Assalamualaikum...
Sebelum baca, aku nak bagitau entry kali ni memang luahan perasaan aku semata-mata. Aku menaip dengan lelehan air mata dan air hidung ye. Sila baca dengan serius. Terima kasih.
Semalam aku rasa macam dah bermula episod pra-bersalin yang menakutkan. Kenapa?
Semalam aku rasa macam dah bermula episod pra-bersalin yang menakutkan. Kenapa?
Semalam normal cek-up di KKIA Gombak Setia, kandungan aku dah pun berusia 32 minggu dan 3 hari. Aku takde lah nak expect apa-apa sangat. Cuma rileks nak pergi cek-up biasa je. Mula-mula timbang berat... Ok...naik >1.5kg. Sepatutnya cek-up kali ni kena naik 1kg je per dua minggu. Nasib baik boleh timbang sendiri, nurse tak berdiri sebelah tengok berat kita. So aku kelentong nurse tu sepatutnya berat aku 74.8kg kot. Aku kelentong berat aku 74kg je. Huhu....
Lepas tu, cek kencing... kotor. Tak pernah-pernah result aku kencing kotor. Ni second time cek-up trace kencing kotor. Nurse nasihatkan supaya minum banyak air. Ikutkan aku ni hantu air, memang manusia kuat minum air. Jadi pelik lak nape tiba-tiba kencing aku kotor. Huhu....
Lepas tu, cek kencing... kotor. Tak pernah-pernah result aku kencing kotor. Ni second time cek-up trace kencing kotor. Nurse nasihatkan supaya minum banyak air. Ikutkan aku ni hantu air, memang manusia kuat minum air. Jadi pelik lak nape tiba-tiba kencing aku kotor. Huhu....
Dah pasal kencing kotor, kena cucuk ambik darah lagi untuk cek paras hemoglobin pulak. Kali ni prosedur dah bertukar. Dari cuma cucuk kat jari je, dah bertukar kena amek darah kat pelipat tangan dalam 3ml dan kena bawak sendiri ke makmal kat klinik kesihatan yang baru dibina kat sebelah KKIA Gombak Setia ni. Result seperti yang aku duga, bacaan makin jatuh. Dari 10.5, jadi 9.7, pastu jadi 9.4...dan semalam dah jadi 9.1mg je. Huhu... Anemia lagi aku ni. Walaupun masa mengandung sebelum-sebelum ni pun aku anemia, tapi kali ni aku frust sangat-sangat.. Sebab aku dah makan asid folik dan vitamin B kompleks hari-hari... Kalau masa dulu, aku tak kisah sangat, sebab aku memang makan ubat ikut suka hati aku je. Huhu... Oh ya, yang boleh buat lagi haru, misi tu tak jumpa urat darah aku. Geramnyaaaa.... Tiga kali cucuk baru jumpa. Sori...sori.... Aku senyum je, tapi dalam hati aku bengkerk weh... Sakitlah!!! Meh aku cucuk tangan ko pulak. Sengal nye orang.
Dah lepas cek dengan nurse, diorang mintak aku jumpa doktor hari ni sebab kes kencing kotor aku ni. Aku memang horror kalau bab jumpa doktor KKIA ni. Diorang strict sikit. Kalau dengan nurse, boleh lagi kalau nak skip ke, nak ngelat ke. Huhu... Macam dijangka jugak, banyak perkara yang tak best. Mula-mula doktor suruh aku test lagi sekali MGTT. Ingatkan dah lepas hari tu, tak kena. Kena jugak minum air gula minggu depan hari Jumaat. Terganggu kejap emosi aku ni.. Arghhhh.... Minum air gula satu hal, kena diet satu hal. Takut result kencing manis satu hal, kalau kena buat BSP pulak satu hal. Aku ni dahlah baru kerja kat tempat baru.... Serius, aku sangat tertekan masa cek up tadi.
Doktor suruh aku test lagi sekali air kencing, tapi kena pergi makmal, pastu dia saspek aku talasemia dan mintak aku amek darah lagi kat makmal. Alhamdulillah test kencing kat makmal, kencing aku ok. Cuma ada protein 2% kot, tak silap aku. Pada aku, mula-mula maybe takde apa-apa. Tapi bila aku tanya doktor ada apa-apa yang tak kena ke pasal protein tu, aku ada kanser ke. Sebab muka doktor tu macam risau je bila tengok result aku tu. Dia cakap, "Takdelah..awak takde apa-apa. Saya risau baby tu je." Terdiam aku... Apa lagi laaaa yang tak kenanya.. Aku nak tanya lebih-lebih, tak jadi. Dia pun tak explain apa-apa. Takut kang lagi merepek jadinya.
