Thursday, October 03, 2013

:: Jangan Cepat Mengalah Suhida ::

Assalamualaikum...

Mentor bisnes berbangsa Cina menulis,
"Kami sebagai orang bisnes bangsa Cina lazimnya mengamalkan ajaran bisnes dan berfikir gaya Confucious."
Antara yang kami amalkan adalah:

1) Keraskan kerja.

Tidak boleh buang masa. Setiap 1 saat yang berdetik dalam jam adalah kayu ukur kejayaan kita. Orang bisnes bangsa Cina memanjakan diri mereka dengan bekerja keras. Bermanja cara ini berjaya meletakkan bisnes mereka sentiasa ke hadapan setiap hari.

2) Hear, see and do.

Satu ajaran Confucious yang popular adalah,

"I hear and I forget, I see and I remember, I do and I understand."
Kami tidak suka dengar dan tengok kejayaan orang lama-lama. Ia adalah satu tekanan yang tidak memberikan apa-apa manfaat. Orang bisnes berbangsa Cina suka buat dahulu. Daripada perbuatan, timbul satu kefahaman yang lebih mendalam.

3) Bakat & minat hanya mitos.

"Jika kita hanya 'tahu' bahawa kita ada bakat berniaga, itu hanya pengetahuan yang sia-sia. Kita orang bisnes tidak bergantung pada bakat semata-mata. Kita bergantung pada usaha."

Bakat dan minat hanya tinggal perkataan sahaja selagi mana tidak diadunkan dengan kerja keras. Bisnes bangsa Cina meletakkan doa, usaha dan kerja keras dalam aktiviti bisnes harian mereka. Setiap hari adalah peperangan. Setiap hari adalah perlawanan. Setiap hari adalah peperiksaan. Mereka tidak sedapkan hati dengan hanya berkata, "Aku ada bakat dan minat untuk berniaga."
Mereka sedapkan hati menerusi, "Selagi mana aku bekerja, selagi itu aku ada peluang untuk terus berjaya dan maju jauh ke hadapan."
_________________________________________________________________________________Petikan dari penulis muda jutawan 'Aqif Azizan' di facebooknya membuatkan hati aku kuat kembali. 

Selagi mana aku tau kemampuan aku dan juga kenapa aku perlu bertindak, Insya Allah aku boleh survive.
Bukakan minda, tenangkan hati.. Insya Allah aku boleh. Rezeki cepat atau lambat pada setiap orang lain-lain ok Suhida? :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...