Wednesday, February 23, 2011

:: Sembelit 4 Hari..Seksa Wooohh ::

Assalamualaikum....
Razi memang dari kecik lagi ada masalah sembelit. Sembelit kadang-kadang berhari-hari sampai 4 hari pun ada. Masuk hari ke-4 tu, memang nampak dia merana jugak lah kalau sakit perut. Macam baru-baru ni, sembelit 4 hari. Dah bagi makan oren, makan pisang, minum air kosong banyak.. Tapi still tak jalan jugak. Tak membuang dari hari Jumaat sampailah ke hari Isnin. Susah jugak bila dia sembelit ni. Bila bawak ke bilik air, dah duduk mencangkung pun tak keluar-keluar jugak. Hari Sabtu & Ahad tu terpaksa aku pakaikan dia pampers sebab kadang-kadang datang bila dia nak memerut tu, takde lah kena seluar, takut tembus ke lantai.
Masa nak balik ambik diorang dari taska, aku tanya pada cikgu Ana.. Razi ada berak ke hari ni? Razi tak berak lagi, duk mengerut dahi, menggaru-garu kepala sebab nak memerut, kata cikgu Ana. Huhu... Aku mengadu kat cikgu Ana kalau macam tu, masuk hari ni dah 4 hari Razi tak berak-berak. Memang kesian... Sengsara weh. Masuk 4 hari lagilah susah nak membuang, najis dah jadi keras.
Kak Ana pinjamkan aku  MINYAK BUT-BUT dari HPA ni. Dia bagitahu, ada mak budak lain baru-baru ni pun anak dia sembelit. Dah 3 hari tak boleh berak, kak Ana suruh sapu minyak but-but tu, tak sampai sejam budak tu dapat membuang. Boleh jugak cuba..manalah tahu dapat membantu Razi membuang.
Ini lah minyak but-but dari HPA.
Balik tu, aku sapu minyak but-but kat perut Razi sambil baca doa. Kelakar..sekarang ni, kalau sakit je..mintak aku bacakan doa bagi hilang sakit dia. Huhu... Dalam setengah jam sebelum tu takde kesan pun. Sekali dah nak masuk sejam aku sapu minyak tu, Razi dah start mengeras duduk memerut. 
Alkisah bila dah nampak dia memerut tu, aku bawak dia ke bilik air. Kesian nengok nya haaa.. Macam-macam gaya ada. Mencangkung, berdiri, ruku' macam nak tertonggeng pun ada. Menangis-nangis dalam bilik air.. Aduhai.. sakit tu. Tapi Alhamdulillah, dapat jugak dia membuang. Sakit bontot....katanya sambil menangis-nangis...huhu...
So, aku ingat nak beli satu, insya Allah. tadi google..tengok banyak jugak kegunaan minyak ni. Harga pun ok, RM10 satu botol 75ml.
Ini gambar selepas kejadian sembelit sudah berakhir. Muka lega..happy je. Kalau tak..berkerut-kerut.. Razi..Izzat, mak sayang korang ye. :) Jadi anak-anak yang baik tau!

~ s u h i d a ~

Tuesday, February 22, 2011

:: Abang Nak Jadi Apa? ::

