Sunday, April 24, 2011

:: Result MGTT ::

Assalamualaikum...
Hehehe... Gembira rasanye hati. Result MGTT hari tu elok-elok border line. Alkisahnya pagi-pagi pukul 8 lebih aku dah sampai ke KKIA Gombak Setia. Rasanya ada dalam 20 orang ibu mengandung yang kena MGTT sama dengan aku. Tengok muka-muka diorang ada yang gelisah, ada yang monyok, ada yang muncung..Hihihi.. Ada jugak yang macam tak kisah, borak tak ingat dunia. Huhuhu... Ada lah jugak aku perasan sorang dua yang meleleh air mata masa minum air gula. Giliran aku minum air gula dalam pukul 8.30 pagi. Aku dapat mug MILO yang saiz sederhana tu. Lega.... Aku tengok ada yang dapat mug yang saiz biasa tu, ngeri gak nak habiskan. Bila tengok mug MILO ni takdelah rasa down sangat sebab dalam fikiran dah set saiz mug MILO kecik berbanding dengan mug biasa. Tapi sebenarnya sama kot dengan mug biasa... Hihihi...
Bacaan gula aku mula-mula sebelum minum air gula ialah 3.7mmol/L. Rendah berbanding bacaan masa MGTT bulan November hari tu, 4.4mmol/L. So,aku agak lega jugak insya Allah bacaan akan lebih rendah kot masa result nanti. Huhuhu...
Sementara nak menunggu 2 jam sebelum cucuk lagi sekali untuk tahu result, nurse tak bagi pergi mana-mana. Baru ingat nak lari kejap. Huhuhu... Diorang ada buat sesi kena dengar ceramah. Aku dapat dengar ceramah senaman antenatal. Ada lah dapat info sedikit senaman pernafasan, senaman untuk kurangkan sakit belakang, senaman untuk kurangkan kaki kejang. Bagus jugak KKIA yang aku pergi ni. Dari mengandung Razi sampailah mengandung no tiga ni, mesti akan ada perubahan dari segi perkhidmatan dan sistem diorang. Nurse pun ramah, takdelah garang-garang. Boleh borak macam kawan-kawan.
Alhamdulillah kali ni minum air gula, aku rasa takde pening kepala sangat sebab sakan borak dengan ada dua orang lagi ibu mengandung ni. Kebetulan yang borak sama-sama ni, semuanya mengandung anak ketiga. Kebetulan jugak, diorang pun dua2 anak sulung dan no dua, anak lelaki. Hehehe... Sementara menunggu dan berborak tu, habis jugak aku minum 2 air botol mineral yang saiz kecik tu, konon-konon boleh bagi bacaan lagi rendah. Hihihi...
Dalam pukul 10.30 nurse dah start panggil sorang-sorang untuk cucuk dapat result pulak. Berdebar-debar weh, selawat bagai. Doa sangat-sangat janganlah bacaan lebih dari 8mmol/L. Alhamdulillah sangat-sangat, bacaan aku 7.6mmol/L. Sama dengan result bulan November hari tu. Walaupun aku dalam lingkungan normal, tapi bacaan tu agak tinggi jugak naik dari 3.7mmol/L. Tak kisahlah..asalkan lepas dari kena BSP. Terasa berat kat bahu macam hilang lepas dapat result. Berjalan ke kereta pun tersengih-sengih sambil cakap sorang-sorang. Syukur sangat-sangat. Kalau selalu happy hati berbunga kan seronok kan?

~ s u h i d a ~

Thursday, April 21, 2011

:: Esok MGTT ::

