Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

Monday, May 24, 2010

:: Tag RM2 Juta dari Mummyar ::

Assalamualaikum...
Alamak dapat tag RM2 Juta la..Aku bukannya pandai bab dapat duit banyak-banyak ni. Tapi, aku try ye. Fuh...
1. cam biasa la ckp sapa yg baik ati antor tag ni...
Dari Mummyar yang sangat rajin bagi aku tag. TQ mummyar.
2.tag kan kat kwn2 korng yg semestinya akan layan berangan bersama2 korng
(nak tag kat 2 juta kawan pon tak pe)
Elin
Mai
Ina
*tag ni dah lama. Aku rasa ramai yang da dapat tag ni kot.
3. dah tag kn la jenjalan war war kan kwn korang kan yg korng nak bg 2 juta kat dorng..
Baiklah.
4.Apa agaknya angan2 korang ye?Korng berangan nak buat per ngan duit ni..citer la ek aku pun nak tau gak apa dlm otak korng bila ada duit sebanyak tu..
- Bawak satu famili, famili mak mertua gi haji. Wahhh..(Manalah tau kan..)
- Kalau ada cara aku leh kembangkan duit 2 juta ni, aku akan cuba cara tu. Tapi dengan cara yang halal lah. Duit kalau salah guna, RM2 juta tu pun boleh habis dalam masa sebulan. Silap-silap seminggu pun boleh habis.
- Bantu famili.
5.Cuba korang cakap camner kita nak dapat duit banyak camni kat dunia reality ek (mn tau ada tips2 yg bley buat aku dpt duit banyak2 ni)..
Entah, kalau aku tau, dah lama aku buat nak dapat RM 2 juta tu. hik3..

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 19, 2010

:: Tag Hujung ke Hujung ::

Assalamualaikum....
Dapat tag lagi, Yeah...Layan selama aku ketandusan idea berblogging nih. Tag dapat dari ZURA. Caranya ialah untuk soalan seterusnya, jawapan untuk soalan itu mesti dimulakan dgn huruf terakhir pada jawapan sebelumnya. Mencabar minda gak ni. Huhu..Jom layannn...Zass...
1 - Tempat anda dilahirkan
Kuala LumpuR
2 - Hadiah Pertama Yang Anda Terima
RehaL
3 - Buah Kegemaran Anda
LaicI
4 - Haiwan yg anda benci
ItiK
5 - Suka makanan ini
KeK
6 - Kalo shopping, mesti beli ini
KemejA
7 - Ada terdapat di sekolah
AlmarI
8 - Negera yang ingin anda lawati
ItalI
9 - Anda suka kereta ini
ImprezzA
10 - Bila ada kelapangan, anda akan
Ajak abang cha bawak kitorang gi jalan-jalan..hik3...
SILA BERIKAN TAG INI KEPADA 3 ORANG (nak beri lebih pun boleh)
- MAI
- ELIN
- INA
- MUMMYAR
- KAK DA
Sekian, tag ni sangat seronok untuk dijawab. Hehehe..

~ s u h i d a ~

Friday, May 14, 2010

:: Tag Dari Ainey dan Aieza ::

Assalamualaikum....
Bertimbun-timbun kerja Tag dan award aku tak ambik lagi. Huhuuhu....Ampun..
Kali ni tag dari Ainey dan Aieza. Thanks korang. Huhuhu...Layan tags eh. Kenapa entah ada dua bahasa.
1). Apa yang anda akan buat bila anda tahu member anda tikam belakang anda? What will u do if u know that your friend has been back stab on u ?
Emmm...tengok la kot mood aku masa tu. Aku rasa aku marah kejap je. Tapi pastu aku cool down. Malas nak layan.
2). 6 orang di hati anda? 6 people in your heart?
Mak, Abah, Abang Cha, Razi, Izzat.....errr..Ina? Kah....
3). Anda rasa anda comel? Do u think u're cute?
Comel tadok dah. Comot ado lah.
4). Single or taken?
Taken.
5). Blog yang anda suka? Blog that u like?
Semua blog dalam list.
6). Adakah bilik anda kemas setiap hari? Do u clean your room everyday?
Aku tak tidur dalam bilik. Ngee....
7) Lagu terakhir yang anda dengar? The last song u listening?
Lagu heavy metal budak-budak kat opis pasang tadi. Tak lalu telinga aku nak dengar.
8). Last text message?
Dari Zura-pasal ada orang nak beli MAB. Hihihi...(Sudahnya aida tu tak reply-reply pun sms aku Zura..)
9). Last phone call?
Ina.
10). Hari terakhir anda menangis? Last day u cried?
Minggu lepas...pasal apa? Pasal benda yang tak pasti. Tapi, aku pendamkan je. Malas nak tanya.
11). List lima color favorite anda? List down 5 of your favorite colours?
Purple, Biru, Coklat, Hitam, Kelabu
12). Orang terakhir anda ber-YM? The last people chat with u in YM?
Kak Zana, budak opis.
13). Game paling anda suka? Your favorite game?
Scrabble kat iPhone dak opis aku.Layan...ate, asyik aku je menang no 1. kah....
14). Adakah anda peminat MCR?
Aieza cakap dia google MCR tu keluar My Chemical Romance.. Group tu pun aku tak kenal mana satu. Ngeee...
15). Apa perasaan anda jawab tag ni? What do u feel when u answering this tag?
Soalan macam kena interview. Letih aku nak jawab. Merapu pulak tu. Nak kena sekeh ni sape yang cipta tag ni dulu. Huhu..sabo je ler. Yang buat dua bahasa tu kenapa? Itu lagi satu yang aku tak faham.
16). Anda rasa tag ini best? Do u think this tag interesting?
Biasa jek...
Tag lagi 10 orang. Tag 10 other people
Hoh, biar korang lak penat jawab tag ni. Kekeke...
1. Elin
2. Mai
3. Ina
4. Jieha
5. Ain
6. Hanny
7. Cik Shiqa
8. Kak Da
9. Khamisah
10. Pizli (aku tau ko tak layan punye, tapi aku tag gak..hihi..)
Okay kawan2.. sila buat TAG ya..

