Thursday, June 30, 2011

:: Aku Nak Berhenti Kerja, Boleh? ::

Assalamualaikum....
Aku dah nak hampir habis berpantang lagi beberapa hari je. Sekarang kepala dah mula berserabut, dah mula fikir macam mana situasi bila dah nak mula bekerja balik. Anak nak hantar ke mana dan termasuklah berapa duit yuran nak kena TAMBAH. Aduhai..... tak boleh tidur malam dibuatnya. Tadi sms tanya pada cikgu kalau baby sekarang dah kena berapa yurannya. Selamba jek reply balik RM400. Huhu... terkebil-kebil lah jugak sekejap tengok skrin handfon aku tu. Mahu lebih dari RM1000 sebulan ni kalau camtu, tak termasuk OT lagi. Uhuk uhuk.... o_O Yuran tahunan RM400 tau seorang, itu pun aku bayar ansuran bulan-bulan.
Terus mood jadi merundum dan pulak tu ada lagi satu berita tak best, cikgu taska inform yang diorang nak adakan balik cuti tahunan untuk taska diorang. Tapi lepas Cikgu Ana masuk mengajar, cuti tu dah dimansuhkan. Ni diorang nak buat balik. Entah mana datang angin ribut owner taska ni nak buat balik cuti tahunan. Bukan 7 hari ke,10 hari ke, tapi 16 hari macam sebelum ni owner taska tu pernah buat.  Aku kerja pun cuma entitle dapat cuti 9 hari setahun. Macam mana nak cuti, dah tentu tentulah tahun ni aku kena cuti banyak sebab nak bawak Farhan pergi klinik tiap-tiap bulan. Grrrrr....Mulalah start sakit hati ni. Huhu.... Dah pulak tu, siapa pulak nak menjaga Razi Izzat Farhan kalau taska cuti 5 hari berderet? Pulak tu, diorang cuti, tapi yuran bulanan kena bayar full jugak. Grrrr...
Macam mana eh? Nak ambik maid ke? Aku terfikir jugak kalau ambik maid, larat ke maid nak menjaga 3 orang budak sorang-sorang. Karang dilenyeknya anak-anak aku karang. Risau risau risau.
Kalau aku nak berhenti kerja boleh? Tapi resign dalam tahun depan. Nak kumpul duit sikit untuk buat modal kedai Wardahwardrobe aku tu. Hampeh betullah!!!
First ever gambar aku dengan Farhan. Baru dapat bergambar berdua, itupun Farhan dah 42 hari!

~ s u h i d a ~

5 comments:

pizli.mw said...

Biasa bila anak dah 3 orang start cari maid Suhida.. Ramai aku nampak macam tu.

~chekuna~ said...

su..bila anak dan 3..biasa amik maid..rugi hantar taska...

nome said...

berat gak masalah ko nih...eerrrmm...nak amik maid skrg ni bukannya senang...byk prosedur yg melibatkan RM..

cian kat kamoo sue...tp wajib gak pikir camne nak selesaikan masalah yg ko hadapi skrg nih...cubalah risik2 tanya psl maid...insyAllah rezeki anak2 ko, dpt maid yg baik dan sygkan budak2...

wdta said...

mmm..itu ler..nak ambik maid takut orgnya tak betul ke. susah nak dpt rezeki maid yang elok.kbykn mmber mcm tu ler.huhu...

Anonymous said...

AKU SOKONGGGGGGGGGGGG Kalau ko benti , psl aku pun nak benti ..wakakakakakakakakak...

ko try anto anak2 ke umah org ker.. ok kut.. yg jaga skit le, jgn ano yg jaga ramai2 plak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...