Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Friday, October 08, 2010

:: Comei Lotte Contest by Jaijina ::

Assalamualaikum...
 Comei Lotte Contest by Jaijina. Tarikh tutup pada 24 Oktober 2010. Kalau nak join, boleh klik ----> sini 
.
.
Gambar yang aku nak pertaruhkan ialah...
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 11 bulan
Nama ibu : Suhida
Aku rasa gambar ni comel sebab ini salah satu gaya Izzat yang dapat dirakamkan waktu dia tengah tengok TV. Izzat kalau tengok TV, macam-macam gayanya. Yang ni baru tertonggeng, tak tengok lagi dia meniarap sampai masuk bawah sofa. Tapi, mata tetap khusyuk tengok tv.
.
.
Ni abang pulak nak join.
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 7 bulan.
Nama ibu : Suhida
Aku rasa gambar ni comel sebab masa ni Razi baru  lepas kena tangkap main bedak. Disapunya habis ke satu muka. Nak marah pun ye jugak, tapi bila tengok gambar dia tersengih tak bersalah ni, tiba-tiba rasa nak tergelak pun ada. Haih, anak lah anak....

* Aku nak tag..

~ s u h i d a ~

Tuesday, October 05, 2010

:: Contest Lebaran Si Manja ::

Assalamualaikum..
Nak join contest lagi. Last minit join contest.
Contest Lebaran Si Manja yang dianjurkan oleh As Chubby.  Nak tahu syarat-syarat, boleh klik --- > sini. Tarikh tutup pada 5 Oktober 2010.
.
.
Gambar yang dipertaruhkan ialah gambar Razi.
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 7 bulan
Status : Anak sendiri
Nama Pengirim : Suhida @ Fazdarazat
Emel : suhidamathanip@yahoo.com

~ s u h i d a ~

Monday, October 04, 2010

:: Cute Baby in Baju Raya ::

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dapat jugak upload gambar kat blog lepas bertanya pada Alya macammana nak buat, sebab dia pun sama tak boleh upload gambar kat blog. Dia cadangkan pakai Firefox. Tapi, aku nak try Google Chrome. Lepas dah install google chrome, barulah aku boleh upload gambar... akhirnyaaaa... Dah boleh ni, apa lagi..masuk contest dulu. :) Jangan marah aaa... 
Kali ni nak join contest Cute Baby in Baju Raya. Tarikh tutup pada 17 Oktober 2010 @ 11.59pm. Dianjurkan oleh :

Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---> sini.
.
.
.
Cuma Razi je yang lengkap berpakaian baju melayu dengan sampin dan songkok. Izzat takde sampin.

Nama : Muhammad Fakhrurrazi

Umur : 3 tahun 7 bulan.
" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSOR BY MALINASIAM.COM "

~ s u h i d a ~ 

Wednesday, September 15, 2010

:: Best Birthday Celebration Contest ::

Assalamualaikum...
Mood nak cerita pasal raya takde. So, aku join contestlah ye. :P Serius aku mula rasa kena ada blog untuk join contest je. Huhu..
Kali ni nak join Best Birthday Celebration Contest yang dianjurkan oleh  Jijy-Fify. Tarikh tutup pada 16 September 2010. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik sini.
.
.
Gambar sambutan hari jadi aku yang ke 30 bersama suami dan anak-anak.
Ini adalah gambar sambutan hari jadi aku baru-baru ni yang ke-30. Umur dah 30 tahun, tapi nak jugak potong-potong kek...Kekeke..Aku suka gambar ni sebab dapat kiss dari insan-insan yang aku sayang; suami dan anak. Cuma yang kecik tu je tak pandai lagi nak kiss2 pipi. Hehe.. Sambutan hari jadi aku yang ke 30 memang sangat-sangat spesel dan memorable, terima kasih pada abang sebab sudi buat hari lahir aku yang ke 30 sangat best. Kenapa aku cakap best? Sebab....
First, dapat bercuti tidur satu malam kat hotel Hilton KL.
.
.
Keduanya, abang bawak kitorang pergi jalan-jalan ke Aquaria KLCC dengan Razi dan Izzat.
.
.
Ketiganya, dapat hadiah handfon Nokia C6.
Huhu..Sebab tu ler, sambutan hari jadi aku yang ke 30 yang paling best sekali. Hik3...
Alhamdulillah..syukur.

