Thursday, February 23, 2012

:: Citer-citer Kosong Je ::

Assalamualaikum....
Barulah aku faham perasaan senior designer atau bos kalau aku lambat buat kerja, kan? Huhu.. Ada designer baru masuk semalam. Bagi buat simple working drawing pun ambik masa 2 hari. Dan tadi, aku terpaksa balik lambat sebab pukul 6 baru dia bagi drawing untuk checking. Padahal baik punya plan aku nak cabut awal kan, hari ni... Isshh...Kacau je.
Hmm... Bulan Mac nanti tak lama lagi nak birthday Razi yang ke 5. Ingat nak buat something special untuk dia. Tapi masih tak pasti lagi. 5 tahun dah Razi..Huhu.. Lagi setahun lebih dah nak masuk sekolah rendah. Kejap je setahun lebih tu, kan? Macam tak ready je nak lepaskan dia ke sekolah rendah. Eh apadaa...cerita lambat lagi nak berlaku. Hihihi.. Sekarang pun kalau bangun pagi, dia seorang je yang merengek meragam. Biasalah orang baru bangun tidur kan mood tak berapa nak ok. Hari-hari memang macam tu, dah style dia bangun pagi mesti ada yang tak kena. Pening-pening. Nak pakaikan baju pun nak memilih.. Stress aku pagi-pagi dengan nak rushing hantar diorang ke sekolah nak pergi opis. Now nak sembang-sembang kejap kejap dengan Cikgu Ana dengan Zakiah pun tak sempat. Sekali sekala dapat borak dengan kak Ana seronok. Orang suka bercerita. Nak buat macam mana. Serius aku memang rasa masa tu cepat sangat berlalu.
Izzat pulak dah start train tak pakai pampers kat sekolah. Kalau kat rumah bila time aku konpiden boleh handle je aku tak pakaikan dia pampers, takut dia terkencing kat lantai. Sebab sekarang budak kecik Farhan tu, tak boleh kena tinggal langsung! Menangis je mintak duduk sebelah. Pening pening... Nak ke toilet pun terkocoh-kocoh. Nak kena babab Farhan ni. Kesian..maybe sebab masih tak sihat lagi. Dah dekat dua minggu selsema tak hilang-hilang lagi. Masih on ubat homopati. Cepat sembuh ye Farhan.
Aku pulak semakin sihat dan tembam. Berat naik baik punye kan.... Nak diet dah tak rasa macam dulu-dulu. Dulu kalau nak diet, memang diet betul. Tapi sekarang ni, kata je malam tu berazam nak diet. Tapi esoknya tu, bantai makan ayam goreng, nasi penuh sepinggan. Dalam hati cakap, takpelah makan hari ni, esok pulak start diet balik. Hikhikhik.... Macam mana nak diet kalau camtu gayanya? :)
Aku sekarang dah mula start risau pasal kesihatan lah. Bila dengar-dengar macam2 penyakit, takut sangat kalau tiba-tiba datang penyakit entah dari mana. Macam tak ready je. Ada member cerita kat aku pasal member dia baru dapat tahu ada kanser hati. Umur baru 27 tahun. Anak dua orang. Katanya kanser hati memang jawapannya kematian je lah. Huhu.. Takut mendengarnya. Mana nak sangka ada kanser hati..dah stage 2 pulak tu. Kalau aku, mesti tangkap sayu punya sebab teringat kat anak-anak. Boleh ke kite tengok diorang membesar. Sempat ke kita tengok? Huhu...

~ s u h i d a ~

Friday, February 17, 2012

:: Majlis Nikah Ina ::

Assalamualaikum...
Cerita ni dah basi tapi takpelah, tulis jugak dalam blog untuk rujukan aku di masa akan datang. Hehe.. maklumlah penyakit lupa aku makin kronik. Nombor ic sendiri pun boleh lupa. Huhu..
Kali ni nak cerita pasal adik kesayangan aku yang telah pun mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2012 yang lepas dengan pasangan pilihan dia, Husnaa. (Dhilah, kau pun adik kesayangan aku jugak..hihihi..)
 Orang kuat mak aku ni. Huhu..
 Doa selepas selamat bergelar isteri.
 Bacaan taklik oleh suami. Oh yang bestnya masa nikah ni, ada couple lain jugak menikah. Tok kadi tu buat sekali, sebab maybe tak payah nak ulang 2 kali kot. Tapi best jugak, nampak meriah dan tok kadi tu pandai berlawak.
Razi jeles dadak dia kawen. 

~ s u h i d a ~

Friday, February 10, 2012

:: Biasalah, Bila Dah Lama Tak Berblogging ::

Assalamualaikummmmmm......
Ngeeee!
Lamanya tak berblogging....kan? Hehehe...Busy sangatlah. Poyo betul kan? Hahahaha...Kerja kat opis tak pernah habis, makin bertambah lagi ada ler. Balik rumah pun dah tak terlayan dah wardahwardrobe aku tu (rumah tunggang langgang pun dah tak terlayan..hahaha). 
Sibuk melayan anak-anak lagi.. Tak terlayan pun iye gak. Sampai semput, tak boleh bernafas pun iye gak. 
Ahmad Farhan dah nak masuk 9 bulan dah. Bergolek, mengengsot, duduk pun dah pandai. Gigi pun dah tumbuh 2 batang kat belah bawah. Akal pun banyak. 
 Ahmad Farhan dah ada dua batang gigi, yeay! Alhamdulillah.
Abang-abang Farhan yang lagi dua orang tu takyah cakaplah. Kerja diorang asyik nak berebut je. Tapi, bila salah sorang takde, mulalah tanya yang lagi sorang pergi mana. Tahu pulak korang rindu kalau salah sorang takde eh. Hoh...aku sekarang ni kalau pergi mana-mana, shopping mall ke, suka hati korang lah nak guling-guling kat lantai, nak bergusti sakan. Buat-buat tak kenal je lah anak sape tu... Huhuhu...
Bila tengok diorang tidur,barulah rasa aman..tenang je....hehheehe... Tapi macam mana pun korang..mak marah-marah teruk macam mana pun.. Mak still orang yang paling paling paling dan sangat sangat tersangatlah yang paling sayang korang, anak-anak mak. :) Love you.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...