Thursday, June 30, 2011

:: Aku Nak Berhenti Kerja, Boleh? ::

Assalamualaikum....
Aku dah nak hampir habis berpantang lagi beberapa hari je. Sekarang kepala dah mula berserabut, dah mula fikir macam mana situasi bila dah nak mula bekerja balik. Anak nak hantar ke mana dan termasuklah berapa duit yuran nak kena TAMBAH. Aduhai..... tak boleh tidur malam dibuatnya. Tadi sms tanya pada cikgu kalau baby sekarang dah kena berapa yurannya. Selamba jek reply balik RM400. Huhu... terkebil-kebil lah jugak sekejap tengok skrin handfon aku tu. Mahu lebih dari RM1000 sebulan ni kalau camtu, tak termasuk OT lagi. Uhuk uhuk.... o_O Yuran tahunan RM400 tau seorang, itu pun aku bayar ansuran bulan-bulan.
Terus mood jadi merundum dan pulak tu ada lagi satu berita tak best, cikgu taska inform yang diorang nak adakan balik cuti tahunan untuk taska diorang. Tapi lepas Cikgu Ana masuk mengajar, cuti tu dah dimansuhkan. Ni diorang nak buat balik. Entah mana datang angin ribut owner taska ni nak buat balik cuti tahunan. Bukan 7 hari ke,10 hari ke, tapi 16 hari macam sebelum ni owner taska tu pernah buat.  Aku kerja pun cuma entitle dapat cuti 9 hari setahun. Macam mana nak cuti, dah tentu tentulah tahun ni aku kena cuti banyak sebab nak bawak Farhan pergi klinik tiap-tiap bulan. Grrrrr....Mulalah start sakit hati ni. Huhu.... Dah pulak tu, siapa pulak nak menjaga Razi Izzat Farhan kalau taska cuti 5 hari berderet? Pulak tu, diorang cuti, tapi yuran bulanan kena bayar full jugak. Grrrr...
Macam mana eh? Nak ambik maid ke? Aku terfikir jugak kalau ambik maid, larat ke maid nak menjaga 3 orang budak sorang-sorang. Karang dilenyeknya anak-anak aku karang. Risau risau risau.
Kalau aku nak berhenti kerja boleh? Tapi resign dalam tahun depan. Nak kumpul duit sikit untuk buat modal kedai Wardahwardrobe aku tu. Hampeh betullah!!!
First ever gambar aku dengan Farhan. Baru dapat bergambar berdua, itupun Farhan dah 42 hari!

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 29, 2011

:: Ayam Bakar Wali Songo ::

Assalamualaikum...
Ha haaa.... Ini lah ayam bakar Wong Solo yang tiba-tiba dah jadi favourite aku sekarang ni. Alkisah macam mana aku boleh terjebak dengan Ayam Bakar Wong Solo ni, kakak urut aku masa pantang ni yang rekemenkan. Nama dia Zety. Masa tengah-tengah urut tu, aku saja tanya makanan apa lagi yang boleh dimakan. Dia cakap ayam bakar boleh dimakan, then tanya aku nak try tak ayam bakar wong solo. Boleh jugak nak try. Huhu... Siap dia belanja aku, datang urut minggu seterusnya bawakkan aku ayam bakar ni. Makan sambal kicap je masa tu. Tempe dengan tauhu aku tak makan, makan bersyer dengan mak, jadi lagi sedap. Huhu...
Antara yang ada dalam set ayam bakar wong solo ni. Alkisah, mak tak reti nak sebut ayam bakar wong solo, dia panggil ayam bakar wali songo. Hihihi... Sambal dia pedas wooo.. tapi..layannnn... Ada branch kat Kg Baru, kalau ada sesiapa nak terjah ye.