~ s u h i d a ~

Wednesday, May 12, 2010

:: Tag Hitam Manis ::

Assalamualaikum...
Korang jangan pelik lak kenapa ado gambar lembu hitam ni. Aku pun pelik gak. Kahh...Tag kali ini dari CIK PUAN BED & CIK PUAN AINEY yang beri pada aku sekali dengan lembu-lembu ni. Asalnya tag ni dari EL . Apa motif dia bagi lembu ni dengan tag ni pun aku tak tahu. Tapi, kelakar gak. Hehe..Ok, masa menjawab tag.
1. Thank & link the person that gave you the cow (jgn lupa copy picture picture sekali)
Maceh Bed dan Ainey. Dua ekor lembu sekali aku dapat. Alhamdulillah...
2. Bagi balik wasiat ini kat 7 bloggers yg paling active atau 7 paling tak active
i) Mai
ii) Ina
iii) Jieha
iv) Hanny
v) Ain
vi) Elin
vii) Cik Shiqa3. Bagi tau diorg ini yang diorg dapat wasiat dari org kaya kg sepening lalat
Ok insya allah. Mesti diorang yang terima ni pun pening-pening lalat.
4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
Lipat kain
Terbaring
Makan
5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
Tak makan aku benda pelik-pelik.
6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
278 friends
7. Feveret soalan ni.. camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..
Camner eh? Tak ingat lah. Sebab kenal dah lama. Cuma bunga-bunga cintan tu je lambat. Ngeeee...
Sekian, terima kasih. Kepada yang ditag, sila jawab ye.
~ s u h i d a ~

Monday, May 10, 2010

:: Tag - Huruf Pertama Pada Blog Anda ::

Assalamualaikum...
Tengah sempat nak update blog ni, aku cuba buat satu-satu ye tag dan award yang kawan-kawan bagi. Aku setel tag CIK RUMAIZAH ni dulu. Terharu aku, dia cari tag ni semata-mata untuk bagi kat aku. Tapi, tag ni boleh tahan susah gak.Ces..ko balas dendam ke Mai.
syarat:
1- mesti menggunakan huruf pertama dari nama blog anda.. (F- menyesal aku tukar nama blog aku hari tu. S senang sikit nak jawab. Aci tak aku tukar balik, Mai? huhuhu..)
2- jawapan x boleh berulang. Insya allah bolehnya aku jawab. Eceee...Ngee...

* image from google
1. nama anda : Fuhida. Kahhhh...
2. perkataan 4 huruf : Fail
3. nama budak laki : Fadzli
4. nama budak perempuan : Fadzlia
5. pekerjaan : Filmmaker. Aci kan BI. Tag ni pun asalnya BI kan, kan kan....Kah...
6. warna : ......................... Mana ada kaler start dari F? Ces....
7. sesuatu yang anda pakai : Frame cermin mata. Yes yes...
8. makanan : Food
9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas : Fresh and White (Ubat gigi)
10. tempat : Finland
11. alasan bila terlewat : "Ferrari kat rumah I tadi tak boleh start la.... " Kekekeke...berangan.
12. sesuatu yang anda jeritkan : f*** (dua kali je..sebelum ni tak pernah sebut pun..janji tak sebut lagi..huhu...)
13. tajuk filem : Fenomena
14. minuman : Fresh Milk. (Mai, barbican tu apa? mmm...)
15. kumpulan muzik : Febians
16. haiwan : Fox. Tak ada kot binatang dalam bahasa Melayu mula dari huruf F. Ada ke?
17. nama jalan : Foch Avenue (Jalan Cheng Lock) Tak caya ada nama jalan tu? Klik sini.
18. jenis kereta : Forester subaru? Ngeee..
Mereka-mereka yang bertuah, sila jawab ye.
Ina
Elin
Jue
Ainey
Zura
Bed
Alya
Aieza
Nome
Ryn
MummyAr
Sekian, terima kasih.

