Showing posts with label geram. Show all posts
Showing posts with label geram. Show all posts

Thursday, June 30, 2011

:: Aku Nak Berhenti Kerja, Boleh? ::

Assalamualaikum....
Aku dah nak hampir habis berpantang lagi beberapa hari je. Sekarang kepala dah mula berserabut, dah mula fikir macam mana situasi bila dah nak mula bekerja balik. Anak nak hantar ke mana dan termasuklah berapa duit yuran nak kena TAMBAH. Aduhai..... tak boleh tidur malam dibuatnya. Tadi sms tanya pada cikgu kalau baby sekarang dah kena berapa yurannya. Selamba jek reply balik RM400. Huhu... terkebil-kebil lah jugak sekejap tengok skrin handfon aku tu. Mahu lebih dari RM1000 sebulan ni kalau camtu, tak termasuk OT lagi. Uhuk uhuk.... o_O Yuran tahunan RM400 tau seorang, itu pun aku bayar ansuran bulan-bulan.
Terus mood jadi merundum dan pulak tu ada lagi satu berita tak best, cikgu taska inform yang diorang nak adakan balik cuti tahunan untuk taska diorang. Tapi lepas Cikgu Ana masuk mengajar, cuti tu dah dimansuhkan. Ni diorang nak buat balik. Entah mana datang angin ribut owner taska ni nak buat balik cuti tahunan. Bukan 7 hari ke,10 hari ke, tapi 16 hari macam sebelum ni owner taska tu pernah buat.  Aku kerja pun cuma entitle dapat cuti 9 hari setahun. Macam mana nak cuti, dah tentu tentulah tahun ni aku kena cuti banyak sebab nak bawak Farhan pergi klinik tiap-tiap bulan. Grrrrr....Mulalah start sakit hati ni. Huhu.... Dah pulak tu, siapa pulak nak menjaga Razi Izzat Farhan kalau taska cuti 5 hari berderet? Pulak tu, diorang cuti, tapi yuran bulanan kena bayar full jugak. Grrrr...
Macam mana eh? Nak ambik maid ke? Aku terfikir jugak kalau ambik maid, larat ke maid nak menjaga 3 orang budak sorang-sorang. Karang dilenyeknya anak-anak aku karang. Risau risau risau.
Kalau aku nak berhenti kerja boleh? Tapi resign dalam tahun depan. Nak kumpul duit sikit untuk buat modal kedai Wardahwardrobe aku tu. Hampeh betullah!!!
First ever gambar aku dengan Farhan. Baru dapat bergambar berdua, itupun Farhan dah 42 hari!

~ s u h i d a ~

Monday, October 18, 2010

:: Situasi-situasi Tak Penting di Rumah yang Buat Aku Menyirap ::

Berikut adalah senarai situasi-situasi di rumah yang tak berapa penting, tapi boleh buat aku menyirap bila ia kerap berlaku.

1. Basuh pinggan mangkuk tak kurang dari 5 kali sehari.
2. Blind baru beli untuk cover tingkap dapur, kadang-kadang bila tarik blind naik ke atas, dia tak nak sangkut.  Dua tiga kali, tarik naik tarik turun..tiba-tiba je rosak. Haih... Sebab aku ganas sangat kot. Kekeke..
3. Kaki gatal-gatal kena gigit nyamuk. Tampar seekor, ingat dah setel. Ada lagi seekor terbang-terbang kat kaki. Berhempas pulas tampar seekor, tak lama lepas tu, ada seekor lagi. Tak berkesudahan.....
4. Mula-mula jumpa anak lipas, lepas tu jumpa mak lipas, lepas tu jumpa bapak besau punya lipas. Siap lepas tu jumpa cucu lipas lagi. Huhu.. 
5. Bila paip getah kat bilik air selalu tercabut. Baru nak jirus badan, tercabut. Pasang balik, angkat sikit, tercabut balik. Kes paip getah lagi besar dari kepala paip. Itu belum lagi kes, syampu asyik terjatuh sebab asyik terkena paip getah. 
6. Tutup peti ais, tapi pintu selalu terbukak balik. Ini yang paling aku menyirap....Pintu peti ais tu ada self esteem problem kot.
7. Oh ya, kalau setiap kali basuh pinggan kat dapur, confirm nyamuk pun ikut sekali join berpesta kat kaki aku. Geram betullll!!!