Assalamuaikum..
Karakter anak-anak ni berbeza kan? Tetapi, macam mana pun perangai diorang, sebagai mak mesti kita akan analisis kan sikap anak-anak? Hihi...
Razi aku rasa semua orang kot tahu yang dia memang suka binatang. Tapi patung binatang je. Huhu... Kalau binatang hidup datang dekat dia, dia lah orang pertama yang akan menjerit dan lari. Razi suka main susun binatang tu sambil mulut becok bertanya takpun bercakap sorang-sorang.
Izzat pulak, pe'el dia bila tengok abang Razi menyusun binatang, mula lah dia datang menyepah semua binatang yang tersusun tu. Lepas tu mulalah aksi menangis dari abang Razi. Izzat pulak cuma berlalu dengan muka yang selamba macam tak de buat salah apa pun. Huhu... Bukan apa, orang tu nak join main sama-sama..tapi si abang tak nak geng..Dia sepahkan je lah mainan tu. Tunjuk perasaan kot. Huhuhu..
Tapi, kitorang perasan Izzat suka mempomen barang. Dia suka teliti satu barang tu duk leka dia je. So, kitorang bajet satu hari nanti Izzat akan jadi engineer. 
Cerita pasal nak jadi apa bila diorang dah besar, ada satu hari tu aku belikan diorang buku mewarna sorang satu. Aku tau Razi suka binatang, jadi aku beli buku mewarna binatang.
Bersungguh-sungguh tunjuk buku baru dengan muka yang bangga. Hehehe.. Mulut riuh bertanya ni gambar binatang apa..ni apa..Jenuh jugak nak melayan. Dia tahu tu binatang apa, tapi ada jugak binatang-binatang baru yang dia tak tahu..macam rakun. Punyalah minat dengan binatang. Huhu..
Izzat pulak aku belikan buku yang ada gambar kereta ataupun pengangkutan. (si abang pegang pensil..adik pegang senduk...mmm...)
Masa duduk dengan diorang sambil mewarna tu, adalah sikit dialog aku dengan diorang. Huhu..
Aku : Izzat ni nanti dah besar nak jadi engineer ke? Tak mahu jadi pilot ye. Mak takut. Nak duduk kat kapal terbang, jadi engineer kapal terbang je la eh. (Aku sengih sorang-sorang- Izzat takde apa-apa reaksi..cuma pandang je muka aku).
Razi : Habis tu abang nanti nak jadi apa bila besar nanti?
Aku : Abang Razi jadi ustaz lah.. Kan abang nak jadi ustaz.
Razi : Abang tanak lah jadi ustaz..
Aku : Habis tu nak jadi apa?
Razi : Abang nak jadi zirafah!!!
Tergelak sorang-sorang je tengok muka ikhlas dia nak jadi zirafah. Aduyai...anak oh anak.

~ s u h i d a ~

Sunday, February 20, 2011

:: Hari Sabtu Aku Memang Tak Tenang - Izzat Jatuh Lagi! ::

Assalamualaikum...
Belum lagi reda bengkak kat kening, tambah satu lagi bengkak kat mulut pulak.....Hari yang sama pulak tu. Entah macamana, Izzat jatuh lagi sekali semalam. Pagi luka kat kening, malam pulak luka kat bibir sebab jatuh tergigit bibir. Darah keluar banyak pulak tu. Menitik lagi kena kat baju aku. Huhu.. Aduyai... anak mak yang sorang ni. Takleh duduk diam. Suka benar buat aksi lasak. Ayah dah pergi kerja pulak tu. Aku lap dengan tisu basah dulu nak bagi darah berhenti.
Kan dah tak hensem. Tak lama pastu, abang telefon suruh bagi Izzat kemam ais nak bagi surut bengkak.
Entah kenapa semalam si Izzat ni aktif betul. Nak kata makan banyak gula-gula, tak bagi pun. Huhu...Ni nak suruh ambik gambar pun susah. Dah berapa kali aku tangkap baru lah gambar tak goyang. Itupun sebab Razi yang pujuk ambik gambar. Kalau orang tak tahu cerita, tengok Izzat luka camni, mesti diorang ingat anak kena dera. Hishhhh......

P/S : Aku dah terbayang-bayang nanti bila aku dah bersalin dan abang pergi kerja. Macam mana ye? Boleh ke aku handle kelasakan Razi dan Izzat? Boleh ke aku handle baby baru nanti? Boleh ke aku layan sorang-sorang bila tiga-tiga nanti meragam sekaligus? Boleh ke aku handle diorang dengan keadaan luka czer aku nanti? Doakan aku kuat ye. Aku harap sangat aku tak sedih dan menangis.....

~ s u h i d a ~

Saturday, February 19, 2011

:: Kejadian Hari Sabtu yang Tenang ::