~ s u h i d a ~

Thursday, May 06, 2010

:: Tag A To Z ::

Assalamualaikum... (Entry ni entry auto publish.)
Aku dapat tag ni dari PUAN ZURA. Nama tag ni tag A to Z. Rasa macam susah je nak buat. Macam kena buat karangan kot. Takpe, aku try ye. Huhu...
A - Assalamualaikum....
B - Baru bangun tidur tadi...Mata tak boleh nak tidur balik. Huhuhu...
C - Cuba korang teka aku buat tag ni pukul berapa?
D - Dah pukul 4.20 pagi.
E - Esok (hari ni) kompem menguap-nguap kat opis. Takpun tidur time lunch. Huhu...
F - Fasal apa aku tak boleh tidur?
G - Gatal..Oh, bukan aku yang gatal, Izzat yang gatal. Memanjang duk suruh garu bontot dia.
H - Haruslah aku tukar pampers dia dan sapu krim gatal.
I - Izzat sejak makan ubat homopati, asma dah takde. Tapi badan dia pulak yang kuat berpeluh.
J - Jangan jadi balik asma sudah, sebab kipas ceiling pasang no 3. Kipas meja pasang gak. Huhu..
K - Kipas meja tu abang Cha belikan sebab hari-hari aku takleh tidur lena. Asyik terbangun2 Izzat meragam. Ado kipas pun sama gak, aku dan Izzat takleh tidur gak. Hm...
L - Lena tidur adalah satu perkara yang aku nak sangat. Rasa macam nak ambik cuti, tidur je satu hari tu kat rumah. Syoknyaaaaaaaaaaaaa...
M - Mimpi pun dah lama tak mimpi. Baru nak mimpi, terkejut, kena bangun. Dahlah aku ni kalau mimpi, asyik mimpi yang best-best je. Hehehe...
N - Naik pening gak kepala aku kalau 15 minit sekali bangun. Naik angin pun ye gak. Selalu. Hehe.. 
O - Oh Izzat, tolonglah tidur. Tak kesian kat mak ke?
P - Pening tau kepala mak asyik terbangun-bangun je.
Q - Q, tak tau aku nak merepek pakai huruf ni. Skip eh. Hehe..
R - Razi lak sekarang ni Alhamdulillah dah tak bangun malam kerap lagi dah.
S - Syukur sangat-sangat.
T - Teringat masa diorang sama-sama naik dulu. Dua-dua asyik bangun malam je.
U - Uish...masa tu memang tertekan jiwa aku. Tapi, biasalah kan. Lumrah... Anak-anak kecik lagi.
V - Very-very kenalah bersabar, haruslah kena fikir macam tu.
W - Well..aku kan mak.
Y - Yeay!~ Dah huruf Y dah.
Z - Zzzzzz...Nak tidur balik.
Wah, aku hampir-hampir ingat aku tak boleh buat tag ni. Berjaya gak akhirnya. Hehehe...
Ok, aku nak tag....merka yang bertuah ialah :

Nama yang ditag, sila jawab tag ye.

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 21, 2010

:: Tag Dari Bed & Ryn ::

Assalamualaikum..
Sebelum aku lupa baik aku siapkan tag BED & RYN ni dulu.
syarat2 tag ni:
1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same

Aku ada 2 folder gambar dalam laptop abang Cha ni kalau ikutkan bersepah2 folder gambar. Tapi aku amek yang betul-betul dalam folder aku yang proper eh. Satu tu dari folder gambar-gambar masa Razi baby lagi.
So, ini gambarnya. Ini masa Razi 10 bulan, date 23 Januari 2008. Aku tinggal dengan mak aku lagi masa ni. Razi sibuk nak ikut ayah naik motor. Ayah nak pergi kerja, tapi layan Razi dulu, eksyen je duduk atas motor tu. Hehe...
Folder gambar yang kedua ni semuanya gambar-gambar baru. So, gambar yang ada dalam folder ke 8 ialah gambar Izzat, 2 Februari 2010. Masa ni Izzat tak sihat, kena asma. Tapi still lagi aktif nak main kereta. Aku EL duduk kat rumah berdua je dengan Izzat masa ni.
ok seterusnya 8 blogger yang aku pilih ialah :
Fadet
 
Huhu..Sekian. Sekarang aku nak terjah final peserta2 contest aku ni haaa...dengan Izzat yang bangun tiap-tiap 10 minit.. Tengok ler aku larat ke tak eh. Mata macam dah mengantuk.
Ok, kawan-kawan, sila buat tag ni ye. Mekasih..
 