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 28, 2011

:: Aku Nak Cuti. Boleh? Huhu.. ::

Assalamualaikum...
Teringin nya nak pergi bercuti jauh-jauh, pergi Indonesia ke, pergi Thailand ke..ala...kalau dapat pergi mana-mana pulau tidur 2 malam pun dah rasa ok dah. Aku sangat ingin pergi bercuti. Berangan nak pergi ke Bukit Tinggi, Padang boleh tak? Blogwalking tengok orang bercuti ke Bukit Tinggi, Padang macam best je. Huhu...
Pinjam gambar dari tuan empunya blog : Suritera.
Ini view Green Canyon Ngarai Sianok.
Ini pulak Lubang Jepun yang dibina masa zaman Jepun. Blogwalking tadi ada yang cakap terowong ni dibina bukan oleh orang tempatan sebab tak nak orang tempatan tahu kewujudan terowong ni. Dan disebabkan kat situ banyak yang mati kena seksa dengan orang Jepun, diorang tak galakkan budak-budak kecik masuk ke dalam. Huhu.. Ni yang aku baca kat blog orang ler..
Gambar ni dari blog Suritera tadi tu, katanya dulu pokok kelapa ni lurus, tapi jadi bengkok camni sebab gempa bumi. Huhu...Camne leh jadi camtu ek. Ajaib..ajaib...
Huu...Ajaib jugak kalau aku dapat pergi jalan-jalan, bercuti-cuti kan? Hmmm...

~ s u h i d a ~

Sunday, June 19, 2011

:: Percaya Padaku ::

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama ku lihat dirimu, melihatmu
seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku 
ku kan menjagamu
 hingga akhir waktu menjemputku
sayang korang, mak.

~ s u h i d a ~

Friday, June 17, 2011

:: Farhan Dah 30 Hari (Ke Aku Yang Pantang Dah 30 Hari? Yeay!)

Assalamualaikum...
Kalau ikutkan hari, hari ni Farhan dah 30 hari. Hari Isnin ni, kena pergi ke KKIA Gombak Setia untuk injection Farhan. Injection Hepatitis B kot. Nanti confirm balik. Huhu.. Aku bab-bab injection ni tak berapa boleh nak ingat walaupun ni dah beranak kali ketiga. Ngee!~
Tak sabar nak timbang berapa berat budak bam bam tu. Peha dahlah besar, pipi bulat, mata sepet pulak tu. Macam anak jepun dah nengoknya. Teringat kat Razi dan Izzat masa diorang breastfeed dulu. Huhu... Bulat dan semangat. Razi susut bila start minum FM. Izzat pulak susut masa yang dia asma teruk dulu. Dua-dua Razi dan Izzat tak dapat full BF sampai 2 tahun. Izzat sampai 2 tahun tapi setahun lebih tu dah campur FM sebab aku stress pum susu kat opis dan susu start jadi sikit. Huhu.. 
So, kali ni kena kuatkan semangat untuk fully BF Farhan walaupun aku tau kali ni lagi besar dugaan nak pum susu kat opis. Opis kali ni lagi open, memang kalau aku nak pum jugak dari workstation aku, memang cari nahas ler. Huhu... Tapi, kalau nak try, boleh jugak kan? Sekali tengah pum, bos datang ke meja, naya jugak kan? Mr Yap tu dah lah bos yang jenis suka datang ke meja tiba-tiba. Haru pulak nanti jadinya. Surau pulak jauh, nun hujung blok lagi satu. Insya Allah boleh kalau kita betul-betul nak kan? Harap-harap sangat dapat fully BF kan Farhan. Senang dan jimat. Hehehe... Ohhhh.. malasnya nak kerja!!!
Pasal pum susu kat rumah, hari first day balik rumah aku dah start pum susu sebab Farhan kuning. So, dia banyak tidur. Bila dah bengkak, dia pulak tersedak-sedak. Sampai sekarang ni, aku cuba merajinkan diri untuk pum susu sebelum BF Farhan.  Alhamdulillah, susu yang dah dipum cukup untuk stok sebulan dah kot. Kuranglah sikit risau nak buat stok EBM untuk Farhan. 
Oh...nak naik kerja nanti nak kena bincang dengan owner taska diorang ni. Huhu..3 orang ni berapa lah agaknya yuran sekolah diorang kan? Takpe, rezeki mak untuk anak-anak mak. Doa mak harap anak-anak mak pandai mengaji, pandai membaca, pandai berkata-kata dan berperangai yang elok-elok. Lagipun cikgu yang jaga diorang pun aku dah kenal lama. Takdelah risau sangat. Alhamdulillah.
Hmm...pantang kali ni rasa cepat pulak masa berlalu. Sedar tak sedar dah 30 hari. Tinggal lagi 14 hari je. Yeay! Pastu bolehlah minum air sejuk. Huhuhu.. Bab makan ni aku ok lagi, leh je tahan makan. Tapi bab minum air... Haih, kalau ikutkan nak je teguk air peti ais sejuk-sejuk tu. Hehehe.... Lagi satu, sambal belacan... Aku makan jugak sikit sambal belacan (buat rasa je..ye ke? Ngee...), tak boleh tahanlah dugaan sambal belacan.
Pantang kali ni aku tak ambik apa-apa supplement pun. Alhamdulillah badan sihatlah jugak. Doa-doakan aku selamat berpantang dan luka operation tak terbukak ye. Hehehe..