Assalamualaikum....
Nak tak nak esok adalah hari MGTT ataupun dikenali sebagai hari penyeksaan ibu mengandung. Huhuhu... Ibu-ibu yang tengah sarat ni dipaksa untuk meminum air gula yang manisnya teramat-amat sangat sehingga sesiapa yang tak tahan boleh muntah-muntah dan pengsan jadinya. (Pengsan tu aku tambah je.)
Setiap ibu mengandung yang akan menjalani ujian ni akan disuruh puasa dari pukul 10 malam pada malam sebelumnya dan akan disuruh minum air gula pada hari esoknya pada pukul 8 pagi. Sebelum tu, bacaan darah akan diambil untuk dicatatkan. Iaitu bacaan gula dalam darah sebelum ujian dilakukan. Kemudian ibu beramai-ramai meminum satu mug besar punyaaaa air gula yang sangat manis tak boleh blah. Ada yang tabah hati cuba minum secepat yang mungkin, ada jugak yang minum bersantai sambil berborak-borak, ada jugak yang minum sambil termenung. Huhu... Kalau macam aku, aku minum secepat yang mungkin. Nak termenung-menung tu takut terfikir-fikir, boleh muntah jadinya. Kalau ada ibu yang muntah, diorang akan dipaksa untuk minum sekali lagi. Sadis sungguh. Suka-suka hati korang je eh.
 Sebenarnya malam ni aku tekad untuk tak makan. Tapi, sebab pergi rumah mak tadi, tengok ada ayam goreng, kari, sambal belacan dengan tempoyak...terus tak jadi nak berpuasa awal. Lagi-lagi perut teramatlah lapar. Huhu... Maka, kantoi ler makan nasi jugak walaupun sebelum pukul 10 malam. Lepas makan rasa menyesal pulak.... Huhuhu... Tak boleh tahan godaan sambal belacan, tempoyak dengan kari tu sebenarnya. Takut gila kalau bacaan jadi tinggi. Disebabkan aku tersangatlah berdebar-debar, aku pinjam mak punya mesin untuk cek gula dalam darah macam dalam gambar kat bawah ni.
Aku selalu jugak pakai benda alah ni masa kena BSP masa pregnant Izzat dulu. Sampaikan dah rasa biasa je kena cucuk-cucuk jari tu. Huhu... Seksa weh BSP, kalau siapa yang pernah kena. 
Dan bacaan aku 5.9mmol/L pada pukul 11.30 malam. Last makan malam pukul 9.30 malam. Cukup-cukup 2 jam test lepas makan. Sila lihat jadual kat bawah untuk rujukan paras bacaan yang normal.

Aras glukosa dalam plasma vena (mmol/l)
Puasa
2 jam selepas glukosa diambil
Normal
<6
<8
Tolerans glukosa yang terganggu
6-8
8-11
Diabetes
>8
>11 


Aku pun sebenarnya tak berapa faham jadual kat atas ni, tapi kalau bacaan aku malam ni 5.9mmol/L aku rasa agak bahaya jugak untuk MGTT esok. At least kena bacaan 4mmol/L baru aku rasa lega sikit. Harap-harap esok pagi bacaan akan jadi lagi rendah. Result MGTT aku masa 26 Nov 2010 hari tu, kalau sebelum 4.4mmol/L dan selepas test 7.6mmol/L. Harap sangat-sangat esok bacaan cantik jugak. Doakan aku ye kawan-kawan. 

~ s u h i d a ~

Friday, April 15, 2011

:: Check-Up 32 Minggu yang Mengecewakan ::