~ s u h i d a ~

Friday, April 09, 2010

:: Tag : Kamu Perlu Diet ::

Assalamualaikum...
Aku baru dapat tag ni dari MAI. Dia yang cipta tag ni. Kekeke...Agaknya aku orang first kot yang buat tag ni selepas dia. Layan ye tag ini.
1- adakah anda pernah diet? bila? kenapa?
Aku pernah diet. Tiga kali. Sekali masa frust menonggeng dulu. Diet sebab nak kurus. Hik2..Masa tu diet makan biskut ngn roti je. Pastu minum sunquick. Huhu...Pastu sekali masa nak kawen. Diet sebab nak kurus gak dan nak gambar kawen aku lawa ler. Nampak aku slim ckit. Kuikui...Pastu baru2 ni. Diet sebab berat mencecah 68kg! Gila la weh. (Lagipun sakit telinga aku orang panggil aku mok kat opis.)2- Apakah maksud diet pada anda?
Control makan dan bersenam. Jangan makan nasi dan jangan minum air manis dan bergas.
3- berapakah berat anda sekarang?
64 kot. Timbang kat uma mak tu macam takleh dipercayai je. (Ece..ece..hik2..)
4- bilakah waktunya anda paling berat? paling ringan?
Baru-baru ni ler, yang berat sampai 68kg tu. Paling ringan...mm..masa sekolah tak kiralah ye. Paling ringan masa nak kahwin, berat 52kg. (oh rindunya dengan berat ku masa itu..huhuuh..)
5- berapa berat idaman anda?
Berat idaman? Below 54kg kot. Leh ke? Leh ke? huhuhu..
6- apakah diet yang anda amalkan? berjaya ke?
Baru-baru ni diet minum sup dan tak makan nasi. Berjaya turun 8kg. huhu..Tapi ni naik balik, sebab makan nasi balik dan minum air manis. Ngeee!~ Susah ar nak maintain.
7- baca balik semua jawapan anda di atas. masih nak diet lagi ke?
Nak..Aku masih lagi nak berdiet. Tapi, tak tau bila nak start balik.
8- Kenapa anda rasa anda kena diet?
Baju lah, banyak tak muat. lagipun horror tengok pipi tembam kat cermin.
9- ejas gambar di bawah mengikut saiz badan anda (pendapat sendiri. jangan tanya orang)
Aku rasa sesuai kot gambo ni dgn aku. ekekkeke...
10- tag la beberapa orang yang anda suka. nyatakan sebabnya.
Ina - Sebab ko tengah diet.
Bed - Rakan diet aku. hehehe..
Nome - Dulu dia kurus gila-gila. Cun habis.
Ryn - Baju dah lain saiz dah.....hehe..
Ainey - Dia pun kena diet gak tu.
 
~ s u h i d a ~

Wednesday, April 07, 2010

:: Tag Apa-apa Aje ::

Assalamualaikum....
Mai mengetag aku..ngee...Mekasih Mai...First time dapat tag dari kau Mai....Dah semakin advance berblogging sekarang ni. Ok, layan tag joms..
1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
Kali terakhir bercuti...(sebelum tu bercuti tu maksudnya betul-betul pergi bercuti,kan? Kalau gi kenduri kahwin kira pergi bercuti ke?) Kalau bukan kenduri kahwin, last aku pergi bercuti, bulan 10, 2009. Itupun opis sponsor gi Bali, opis trip. Teringin nak pergi bercuti satu famili. Baru-baru ni plan nak ke Krabi kitorang cancel kan, sebab fikir keadaan kesihatan Izzat. Takpelah, tunggu Izzat sihat, kita pergi jalan-jalan ye Izzat.
2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
Umur aku 29 tahun 8 bulan. Tahun ni aku 30 lah. Aku bersyukur dengan pencapaian aku sekarang. Oklah tu. Nak macammana lagi, kan?
3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar didepan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
Kahhh..dah ada dah pun gambar purse aku ni haa...Korang pun tau dah berapa harganya. RM12. Beli kat Carefoure Wangsa Maju.
4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
Hmmm..waktu berblogging  yang paling sesuai dengan aku, dah tentulah bila Razi dan Izzat dah tidur. Lehla bertenet sesuka sesuki hati. Selalunya tengah-tengah malamlah. Kalau tak, memang tak berupdate lah blog aku ni haa...
5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
Bila selsema aku nak hilang ni? Sakit hidunglah!
6 - tag 3 org lain yang anda suka (ayat aku sendiri)
Ina, Zura, Bed..(Yang lain-lain tu of course aku suka jugak. Tapi, aku bagi can ler korang pas-pas tag ni, kan...ate..tag pusing-pusing kat kita-kita gak, kan..hehehehe..)

~ s  u h i d a ~

Sunday, March 28, 2010

:: Tag Gaji Oh Gaji ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag dari Alya dan Ryn pasal gaji oh gaji.