~ s u h i d a ~

Wednesday, August 25, 2010

:: Geram Lagi ::

Assalamualaikum...ini short entry je. Update untuk lepas geram dari handfon ni. Aku dah tak boleh access internet kat opis. Budak-budak yang masuk list kena unpaid hari tu semua kena. Memang saje nak bikin hati orang panas kot.. Nak bagi orang resign, tak payah disuruh. Hmm... takpelah, aku kat sini pun lagi 5 hari je lagi. Bila kena macam ni, lagi lah aku malas nak buat kerja. Agaknya bengang nak suruh siapkan kerja sebelum kitorang blah kot, tak cukup orang nanti nak siapkan kerja yang sedia ada dengan yang ditinggalkan lagi. Nasiblah kerja tak siap pun, ada aku kesah? Hari tu berlagak, nak simpan  3 orang CAD je konon.  Tak pernah lagi aku jumpa orang yang busuk hati, pendendam macam orang ni. Dahlah paksa staf ambik unpaid leave, buat lagi camni.  Geramnyaaaa!!!!!

Thursday, August 12, 2010

:: Edisi Luahan Geram Lagi Sekali ::

5Assalamualaikum....
Aku cuma nak kongsi cerita sedih yang aku dah pun meletakkan surat berhenti kerja hari Isnin lepas. Sedih ke? Aku memanglah sedih, tapi mungkin berita menggembirakan untuk orang lain, terutamanya (siapa lagi?). Alkisahnya, aku dan dua orang lagi budak opis disuruh cuti tanpa gaji start bulan Ogos ni atas alasan company tak cukup duit nak bayar staf. Mula-mula masa meeting hari Jumaat, 4 orang yang disuruh unpaid leave, tapi hari Isnin ada meeting lagi, 3 orang je yang kena. Boleh macam tu? Means - kat situ ada pulak bajet untuk tarik seorang lagi? Masa meeting dengan aku dan member lagi sorang tu, siap bos ulang 2,3 kali "You guys have to find another job". Kalau korang, apa korang fikir?
Pastu bila kitorang dua orang letak surat hari Isnin hari tu, cepat pulak bos accept resignation letter kitorang.. dan fikir balik - Ada pulak duit opis nak bayar gaji terakhir kitorang dua orang ni? Kau cakap macam dah takde duit sangat dah...
Kenapa aku letak surat berhenti, aku dah terasa memang kitorang dah tak diperlukan, besides aku pun bukannya feveret sape-sape pun kat opis.. Seyes, aku tak pandai nak kipas bontot, ok. Itu satu, pastu dari akhir tahun lepas, bagi harapan janji nak bagi bonus kat kitorang . Sampai sudah, bonus kemendenya kalau macam ni. Bonus buang orang secara halus? Boleh pulak tu dapat tau hasil dari edisi siasat, ada seorang makhluk tu dapat naik gaji. Diam-diam pulak tu, masa orang tengoh heboh2 nak mintak bonus. Perkara ni tak tahulah sahih ke tak, tapi kalau takde angin, masakan pokok bergoyang, betul tak?
Malas dah lah nak fikir, hari esok dan seterusnya sampai ke hari akhir aku bekerja, aku cuma berharap cepatlah masa berlalu. Sebab aku dah tak lalu bekerja dengan manusia hipokrit. Kalau nak cerita, memang banyak lah ketidak puasan hati aku ni. Nama je company international, tapi hampeh. Tapi, siapalah aku. Kalau cakap banyak pun tak guna, bukannya boleh buat jadi apa pun.
Kepala dah kusut, hantar resume dah ke banyak tempat, tapi satu pun tak panggil lagi. Serius aku fobia sekarang ni. Takde keyakinan nak pergi interview. Self-esteem jatuh merundum gila-gila, sebab aku rasa dengan keadaan ekonomi sekarang, dengan status aku yang dah berkahwin dan dah berumur 30, terasa macam susah je nak dapat kerja. (Ada tempat aku hantar resume, bos dia cakap jangan beranak tiap-tiap tahun sudah - apa korang fikir?). Tambah lagi, role kerja aku kat opis sekarang cuma draftwomen, skill aku terhad.  Memanglah dulu dah pernah experience macam-macam buat kerja ID ni, tapi kalau nak start balik macam dulu, serius aku tak konpiden. Huhuhuuhu...Sudahnya, tadi aku isi balik borang SPA. Hehehe...
Macam-macam lah yang aku fikir sekarang. Sorilah korang baca luahan perasaan aku yang panjang berjela ni ye. Doakan aku dapat kerja cepat-cepat ye, dan dapat tempat yang elok. Itu je aku mintak.

