Showing posts with label down. Show all posts
Showing posts with label down. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

:: Just Nak Update Cerita yang Tak Berapa Nak Update ::

Assalamualaikum
Dah lama tak bercerita pasal life aku kan? Ewah....
Hmm..sekejap je aku rasa waktu berlalu bila kerja kat opis baru ni, dah setahun sebulan dah pun. Alhamdulillah, aku suka kerja kat opis baru ni, walaupun masa mula-mula dulu aku macam kureng je kan. Environment ok, bos ok. Kawan-kawan ok lah jugak, walaupun ada masa-masanya menyakitkan hati. Boleh buat aku jadi mental. Haih.... Makan pun dah ada kedai makan yang reasonable harga dia. Aku dah jarang makan dah nasi goreng kampung harga RM11.90 tu. Huhuhu... Kaya sangat lah aku ni kannn...
Tapi, kerja serius kerja macam orang gila. Tunggang terbalik hidup aku sekarang ni.
 Ini lah tempat aku berdondang sayang hari-hari. Nasib baik workstation baru, semangat sikit nak buat kerja yang tak berkesudahan. Nampak meja macam kemas je kan. (Mestilah, nak masuk dalam blog..kasilah kemas sikit..hahaha)
Tapi, aku tak pasti lah samada aku ni yang over sensitive ke atau normal...Kenapa lah perangai sama je mana-mana pergi. Orang memang dengki kan kalau kita balik sharp pukul 6. Diorang rasa macam best je tegur orang, nak balik dah? Awalnya balik? Cabut ehhhh? Saje cakap kuat-kuat jerit sepelaung. Dalam hati aku, sama je macam opis lama kalau bab dengki tengok orang nak balik. Yelah, aku balik..ada 3 orang dah menunggu.. Korang balik, berlenggang kangkung, tak ada sesiapa yang tunggu. Kalau lambat ambik, OT sepuluh - lima belas hengget!!! Letihlah situasi macamni. Korang balik awal, ada aku kisah?? Hmmm!!!!! 
By the way, Farhan dah nak masuk 7 bulan!
Ahmad Farhan dah start makan masa nak masuk 6 bulan hari tu. Sekarang asyik menangis tak boleh kena tinggal. Nak masak pun nak kena berdukung. Huhu.. nasib tak masak hari-hari, kalau tak mahu patah pinggang mak, Farhan. Ngee!~

* Sayang anak, tangan-tangankan.. tapi kalau terlebih tangan, takut jugak. Hai, hati...sabar banyak-banyak ye.

~ s u h i d a ~

Monday, September 26, 2011

:: Aku Stress ::

Assalamualaikum..
Hari ni rasa nak buat sesi meluahkan perasaan boleh tak? Huhuhu...
Pernah tak korang rasa korang penat sangat sampai dah tak daya sangat-sangat dan rasa nak putus asa pun ye jugak. Putus asa dengan semua benda. Rasa kalau lah badan ni terdaya nak buat semua benda, tak perlu lah nak mintak bantuan orang. Faham semua orang penat.. Orang lain penat, boleh lagi lari buat hal sendiri. Tapi aku penat, nak mengadu pun tak dilayan, nak mintak masa untuk diri sendiri lagilah tak boleh.
Dah lama tak dapat rasa tidur lena. Dah lama tak dapat sembang-sembang dengan kawan-kawan. Dah lama tak dapat rasa nak berbaring-baring malas-malas. 
Sekarang ni seminggu pada aku dah rasa macam sehari. Sebulan aku rasa macam seminggu. Apatah lagi kalau sehari..rasa macam sekejap je. Punya lah aku rasa masa cepat sangat berlalu. Bangun pagi, siap-siapkan diorang cepat-cepat, pergi kerja..balik kerja amek diorang, pandai-pandailah cari cara macam mana nak makan. Nak masak pun macam mana? Pastu cepat-cepat suruh diorang tidur, sebab aku pun dah penat, tak daya. Boring lah... hidup macam takde makna. 
Menangis hari-hari pun benda tak boleh diubah, hadaplah macam diri ni tabah dan kuat. Rasa macam kena buli pun ye gak. Semua benda nak kena terkejar-kejar. Yelah, tiga orang anak..sorang-sorang kena handle. Ala...sorang anak pun orang boleh komplen penat, aku takkan tak boleh nak cakap apa-apa langsung. Agak-agaklah sikit.....Kalaulah boleh mintak tambah tangan, aku mintak nak tambah tangan. 
Ohhh...aku stress....... 