1. Anda makan gaji?
Ha ah.

2. Bila kebiasaannya anda dapat gaji?
31hb kalau 31hb tu bukan hari Sabtu atau Ahad. Kalau Sabtu Ahad, gaji dapat awal ler.

3. Pernah dapat gaji lambat?
Ada sekali. Tak ingat bulan lepas ke bulan sebelum tu.
4. Perkara pertama yang anda buat selepas dapat gaji?
Bayar duit taska dan semua hutang-hutang. Kalau tak, memang tak berbayar ler jawabnye.

5. Anda happy dengan gaji yang anda dapat?
Tak. Tapi, bersyukur gak ada pekerjaan dan gaji.

6. Apa yang anda buat dengan gaji pertama anda sewaktu mula- mula bekerja?
Tak ingat lah...Lama sangat dah. Tapi, kalau gaji pertama aku kat opis baru ni, aku belanja makan sempena harijadi abah yang ke 59 tahun.

7. Berapa anda simpan dari gaji anda?
Takde. Semua habis. Kalau aku dapat simpan pun, sure habis gak aku pakai. Ngee!~

8. Apakah barang yang paling berharga dapat anda beli hasil dari gaji anda?
Kamera? Kahhh....

9. Berapa gaji yang anda impikan?
Lagi besar gaji, lagi kena stay ler kat opis. Tapi, kalau dapat gaji 5 angka, bahagianyaaaa..oh ya, dan tak payah stay lama-lama kat opis. Atau takyah kerja langsung. Kahhh.....

10. Tag 5 orang yang anda rasakan sudah dapat gaji?
Mai, Elin dan Mummyar. Rasanya yang lain-lain dah buat kot.

~ s u h i d a ~

Friday, March 26, 2010

:: Tag dari Mummyar ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag ni dari MUMMYAR, kawan blogger aku yang baru. Salam kenal ye kak.

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Isteri dan mak.

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Pendengar yang baik dan jadi bahan lawak (selalunya....).

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
Berat yang ideal.
Filter air ELKEN.
Kereta baru.
Iphone.
Pergi Disneyland. (Kahhhh..eh eh, ni kira wishlist ke?)

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Mohammad Fadzli Shah bin Ahmad...

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
semuanya

BILA TARIKH COUPLE
kahhhh....lupa lupa...jap ingat balik ye..mmmm....
takde tarikh sebenar kot. tapi tarikh ni masa first time gi keluar makan kot. 14 November 2003

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Accident motor masa aku form 4. Itu paling pahit kot, sebab member aku tu sampai kena operate perut dia. Ada pendarahan dalaman. Aku yang bawak motor bapak dia masa tu. Dia bonceng kat belakang. Huhu...

LAGU TEMA CINTA ANDA
Bersamamu Ezlynn
Kenangan Terindah Samsons

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
jadi suami dan ayah yang soleh

TAG 10 RAKAN LAIN
Sesiapa nak buat tag ni, sila ler amek ye. Jangan segan2.

Sekian..
~ s u h i d a ~

Wednesday, March 17, 2010

:: Tag ALYA ::

Assalamualaikum..
Aku dapat TAG dari Alya, alkisah tag untuk mengingat kembali saat-saat awal perkenalan dengan suami. Mmmm...aku try, try ye nak ingat balik. Uhuk uhuk...Almaklum ler, aku ni pelupa bab2 camni. Ok, jom layan tag jom....
1. first time jumpa with your hubby, bila and kat mana?
Tak ingat ler bila first time jumpa. Sebab abang Cha abang kepada bestfriend ku dari Form 2. Aku pun tak ingat bila first time aku jumpa dia. Bila eh first time jumpa? Mmmmmm...
2. love at first sight?
Hmm..tak la kot. Tersangkut masa aku jadi pengapit kakak kawan aku ni. Tahun 2003. Padahal sebelum-sebelum tu dah berapa kali jumpa. Agaknya masa kenduri kahwin tu baru nak terkena panahan cinta kot. Ceh..poyo..
3. who is he when the first time you meet him?
Abang kawan aku. Rambut panjangggg...Rockers tu rambut panjang2. Siap ada janggut dan misai. Sekarang dah tak boleh bela ler, ate dah kerja hotel) Masa first time bawak pergi jumpa mak, agaknye kenang tu abang best friend aku kot. So, mak bertenanglah jugak. Kaahhh..Ye ke mak.
4. how long it takes for him to ask you out of a date?
Entah, beberapa minggu lepas kenduri kot. Masa tu dia sms, alasan, nak tanya pasal kamera. (Masih teringat gurauan itu...) Kekeke....
5. first place dating?
Pergi bukak puasa kat ada satu restoran seafood kat Gombak kat tepi masjid tu. Tak ingat dah nama dia. Kat simpang tiga trafik light tu. Kalau orang Gombak tau ler kot. Kahhh...
6. how he proposed?
Proposed macam tak proposed pun. Macam cakap-cakap nak datang rumah je.
7. special date with your hubby?
2 Jun 2006. Hari nikah.
20 Mac 2007. Razi lahir.
22 Oktober 2008. Izzat lahir.
8. changes that he asked you to do?
Dia takde suruh aku ubah apa-apa kut. Cuma aku kena faham dia lebih sikit kut.
9. what is about him that you love so much?
Menerima daku seadanya...Ewah.
10. what is about him that you wish he would like change?
STOP SMOKING, PLEASE!!!
11. you will lose your mine and crack your head when he?
Buat tak tau dengan aku. Aku sedar siapa diri ku ini..Isk isk...
12. you will smile through your eyes for the whole day when he?
Reply my sms and return my call dan paling best bila dia yang mula cakap I Love You. (Selalu aku je yang cakap dulu...boring je....)
13. complete below sentences 'my love towards my hubby is as big as..'
Entahlah..aci dak jawab macam tu. Aku tak pernah boleh jawab soalan camtu.
14. nak pass tag ni kepada siapa?
Khamisah, jawab eh tag ku ini.
Sekian, terima kasih.