Assalamualaikum...
Sebelum baca, aku nak bagitau entry kali ni memang luahan perasaan aku semata-mata. Aku menaip dengan lelehan air mata dan air hidung ye. Sila baca dengan serius. Terima kasih.
Semalam aku rasa macam dah bermula episod pra-bersalin yang menakutkan. Kenapa?
Semalam normal cek-up di KKIA Gombak Setia, kandungan aku dah pun berusia 32 minggu dan 3 hari. Aku takde lah nak expect apa-apa sangat. Cuma rileks nak pergi cek-up biasa je. Mula-mula timbang berat... Ok...naik >1.5kg. Sepatutnya cek-up kali ni kena naik 1kg je per dua minggu. Nasib baik boleh timbang sendiri, nurse tak berdiri sebelah tengok berat kita. So aku kelentong nurse tu sepatutnya berat aku 74.8kg kot. Aku kelentong berat aku 74kg je. Huhu....
Lepas tu, cek kencing... kotor. Tak pernah-pernah result aku kencing kotor. Ni second time cek-up trace kencing kotor. Nurse nasihatkan supaya minum banyak air. Ikutkan aku ni hantu air, memang manusia kuat minum air. Jadi pelik lak nape tiba-tiba kencing aku kotor. Huhu....
Dah pasal kencing kotor, kena cucuk ambik darah lagi untuk cek paras hemoglobin pulak. Kali ni prosedur dah bertukar. Dari cuma cucuk kat jari je, dah bertukar kena amek darah kat pelipat tangan dalam 3ml dan kena bawak sendiri ke makmal kat klinik kesihatan yang baru dibina kat sebelah KKIA Gombak Setia ni. Result seperti yang aku duga, bacaan makin jatuh. Dari 10.5, jadi 9.7, pastu jadi 9.4...dan semalam dah jadi 9.1mg je. Huhu... Anemia lagi aku ni. Walaupun masa mengandung sebelum-sebelum ni pun aku anemia, tapi kali ni aku frust sangat-sangat.. Sebab aku dah makan asid folik dan vitamin B kompleks hari-hari... Kalau masa dulu, aku tak kisah sangat, sebab aku memang makan ubat ikut suka hati aku je. Huhu... Oh ya, yang boleh buat lagi haru, misi tu tak jumpa urat darah aku. Geramnyaaaa.... Tiga kali cucuk baru jumpa. Sori...sori.... Aku senyum je, tapi dalam hati aku bengkerk weh... Sakitlah!!! Meh aku cucuk tangan ko pulak. Sengal nye orang.
Dah lepas cek dengan nurse, diorang mintak aku jumpa doktor hari ni sebab kes kencing kotor aku ni. Aku memang horror kalau bab jumpa doktor KKIA ni. Diorang strict sikit. Kalau dengan nurse, boleh lagi kalau nak skip ke, nak ngelat ke. Huhu... Macam dijangka jugak, banyak perkara yang tak best. Mula-mula doktor suruh aku test lagi sekali MGTT. Ingatkan dah lepas hari tu, tak kena. Kena jugak minum air gula minggu depan hari Jumaat. Terganggu kejap emosi aku ni.. Arghhhh.... Minum air gula satu hal, kena diet satu hal. Takut result kencing manis satu hal, kalau kena buat BSP pulak satu hal. Aku ni dahlah baru kerja kat tempat baru.... Serius, aku sangat tertekan masa cek up tadi.
Doktor suruh aku test lagi sekali air kencing, tapi kena pergi makmal, pastu dia saspek aku talasemia dan mintak aku amek darah lagi kat makmal. Alhamdulillah test kencing kat makmal, kencing aku ok. Cuma ada protein 2% kot, tak silap aku. Pada aku, mula-mula maybe takde apa-apa. Tapi bila aku tanya doktor ada apa-apa yang tak kena ke pasal protein tu, aku ada kanser ke. Sebab muka doktor tu macam risau je bila tengok result aku tu. Dia cakap, "Takdelah..awak takde apa-apa. Saya risau baby tu je." Terdiam aku... Apa lagi laaaa yang tak kenanya.. Aku nak tanya lebih-lebih, tak jadi. Dia pun tak explain apa-apa. Takut kang lagi merepek jadinya.
So, masa ambik darah kat makmal sebelah tu. Dahlah lama menunggu. Yelah, klinik kesihatan lah katakan.... Punyalah ramai umat manusia dalam klinik tu. Klinik kecik sangat. Kali ni aku kena injek 2 kali pulak... sebab mamat tu isi darah aku dalam botol yang salah. Darah 5ml lak tu sekali injek. Geram je..Sabo..sabo... Result darah tu nak tau aku ada talasemia ke tak, akan dapat dalam masa sebulan. Doa-doakan aku takde talasemia ye. Macam-macam penyakit akhir zaman ni. Ish.. kebetulan masa kena injek ambik darah 2x tu, ada sorang makcik ni keting belah kiri dia separuh kena potong... Ngeri aku tengok, first time aku nampak isi daging manusia live. Makcik tu kencing manis. Datang klinik untuk cuci luka. Alamak... insaf tengok. Aku tak nak dah kerap sangat minum air manis. Menakutkan.. tak sanggup aku.