~ s u h i d a ~

Monday, August 02, 2010

:: Edisi Geram Tak Boleh Blah, Tapi tak Habis Luahkan Lagi tu ::

Assalamualaikum....
Berita menggemparkan!!!! ataupun berita memang hampeh, benci aku. Tak guna betul. Huh...
Pagi tadi dalam aku kemalasan yang amat sangat nak pergi opis (sebab penat pindah rumah tak hilang lagi) masuk opis dapat berita yang menyakitkan hati, memberatkan kepala, buat aku macam nak nangis (tapi cover sebab sakit hati punya pasal-tapi ternangis sikit gak tadi).
Tadi admin gemuk panggil sorang-sorang nak bagitahu yang opis suruh cuti tanpa gaji, efektif bulan ni - Ogos. Alasan diorang takde duit nak bayar staf. So, pilihan bos ialah mintak staf cuti tanpa gaji. Bila ada projek, diorang akan panggil balik kerja. Bila tanya, agak-agak bila diorang akan panggil balik. Tak boleh jawab. Bos tadi meeting dengan kitorang, dia pun tak boleh jawab bila masanya kitorang akan dipanggil balik. Ada 7 orang CAD, 3 orang je diorang nak simpan. So ada 4 orang lah yang tak bergaji, termasuklah aku. Ni semua bung punnya pasal. Korang baca jelah, tak faham pun tak apa, asal aku dapat meluahkan perasaan aku kat sini. Bung bongok tu punya pasal, habis dibawaknya disaster ke opis kitorang ni.
Bung tu manager baru opis kitorang, ganti head lama kitorang. Dia punya pasal, drawing kitorang banyak salah sampai bos besar cakap opis KL stupid. Sebelum ni masa dengan head lama kitorang, opis KL very goooooooood. Datang mangkuk ayun tak guna ni, abes semuanya kena bodoh. Paling teruk, kena berhenti tapi dengan cara "BERHEMAH" kepala hotak diorang. Geramnya akuuuuu....... Tapi Bung tu pun dah disuruh berhenti dah pun. Kalau aku nak cerita lagi pasal perangai dia yang annoying yu, mahu pahala dia dapat berkoyan-koyan.
Esok kena datang opis, ada lagi "perbincangan" yang aku rasa takkan memihak pada kitorang ni. Serius, aku pun dah malas nak kerja kat opis ni. Cari kerja lain je lah. Biar melingkup lah ko bos dengan opis ko tu. Dahlah takde surau. Huh.
.....................................................
Entahlah, kenapalah time nak raya ni weh bos? Kan nak raya, nak pakai banyak duit.... Pikir bontot korang je. Staff tak jaga langsung. Korang rasa patut ke aku tunggu, rela je cuti tanpa gaji ni..ataupun sekarang aku dah patut update resume aku dan cari kerja lain? Kalau ikut pendapat kengkawan, memanglah harus cari kerja tempat lain dah....Sakit jiwa aku. Dah gemuk ni, sangat segan nak pergi interview. Huhu...
Sekian sudah sesi luahan geram. Harap-harap apa yang berlaku ni, ada hikmahnya, kan?
* So, lepas ni korang jangan emel lagi kat emel opis aku ye. Kalau nak emel, leh emel aku kat suhidamathanip@yahoo.com.

