Sunday, January 23, 2011

:: Aku dan Blog ::

Assalamualaikum....
Semalam seharian aku menggodek-godek blog WardahWardrobe, mengemaskini dan membuang apa-apa yang tak perlu. Aku dapat peluang untuk menghadap laptop sebab Razi dan Izzat ikut nenek dan mak su ke family day opis mak su kat FRIM. Huhu... Dah lama dah aku nak betulkan apa-apa yang patut dengan blog aku ni, baru semalam tercapai. Huhu...
Mula-mula fikir nak tukar dulu background blog ni. Alkisah kat blogger template tak banyak pilihan dan diorang takde pun nak update selalu. Google punya google..aku terjumpa satu website baru ni - Dotty Dot Dot Design. Ada banyak sangat pilihan dan hampir kesemuanya cun-cun. Tak susah nak buat pilihan. So, aku pilih yang kaler coklat macam gambar kat bawah ni.
Aku suka kombinasi kaler coklat dan pink sebab nampak sweet tapi still sweet yang tak melampau-lampaulah.. Korang faham ke? Takpelah, abaikan. Hihihi..
Lepas dah ok dengan pilihan background, aku google pulak macammana cara nak add menu bar kat blog. Aku terjumpa macam-macam kaedah yang blogger lain ajar, tapi semuanya buat pening kepala je. Pastu terjumpa satu blog ni yang simple boleh buat aku fahamlah jugak. Ayat tak berbelit-belit..yang penting update selaras dengan new layout blogger ni kan. Nama blog tu - wanda2u. Mula-mula tu aku ingatkan perempuan, rupa-rupanya jantan. Huhuhu... Alhamdulillah, dapat jugak aku add menu bar tu selepas beberapa kali cubaan dan hampir-hampir give up dah. Ngeee....
Amacam? Ok tak rumah baru WardahWardrobe aku tu? Lepas ni, bolehlah mekap rumah fazdarazat ni pulak disamping mencari idea kena tukar nama blog ni. Huhuhu...

p/s : Aku ingatkan selera makan aku dah ok, tapi masih sama. Makan tak habis, walaupun tu steak faveret aku. Huhuhuhu....

~ s u h i d a ~

Friday, January 21, 2011

:: Aku Dapat Jugak Akhirnya!!! ::

Assalamualaikum....
Yeay, hari ni happy sikit sebab barang yang aku order sudah sampai. Cuba teka..cuba teka apa dia? Hihi..excited ni. Penantian sekian lama, akhirnya menjadi jugak.
 Taraaaa..... bisnes kad Wardahwardrobe.... Punya lah berkurun nak buat, tapi tak buat-buat. Bukan apa, yang buat tertangguh tu sebab bab nak mereka kad tu lah. Aku lemah sikit sekarang ni nak mereka-reka.. Malas dah... Alkisah macam mana boleh tergerak hati nak buat jugak kad ni. Ada lah satu petang tu, di hari aku mengepos baju masa kat pejabat pos Taman Melawati. Tengah beratur nak mengepos baju, ada seorang makcik belakang aku tegur tanya buat bisnes apa. Borak punya borak, dia bagi aku name card anak dia. Anak dia buat bisnes online jugak, jual kain cotton. Pastu makcik tu mintak name card aku.. Malu je bila cakap, bisnes dah dekat 2 tahun, tapi name card pun takde. Aiyoo.. Makcik tu cakap buat lah, senang kalau orang nak mintak. Buat online je. Anak makcik pun buat kad online je. Ewah...advance makcik yeee... Hmmm... So, balik tu aku pun godek-godek Google, terjumpa website bisneskadonline. Tengok macam menarik je. Tengok harga pun oklah, menarik gak. Untuk 300 keping - RM55 termasuk delivery. Tapi muka depan je lah. (Untuk info - kalau muka depan dan belakang RM65.) Takpelah, aku ok je kot dengan harga tu sebab harga RM55 tu termasuk dengan design kad sekali. Setelah 2,3 kali aku bagi komen, akhirnya terhasillah kad Wardahwardrobe. Huhu..Yeay!
 Tiga ratus keping - RM55. Ok dak? Ok je lah... :D
Simple jelah designnya. Aku anggap takpelah, ini langkah pertama aku untuk kembangkan lagi Wardahwardrobe. Lepas ni, rajin-rajinkanlah diri tu untuk register perniagaan pulak ye, puan Suhida. Huhu...

