Monday, January 11, 2010

:: Tag Kacamata & Anda ::

1. Sejak bila anda mula berkaca mata ??
* dari aku darjah 4. tahun 1990 *
2. Bagaimana anda tahu yang anda memerlukan kacamata ketika itu?
* masa tu sebenarnya aku gatal nak pakai spek sebab tengok abang mi, abah dan mak pakai spek. mata aku tak rabun sangat sebenarnya, tapi sebab aku keras kepala gak masa tu (haahahaha..) mintak mak nak pakai spek...mm..menyesal tul. xpela..aku pakai spek, comel apa..keke..menyedapkan hati sendiri *
3. Berapa ‘power’ pada permulaan anda berkaca mata
* tak banyak pun. aku tak berapa ingat. tapi rasanye 75 kot *
4. Jenis/bentuk kaca mata anda yang pertama
* hahahaha..aku dulu memang terkenal dengan spek bulat yang besar. kalau aku tunjuk gambo, mahu kena gelak sampai guling-guling korang. tapi jangan salahkan aku. time tu fesyen pe spek bulat besau...(aku sampai sekarang masih tak percaya cane aku tergamak pakai spek gaya cenggitu) oo oo oohh..aku baru teringat spek tu kaler light pink dan plastik okehh..huhuhu..aku ke tu..er.. *
5. Jenis/bentuk kaca mata anda yang terkini
* oo..ikut fesyen gak. kekeke..empat segi tak berapa nak empat segi *
6. Berapa power terkini anda ?
* entah lah. seyes aku tak ingat. teruk tul. tapi silau aku memang teruk ar. malam kalau aku drive, kekadang tu tak nampak jalan tau. *
7. Berapa banyak koleksi kaca mata yang anda ada dari dulu hingga kini
* mmmm..8?10? dah 20 tahun aku pakai spek woooo..mana nak ingat *
8. Jika anda ada sentiment tidak suka berkaca mata sepeti saya, sila nyatakan sebab musabab
* aku sebenarnya kalau leh pergi balik masa ke belakang macam doraemon dengan nobita, mahu aku lempang aku yang masa kecik tu, tak bagi dia gatal-gatal nak pakai spek. susah ar pakai spek. nak mandi laut pun kena pakai spek. pastu orang tengok je nape budak tu mandi pakai spek.bistu, caner nak menikmati pandangan alam semulajadi kalau tak pakai spek. cane nak tengok apa ada kat dalam air, kalau tak pakai spek? *

9. Yang mana anda lebih gemar. Kaca mata atau contact lens? Kenapa ?
* aku pernah cuba pakai contact lens sekejap masa kat itm dulu. Sebulan je kot. err..member2 siap suh pakai balik spek sebab diorang cakap aku dengan spek tu memang da trademark. memang pun, kalau orang tanya suhida yang mana..alah..yang pakai spek tu..OOOOoooo...macam aku sorg je yang pakai spek. hampeh tul....

Tapi aku prefer spek ler. Senang nak jaga. Contact lens leceh dan menakutkan masa nak sarung ke mata tu..huhu..aku pun tak percaya cane aku leh cuba pakai contact lens dulu.*
10. Opto pilihan?
*mana-mana je yang murah.selalunya kat kedai apek jual spek kat level 1, giant taman permata. Spek dia ok2 dan berbaloi ler. Spek kan mahal. Hmm..bila la aku nak tukar spek baru ni.*
11. Pasangan anda berkaca mata ?
* ha ah, kami pasangan suami isteri yang rabun.sehati sespek. kekeke..tapi mata dia tak rabun sangat *
Orang yang bertuah di tag adalah :
* ina

* ain

* elin

*mai (aku rasa macam ko pakai spek)

sila ye jawab tag ni. sebab korang pakai spek, kan...mmm..sejak bila ain pakai spek eh..baru aku pasan nak tanya. mmm...

6 comments:

mamashasha said...

tq eh siapkan tag ini...wah darjah 4 beb...tula sape soh nk sgt pakai spect...ha ambik ko...kan dah kene pakai...kahhhh dpt aku bayangkan ko dgn spect bulat tu wei.....haha

pizli.mw said...

aku dulu pun start pakai spek sbb konon pakai spek tu cool.. skrg ambik kau dah menyusahkan.. nak tngk tv pun kena pakai spek..

miemiey said...

alhamdulilah setakat ni mata sy ok lagi tak perlu pakai spek..kot2 tua nnti pakai spek kot..

Mrs. Simplicity said...

ade beberapa soalan sama jawapan nye dgn aku. tunggu aku nye turn lak jawab tag ni eh :D

suhida said...

bed:tersangat2 ler kelakarnye tak leh aku nak ingat.huhu..
pizli:la ye ke..pakai ke?kalau tau,suh ko wat tag ni.
miemiey:harap2 smpi ke tua tak pakai la kak..leceh ar pakai spek ni.pandangan sempit.
alya:ko pakai spek gak kan,klu tgk balik gambo lama ko.kahh..

NurTruth said...

ain mana ne..ain ne ker???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...