* Harap-harap esok mata aku betul-betul sakit. Petang tadi tengok merah dah sikit. Mata Izzat dah elok, mata aku dan Razi pulak macam ada tanda-tanda nak kena pulak. Kalau betullah sakit, aku nak mc, tidur sepuas-puasnya.

Friday, April 15, 2011

:: Check-Up 32 Minggu yang Mengecewakan ::

Assalamualaikum...
Sebelum baca, aku nak bagitau entry kali ni memang luahan perasaan aku semata-mata. Aku menaip dengan lelehan air mata dan air hidung ye. Sila baca dengan serius. Terima kasih.
Semalam aku rasa macam dah bermula episod pra-bersalin yang menakutkan. Kenapa?
Semalam normal cek-up di KKIA Gombak Setia, kandungan aku dah pun berusia 32 minggu dan 3 hari. Aku takde lah nak expect apa-apa sangat. Cuma rileks nak pergi cek-up biasa je. Mula-mula timbang berat... Ok...naik >1.5kg. Sepatutnya cek-up kali ni kena naik 1kg je per dua minggu. Nasib baik boleh timbang sendiri, nurse tak berdiri sebelah tengok berat kita. So aku kelentong nurse tu sepatutnya berat aku 74.8kg kot. Aku kelentong berat aku 74kg je. Huhu....
Lepas tu, cek kencing... kotor. Tak pernah-pernah result aku kencing kotor. Ni second time cek-up trace kencing kotor. Nurse nasihatkan supaya minum banyak air. Ikutkan aku ni hantu air, memang manusia kuat minum air. Jadi pelik lak nape tiba-tiba kencing aku kotor. Huhu....
Dah pasal kencing kotor, kena cucuk ambik darah lagi untuk cek paras hemoglobin pulak. Kali ni prosedur dah bertukar. Dari cuma cucuk kat jari je, dah bertukar kena amek darah kat pelipat tangan dalam 3ml dan kena bawak sendiri ke makmal kat klinik kesihatan yang baru dibina kat sebelah KKIA Gombak Setia ni. Result seperti yang aku duga, bacaan makin jatuh. Dari 10.5, jadi 9.7, pastu jadi 9.4...dan semalam dah jadi 9.1mg je. Huhu... Anemia lagi aku ni. Walaupun masa mengandung sebelum-sebelum ni pun aku anemia, tapi kali ni aku frust sangat-sangat.. Sebab aku dah makan asid folik dan vitamin B kompleks hari-hari... Kalau masa dulu, aku tak kisah sangat, sebab aku memang makan ubat ikut suka hati aku je. Huhu... Oh ya, yang boleh buat lagi haru, misi tu tak jumpa urat darah aku. Geramnyaaaa.... Tiga kali cucuk baru jumpa. Sori...sori.... Aku senyum je, tapi dalam hati aku bengkerk weh... Sakitlah!!! Meh aku cucuk tangan ko pulak. Sengal nye orang.
Dah lepas cek dengan nurse, diorang mintak aku jumpa doktor hari ni sebab kes kencing kotor aku ni. Aku memang horror kalau bab jumpa doktor KKIA ni. Diorang strict sikit. Kalau dengan nurse, boleh lagi kalau nak skip ke, nak ngelat ke. Huhu... Macam dijangka jugak, banyak perkara yang tak best. Mula-mula doktor suruh aku test lagi sekali MGTT. Ingatkan dah lepas hari tu, tak kena. Kena jugak minum air gula minggu depan hari Jumaat. Terganggu kejap emosi aku ni.. Arghhhh.... Minum air gula satu hal, kena diet satu hal. Takut result kencing manis satu hal, kalau kena buat BSP pulak satu hal. Aku ni dahlah baru kerja kat tempat baru.... Serius, aku sangat tertekan masa cek up tadi.
Doktor suruh aku test lagi sekali air kencing, tapi kena pergi makmal, pastu dia saspek aku talasemia dan mintak aku amek darah lagi kat makmal. Alhamdulillah test kencing kat makmal, kencing aku ok. Cuma ada protein 2% kot, tak silap aku. Pada aku, mula-mula maybe takde apa-apa. Tapi bila aku tanya doktor ada apa-apa yang tak kena ke pasal protein tu, aku ada kanser ke. Sebab muka doktor tu macam risau je bila tengok result aku tu. Dia cakap, "Takdelah..awak takde apa-apa. Saya risau baby tu je." Terdiam aku... Apa lagi laaaa yang tak kenanya.. Aku nak tanya lebih-lebih, tak jadi. Dia pun tak explain apa-apa. Takut kang lagi merepek jadinya.