Hmm..sebenarnya ada lagi perkara yang buat aku down hari ni. Tapi, nak cerita pun..maybe orang akan cakap benda tu biasa je. Normal... yang penting ibu dan anak selamat. Tapi, pada aku apa-apa pun semuanya badan aku yang menanggung. Apa yang jadi hari ni, apa yang akan jadi akan datang... walaupun kita tak tahu lagi apa yang akan jadi... Tapi, kemungkinan-kemungkinan yang bakal aku hadapi tu, bukanlah sesuatu yang best. Apa yang aku harapkan, cuma Allah bagi aku kekuatan dan dapat support dari suami pun cukuplah.. Aku dah tak mengharap yang lain lagi dah... Aku faham semua ketentuan Allah, tapi... mestilah ada sedikit kecewa. Takkan lah aku tak boleh tunjuk sikit kecewa aku. Aku bukannya manusia yang perfect pun, boleh terima je semua ujian dengan redha. Mungkin mula-mula aku macam susah nak terima, tapi lama-lama aku akan ok.. Cuma ambik masa dan aku rasa aku perlu jugak luahkan rasa hati aku lebih-lebih lagi pada orang yang aku rasa patut tahu apa dalam hati aku.
Hmm.. dah macam cerpen dah jadinya luahan perasaan. Dari pagi sampailah aku menulis ni meleleh je air mata. Jangan esok bengkak mata sudah. Harap-harap Allah permudahkan aku untuk mengurus anak-anak lepas aku bersalin nanti. Aku tahu dugaan masa tu mesti tough sikit, tapi nak buat camne..hadap je lah,kan?
Hari ni confirm :
1. Aku akan bersalin c-zer jugak. Doktor memang tak benarkan untuk bersalin normal lagi sebab history czer dah dua kali. Risiko untuk ibu, sebab takut rahim boleh pecah masa conttraction dan kemungkinan baby boleh meninggal dalam perut. Oklah, aku tak tanamkan harapan lagi dah untuk bersalin normal. Aku faham ramai lagi kat luar sana yang bersalin czer, berderet anak jantina yang sama dan dah selamat kena ikat. Hidup bahagia je. Tapi, jangan cakap dengan aku... Kesian..muda lagi..baru 30 dah kena ikat..muda lagi dah kena ikat rahim. Memang aku pangkah orang yang cakap camtu kat aku.
2. Confirm bersalin kat HKL lagi kali ni. Doa-doakan aku dapat lagi kali ni duduk dalam bilik first class. Bukan nak mengada-ngada mintak bilik first class. Tapi, kalau dah czer tu, elok lah duduk dalam bilik. Confirm kena tahan 3 hari. Suami boleh tunggu. Orang cakap boringlah duduk dalam bilik sorang-sorang takde orang nak bersembang. Lantak kan... Yang penting aku selesa, bilik air ada dalam bilik. Takdelah aku risau nak tinggalkan anak sorang-sorang kalau nak ke bilik air. Toilet kat HKL kalau ward biasa, jauh. Dengan luka czer lagi. Terkedek-kedek nak ke toilet, sakit-sakit tu. terkejar-kejar risaukan anak kena tinggal. Huhu.. Banyak lah kalau ikutkan. Bil kalau first class dan czer kat HKL dalam seribu Lebih. Tak membazir pun. Asalkan selesa. Aku yang nak kena tahan tiga hari nanti kat wad. Psiko weh kalau duk ward biasa, tengok katil asyik bertukar orang dah boleh balik rumah...huhu... Ya Allah, harap-harap sangat dapat 1st class masa bersalin nanti.
3. Confirm anak lelaki. Hari ni dua kali scan, sekali kat KKIA. Lagi sekali kat HKL. Memang nampak telurnya. :) Kedudukan baby melintang tadi. Kepala kat perut belah kanan aku. Tapi kaki dia kat belah kiri perut aku. Nurse nasihat jangan pergi urut. Eleh, kalau aku urut pun, ada apa hal? Aku confirm kena czer kan?..... Sekian bebelan Suhida pada hari ni. Terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi rasa dengan aku kejap. :P Ye...aku memang akan down berbulan-bulan.
 Lagu ni aku dedicate untuk aku sendiri..heh....

