-gambar Izzat masa baru lahir hari tu. Aku ingat dah hilang.
 
~ s u h i d a ~

Thursday, August 05, 2010

:: Aku ::

Assalamualaikum....
Aku kat rumah mak ni, baru balik dari ambik stok baju baru dengan yang orang order. Kalau ikutkan nak stop ni, tapi sebab orang order, terpaksalah pergi kedai jugak. Bila dah disuruh "cuti tanpa gaji" ataupun disuruh berhenti sebenarnya, buat aku takde mood dah nak meniaga. Tadi pun dah habis RM500, amik stok je, kan..... Tapi, tangan tu laju gak nak ambik stok baru, kan? Suhida..Suhida...
Dah masuk hari ke tiga duduk kat rumah, rumah tak habis kemas jugak. Resume baru hantar kat satu tempat. Perasaan nak dapat kerja lain - macam susah je. Tapi, nak tak nak, kalau masuk minggu depan opis aku hantar resume ni tak jugak panggil interview, haruslah aku cepat-cepat hantar resume lagi, kan. Option - tak nak berkerja? Buat bisnes je? Duit? Buat pinjaman? Nak bayar pinjaman? Ptptn pun kena hold dulu ni. Sadis sungguh. Huhuhuhuhu....
Sesungguhnya aku masih blur......
* Aku tukar layout ni sebab mak aku yang suruh. Hehehe..Dia yang ajar tadi macamna nak tukar layout. Nak explore blogger template ni pun aku takde mood.

~ s u h i d a ~

:: Baby Biru Contest ::

Assalamualaikum...
Kali ni nak join contest BABY BIRU CONTEST pulak. Sempat lagi tu join contest. :P
Kali ni contest anjuran MrsHilmy..
Contest berakhir pada 8 Ogos 2010. Kalau nak join, boleh klik ----> sini..
.
.
Ini gambar Izzat masa mandi swimming pool hari tu. Punya syok mandi kat pool sampai tak nak naik. :)
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 9 bulan.
.
.
Razi pun nak join. Ni gambar masa kenduri kahwin adik ipar, tema kalernya biru. Razi dah macam nak bernikah sudah...dengan baju melayu dan songkoknya... Huhuhu...
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 4 bulan

~ s u h i d a ~

Monday, August 02, 2010

:: Edisi Geram Tak Boleh Blah, Tapi tak Habis Luahkan Lagi tu ::

Assalamualaikum....
Berita menggemparkan!!!! ataupun berita memang hampeh, benci aku. Tak guna betul. Huh...
Pagi tadi dalam aku kemalasan yang amat sangat nak pergi opis (sebab penat pindah rumah tak hilang lagi) masuk opis dapat berita yang menyakitkan hati, memberatkan kepala, buat aku macam nak nangis (tapi cover sebab sakit hati punya pasal-tapi ternangis sikit gak tadi).
Tadi admin gemuk panggil sorang-sorang nak bagitahu yang opis suruh cuti tanpa gaji, efektif bulan ni - Ogos. Alasan diorang takde duit nak bayar staf. So, pilihan bos ialah mintak staf cuti tanpa gaji. Bila ada projek, diorang akan panggil balik kerja. Bila tanya, agak-agak bila diorang akan panggil balik. Tak boleh jawab. Bos tadi meeting dengan kitorang, dia pun tak boleh jawab bila masanya kitorang akan dipanggil balik. Ada 7 orang CAD, 3 orang je diorang nak simpan. So ada 4 orang lah yang tak bergaji, termasuklah aku. Ni semua bung punnya pasal. Korang baca jelah, tak faham pun tak apa, asal aku dapat meluahkan perasaan aku kat sini. Bung bongok tu punya pasal, habis dibawaknya disaster ke opis kitorang ni.
Bung tu manager baru opis kitorang, ganti head lama kitorang. Dia punya pasal, drawing kitorang banyak salah sampai bos besar cakap opis KL stupid. Sebelum ni masa dengan head lama kitorang, opis KL very goooooooood. Datang mangkuk ayun tak guna ni, abes semuanya kena bodoh. Paling teruk, kena berhenti tapi dengan cara "BERHEMAH" kepala hotak diorang. Geramnya akuuuuu....... Tapi Bung tu pun dah disuruh berhenti dah pun. Kalau aku nak cerita lagi pasal perangai dia yang annoying yu, mahu pahala dia dapat berkoyan-koyan.
Esok kena datang opis, ada lagi "perbincangan" yang aku rasa takkan memihak pada kitorang ni. Serius, aku pun dah malas nak kerja kat opis ni. Cari kerja lain je lah. Biar melingkup lah ko bos dengan opis ko tu. Dahlah takde surau. Huh.
.....................................................
Entahlah, kenapalah time nak raya ni weh bos? Kan nak raya, nak pakai banyak duit.... Pikir bontot korang je. Staff tak jaga langsung. Korang rasa patut ke aku tunggu, rela je cuti tanpa gaji ni..ataupun sekarang aku dah patut update resume aku dan cari kerja lain? Kalau ikut pendapat kengkawan, memanglah harus cari kerja tempat lain dah....Sakit jiwa aku. Dah gemuk ni, sangat segan nak pergi interview. Huhu...
Sekian sudah sesi luahan geram. Harap-harap apa yang berlaku ni, ada hikmahnya, kan?
* So, lepas ni korang jangan emel lagi kat emel opis aku ye. Kalau nak emel, leh emel aku kat suhidamathanip@yahoo.com.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...