So, masa ambik darah kat makmal sebelah tu. Dahlah lama menunggu. Yelah, klinik kesihatan lah katakan.... Punyalah ramai umat manusia dalam klinik tu. Klinik kecik sangat. Kali ni aku kena injek 2 kali pulak... sebab mamat tu isi darah aku dalam botol yang salah. Darah 5ml lak tu sekali injek. Geram je..Sabo..sabo... Result darah tu nak tau aku ada talasemia ke tak, akan dapat dalam masa sebulan. Doa-doakan aku takde talasemia ye. Macam-macam penyakit akhir zaman ni. Ish.. kebetulan masa kena injek ambik darah 2x tu, ada sorang makcik ni keting belah kiri dia separuh kena potong... Ngeri aku tengok, first time aku nampak isi daging manusia live. Makcik tu kencing manis. Datang klinik untuk cuci luka. Alamak... insaf tengok. Aku tak nak dah kerap sangat minum air manis. Menakutkan.. tak sanggup aku.
Hmm..sebenarnya ada lagi perkara yang buat aku down hari ni. Tapi, nak cerita pun..maybe orang akan cakap benda tu biasa je. Normal... yang penting ibu dan anak selamat. Tapi, pada aku apa-apa pun semuanya badan aku yang menanggung. Apa yang jadi hari ni, apa yang akan jadi akan datang... walaupun kita tak tahu lagi apa yang akan jadi... Tapi, kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku hadapi tu, bukanlah sesuatu yang best. Apa yang aku harapkan, cuma Allah bagi aku kekuatan dan dapat support dari suami pun cukuplah.. Aku dah tak mengharap yang lain lagi dah... Aku faham semua ketentuan Allah, tapi... mestilah ada sedikit kecewa. Takkan lah aku tak boleh tunjuk sikit kecewa aku. Aku bukannya manusia yang perfect pun, boleh terima je semua ujian dengan redha. Mungkin mula-mula aku macam susah nak terima, tapi lama-lama aku akan ok.. Cuma ambik masa dan aku rasa aku perlu jugak luahkan rasa hati aku lebih-lebih lagi pada orang yang aku rasa patut tahu apa dalam hati aku.
Hmm.. dah macam cerpen dah jadinya luahan perasaan. Dari pagi sampailah aku menulis ni meleleh je air mata. Jangan esok bengkak mata sudah. Harap-harap Allah permudahkan aku untuk mengurus anak-anak lepas aku bersalin nanti. Aku tahu dugaan masa tu mesti tough sikit, tapi nak buat camne..hadap je lah,kan?
Hari ni confirm :
1. Aku akan bersalin c-zer jugak. Doktor memang tak benarkan untuk bersalin normal lagi sebab history czer dah dua kali. Risiko untuk ibu, sebab takut rahim boleh pecah masa conttraction dan kemungkinan baby boleh meninggal dalam perut. Oklah, aku tak tanamkan harapan lagi dah untuk bersalin normal. Aku faham ramai lagi kat luar sana yang bersalin czer, berderet anak jantina yang sama dan dah selamat kena ikat. Hidup bahagia je. Tapi, jangan cakap dengan aku... Kesian..muda lagi..baru 30 dah kena ikat..muda lagi dah kena ikat rahim. Memang aku pangkah orang yang cakap camtu kat aku.
2. Confirm bersalin kat HKL lagi kali ni. Doa-doakan aku dapat lagi kali ni duduk dalam bilik first class. Bukan nak mengada-ngada mintak bilik first class. Tapi, kalau dah czer tu, elok lah duduk dalam bilik. Confirm kena tahan 3 hari. Suami boleh tunggu. Orang cakap boringlah duduk dalam bilik sorang-sorang takde orang nak bersembang. Lantak kan... Yang penting aku selesa, bilik air ada dalam bilik. Takdelah aku risau nak tinggalkan anak sorang-sorang kalau nak ke bilik air. Toilet kat HKL kalau ward biasa, jauh. Dengan luka czer lagi. Terkedek-kedek nak ke toilet, sakit-sakit tu. terkejar-kejar risaukan anak kena tinggal. Huhu.. Banyak lah kalau ikutkan. Bil kalau first class dan czer kat HKL dalam seribu Lebih. Tak membazir pun. Asalkan selesa. Aku yang nak kena tahan tiga hari nanti kat wad. Psiko weh kalau duk ward biasa, tengok katil asyik bertukar orang dah boleh balik rumah...huhu... Ya Allah, harap-harap sangat dapat 1st class masa bersalin nanti.