~ s u h i d a ~

Friday, May 21, 2010

:: Keji Punya Orang dan Balasan Allah ::

Assalamualaikum...
Ada satu pagi tu aku dapat sms dari cikgu Zakiah. "Kak Su nanti hantar budak, hati2. Tadi mak Auni nyaris-nyaris nak kena ragut." Siap bagi no plat motor budak tu lagi. Duk dak duk dak jantung aku baca sms tu. Huhu....
Sampai je kat sekolah, cikgu Zakiah siap turun ke kereta tolong aku bawak Razi dan Izzat masuk sekolah. Dia pun bercerita. Alkisahnya, mat peragut ni bukak pintu kereta masa mak Auni baru nak keluar kereta. Mamat tu tarik beg. Tapi beg yang dia tarik tu beg sekolah Auni dengan abang dia. Cikgu Zakiah cerita mak Auni gelut, dapat balik beg tu. Menjerit-jerit. Huhu...Tapi aku tak tanya pulak cerita penuh dia. Kenapa aku tak tanya ye? Mmmm...Maybe sebab dah lambat nak ke opis kot. Petang lagi lah aku tak ingat na tanya full detail. Otak ingat nak balik rumah je. Huhu...
Diorang pesan, nak keluar kereta hati-hati. Kereta matikan enjin dan kunci kereta. Tapi sebelum-sebelum ni pun aku memang matikan enjin dan kunci pintu tiap kali tinggalkan kereta. Memanglah, tapi saspen gak kalau tiba-tiba mamat tu muncul. Tengok lah, mak Auni baru nak keluar kereta pun dia boleh bukak pintu kereta belakang, tarik beg, Berani sungguh! Huh!
Lepas kejadian tu, boleh kata aku perhati gak sekeliling. Sebab aku ni orang yang kurang alert jugak pada persekitaran. Aku takut gak sebab mamat tu boleh je nak buat apa-apa kat aku sebab aku sorang kedong beg, dukung Izzat sebelah tangan dan sebelah tangan lagi pegang tangan Razi. Dah tentu penuh segalanya. Insya allah tak ada apa-apa lah ye. Huhu....Ada gak cikgu Zakiah cerita selalu gak nampak mamat tu lalu lalang depan sekolah. Kenapa lah ada manusia yang sebegitu. Berani cuma sebab boleh ambik kesempatan pada mak budak yang nak hantar anak ke sekolah. Keji sungguh. Tunggu kau balasan Allah nanti.
.......................
Tiba-tiba pulak aku teringat insiden masa aku baru dapat lesen kereta. Pagi tu aku tak ingat, kenapa aku bawak kereta Wira mak pergi Giant kot beli barang. Ada satu jalan kat Taman Permata ni one way. Jalan kat depan Haji Tapah tu. Aku baru nak masuk simpang jalan sehala tu, tiba-tiba nampak motor laju dari arah yang salah tu lah. Tapi, aku sempat brek sebab aku dah nampak dia. Tapi, mamat tu sengal. Dia bawak motor, kepala toleh ke belakang. Macam nak lari dari sesuatu. Macam orang buat salah. Berdentum lah langgar kereta mak. Pecah lampu kereta. Dia takat luka sikit je. Bengang je aku. Tapi, sebab baru-baru dapat lesen kereta dan masih muda lagi masa tu. Apakah? Hehe... Aku agak menggelabah jugak masa tu. Aku keluar kereta, tengok nasi berterabur atas jalan. Orang dah start mula datang. Mamat tu menggelabah, orang tak tanya dia pun. Tiba-tiba dia cakap.. "Nasi ni bukan untuk saya. Untuk bagi makan ayam kat rumah." Korang nak tau kenapa dia cakap camtu? Huh...Sebab masa tu bulan puasa. Pukul 9-10 pagi macam tu kot. Balasan Allah lah tu. Tapi, kenapa dia langgar kereta mak aku? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Balasan Allah lah tu untuk aku. Hik3...
Ok, sambung balik cerita. Mamat tu bagi no telefon dan suruh aku call balik. Aku yang masih muda lagi masa tu, tak banyak cakap. Ambik je lah no telefon mamat tak guna tu. Balik rumah, bila cuba telefon balik, tak dapat. Sah, aku dah kena tipu!!! Dahlah langgar kereta orang, menipu lagi, tak puasa pulak tu. Keji punya orang!!! Sabo je lerrrrrrrrrr....
* Ini adalah entry tak puas hati. Maafkan aku sekiranya ada ayat yang aku gunakan agak kasar sikit. Tak kasar sangat lah kan? Kasar ke? Tak kan? Hihihi....Biasalah entry pukul 1.30 pagi memang selalunya macam ni.

