Friday, June 29, 2012

:: Sambungan Lukisan Abang Razi ::

Assalamualaikum...

Sambungan lukisan Razi hari tu.
Judul : Keluargaku.
(Suka-suka aku je bg judul.hihi..)

Paling tak tahan additional touch up...... Aku ada toncit kat tudung. Huhu...
Ayah ada tahi lalat kat dahi tapi sebenarnya takde pun tahi lalat kat dahi. (Ke aku yang tak perasan? Ngee..)
Razi pun ada tahi lalat..tapi bukan kat pipi sebenarnya... Sebenarnya tahi lalat abang Razi ada atas bibir. Sebab mulut abang Razi asyik potpet potpet je. Hehehe....
Ada lagi sambungan lukisan ni.. ada banyak lagi orang2 yang dia lukis dalam satu kertas A4 tu. Tapi takpelah yang ni je lah...nak simpan buat kenangan dalam alam maya je lah Razi eh. :)

* Antara kitorang lima orang, lukisan maklah yang paling cantik kan abang Razi. Heee.. :) Mak sorang je perempuan dalam famili. Huhu... Mintak-mintak nanti ada lagi sorang anak mak berdiri sebelah Farhan tu. Adik perempuan pulak eh. :)

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 26, 2012

:: Cantik Lukisan Abang Razi ::

Assalamualaikum...

Kartun terbaru Razi. 
Judul : EMAK

Razi : Mak, mak, Abang Razi lukis gambar mak pakai baju raya. Mak pakai baju bunga-bunga. (Sengih-sengih tak boleh blah....huhu..)
Aku pun ambik gambar nak simpan buat kenangan. Lepas puji lukisan tu cantik, dia pergi sambung lagi melukis.
Kejap lagi dia datang lagi sekali.
Razi : Mak, mak, seluar mak pendek sangatlah. 
Dan tunjuk lagi sekali lukisan dia.
Alamak Razi, macam hippies la pulak jadinya. Huhu...
Cantiknya kasut mak. :)

* Sebenarnya ada lagi sambungan lukisan ni. Tapi takpelah..next timelah upload. (Kes malas nak bangun amek handphone..hihihi...)

~ s u h i d a ~

Thursday, June 21, 2012

:: Farhan Dah Mula Berjalan ::

Assalamualaikum..
Video ni cikgu Zakiah forward kat aku. Farhan belajar tatih pakai kerusi tu ler kat taska. Now Farhan dah boleh tatih sikit-sikit dah. Berani berjalan kalau kita pegang sebelah tangan. Cepat jugak Farhan dah berani nak berjalan kan?
* suka tengok muka cute Farhan kalau senyum.

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 20, 2012

:: Izzat ::

Assalamualaikum...
Hari tu Razi Izzat suruh aku tiupkan belon dan macam biasa, aktiviti lepas meniup belon ialah diorang melukis muka kat belon tu. Hihi...Macam biasa, aku tahu Izzat boleh melukis muka orang kat belon, cuma lepas tu tersurprise sikit sebab Izzat dah pandai eja nama sendiri. Ngee!~
Sambil eja pastu dia menulis. Bagus Izzat, nanti pandai tulis jawi pulak tau. Posing dengan belon buat kenangan eh Izzat. Sori mak baru tahu Izzat dah pandai tulis nama sendiri. :)
Ada gaya tak? Hehehe... Bila dah start pakai seluar panjang, nampak matured sikit. :) Izzat baru 3 tahun 8 bulan. Tapi dari lepas birthday dia tahun lepas, aku selalu treat dia macam dia umur 4 tahun. Sebab lahir bulan 10, dah hujung tahun. Huhu...
Budak kecik ni pulak saje aku tepek gambar ni sebab Farhan pakai baju ni nampak comel. Ngee!~

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 13, 2012

:: Kawan Gaduh Aku Sekarang Ni ::

Assalamualaikum..
Dah lama aku tak tepek dialog Razi. 
Situasi : Dalam bilik air masa teman dia kencing sebelum tidur.
Aku : Razi nanti bila dah start sekolah, abang Razi kena bangun pagi pukul 6, solat subuh. Pastu mandi, mak hantar pergi sekolah awal.
Razi : Nape mak? Pergi sekolah mana mak.
Aku : Sekolah tu start pagi-pagi, sekolah rendah..tak sama dengan tadika.
Razi : Ala...abang Razi nak sekolah yang tinggi-tinggi tu. Tak nak sekolah rendah.
Huhhuhuhu....
Budak kawan gaduh, kawan merajuk.
Dalam sehari, mesti ada perkataan ni keluar dari mulut dia.
" Mak, nanti bulikan abang Razi...." (belikan apa-apa je lah yang dia nak hari tu).
Cakap dengan Farhan. "Farhan, nanti jangan kawan mak. Mak suka marah."
"Tak nak kawan mak". (Pastu tak sampai 2 minit pun...)... "Mak, nanti mak bulikan abang Razi.."
Pening kepala aku. Huhuhu..

~ s u h i d a ~

Monday, June 11, 2012

:: Aku Nak Jadi Kaya ::

Assalamualaikum...
Sekali sekala kalau berangan-angan jadi kaya seronok gak kan? Nak beli volkswagen golf kaler biru, duduk rumah yang besar dan cantik. Bila-bila boleh pergi melancong dengan duit berkepuk-kepuk at least tiga bulan sekali ke. Kalaulah sekali dalam hidup aku, tiba-tiba dapat hadiah 1 juta ke..kan best.....
Mood berangan pukul 3 pagi. Sebab tengah struggling edit gambar untuk wardahwardrobe dan terfikir tak sempat nak sambung buat kerja opis yang datelinenya esok sebelum lunch hour. Kena submit construction drawing kat kontraktor. Lantakkan lah kan. Tidur jelah. Esok bangun pagi-pagi, siapkan cepat-cepat. You can do it Suhida. Hohoho.... o_0 Can do it sanggaattt....
(Aku nak jadi KAYA tapi taknak kerja teruk-teruk.) amin doa banyak-banyak sikit. hehehe... (kalau kerja teruk-teruk pun, tapi duit banyak..aku ok je..hihi...)

~ s u h i d a ~

Saturday, June 09, 2012

:: Ahmad Farhan Di Usia Setahun ::

Assalamualaikum....
Ecece...poyo je tajuk entry aku. Ngee!~ Farhan dah setahun 19 Mei lepas. Baru nak tepek gambar. Hihihi.... Teringat masa nak operation bersalin Farhan..37 minggu 4 hari tak silap aku. Dapat tarikh tu, doktor yang tentukan. Yelah, beranak pun kat hospital gomen, nak dapat date cantik, mana boleh kan.... Huhu....
Anyway, sebenarnya tak plan pun nak beli kek untuk Farhan, tapi masa tu kebetulan pergi KL sentral, beli lah kek Chocolate Indulgence. Mak aih..sekarang dah harga RM85 macam tu dah termasuk tax. Ish ish ish... Ewah... takpelah sekali sekala kan Farhan.. :)
 Makan kek kat rumah nenek. Tengok simple je pun kek Farhan.. Kesian dia.. Nanti Farhan dua tahun mak buat kek sedap-sedap eh, ada gambar kartun. Tapi bukan mak buat, mak order je. Hehehehe...
 Razi Izzat yang excited lebih. Korang tengoklah kalau aku ada anak 5 orang, meriah tak meriah? Hahaha... Sampai senget-senget dah Farhan nak mengendalikan diorang ni.
 Farhan's achievement - Panjat tangga sampai atas without supervision. Hmmm...Diam-diam naik atas sorang-sorang. Lepas tu menangis tak reti nak turun. Huhu...
Pastu dah boleh naik kereta mainan, turun sendiri, pusing-pusing tayar kereta, aktiviti kegemaran dia.
Dalam kereta, kalau tak tidur, berdiri kat tempat letak kaki. Dia dah tak nak duduk beriba dah. Tiru abang-abang dia ler, tak reti duduk diam kat dalam kereta. Huhuhu....
Farhan....besar jadi doktor eh.. :)

~ s u h i d a ~

Friday, June 01, 2012

:: Ok Ke Kalau Anak Ramai? ::

Assalamualaikum..
Dulu orang selalu tanya aku ok ke anak tiga orang? Kebanyakan masa yang aku jawab mesti macam susah benar anak tiga orang. Penat, tension. Ya, memang betullah penat, tension. Tiap-tiap hari mesti keluar suara jantan aku menjerit macam tarzan.
Tapi kan bila dah lama-lama, sebenarnya ok je. Maybe sebab dah terbiasa ataupun Farhan dah setahun kot. Bangun tidur malam pun dah tak macam masa baby. Tapi penat memang penat, time kena marah pun, memang kena marahlah. Takdelah sokmo happy je hidup, tapi anak-anaklah penawar jiwa. Hihi.. tiba-tiba je touching pulak.... Ngee.... Bukan apa, setelah sekian lama tiba-tiba member opis aku tanya, ok tak ada anak ramai. Dan....masa tu first time aku rasa jawapan aku ialah...ok je. Best. Cubalah rasa anak ramai macammana.  :) 
 Tengokler...aku sekarang kalau diorang nak berguling-guling kat lantai public, dah jenuh dah nak menegur. Dah kena cubit baru diam. Tu pun kejap je. Huhuhu....
 Kalau dalam kereta, lagilah pening. Hahahahaha..... Kerja nak berebut duduk depan atau tengah. Aku memang dah takde can nak duduk depan lagi dah. Huhu... Kalau pergi kedai tak kiralah kedai makan ke, kedai baju ke, kalau boleh biar satu kedai tu dengar suara korang, tau tak? Kalau bercakap tu, macamlah mak ni pekak sangat. Haih.... 
Tapi, at the end, aku still rasa happy bila ada Razi Izzat Farhan. Anak-anak aktif, sihat, aku bersyukur sangat. :) Alhamdulillah....Harap sangat-sangat anak-anak mak dah besar nanti berjaya di dunia dan di akhirat eh. Razi jadi ustaz, Izzat jadi pilot, Farhan jadi....doktor nak? Ngeee...doktor gigi. :)

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...