~ s u h i d a ~

Wednesday, April 13, 2011

:: Bukit Tinggi - Taman Arnab ::

Assalamualaikum...
Hari tu kitorang pergi Taman Arnab kat Bukit Tinggi. Dah lama tak berjalan-jalan. Harga tiket RM3 seorang. Dah berbeza Taman Arnab sekarang ni dengan tiga tahun yang lepas. Taman tu dah jadi kecik. Lepas tu dah tak boleh dukung arnab. Pegang je boleh. Layan gambar ye.
 Izzat yang langsung tak takut dengan arnab. Bagi makan daun ni pun kena sound dengan orang yang jaga tu. Huhu....
 Arnab masih banyak macam yang dulu. Tapi pergi kali ni tengok arnab macam tak aktif sangat.
 Suka diorang main kejar-kejar arnab.
 Kawasan tak berapa luas.
 Ada taman permainan kecik. Izzat dah boring main dengan arnab, ajak ayah main kat taman permainan pulak.
 Wajah hepi abang Razi dapat main gelongsor.
 Wajah hepi Izzat dapat main gelongsor. 
 Diorang berani jalan atas ni kira ok lah kan.
 Hihi... Izzat yang berani. :)
 Last sekali gi tengok keldai. Ada jugak rusa kat sebelah kandang keldai ni. Budak-budak boleh naik keldai ni, tapi tak pasti kena bayar berapa.
Izzat tengok dekat-dekat. Razi tengok jauh-jauh. Sebenarnya ada satu insiden kelakar. Razi memang takut dengan binatang walaupun dia suka binatang. Tapi masa kat Taman Arnab ni dia berani-berani je sebab tengok Izzat ok je main-main dengan arnab. So, dia kena tunjuk cool lah kot. Hihi... Aku dengan Razi tengah layan makan aiskrim, tiba-tiba Razi menjerit. Ingatkan kenapa...Ada seekor arnab pergi gigit jari dia. Dahlah member jenis takut binatang. Terus trauma. Lepas tu takde dah nak kejar-kejar arnab lagi. Hihi...

~ s u h i d a ~

Monday, April 04, 2011

:: Iberet Folic ::

Assalamualaikum....
Gambar diambil dari Google.
Dari check-up yang lepas-lepas.. Hemoglobin (hb) aku memang rendah. Kurang dari 11gm%. Walaupun mengandung kali ni aku lebih berdisplin, hari-hari aku makan asid folic dan vitamin B-complex. Tapi bacaan hb aku masih jugak rendah. Kalau ikutkan Razi dan Izzat dulu pun memang bacaan aku sokmo kurang dari 11. Tapi yelah, aku memang culas makan ubat masa tu. Asyik skip je sebab terlupa. Masa Izzat dulu paling rendah bacaan aku 8. Mungkin masa tu bacaan rendah efek dari aku yang kena diet sebab kena BSP. 
 Selama ni aku faham yang asid folik yang biasa diorang bagi tu untuk tambahkan darah, tapi kenapa bacaan hb aku rendah jugak. Rupa-rupanya, kalau ibu mengandung minum nescafe, kopi, teh, minuman bergas atau coklat memang boleh menghalang penyerapan zat. OOohhhh.. Patutlah, sokmo je rendah bacaan. Mana taknya, aku memang hantu coklat, milo dan baru-baru ni macam ketagih dengan Nescafe. Huhu.. Mana tak rendah bacaan hb. 
So, kali ni nurse cadangkan aku makan IBERET FOLIC untuk tambahkan kepekatan darah. Pagi tadi first time aku telan ubat tu. Kena makan IB 2 jam sebelum atau selepas makan. So, aku makan pagi sebelum keluar dari rumah. Sampai opis tiba-tiba aku jadi macam weng . Pukul 9.30 aku turun makan kat mamak sebab dah tak tahan sangat lapar. Bila naik balik ke opis, rasa pening kepala sangat. Mula-mula letak je dulu kepala atas meja. Lama-lama rasa nak termuntah. Pergi je bilik air, habis semua yang aku makan keluar balik. Huhu.. Lepas tu memang dah tak larat dah, nak buat kerja pun takde mood. Ingat nak rehat je. Terus mintak nak balik rumah. Admin aku tu baik hati pulak tadi, dia bagi aku balik awal walaupun isi borang half day. Huhu... 
Kenapa aku pening dan muntah-muntah tadi ek? Sebab kesan IB tu ke? Kalau tak sebab IB sebab apa pulak. Elok je aku pagi tadi sebelum makan IB tu. Esok dah takut pulak nak makan. Camne ek? Macam tak payah makan lah ek. Nak makan makanan-makanan yang boleh membantu tambah darah macam bayam..aku tak makan. Kerang..aku tak makan. Dahlah tak makan kerang, masa nurse tu terangkan makanan apa yang patut dimakan, dia cakap sehari kena makan 20 biji kerang. Huhu..Seketul pun aku tak lalu, nak suruh makan 20. Hati...aku tak makan. Makan hati ada ler... :) Tadi google kejap nak cari fungsi FOLIC ACID. Klik link ni ye. Kalau ikutkan ada lagi makanan lain yang boleh dimakan, contohnya macam cendawan..aku suka...keju..aku suka jugak..huhu... Susu...susu Hi-Goat aku suka. Tapi selalu terskip jugak.
Kuikuikui..... Rendah pun rendahlah, asalkan jangan jatuh sampai 8 macam Izzat hari tu. Doa-doakanlah ye, mudah-mudahan perjalanan aku lagi dua bulan sebelum melahirkan anak ni selamat dan dilindungi Allah. Amin...