So, masa ambik darah kat makmal sebelah tu. Dahlah lama menunggu. Yelah, klinik kesihatan lah katakan.... Punyalah ramai umat manusia dalam klinik tu. Klinik kecik sangat. Kali ni aku kena injek 2 kali pulak... sebab mamat tu isi darah aku dalam botol yang salah. Darah 5ml lak tu sekali injek. Geram je..Sabo..sabo... Result darah tu nak tau aku ada talasemia ke tak, akan dapat dalam masa sebulan. Doa-doakan aku takde talasemia ye. Macam-macam penyakit akhir zaman ni. Ish.. kebetulan masa kena injek ambik darah 2x tu, ada sorang makcik ni keting belah kiri dia separuh kena potong... Ngeri aku tengok, first time aku nampak isi daging manusia live. Makcik tu kencing manis. Datang klinik untuk cuci luka. Alamak... insaf tengok. Aku tak nak dah kerap sangat minum air manis. Menakutkan.. tak sanggup aku.
Hmm..sebenarnya ada lagi perkara yang buat aku down hari ni. Tapi, nak cerita pun..maybe orang akan cakap benda tu biasa je. Normal... yang penting ibu dan anak selamat. Tapi, pada aku apa-apa pun semuanya badan aku yang menanggung. Apa yang jadi hari ni, apa yang akan jadi akan datang... walaupun kita tak tahu lagi apa yang akan jadi... Tapi, kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku hadapi tu, bukanlah sesuatu yang best. Apa yang aku harapkan, cuma Allah bagi aku kekuatan dan dapat support dari suami pun cukuplah.. Aku dah tak mengharap yang lain lagi dah... Aku faham semua ketentuan Allah, tapi... mestilah ada sedikit kecewa. Takkan lah aku tak boleh tunjuk sikit kecewa aku. Aku bukannya manusia yang perfect pun, boleh terima je semua ujian dengan redha. Mungkin mula-mula aku macam susah nak terima, tapi lama-lama aku akan ok.. Cuma ambik masa dan aku rasa aku perlu jugak luahkan rasa hati aku lebih-lebih lagi pada orang yang aku rasa patut tahu apa dalam hati aku.
Hmm.. dah macam cerpen dah jadinya luahan perasaan. Dari pagi sampailah aku menulis ni meleleh je air mata. Jangan esok bengkak mata sudah. Harap-harap Allah permudahkan aku untuk mengurus anak-anak lepas aku bersalin nanti. Aku tahu dugaan masa tu mesti tough sikit, tapi nak buat camne..hadap je lah,kan?
Hari ni confirm :
1. Aku akan bersalin c-zer jugak. Doktor memang tak benarkan untuk bersalin normal lagi sebab history czer dah dua kali. Risiko untuk ibu, sebab takut rahim boleh pecah masa conttraction dan kemungkinan baby boleh meninggal dalam perut. Oklah, aku tak tanamkan harapan lagi dah untuk bersalin normal. Aku faham ramai lagi kat luar sana yang bersalin czer, berderet anak jantina yang sama dan dah selamat kena ikat. Hidup bahagia je. Tapi, jangan cakap dengan aku... Kesian..muda lagi..baru 30 dah kena ikat..muda lagi dah kena ikat rahim. Memang aku pangkah orang yang cakap camtu kat aku.
2. Confirm bersalin kat HKL lagi kali ni. Doa-doakan aku dapat lagi kali ni duduk dalam bilik first class. Bukan nak mengada-ngada mintak bilik first class. Tapi, kalau dah czer tu, elok lah duduk dalam bilik. Confirm kena tahan 3 hari. Suami boleh tunggu. Orang cakap boringlah duduk dalam bilik sorang-sorang takde orang nak bersembang. Lantak kan... Yang penting aku selesa, bilik air ada dalam bilik. Takdelah aku risau nak tinggalkan anak sorang-sorang kalau nak ke bilik air. Toilet kat HKL kalau ward biasa, jauh. Dengan luka czer lagi. Terkedek-kedek nak ke toilet, sakit-sakit tu. terkejar-kejar risaukan anak kena tinggal. Huhu.. Banyak lah kalau ikutkan. Bil kalau first class dan czer kat HKL dalam seribu Lebih. Tak membazir pun. Asalkan selesa. Aku yang nak kena tahan tiga hari nanti kat wad. Psiko weh kalau duk ward biasa, tengok katil asyik bertukar orang dah boleh balik rumah...huhu... Ya Allah, harap-harap sangat dapat 1st class masa bersalin nanti.
3. Confirm anak lelaki. Hari ni dua kali scan, sekali kat KKIA. Lagi sekali kat HKL. Memang nampak telurnya. :) Kedudukan baby melintang tadi. Kepala kat perut belah kanan aku. Tapi kaki dia kat belah kiri perut aku. Nurse nasihat jangan pergi urut. Eleh, kalau aku urut pun, ada apa hal? Aku confirm kena czer kan?..... Sekian bebelan Suhida pada hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi rasa dengan aku kejap. :P Ye...aku memang akan down berbulan-bulan.
 Lagu ni aku dedicate untuk aku sendiri..heh....