~ s u h i d a ~

Thursday, September 09, 2010

:: Contest Saya Dan Baby ::

Assalamualaikum...
Ditag oleh mama/kak da untuk join Contest Saya Dan Baby yang dianjurkan oleh Awynn. Tarikh tutup ialah pada hari ni; 9 Sept 2010. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---->sini
Gambar yang aku pertaruhkan ialah
.
.
.
.
Sebab ada dua anak, boleh ke hantar dua gambar? Hehehe....
Aku nak tag... (rasanya orang dah cuti raya...huhuhu...)
Alya
Bed

~ s u h i d a ~

Wednesday, September 08, 2010

:: ConTeST SENyuMan @ HaPpy BIrThDay FarIsyah ::

Assalamualaikum...
Kali ni aku nak join Contest Senyuman @ Happy Birthday Farisyah yang dianjurkan oleh Jue-Anna Fauzie. Tarikh tutup hari ni; pada 8 September 2010 pukul 5.32 petang. Sebab itu waktu Farisyah selamat dilahirkan ke dunia. Untuk lihat syarat-syarat boleh klik ---> sini.
Susah nak ambik gambar Razi senyum dengan rela, so..aku nak pertaruhkan gambar ni :
Nama : Muhammad Fakhrurazi
Umur : 3 tahun 7 bulan
.
.
Ada lagi sorang nak join. Ini pun susah jugak nak senyum.
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 10 bulan

Email : suhidamathanip@yahoo.com

~ s u h i d a ~

Friday, September 03, 2010

:: Keputusan Pemenang WardahWardrobe 1st Giveaway!!!! ::

Assalamaualaikum....
Ok, WW nak announce ni pemenang yang bertuah memenangi sehelai blaus pilihan Wardahwardrobe ni. Pasti semua orang tak sabar nak tahu keputusan Wardahwardrobe 1st Giveaway kan? Hehe... WW pun tak sabar ni nak announce ni weh. :)
Cabutan undi untuk dua orang pemenang dilakukan oleh emak WW, Puan Werdah sempena nama beliau yang WW gunakan untuk kedai blog WW yang tak seberapa ni.
Berdebar-debar masa mencabut undi.
Cabutan berdasarkan nombor pada setiap nama yang saya letakkan pada entry contest. So, peserta yang bertuah ialah no 5 dan no 12, iaitu....
.
.
dan
Tahniah diucapkan pada Mama Qari dan SyawalSimpsons. Anda berdua memang bertuah ye. :)
.
.
Sekarang tiba masanya untuk umumkan pemenang bertuah dengan slogan yang menarik. Saingan agak sengit untuk memilih slogan terbaik. Ramai peserta yang mencipta slogan yang sangat kreatif, WW hargai effort korang semua. Tapi, hanya ada satu slogan sahaja yang betul-betul mencuit hati WW dan Puan Werdah, iaitu....
SAYA NAK MENANG BLAUS DARI WARDAHWARDROBE KERANA....BAJU MUSLIMAH PILIHAN HATI, DISARUNG DI BADAN CANTIK SEKALI, BARANG DIJUAL SEMUA BERKUALITI, SEBAB ITU WARDAHWARDROBE MENJADI PUJAAN HATI. =)
Slogan ini adalah milik..
 Slogan Fara Aina simple, tapi sangat sesuai untuk digunakan sebagai tagline Wardahwardrobe. :) Tahniah kepada Fara Aina dan sekali lagi tahniah pada Mama Qari dan Syawal Simpsons. WW sangat terharu dan nak mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua peserta yang sudi menyertai Wardahwardrobe 1st Giveaway. Tanpa korang, tak mungkin WW GA ni akan berjaya. Kepada yang tak berjaya, janganlah sedih.... Lain kali, Insya allah WW akan buat contest atau giveaway lagi. Tapi, lebih grand ke...Manalah tau kan. Kalau ada rezeki lebih, insya allah.
Dikesempatan ini, WW nak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya yang akan menjelang tak lama je lagi ni. Kepada ketiga-tiga pemenang, sila emailkan ke wardahwardrobe@yahoo.com nama penuh, alamat dan no telefon korang. Nanti kita akan discuss detail ye mengenai hadiah korang. :)
Sekian saja kali ni, terima kasih semua. SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Tuesday, August 31, 2010

:: WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY ::

~ ENTRY STICKY MODE. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY SETERUSNYA~
Assalamualaikum..
Sempena kehadiran Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang, aku dengan berbesar hati ingin mengadakan giveaway yang pertama untuk kedai blog aku :
Syarat-syarat :
1. Mesti mempunyai blog.
2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (sekiranya korang dah follow, sila nyatakan nama yang korang gunakan).
4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada entry dan sidebanner beserta link back.
5. Masukkan link wardahwardrobe ke dalam bloglist korang.
6. Tag 3 orang rakan-rakan korang untuk turut sama join giveaway ini.
7. