Showing posts with label wardahwardrobe. Show all posts
Showing posts with label wardahwardrobe. Show all posts

Wednesday, July 04, 2012

:: Testing Je ::

Assalamualaikum...


Testing nak tengok ok ke dak buat frame corner round macam gambar first tu. Application terbaru yang aku pakai untuk edit gambar-gambar baju : http://www.picmonkey.com/
Memang cepat kerja aku edit gambar pakai website ni.
Ok ke corner round edge ni? Ke patut wat normal square je? Hmmm..

~ s u h i d a ~

Sunday, January 23, 2011

:: Aku dan Blog ::

Assalamualaikum....
Semalam seharian aku menggodek-godek blog WardahWardrobe, mengemaskini dan membuang apa-apa yang tak perlu. Aku dapat peluang untuk menghadap laptop sebab Razi dan Izzat ikut nenek dan mak su ke family day opis mak su kat FRIM. Huhu... Dah lama dah aku nak betulkan apa-apa yang patut dengan blog aku ni, baru semalam tercapai. Huhu...
Mula-mula fikir nak tukar dulu background blog ni. Alkisah kat blogger template tak banyak pilihan dan diorang takde pun nak update selalu. Google punya google..aku terjumpa satu website baru ni - Dotty Dot Dot Design. Ada banyak sangat pilihan dan hampir kesemuanya cun-cun. Tak susah nak buat pilihan. So, aku pilih yang kaler coklat macam gambar kat bawah ni.
Aku suka kombinasi kaler coklat dan pink sebab nampak sweet tapi still sweet yang tak melampau-lampaulah.. Korang faham ke? Takpelah, abaikan. Hihihi..
Lepas dah ok dengan pilihan background, aku google pulak macammana cara nak add menu bar kat blog. Aku terjumpa macam-macam kaedah yang blogger lain ajar, tapi semuanya buat pening kepala je. Pastu terjumpa satu blog ni yang simple boleh buat aku fahamlah jugak. Ayat tak berbelit-belit..yang penting update selaras dengan new layout blogger ni kan. Nama blog tu - wanda2u. Mula-mula tu aku ingatkan perempuan, rupa-rupanya jantan. Huhuhu... Alhamdulillah, dapat jugak aku add menu bar tu selepas beberapa kali cubaan dan hampir-hampir give up dah. Ngeee....
Amacam? Ok tak rumah baru WardahWardrobe aku tu? Lepas ni, bolehlah mekap rumah fazdarazat ni pulak disamping mencari idea kena tukar nama blog ni. Huhuhu...

p/s : Aku ingatkan selera makan aku dah ok, tapi masih sama. Makan tak habis, walaupun tu steak faveret aku. Huhuhuhu....

~ s u h i d a ~

Friday, January 21, 2011

:: Aku Dapat Jugak Akhirnya!!! ::

Assalamualaikum....
Yeay, hari ni happy sikit sebab barang yang aku order sudah sampai. Cuba teka..cuba teka apa dia? Hihi..excited ni. Penantian sekian lama, akhirnya menjadi jugak.
 Taraaaa..... bisnes kad Wardahwardrobe.... Punya lah berkurun nak buat, tapi tak buat-buat. Bukan apa, yang buat tertangguh tu sebab bab nak mereka kad tu lah. Aku lemah sikit sekarang ni nak mereka-reka.. Malas dah... Alkisah macam mana boleh tergerak hati nak buat jugak kad ni. Ada lah satu petang tu, di hari aku mengepos baju masa kat pejabat pos Taman Melawati. Tengah beratur nak mengepos baju, ada seorang makcik belakang aku tegur tanya buat bisnes apa. Borak punya borak, dia bagi aku name card anak dia. Anak dia buat bisnes online jugak, jual kain cotton. Pastu makcik tu mintak name card aku.. Malu je bila cakap, bisnes dah dekat 2 tahun, tapi name card pun takde. Aiyoo.. Makcik tu cakap buat lah, senang kalau orang nak mintak. Buat online je. Anak makcik pun buat kad online je. Ewah...advance makcik yeee... Hmmm... So, balik tu aku pun godek-godek Google, terjumpa website bisneskadonline. Tengok macam menarik je. Tengok harga pun oklah, menarik gak. Untuk 300 keping - RM55 termasuk delivery. Tapi muka depan je lah. (Untuk info - kalau muka depan dan belakang RM65.) Takpelah, aku ok je kot dengan harga tu sebab harga RM55 tu termasuk dengan design kad sekali. Setelah 2,3 kali aku bagi komen, akhirnya terhasillah kad Wardahwardrobe. Huhu..Yeay!
 Tiga ratus keping - RM55. Ok dak? Ok je lah... :D
Simple jelah designnya. Aku anggap takpelah, ini langkah pertama aku untuk kembangkan lagi Wardahwardrobe. Lepas ni, rajin-rajinkanlah diri tu untuk register perniagaan pulak ye, puan Suhida. Huhu...

~ s u h i d a ~

Monday, March 01, 2010

:: Wardah Wardrobe ::

Assalamualaikum...
Kepala pening, mata ngantuk..Tapi still lagi online. Memerah kepala nak update apa kat blog aku ni. Huhu..Dah pukul 2 pagi ni, baru selesai update kedai aku. Kalau korang sudi jenguk, jenguk lah ye. WARDAHWARDROBE
Bila dah start bukak kedai ni, rasa susah sangat nak tutup. Macam dah jadi tanggungjawab la pulak, nak kena update kedai selalu. Ada sekali tu siap dah decide tak nak meniaga baju lagi. Tapi end up, aku still pergi ambik stok baru. Suka agaknye bershopping, tapi shopping untuk orang ler. Kebelakangan ni kedai aku macam dah slow sikit. Agaknya fesyen blouse labuh tu dah tak ramai yang minat kot. Bila dah slow tu, maka nak menambah-nambah baju baru tu, alkisahh.....slow la jugak.
Sepanjang meniaga ni, Alhamdulillah tak banyak pun dugaan aku. Cuma slow je lah dan aku harap selepas ni kembali normal perniagaan aku. Mak tanya aku tadi, dah berapa banyak dah untung kak ida? Tak reti aku nak jawab. Tapi serius, tak untung banyak pun. Tak rasa pun untung-untung baju tu pun. Kalau nak membantu aku sesak2 hujung bulan boleh lah. Bukan apa, modal kecik, ambik untung pun tak sampai 30% pun.
Mmm..kenapa tiba-tiba aku mengeluh ye pasal kedai aku ni. Huhuhu...

~ s u h i d a ~

Thursday, September 10, 2009

:: JOIN WARDAHWARDROBE VVIP MEMBER CLUB ::


Assalamualaikum...
Kengkawan aku dan semua pembaca blog aku dijemput join jadi VVIP member wardahwardrobe club. Akan ada potongan diskaun sebanyak 5% untuk setiap purchase item. Meh join meh. Sayang korangg..Maceh~

~ s u h i d a ~

Monday, September 07, 2009

:: Baju Labuh ::

Assalamualaikum...
Kengkawan...aku ada jual baju lak sekarang. Silalah jenguk wardahwardrobe untuk melihat baju2 tersebut. Stok baru ada, tapi aku tak sempat upload gambo lagi. Tapi, leh je jenguk kalau2 berkenan stok yang ada sekarang ni. Huhu..Kalau ada yang berkenan, tapi saiz takde, leh je request nak saiz apa. Mekasih~

~ s u h i d a ~

Monday, August 24, 2009

:: Wardah Wardrobe ::

Assalamualaikum kawan-kawan.
Aku dah pun berjaya membuka blogshop, Alhamdulillah.... Berminggu jugaklah nak membuat blog baru. Sila klik link ni : wardahwardrobe. Nama blogshop ni adalah sempena nama mak aku (Setelah macam2 nama difikirkan ye..Nak pikir nama kedai pun pening). Jemput-jemputlah singgah ye. Buat permulaan, aku cuma menjual tudung. Insya Allah kalau ada rezeki, akan ada tambahan barang-barang lain.
Aku memang suka menjual. Dah macam2 barang dah aku jual dari dulu-dulu lagi. Harap-harap dari aku suka-suka ni, menjadi lah pulak kali ni. Teringat dulu aku pernah melukis karakter kartun Dragon Ball dengan Doraemon, buat jadi penanda buku. Pastu suh adik aku Dhilah jual kat sekolah. Laku lah jugak. Hahaha... Tahun lepas, jual kuih raya. Sebab aku tak kerja tahun lepas, ajak adik aku Ina buat kuih raya. Tahun ni ada repeat order, kuih makmur. Hehe..Ingat orang dah tanak repeat order lagi dah..Kekekeke....
Ok, doa-doa kan lah kedai ni sukses. Sekadar menyempit dan memeriahkan lagi blogshop-blogshop yang ada. Hehe..
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...