Saje nak letak gambar ni. Terkenang zaman cinta-cintun dulu. Huhuhu....
~ s u h i d a ~

Thursday, January 28, 2010

:: Award Dan Tag Dari Alya ::

Assalamualaikum....
Yeay, dapat award dan tag dari Alya. Rasa macam dah lama tak dapat award, kan? Maceh alya...aku pengomen tegar ko eh. Hehe..Selalu kat shout box je aku komen je, sebab kadang2 tu aku tengok na dekat 20 lebih orang komen ko tiap2 hari. Huhu..Segan lak nak komen kat bawah2 nun..Nampak sgt mcm lmbt je baca entry ko..kekeke..1. 1st insert this badge or the pic above to inform u have been awarded. - Sudahhh

2. Make sure u take the pic n said it is from ALYA.

3. You should tell 10 facts or hobbies about yourself.

1. Tahun ni aku berumur 30 tahun. Huyoo..macam tak caya je..
2. Aku sangat takut pada tempat gelap dan sempit.
3. Sangat suka makan coklat.
4. Dulu, aku tak suka sup. Tapi sejak terpaksa diet ni, baru ler aku suka makan sup.
5. Hobi aku sekarang berblogging.
6. Aku tak tau kenapa sekarang ni kalau aku gelak, air mata aku keluar sekali macam
menangis. Kadang2 tu air hidung pun keluar. Kenapa haaa? Nak gelak, gelak je la. Nak
nangis sekali kenapa?
7. Aku fobia dengan rumah hantu. Dari hari tu lagi aku nak cerita, tapi tak cerita-cerita lagi.
Ngeee...
8. Aku tak pernah naik rakit. Teringin pulak nak naik rakit.
9. Aku sangat suka makan bercicahkan cili sos. Tapi semenjak dua menjak ni aku dah jarang
dah makan cicah cili sos. Tak tau kenapa.
10. Aku rasa dah banyak sangat orang tau pasal aku..sampai dah kering dah idea nak bagitau
lagi dah..hehehe..
4. You should choose 5 other bloggers (easier the ones who follow you) and tell their names in your blog :
- ina
- mai
- jieha
- ain
- makku fuzah

5. Dont forget to go to their blog and tell them they have been tagged!!!

Award lagi satu dari Alya..tenkiu lagi sekali Alya. huhu...
~ s u h i d a ~

Monday, January 11, 2010

:: Tag Kacamata & Anda ::

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ??
* dari aku darjah 4. tahun 1990 *
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
* masa tu sebenarnya aku gatal nak pakai spek sebab tengok abang mi, abah dan mak pakai spek. mata aku tak rabun sangat sebenarnya, tapi sebab aku keras kepala gak masa tu (haahahaha..) mintak mak nak pakai spek...mm..menyesal tul. xpela..aku pakai spek, comel apa..keke..menyedapkan hati sendiri *
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata
* tak banyak pun. aku tak berapa ingat. tapi rasanye 75 kot *
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama
* hahahaha..aku dulu memang terkenal dengan spek bulat yang besar. kalau aku tunjuk gambo, mahu kena gelak sampai guling-guling korang. tapi jangan salahkan aku. time tu fesyen pe spek bulat besau...(aku sampai sekarang masih tak percaya cane aku tergamak pakai spek gaya cenggitu) oo oo oohh..aku baru teringat spek tu kaler light pink dan plastik okehh..huhuhu..aku ke tu..er.. *
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini
* oo..ikut fesyen gak. kekeke..empat segi tak berapa nak empat segi *
6. Berapa power terkini anda ?
* entah lah. seyes aku tak ingat. teruk tul. tapi silau aku memang teruk ar. malam kalau aku drive, kekadang tu tak nampak jalan tau. *
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini
* mmmm..8?10? dah 20 tahun aku pakai spek woooo..mana nak ingat *
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata sepeti saya, sila nyatakan sebab musabab
* aku sebenarnya kalau leh pergi balik masa ke belakang macam doraemon dengan nobita, mahu aku lempang aku yang masa kecik tu, tak bagi dia gatal-gatal nak pakai spek. susah ar pakai spek. nak mandi laut pun kena pakai spek. pastu orang tengok je nape budak tu mandi pakai spek.bistu, caner nak menikmati pandangan alam semulajadi kalau tak pakai spek. cane nak tengok apa ada kat dalam air, kalau tak pakai spek? *