~ s u h i d a ~

Tuesday, January 05, 2010

:: Nak Sedih Ke Nak Marah ::

Assalamualaikum...
Kengkawan, aku kehilangan handfon semalam. Aku tertinggal handfon dalam kereta, pastu kereta hantar pergi basuh. Cuci luar dan dalam. Balik rumah pukul 11 malam baru teringat handfon dalam kereta. Dah hilang. Kol2 tak dapat2. Mmm...
Bukan aku na cakap apa. Petang tadi, aku tengok je handfon aku. Aku tak tahu pulak kenapa aku sayu. Sebab handfon aku tu dah terkopak2 da buruk ke..ke sebab memang aku dah terasa handfon tu nak hilang. Pastu tadi masa kat Giant, aku duk toleh-toleh kepala tengok booth orang jual handfon, terdetik dalam hati, bila lah nak tukar handfon. Tapi tak jadi, sebab mengenangkan duit takde. Alih-alih, handfon aku kena curik!!!! Huuuu...sedih ni tau..Entah bila aku nak ada handfon balik. Tak amanah betul orang yang cuci kereta tu. Bukan orang melayu pun. Diorang peduli apa ek. Macam *&@!!!!. Mula lah aku nak naik marah ni.
*Korang na kontek aku, bak no fon korang.

~ s u h i d a ~

Thursday, December 10, 2009

:: Jahat Betul Diorang Ni ::

Assalamualaikum..
Kelmarin masa aku tengah melayan internet sorang-sorang, masa tu pukul 2,3 pagi kot..Tiba-tiba aku macam terdengar suara orang kat depan pagar rumah. Nak jenguk...errr..tak kuasa aku. Jadi aku abaikan je lah suara orang yang aku dengar tu. Esok pagi, aku bukak je pintu pagar, terkejut aku.
Besi gerigi longkang orang sebelah kanan rumah aku kena kebak...
Dua-dua depan rumah aku pun kena cilok gak gerigi besi diorang. Dan jiran sebelah kiri aku pun kena gak kebak gerigi besi longkang dia.

Huhuhu...Alhamdulillah.....dalam aku selalu komplen nak kena angkut Razi Izzat masuk keluar rumah sebab kena parking kereta luar pagar, rupanya ada hikmahnya..Orang tak boleh nak ambik ler gerigi besi longkang rumah sewa kitorang. Dah kena hempap dengan tayar kereta. Huhu....Sabo je ler..Pastu abang sms tuan rumah, tengahari tu gak John tu datang bawak dua keping besi. Dia pateri kat dua2 belah gerigi longkang tu, pastu hammer dengan paku dinding. Nampak macam kukuh. Dia tarik, tak bergerak. Lulus lah tu.
Jahat betul diorang ni, tuan rumah aku cakap, besi dah murah sekarang pun, orang still nak curi. Yelah, kalau yang curi tu drug addict, dapat gak dia duit sikit2 kan? Aku jadi seram pulak, maknanye ada ler perompak kat deret2 rumah aku ni. Pasni tak berani nak balik rumah malam-malam sangat lagi. Dahlah sorang-sorang nak angkut Razi Izzat masuk rumah. Kena waspada gak tu. Takuttt...Perompak sekarang bukannya ada hati perut. Mana taknya, otak pun diorang tak de.

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...