Showing posts with label aku kaya dan berjaya. Show all posts
Showing posts with label aku kaya dan berjaya. Show all posts

Sunday, April 13, 2014

:: Impian Aku ::

Aku nak rumah besar siap ada surau dan gymnasium dan kolam renang of course. :) walaupun tak pandai berenang. Hehe...
Aku nak anak-anak aku jadi anak yang soleh, beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat.
Aku nak perniagaan WardahWardrobe berkembang dan berjaya membuka butik WardahWardrobe pada tahun 2016.
Aku nak kami mampu mengerjakan umrah dan Insya Allah mengerjakan haji juga.
Aku nak bebas...tak nak dibelenggu ketakutan menghadapi cabaran.
Aamiin..

Wednesday, April 02, 2014

:: Done Mission Accomplish ::

Dah siap dah pun renovation rumah client. Alhamdulillah. Walaupun banyak juga cabaran dan dugaan. Dapat kontraktor putar alam, sakit jiwa je masa mula-mula handle projek ni. Tapi slowly Alhamdulillah semuanya setel dengan selamat.


Design rumah orang best je kan..lagi-lagi kalau owner memang takde masalah dengan bajet. Hati ni teringin nak buat rumah sendiri cantik-cantik. Insya Allah satu hari nanti pasti tercapai impian aku, aamiin...


Living Hall. Carpet ni join dua sebenarnya. Saiz lebih kurang 10' x 14'.

Dining Area. Kerusi pakai material pu. Sekali terkena sambal..terus melekat. Haih..

Master bedroom.

~ s u h i d a ~

Sunday, March 30, 2014

:: Shopping ::

Terkini baru je setel design and built interior rumah corner lot tiga tingkat. Shopping barang deco penat rupanya. Hehe.. first time aku shopping hiasan deko untuk client. Berhari-hari juga.
Tapi best sebab dapat round viva home tu. Selalunya terperap je dalam opis.
Ni antara deco item yang kitorang servey.







Thursday, October 03, 2013

:: Jangan Cepat Mengalah Suhida ::

Assalamualaikum...

Mentor bisnes berbangsa Cina menulis,
"Kami sebagai orang bisnes bangsa Cina lazimnya mengamalkan ajaran bisnes dan berfikir gaya Confucious."
Antara yang kami amalkan adalah:

1) Keraskan kerja.

Tidak boleh buang masa. Setiap 1 saat yang berdetik dalam jam adalah kayu ukur kejayaan kita. Orang bisnes bangsa Cina memanjakan diri mereka dengan bekerja keras. Bermanja cara ini berjaya meletakkan bisnes mereka sentiasa ke hadapan setiap hari.

2) Hear, see and do.

Satu ajaran Confucious yang popular adalah,

"I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand."
Kami tidak suka dengar dan tengok kejayaan orang lama-lama. Ia adalah satu tekanan yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Orang bisnes berbangsa Cina suka buat dahulu. Daripada perbuatan, timbul satu kefahaman yang lebih mendalam.

3) Bakat & minat hanya mitos.

"Jika kita hanya 'tahu' bahawa kita ada bakat berniaga, itu hanya pengetahuan yang sia-sia. Kita orang bisnes tidak bergantung pada bakat semata-mata. Kita bergantung pada usaha."

Bakat dan minat hanya tinggal perkataan sahaja selagi mana tidak diadunkan dengan kerja keras. Bisnes bangsa Cina meletakkan doa, usaha dan kerja keras dalam aktiviti bisnes harian mereka. Setiap hari adalah peperangan. Setiap hari adalah perlawanan. Setiap hari adalah peperiksaan. Mereka tidak sedapkan hati dengan hanya berkata, "Aku ada bakat dan minat untuk berniaga."
Mereka sedapkan hati menerusi, "Selagi mana aku bekerja, selagi itu aku ada peluang untuk terus berjaya dan maju jauh ke hadapan."
_________________________________________________________________________________Petikan dari penulis muda jutawan 'Aqif Azizan' di facebooknya membuatkan hati aku kuat kembali. 

Selagi mana aku tau kemampuan aku dan juga kenapa aku perlu bertindak, Insya Allah aku boleh survive.
Bukakan minda, tenangkan hati.. Insya Allah aku boleh. Rezeki cepat atau lambat pada setiap orang lain-lain ok Suhida? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...