Assalamualaikum...
Pagi tadi macam pagi-pagi Sabtu yang biasa. Dah siap suap anak-anak makan, aku pun nak mandikan diorang. Bercadang nak pergi ke klinik untuk cek-up perut, so nak bersiap-siap ler. Selalunya memang aku mandikan Razi Izzat sekaligus. Senang... Tapi bila perut dah besar ni, kena mandikan sorang-sorang sebab mengah sikit, perut dah besar nak tertunduk-tunduk. Huhu.... Takpelah, lama sikit bersiap, asalkan kurang sikit penatnya.
Alkisah pagi tadi ada trajedi sikit. Dah siap suap nasi lemak, aku ajak Razi mandi dulu. Sebab Izzat tengah leka tengok TV. Razi pulak mintak carikan binatang gajah dan zebra nak bawak mandi sekali. Mainan tu ada atas meja sebenarnya, aku tak nampak. Aku tolak meja membaca diorang dan tak perasan tikar berlipat. Dah dapat mainan tu, kitorang pun ke bilik air. Tinggalkan Izzat sorang-sorang melayan TV.
Sementara menunngu Razi bukak baju dan seluar, tiba-tiba dengar Izzat menangis kat depan. Sebab Izzat jarang nangis secara tiba-tiba, cepat-cepatler aku ke depan. Tengok darah dah penuh kat kening kiri dia. Panik tak tau nak buat apa, aku dukung Izzat naik tangga, tunjuk kat abang. Darah meleleh-leleh kena baju aku sikit, baju Izzat sikit. Abang mintak tisu basahkan dan tekap kat tempat berdarah tu. Dah dipujuk-pujuk oleh ayah, Izzat menangis sekejap je. (Kalau Razi, confirm sejam tak habis menangis lagi..Huhu...) 
Bila darah dah sikit, tuam kening Izzat dengan tuala panas. Merengek-rengek jugak ler.. Tu darah Izzat ler tu. Tisu berkeping-keping gak kena darah Izzat. Mana aku tak panik.
Bengkak tak surut lagi. Tapi, masa ni darah dah stop meleleh. Masa aku tengok dia menangis tu, dia berdiri kat tempat tikar berlipat tu. Kat situ ada dua meja. Agaknya kaki tersadung kat tikar dan kepala terhantuk kat bucu meja. Aku tak tau dia terhantuk kat meja mana. Tapi, kuat jugak jatuh tu, kalau tak takkan sampai kening terkoyak. Huhuhuuh... Kalau mak yang kena, confirm mak menangis sejam pun tak habis lagi Izzat. Hehehe... 
Abang Razi yang memahami bila tengok aku menangis dan Izzat dah berdarah-darah. Dia janji tak nak pukul Izzat lagi dah. Kekekeke.... Sibuk jugak nak bergambar. Huhu.. Cover pegang bantal kesayangan.
Mmmm... kesimpulannya, entahlah..serba tak kena aku macam mana nak handle diorang berdua ni. Cuma boleh buat apa yang patut dan bersabar banyak-banyak je.

~ s u h i d a ~

Thursday, February 17, 2011

:: Sebab Tukar Nama Blog & Aku Sudah 24 Minggu...Yeah!!! ::