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
* aku pernah cuba pakai contact lens sekejap masa kat itm dulu. Sebulan je kot. err..member2 siap suh pakai balik spek sebab diorang cakap aku dengan spek tu memang da trademark. memang pun, kalau orang tanya suhida yang mana..alah..yang pakai spek tu..OOOOoooo...macam aku sorg je yang pakai spek. hampeh tul....

Tapi aku prefer spek ler. Senang nak jaga. Contact lens leceh dan menakutkan masa nak sarung ke mata tu..huhu..aku pun tak percaya cane aku leh cuba pakai contact lens dulu.*
10. Opto pilihan?
*mana-mana je yang murah.selalunya kat kedai apek jual spek kat level 1, giant taman permata. Spek dia ok2 dan berbaloi ler. Spek kan mahal. Hmm..bila la aku nak tukar spek baru ni.*
11. Pasangan anda berkaca mata ?
* ha ah, kami pasangan suami isteri yang rabun.sehati sespek. kekeke..tapi mata dia tak rabun sangat *
Orang yang bertuah di tag adalah :
* ina

* ain

* elin

*mai (aku rasa macam ko pakai spek)

sila ye jawab tag ni. sebab korang pakai spek, kan...mmm..sejak bila ain pakai spek eh..baru aku pasan nak tanya. mmm...

Wednesday, November 25, 2009

:: Tag Dari Alya dan Ryn ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag dari Alya. Tag gambo2 lama tu aku tak pasti lah sempat ke tak sempat, aku buat yang ni dulu lah eh Alya!~Baru tadi perasan dapat tag dari Ryn gak..ngeee..Maceh korang~
a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

Alya~
  1. memang Alya ni seorang yang mudah didekati walaupun baru kenal.
  2. ada baby girl yang comel dan tengah mengandung lagi seorang baby girl yang comel gak.
  3. budak-budak berkenan dengan Alya ni. tak tau kenapa sampai akil pun nak ikut dia balik. kekeke...
  4. alya ni rajin komen blog kawan-kawan...
  5. aku rasa bagi ibu yang tengah pregnant dan nia yang tengah melasak, alya tersangatlah aktifnya. brutal ibu seorang ni. huhu...

    Ryn ~

    1. Ibu kepada Adam.
    2. Pernah bagi hadiah kat aku tshirt yang ada nama Razi dan Izzat. Meh terjah blog dia.
    3. Pegang rekod setakat ni beli baju terbanyak dari aku. Hehe..
    4. Sangat sweet dan peramah orangnya. Sama macam Alya, first time jumpa tapi amcam dah lama kenal.
    5. Setau aku dia sangat kreatif, leh wat klip rambut bagai.

b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies
  1. aku tak banyak cakap dengan orang yang aku baru kenal, tapi dah lama kenal kang..tak larat korang nak melayan aku bercakap..hehe...
  2. aku selalu hilang duit, hilang barang-barang.
  3. aku seorang yang pelupa.
  4. aku sangat sangat suka makan coklat.
  5. aku tak makan telur, sotong, kerang, lala, hati, pedal, kaki ayam dan sebagainya. pendek kata aku tak adventure bab makan-makan ni. huhu...
  6. aku sangat fobia dengan rumah hantu. nanti aku cerita.
  7. aku seorang yang lembut hati, tapi kalau dah banyak kali aku terkena, aku boleh bertukar kepada orang yang sangat keras kepala.
  8. aku sangat suka tengok bukit bukau, kehijauan gunung, pantai dan sungai. hantu air aku ni.
  9. aku lebih suka kalau aku yang drive sebab bila jadi penumpang, kepala aku mesti pening.
  10. aku pernah buat operation batin, buang fibroid!~ potong perut tak pakai bius punya. huhu..kalaulah beranak operate leh operate batin camtu gak..lega..
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
  1. ina, adik aku - harus buat tag ni sebab dia baru je ada blog, tak pernah kena tag lagi.
  2. dilah, adik aku gak - dah lama aku tak tag ko. buat tag ni.
  3. jieha, adik sepupu aku - saja nak tengok apa yang interestingnya dia ni..keke
  4. ain, kakak kepada adik sepupu aku tadi tu - buat tag ni, cuti sekolah kan..
  5. elin, kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. ada blog, ni first time dapat tag kot. buat eh elin.
  6. encik pizli, kenal kat blog.aku pernah tag kat dia, tapi tak pernah buat pun - kali ni ko kena buat gak tag ni, wajib. aku tak kira. kuikui..
  7. rumaizah, kawan yang aku kenal secara tak sengaja masa nak join bisnes2 kat internet. cikgu sekolah ni, garang cikgu mai ni. hehe..