~ s u h i d a ~

:: Scan Adik - 19 Mac 2011 ::

Assalamualaikum...
Yeah... Berjaya mengupdate blog empat hari berturut-turut. Kali ni nak tepek gambar scan baby hari tu. Kitorang pergi scan kat Vision College di Kelana Jaya pada 19 Mac 2011 lepas. Awal-awal lagi aku dah buat appointment dengan VC. Tak nak jadi macam Izzat dulu. Susah nak nampak sebab dah terlewat minggu sangat dah. Huhuhu... Lagipun semangat nak tengok muka baby secara 3D - walaupun ni dah masuk anak nombor tiga. Excited tang nak tengok gender baby jugak sebenarnya. Huhuhu....
 Reception counter. Diorang dah berpindah kat tempat lain. Dulu masa Izzat kat bangunan yang dekat sikit dengan tabung haji tu. Sekarang ni kat bangunan belakang Giant kecik.
 Izzat dah nak jadi abang dah. Lepas ni tak boleh panggil adik Izzat lagi lah. Kat sekolah, cikgu dah start ajar panggil abang Ngah dah. Macam-macam... Huhu...
Ini pulak Abang Long, tapi gaya macam adik bongsu. Harap-harap bila dah keluar adik baru ni, abang Razi tak mahu ragam-ragam eh... Kena rajin tolong mak tau. Sekarang pun rajin jugak, banyak tolong mak. :)
Oh ya, bayaran untuk buat 3d scan kat VC dah naik banding masa Izzat dulu, tahun 2008. Sekarang dah jadi RM90. Tapi masih lagi murah berbanding scan kat tempat lain sebab diorang bagi CD yang ada gambar dan jugak video. Banyak jugak budak yang scan tu ambikkan gambar baby dalam perut aku ni. Banyak gambar muka. Sebab masa ni pagi, adik tidur. Budak yang scan perut aku tu tenyeh-tenyeh perut aku banyak kali pun, adik tak bangun-bangun. Gerak sikit-sikit je. Lena betul dia tidur sampai susah nak tengok gender apa.
Aku scan ni masa 28 weeks hari tu. Berat baby baru 1.26 kg. Kalau nak scan kat VC kena antara 28-30 weeks tak silap aku. Kalau lambat sangat, susah nak tengok muka baby.
Macam banyak ikut muka abang Izzat je, dik... :)
Masa scan tu, aku bagi Razi dan Izzat duduk sama-sama atas katil. Saje nak bagi diorang pengalaman tengok adik dalam perut mak. :) Bukan nak tengok baby sangat pun, banyak melompat-lompat atas katil je berbanding nak tengok apa yang ada kat screen monitor tu. Huhuhu... Tapi gambar kat atas ni, Razi boleh buat aku tergelak bila dia kata "Mak, rambut adik pacaklah". Huhu... Memang betul pun, kalau tengok macam pacak kan rambut adik? :)
Adik tak banyak gerak pun sebab tengah tidur. Teringat masa scan Razi dulu, ada satu gambar tu, doktor tangkap gambar dia masa dia tengah tersenyum. Hihi.. Memang sampai sekarang pun, kuat tersenyum. Harap-harap adik dalam perut ni nanti pun kuat senyum jugak ye. :) Tapi tak banyak ragam, behave macam abang Izzat eh.
Oh ya, korang tentu nak tau gender baby kan? Baby boy jugak ye kawan-kawan. Huhu.... Bila nak dapat girl pulak ye? Ngeee!~ Punyalah berapa banyak orang predict aku ni pregnant baby girl sampai aku pun rasa macam ye je kali ni baby girl. Dan pertama kalinya, aku tengok kalendar cina tu tak betul. Tak tau mana yang silap, mungkin conception sebulan sebelum last period aku. Sebelum-sebelum ni, insya Allah kalau orang mintak aku tengokkan kat kalendar cina tu, betul jantina baby yang diorang pregnant. Mana nak sangka, aku yang selalu tengok, bila sendiri punya...boleh baby tak sama macam kalendar tu. Takpelah..mula-mula je rasa macam kecewa sikit. Sikit je... :) yelah, kalau dalam 10 orang yang aku jumpa, 9 orang cakap aku ni pregnant baby girl. Mana tak frust. Huhu.... Harapan tu agak tinggi lah. Lagi-lagi dah dua boy, nak lah jugak merasa raya pakai sedondon dengan anak perempuan. Hahahaha...Takpe dik, nanti dah besar, boleh jaga mak kan?
Oh...tapi masa nak tengok gender baby tu, lama jugak. Susah nak nampak sebab baby tidur tak nak bangun. Pulak tu dia kepit paha. Sampai budak yang scan tu dah give up, aku mintak try lagi sekali..last try. Masa cubaan yang last tu baru nampak baby boy. Tapi, dia cakap dia berani cakap yang boy tu 70%. Tapi, masa tu aku tengok pun, terang-terang nampak bird. Huhuhu.... Tak sabarnya aku nak bersalin. Tinggal dua bulan je lagi ni. Dah tak larat bawak badan dah weh... Kali ni pregnant, kebanyakan yang interview aku soalan pertama yang diorang tanya "Akak pregnant kembar eh kak?" Membuatkan azam aku untuk menurunkan berat badan membuak-buaks okehhhh... 15 kg ye suhida, target tu penting. Tak boleh capai pun takpe. Hahaha....
Oklah ye....Nanti update blog yang seterusnya, nak tepek gambar ibu mengandung 30weeks pulak. Insya Allah... Kalau ada masa dan kesempatan.