~ s u h i d a ~

Saturday, January 15, 2011

:: Jalan-jalan Ke Bird Park ::

Assalamualaikum....
Hari Ahad lepas aku dan keluarga mak mertua pergi ke Taman Burung di kawasan Taman Tasik Perdana. Kebetulan ada dapat tiket promosi. Harga sekeping tiket untuk seorang dewasa RM10. Jadi, kitorang pun beli sebab kalau harga tiket yang biasa untuk orang dewasa ialah RM20. Kalau untuk kanak-kanak aku tak pasti pulak. Tapi tiada bayaran dikenakan untuk kanak-kanak berumur bawah 2 tahun.
 Kami di pintu masuk Taman Burung. Tahu siapa yang paling excited sekali nak ke sini? Siapa lagi...Razi laaa... Start dari pagi bila aku bagitahu dia yang hari ni nak pergi Bird Park, dia punya riuh mulut tak berhenti bercakap. Paling tak tahan ayat dia, "Mak, nanti abang nak pegang BirdPark tau." Aduyai anak aku ni.
 Punya la banyak burung merak kat Bird Park ni. Aku rasa mahu dekat 20 ekor kot. Diorang biarkan je merak ni berkeliaran. Kat sini diorang ada jual makanan burung jugak. Satu botol kecik RM1. Burung merak yang paling senang nak bagi makan. Laju je dia datang kalau kita hulurkan tangan. Abang Razi takde dalam gambar ni..sebab dia berdukung. Takut punya pasal. Dari jadi orang yang paling excited telah bertukar kepada orang yang paling penakut. Huhuhu... Nampak merak dari jauh je, dah menjerit-jerit mintak berdukung. Yang jadi mangsa, biras aku ler..Pak Su dia. Huhu..
 Kolam ikan talapia dengan ikan kapi. Punyalah gemuk-gemuk ikan kat sini. Bagi makan, laju je kerumun. Tengok Bird Park ni diorang jagalah jugak berbanding kat Zoo. Walaupun panas terik, tapi takdelah terasa bahangnya disebabkan dalam taman ni banyak pokok-pokok yang besar-besar yang diorang memang tak tebang kot.
 Penat jalan, berhenti kejap ambik gambar. Kitorang kat dalam Bird Park ni 2 jam 40 minit. Memang krem kaki aku masa tu. Huhu..
 Nape Razi gaya camtu? Huhu...
 Lepak makan aiskrim kejap. Ingatkan nak kongsi je aiskrim ni dengan Razi. Sekali dia makan sorang-sorang daaa... Siap cakap sedapnya aiskrim ni. Huhu..
 Sedap ek.. Mintak sikit. Kekekeke...
Izzat je bolayan.. Layan makan aiskrim cornetto sorang-sorang. Kuikui... Tapi, dia berebut dengan nenek pulak. Hahaha..
Kat sini ada satu tempat tu "World of Parrot". Memang kawasan parrot je la. Diorang bagi kuaci dengan susu, tapi kena bayar RM2 la kalau nak bagi parrot-parrot ni makan. Kesian aku tengok mek salleh ni. Parrot suka benar kat tshirt dia tu. Kekeke..
 Mula-mula Pak Su dan Mak Su cuba dulu. Aku tak berani lagi, sebab takut kena berak burung. Kahhh...
Tengok macam best je. Mintak join sekali. Ngee!~ Parrot-parrot ni ganas tau. Siap duduk atas kepala. Pastu main patuk je tangan. Boleh sampai berdarah tau.
 Razi takde dalam gambar, sebab dengan parrot ni pun dia takut. Kekeke.. Dia duduk tengok dari jauh je.
 Berhenti lagi ambik gambar. :)