Assalamualaikum...
Terasa lama pulak dah tak bercerita merepek-repek kat blog ni. Alkisah malam ni ambik la masa sikit nak sok sek. Mula-mula sekali nak story sikit sebab kenapa aku tukar nama blog ni. Bukannya apa... Hihi.. Korang saspen ke? Takde apa-apa la sebenarnya.. Kan kitorang nak menerima ahli keluarga baru, dah tak sesuai nak pakai nama fazdarazat tu. Sebab fazdarazat tu gabungan nama abang, aku, razi dan izzat. Nanti kalau dah dapat baby baru..takkan nak tambah lagi hujung belakang zat tu. Nanti kalau nak tambah anak lagi...tambah lagi nama kat belakang tu? Kekekeke... Tak sesuai la pulak.. So kesimpulannya aku taruk je la nama aku. Dah tak tau nak bubuh nama apa lagi dah. Boleh ye...
Pulak tu aku boleh lupa, kalau tukar nama blog, semua link kawan-kawan hilang. Huhu... Nak mencari balik la pulak. Takpelah....Boleh buat perlahan-lahan cari balik link korang. Jangan marah ye..kalau tiba-tiba tak dapat masuk link lama aku. Huhu.. Aku tak sengaja...
Hari ni aku dah 24 minggu 3 hari. Pagi tadi pergi ke klinik untuk check up. Berat naik 1.5 kg. Nurse tu cakap "Ni sepatutnya naik 2 kg ni". Ok lah tu nurse, kang aku naik banyak-banyak, kau suruh minum air gula pulak. (Masa Razi Izzat dulu aku boleh naik sampai 4kg dalam masa sebulan..Insaffff....) Huhu... Hb 10.5. Bolehlah tu. Paras normal 11. Hik3.... Tadi aku bagitahu nurse, hari ni patutnya nak kena jumpa doktor. Tapi, tiba-tiba aku ubah fikiran pulak. Rasa malas nak jumpa doktor. Bukan apa, takut nanti doktor cek balik buku aku tu, dia suruh minum air gula pulak. Huhuhu.. Uhuk uhuk.. Tak nakkkk.....
Ni rupa aku dah 24 minggu. Rasa segan pulak kali ni mengandung nak ambik gambar. Badan lebih besar dari biasa. Tunjuk gambar duduk je lah ye. Aci tak? Ni masa adik abang, Ain bertunang kat Bangi. Tahniah ye Ain. Comey je pakai kaler pink... teringat aku masa bertunang dulu. Comey gak <--- nak jugak tu. Hahahaha...
Pasal pregnancy aku pulak.. Huhu...Aku terasa mengandung kali ni agak mencabar lah. Badan betul-betul sakit sana-sini. Memang normal sakit-sakit tu. Tapi Razi Izzat dulu, boleh tahan lagi, gagah lah jugak. Sekarang ni, kalau duduk lama-lama, mula lah krem kat punggung dan peha. Pinggang jadi lenguh. Makan pun masih tak berselera. Memilih je nak makan apa. Tapi kalau nak ikut aku punya memilih, memang kebulur masuk angin ler. Makan sekadar nak bagi perut berisi je. Sebab tu, bila aku tengah berselera..jangan lah buat aku mati selera... Memang lah rasa nak marah je. Dahlah tengah lapar, hilang selera..memang boleh buat satu malam tu kelaparan lah..Kesian baby, mak kali ni tak berselera. Harap-harap baby ok ok je ye kat dalam tu.
Tapi, memang mencabar ye, mengandung dengan anak dua orang yang tengah aktif membesar ni. Banyak kali jugak jadi Hulk Hogan tak sadar diri. Adeh..cabaran..cabaran... Baru cabaran mengandung. Belum lagi keluar nanti. Apa pulak cabarannya nak membesarkan anak-anak ni kan? Hopefully aku tabah dan boleh harungi semua ni. Aku nak jadi Super Mommy!!!!

~ s u h i d a ~

Monday, February 14, 2011

:: Tukar Nama Blog ::

Assalamualaikum...
Tiba-tiba je masa lunch hour ni aku rasa tergerak hati nak tukar nama blog.. Nanti slowly aku add balik ye link blog kawan-kawan ye...
Hari ni officialy blog fazdarazat dah takde... :)

~ s u h i d a ~

Friday, February 04, 2011

:: Junior MasterChef Taman Permata ::

Assalamualaikum....
Selamat bercuti semua. Dah alang-alang cuti ni, nak ambik kesempatan update blog. Hari tu ada chef kecik masuk dapur nak tolong aku masak. Razi ler..bersungguh-sungguh nak tolong, tak sampai hati pulak tanak bagi dia tolong. Dah tengah nak rajin, baik suruh dia menolong. Huhuhu...
"Mak, abang Razi nak tolong mak masak.." dia tanya aku sambil tersengih-sengih.
Aku bagi lah dia tolong potong sayur brokoli. Dah dapat tugas tu, bukan main suka. Sengih sampai ke telinga.
Bagi dia berdiri atas kerusi.
Bagi dia pisau plastik Ikea dan pelapik pemotong.
Potong brokoli bersungguh-sungguh sambil mulut riuh pok pek pok pek.
Dah sudah potong sibuk pulak nak menolong memasak. Aiyarrkkk.. Risau jugak..Tapi berhati-hati jugaklah.
Datang lagi sorang budak kecik. Izzat pun nak tolong jugak. Tunggu Izzat besar sikit ye.
Lama-lama tension aku. Yang sorang nak kena perhati takut dia tertonggeng jatuh kerusi. Yang sorang lagi dah menarik-narik kain sambil merengek-rengek....Nak memasak pun terganggu. Aduhai..anak-anak sabar je la... :D Dah besar nanti, tanak tolong mak, siap lah korang..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...