~ s u h i d a ~

Sunday, April 03, 2011

:: Birthday Razi kat Sentul Pulak ::

Assalamualaikum...
Hari ni nak tepek gambar kek Razi yang lagi satu. Buat jamuan sikit kat rumah mak mertua aku pulak. Pagi Sabtu tu, kitorang pergi scan dulu kat Vision College. Nanti aku cerita pasal pergi scan tu eh. Jom layan gambar dulu.
 Lagi satu kek aku order dari Kak Ram cakes jugak. Kek coklat moist ni pun harganya RM65, sama dengan kek spongebob seketul tu. Tapi kek coklat ni marveles. Aku suka. Selalunya aku ni jenis susah nak makan balik kek yang dah disimpan dalam peti ais. Tapi kek kak ram ni, dua tiga hari lepas tu pun aku cari kek dia nak makan. Sedap... Betulllll.. Ikut tekak aku lah kan memanglah sedap. Huhu....
 Abang Razi posing dengan kek spongebob dia. Bukan main ye tahun ni dapat dua kek. Memandangkan harga kek pun murah, boleh lah mak belikan abang Razi dua kek. Nanti untuk Izzat 3 tahun pun mak kena belikan dua kek lah camtu, kan?
 Sama-sama nak meniup.
 Tang coklat rice tu yang best tu. :)
 Razi dukung Aina. Baby adik ipar aku. Sepupu Razi lah kiranya... Suka betul cium pipi Aina kalau jumpa. :) Memang suka budak perempuan. Huhu... Macam Izzat, dia tak layan budak perempuan. Kekekke...
 Ini lah ibu Aina. 
 Izzat yang suka makan kek. Makan kena fokus ye.
Mak Long posing sikit dengan Aina. :)
Semangat eh makan kek.. Hihi...

~  s u h i d a ~

Saturday, April 02, 2011

:: Sambutan Harijadi Razi di Taska ::


Assalamualaikum...
20 Mac 2011 yang lepas Razi menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 4. Sebulan sebelum tu dah kecoh dah mintak kek spongebob. Sabo je ler.... 
Layan gambar ye, ni sambutan hari jadi Razi kat taska diorang. 
Kali ni bagi buku sebagai ganti goodies bag. Jimat sikit, lagipun buku bolehlah diorang belajar, kan? ;) Razi mintak buat rambut pacak, untuk dia pun aku balutkan jugak buku macam hadiah. Huhu... Bangun pagi tu hepi je tengok aku tengah bungkus-bungkus buku untuk kawan-kawan dia. 
Untuk tak menghampakan permintaan anak, aku order kek spongebob seketul ni haaa....Ini ler kek spongebob saiz sebenar Ina. Hihi.... Kek marble coklat dan vanila ni sedap weh. Aku order dengan Kak Ram cakes. Sebiji kek ni RM65 je. Caj penghantaran RM10. Aku order kek marble sebab cikgu Ana dah pesan awal-awal dah, kalau nak bawak kek, jangan bawak kek coklat. Sebab budak-budak lepas makan coklat je, terus hyper aktif jadinya. Hihihi... Kek marble ni ok kot, lagipun ringan, senang budak nak makan.
 Aktiviti sambutan hari jadi diorang buat kat halaman kawasan taska. Kebetulan ada lagi sorang kawan Razi sambut hari jadi gak. Buat serentak. Razi cakap kek Zarif tak cantik. Huhuhu....
 Baby pun angkut duduk kat luar. Huhu...
   