3. Confirm anak lelaki. Hari ni dua kali scan, sekali kat KKIA. Lagi sekali kat HKL. Memang nampak telurnya. :) Kedudukan baby melintang tadi. Kepala kat perut belah kanan aku. Tapi kaki dia kat belah kiri perut aku. Nurse nasihat jangan pergi urut. Eleh, kalau aku urut pun, ada apa hal? Aku confirm kena czer kan?..... Sekian bebelan Suhida pada hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi rasa dengan aku kejap. :P Ye...aku memang akan down berbulan-bulan.
Lagu ni aku dedicate untuk aku sendiri..heh....
~ s u h i d a ~
9 comments:
Sabar ye Suhida... InsyaAllah semuanya selamat. Czer kan boleh 4 orang sekarang hehe.. Apa-apa semoga semuanya dipermudahkanlah ye.. Amin...
Assalam,sue...sabar byk²..mcm alu jugak..trauma dgn bsalin awalnyer...anak akanprolonge jaundice...smlm aku dh rs mcm sakit..ingat² luper rs sakit waktu 1st tu..cuak gak...rs nk tido tu mcm x lelap...alhamdulilah pg ni dh ok dah..aku rs mcm sangkak belah kanan... byk² doa & istighfar tau!!!
sabarlah su..dugaan semua..su..doktor comfirm ke nak ikat lps czer kali ni...??
besar dugaan ko time peknen nih...semoga ko tabah ye sue...demi anak...aku doakan semoga ko dan bb selamat...jaga kesehatan dan rehat secukupnya sue...
Sue..fiza jarang drop komen kat sini. Per2 pun Fiza harap Sue banyak bersabar. fiza pun preggy 5 month. Masa first ceaser gak n hope kali ni dapat la normal lak. Sam2 kita doakan dipermudahkan semuanya
k.su, hopefully kandungan kali ini akan selamat semuanya. Insyallah dugaan itu memberi hikmah.. kemungkinan akan melahirkan anak yang bijak nnt...
suhida, aku tumpang sedihd. tp sebagai kawan fikir positif ye. and aku rasa x yah ikat kot. kena ke? ish, harap semua urusan ko dipermudahkan Allah... ko jaga diri jaga makan ye.
salam su, aku harap kau terima dgn hati yg terbuka. walau pun mudah aku berkata2 hanya kau saja yg tau keadaan diri kau...kami yg mendengar hny mampu memberi dorongan utk kau lalui ujian ni dgn penuh kesabaran.... 1 aku nk bgtau even dah ikat pun still bole pregnant...kuasa ALLAH su...terjadi dpn mata aku...kakak bb sitt shasha 3 anak dia pompuan & c-zer...after bersalin yg ketiga terus ikat...tup2 kuasa allah dia pregnant...dan yg paling best hat no.4 lelaki....teruskan berdoa....utk menghadapi saat2 bersalin tu aku yakin semua kau dpt lalui ....aku doakan segala urusan dipermudahkan...amin
pizli:doa2kan la utk aku masa operate tu,doc bagi aku lagi satu peluang utk pregnant lagi ye. :)
elin:tQ my fren. insya Allah.
kak na:time kasih kak na. psl kena ikat tu bergantung pada masa operate tu, doc akan tgk keadaan rahim kite masih boleh lagi utk pregnant lagi sekali ke tak. tu yg saspen tu..sbb tak tau cane keadaan rahim kat dalam tu. huhu...
nome:aku tak kuat kot mie... time kasih mie tlg doakan utk aku. :)
fieza:slm fieza :) insya Allah.. sy doakan smoga fieza dpt bersalin normal utk yang 2nd ni eh..tak larat nak pantang czer. :)
jue: insya Allah kan jue..manalah tau kan... kena kuatkan semangat ni. now rasanye macam dah semakin ok..hrp2 boleh kekal positif sehingga bersalin dan berpantang nanti.
alya: insya Allah... aku masih cuba optimis. cuma kdg2 tu bila gangguan emosi tu dtg...jiwa kacau sikit. huhu...psl ikat tu...depends pada doc nnti.hrp2 Allah izinkan utk dpt lagi sorang lagi...dan klu leh..nak sangat anak pompuan..sorang pun jadila. :) kalau Allah izinkan..
bed: ye ke bed? huhu...tu la..mana nak tau kan kuasa Allah.time kasih bed. :)
Post a Comment