Sila buat tag ni ye. Mekasih.

~ s u h i d a ~

Thursday, September 10, 2009

:: Tag Marah ::

Assalamualaikum..
Aku amek TAG MARAH ni dari KAK AI. Memang aku tengah dalam keadaan emosi tak stabil pun sekarang ni.
1. Apakah yang anda lakukan bila marah
Menjerit atau membebel atau menengking..Paling haram pun, aku akan wat muka sakit hati aku tu.
2. Kalau anda terkejut, bolehkah buat anda marah.
Boleh, kalau aku baru bangun tidur, ada orang terkejutkan aku. Memang nak kena ar. Mood aku kalau baru bangun tidur, berangin je, memang dari dulu tak berubah-ubah.
3. Lama tak anda marah.
Hmm..kejap je kot. Aku kuat marah, tapi aku cepat kool balik. Tapi kalau hari-hari marah pada benda yang sama, sampai aku takleh buat apa-apa lagi, aku akan blah atau aku langsung tak layan orang tu lagi dah. Lantak ko lah.
4. Apa yang anda buat untuk hilangkan marah.
Campak barang. Huhu..Apa je yang ada kat depan aku, memang jahanam ar benda tu. (Ini kat rumah je ye..hehe..) Sekarang ni aku cuba istighfar banyak2 kalau aku marah.
5. Selalu tak anda buat orang marah?
Entah ar..
6. Kerap tak anda marah?
Sejak akhir-akhir ni kerap sangat. Selalu yang jadi mangsa kena marah ngn aku, Razi ler..Cian anak mak..
7. Siapa yang anda nak tag?Kalau diorang tak buat, anda mrah tak?
Aku tag semua yang tengah dilanda kemarahan. Hehe..Korang nak buat ke,tanak buat ke..lantak korang ler..Aku tak marah. Kalau tu pun aku marah..memang aku ni pemarah betul orangnyer...Hehe..
~ s u h i d a ~

Saturday, September 05, 2009

:: Tag Makan-makan Dari Ryn ::

Assalamualaikum...
Dapat tag makan-makan ni dari Ryn. Hehe..Maceh Ryn.
~TAG MAKAN-MAKAN RAYA ~
1.Suka memasak?
Ikut mood. Kalau rajin,masak. Kalau tak rajin, tak masak. Pemalas betul..
2.Masakan istimewa anda untuk yang tersayang adalah..(2 jenis)
Ayam goreng berempah
Daging masak kicap..
(Agaknyalah kot,perasan tul istimewa..hehe....abang kalau dapat ikan kembung goreng pun dah cukup sedap dah pada dia..huhu..)
3.Makanan istimewa yang anda suka waktu Raya? Kenapa? (2 jenis)
Rendang Ayam
Daging masak hitam
(Makan dengan nasi dengan cili sos..sangat sedap..huhuh..)
4.Kuih raya kegemaran anda dan si dia?
Kuih samprit, orang kat CIMB buat..Memang sedap gila. Puas hati kalau makan. Pastu kalau kuih apa2 pun yang berasaskan coklat, aku lah hantunya. Abang suka makan kepek2 je. Kuih2 dia kureng.
5.Tayang sikit gambar masakan dari anda..hehe..
Semua ni gambo2 masa berbuka puasa kat rumah mak tadi. Aku masak daging masak hitam, sayur kobis dan ayam panggang...Layan...Zasss..
Daging masak hitam..Lepas dapat tag ni, tiba-tiba rasa nak makan daging masak hitam..Ada bahan, so...buat ler...huhu..
Sayur kobis faveret abang.
Ayam panggang. Bakar pakai microwave oven selama sejam. (Aku buat ni pun sebab telan air liur tengok ko wat ayam panggang, Ryn..hehe..)
Ni roti john beli daaa...
Air mangga, air tebu beli kat PARAM. Air tembikai aku blend. Tekak dahaga betul bulan pose kali ni. Huhu..
Ini ler juadah berbuka puasa kami sekeluarga. Banyak? Biasa je kan.. Sambal belacan yang power. Huhu..
Popia basah.
Puteri mandi ke? Badak berendam? Tapi yang ni tak sedap ar..Manis sangat.
Masalodeh faveret abang.
6.Sila beri tag ini pada 6 orang kenalan di BlogList anda:
Ezlin
Chekuna
Rumaizah
Tumblerbiru
Fidah
Ila Razali
Sila ye buat tag ni..Jangan segan-segan..hehe..
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...