 Izzat tumpang join sekali.
 Antara kawan-kawan Razi. Yang pakai tudung biru tulah Anis, makwe Razi. :) hihi..
 Ada acara main kerusi muzik.
 Beriya-iya Razi.. :) Cuba tengok Izzat kat hujung tu. huhuhu...
 Acara pemberian hadiah.
 Antara kawan-kawan Razi. Bagus gak diorang buat macam ala-ala acara pemberian hadiah. Nak built self esteem diorang. Takdelah pemalu sangat. Huhu....
Dani, best friend Razi.. Huhu...

Semoga menjadi anak yang soleh, baik, lembut hati, penyayang, bijak dan sentiasa menyejukkan hati mak ye. Sayang abang Razi.
* Dia dah mintak dah kek untuk harijadi dia 5 tahun nanti daaaa.... Tepuk dahi aku.

~ s u h i d a ~

Friday, April 01, 2011

:: Berangan-angan Masa Pantang Nanti ::

Assalamualaikum...
Bila aku nak update blog ni? Rindu betul nak merepek meraban cerita pasal Razi, cerita pasal Izzat. Tapi, asyik tak sempat je.... Terbaru ni banyak jugak nak update, nak tepek gambar kek Razi. Nak tepek gambar mak buyung ni ha...perut dah besau. :) Nak tepek gambar scan 3d baby hari tu. ;) seprise seprise... Seprise la sangat kan... Cis...
Sekarang ni, kalau jejak kaki dalam rumah, memang otomatik mata jadi mengantuk. Pukul 9.30 malam je dah selamat...hanyut tidur. Malam semalam cuba jugak nak update blog, tapi internet pulak buat hal. Nak mendownload gambar pun dekat satu jam. Dah abis download, boleh pulak tak dapat nak publish. Buang masa aku je.
Hmm.. semalam dah pergi cek-up kat klinik. 30 minggu dah aku ni. Lagi 60 hari je untuk menyambut kelahiran ahli keluarga yang baru. Tapi persiapan - zero. Takde buat apa-apa lagi. Nak kobek balik baju-baju baby yang boleh direcycle, nak cari balik pum spectra 3 aku tu yang dah ntah kat mana, nak kemas bilik atas, nak beli baju baby lagi.. Macam-macam.. badan dah tak larat, nak tidur pun mengah kalau lepas naik tangga. Hihi...
Memang mengandung kali ni terasa banyak betul dugaannya. Alahan yang teruk, gangguan emosi yang teramat sangat, ada sekali tu aku terjatuh..macam-macamlah... Tapi yang bestnya kali ni, berat aku baru naik 4.3 kg je.. Muahahahahah....suka aku. Walaupun naik sikit, tapi masih lagi berat yang agak berat jugak la sebenarnya. Takpe, at least ada satu benda yang boleh buat aku rasa termotivated sikit. Hik3....
Oh ya, sekarang ni pun macam tengah nak survey apa benda yang nak dibeli untuk makan masa pantang nanti. Sebelum ni aku cuma makan tablet ikan haruan Leesa Formula dengan Gamat HEalin - Gamogen tu je termasuk makjun kampung yang resultnya memang mantap. Buat badan jadi cepat sihat. Tapi kali ni macam tertarik dengan produk Nona Roguy
Harganya boleh la kot. Aku macam tertarik sebab ada member yang cadangkan minyak urut dia best. Pulak tu ubat makan cuma 1 botol je. Huhu... Ok ler, kan? Kalau ikut testimoni boleh turunkan berat badan. Bolehlah cuba kali ni. Dah 2x bersalin, tak pernah lagi merasa beli set bersalin. Kuikuikui....
Hmmm setakat ni je lah aku bercerita. Nanti kalau ada masa, aku berblogging lagi ye. Daa...~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...