~ s u h i d a ~

Wednesday, October 13, 2010

:: Part Time oh Part Time ::

Assalamualaikum...
Pukul 3 pagi - aku masih depan komputer. Nak buat macam mana. Kerja harus disiapkan hari ni jugak. Hari ni pulak seharian melepak dengan Razi dan Izzat. Memang tak boleh nak konsentret buat kerja kalau diorang ada. Malam jelah aku boleh buat kerja dengan tenang. Itu pun, kalau Izzat tak terbangun-bangun mintak susu. Alhamdulillah malam ni abang balik awal. Dia yang melayan tidur Izzat. Kalau tak, memang boleh mengundang ketensionan jugak ni. Siang tadi dah satu hari tak sentuh kerja.
Kepala dah pening, mata dah tak larat bukak ni, tapi nak attach file kat email, lamanya!!! Try banyak kali, asyik error je. Bencinya.Serius aku benci kerja part time. Rasa meluat sudah. Huhu... Nak menangis rasanya.
Kenapa lah ye nasib aku macam ni? Aku rasa down sangat-sangat.

~ s u h i d a ~

Saturday, October 02, 2010

Hadapi Dengan Senyuman


Hadapi Dengan Senyuman - Dewa


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Monday, December 14, 2009

:: Hati Membeku Nih ::

Assalamualaikum.....
Errr..aku tak faham ar, kenapa ada manusia yang menyakitkan hati. Takde angin takde ribut, tiba2 buat aku sakit hati. Alkisah kat fesbuk, aku buat status "hati membeku mengingatkan.." disambung oleh zura "kata janji manismu...".
Tiba-tiba je ada sorang mamat sekolah lama aku komen "apa suhida janji ngan aku dulu ek? aku rasa ada,tp x ingat dh apa dia" Aku tau dulu dia pernah kapel ngn best friend aku, tapi aku rasa aku tak pernah bercakap dengan dia kot. Aku reply la balik "apa?ada ke?org lain kot janji ngn ko. *wink..." Tau dia reply apa? Bikin aku panas jeee pagi2 buta ni. "mana org lain... aku ingat lg ko yg janji dulu. aku x ingat yg mana satu. pizza ke sehidup sematì. yuck! saya yakin saya pilih pizza dlm apa jua keadaan. huhu.." errrr...ko apahal? Aku lagi jijik tengok muka kau doh. Tak tersenarai pun dalam list jejaka hensem sekolah aku dulu tu. Ceh...Nak cover la tu. Takut bini dia tanya mcm2 la kot (almaklumlah bini satu sekolah). Geram aku ngn orang yang cari pasal tak pasal-pasal ni.
Huh...Tiba-tiba je hati aku jadi beku. Benci.
* Agaknya Zura.. muka aku ni memang muka buat orang tak suka kat aku kot, walaupun aku tak kacau orang..huhu..sedih aku.
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...