 Tengok cepat je merak datang kalau hulur makanan. Rupa-rupanya merak ni selain boleh kembangkan ekor, diorang boleh terbang tau. Ingatkan merak boleh jalan je, sambil kembang-kembang ekor dia. Hehehe...Takdelah boleh terbang sangat macam burung biasa, tapi agak jauh lah jugak merak dapat terbang. Dah 30 tahun, baru tahu merak boleh terbang. Jahil betul. Ngee!~
 Ada jugak rumah untuk telur ayam-ayam dan burung-burung saiz kecik. Ada jugak ayam yang tengah menetas dan dah menetas pun ada. Lupa nak ambik gambar. Ni eksyen pegang anak ayam. Jinak-jinak anak ayam ni. Dah biasa kena pegang kot. Izzat pegang anak ayam sekali je, pastu tak nak dah. Geli agaknya.
Diorang ada sediakan sayur sawi untuk bagi makan ostrich. Tengok diorang lapar gila. Bersungguh-sungguh makan. Huhu..
Ni je lah gambar yang aku sempat upload. Huhu... Overall memang menarik kot pergi Bird Park ni. Murah lah jugak aku rasa harga tiket dia. Tapi kalau untuk pelancong diorang kena bayar RM45. Itu barulah mahal. Huhu... Tapi kawasan bird park ni luas (sampai dah tak larat sangat dah nak berjalan, macam nak mintak dukung je..huhu..) Landskap pun cantik, banyak sungai dan kolam. Pendek kata bestlah banding dengan pergi Zoo Negara.
Nak update sekejap pasal aku sikit. Hehe.. Sekarang aku dah nak amsuk 20 minggu. Tak sabar nak scan kat klinik minggu depan. Bukanlah nak scan jantina, tapi nak scan tengok baby dah besar mana. Tak dapat lagi tengok heartbeat baby. Huhu... Sekarang start dari minggu lepas, aku dah dapat rasa baby gerak sikit. Macam menguit-nguit. Perut pun dah makin besar. Tapi, tak tahulah korang tengok gambar-gambar aku aku kat atas tu, nampak tak perut aku tu? Huhu.. Berat pun dah naik balik sikit. Dah kembali ke berat terakhir yang aku timbang kat klinik bulan lepas. Harap jangan naik banyak sangat la. Alhamdulillah, aku dah sembuh dari demam dan batuk yang berpanjangan. Batuk-batuk masih ada lagi sikit-sikit, tapi taknak lah sakit macam hari tu. Seksa.. Makan pun tak lalu. Huhu... Efek dari yang sakit hari tu, sekarang ni aku cuma lalu makan nasi separuh pinggan je. Ke sebab pregnant kali ni, aku memang loya tengok nasi. Mungkinlah kot. Tapi terpaksa makan jugak nasi, kalau tak..memang kebuluran lah jawabnya. 
Oh ya, best friend aku Zaihan dah pun selamat melahirkan baby girl Melati Zaira pada 14 Januari yang lepas setelah menunggu hampir 6 tahun dan keguguran sekali. Tahniah Zaihan. Dah jadi ibu ni, macam tak caya je kan? Kekeke..
Berat baby Melati 3.4 kg tapi Zaihan berjaya melahirkan dia secara normal. Cayalah weh. Berkat minum air akar fatimah kot. Ngeee!~ Tiba-tiba berdebar-debar lah pulak bila la nak time aku ye. Lambat lagi... Bulan Jun nanti.. Baru 5 bulan suhida. Ada 4 bulan lagi. Lama lagi tu. Kahh... <--- ayat untuk sedapkan hati sendiri. Berdebar kenapa, padahal dah tau dah memang kali ni kompem kena belah perut gak. Huhu....
Sekian saja update blog untuk kali ni. Jumpa lagi lain kali ye, korang.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...