~ s u h i d a ~

Thursday, June 02, 2011

:: Edisi Berpantang ::

Assalamualaikum..
Curi masa update blog sekejap. Farhan tengah tidur. Razi Izzat pulak hantar ke taska. Upload gambar sikit. Gambar-gambar kat bawah ni masa first day aku balik rumah dari hospital. Razi dan Izzat sampai di rumah dalam pukul 10 malam macam tu, terus tanya mana mak. Nak tengok baby. 4 hari tak jumpa, tiba-tiba nampak Izzat macam dah jadi abang yang besar.
 Khusyu' korang tengok adik ye. Excited first time jumpa adik Farhan. Izzat lepas ni dah tak boleh panggil adik dah.. Tapi, kadang-kadang tu terlepas jugak aku panggil dia adik.
 Abang Razi yang sentiasa sayang adik. Kadang-kadang tengok dia punya sayang tu sayu lak rasanya. Sebab selalu kena marah dengan aku. Hihihi...
Anak mak dah tiga orang dah eh. Ngee.... Macam tak caya pun ada. Huhu....
Dua-dua reaksi abang yang dapat adik berbeza sikit. Abang Izzat biasa-biasa je. Kalau nak sayang, dia sayang. Tapi kebanyakan masa abang Izzat lagi suka main kereta dengan motor. Abang Razi pulak suka tengok Farhan buat apa. Pada dia, macam amazing lah kalau Farhan bukak mata ke, Farhan senyum ke. Alahai... Tapi kebanyakan masa diorang banyak main gaduh sesama diorang je. Razi dan Izzat tak kacau aku sangat. Diorang banyak kacau Opah dengan Dadak je. Huhuhu... Kadang-kadang bila menjerit masa pantang ni, nak kena amik nafas dulu, baru boleh jerit. Huhuhu..
Ni budak kecik ni kena bedung dan ikat kaki. Tak boleh terlepas ye Farhan. Pandai lak tu mengamuk kalau dia nak menggeliat tak lepas-lepas. Huhuhu.. Sampai merah-merah muka.
Hari ni baru 15 hari aku berpantang. Makan alhamdulillah adik-adik tolong siapkan. Aku pun nak diet, ikan bakar dengan halia dan lada hitam pun bedal je hari-hari. Kadang-kadang je request nak ayam bakar dengan daging bakar. Sayur tak nak makan. Ngee!
Oh ya...hari ni 2 Jun, ulangtahun perkahwinan kitorang yang ke 5 tahun. Cepat je dah 5 tahun, ada 3 orang anak dah. Huuuuu....

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...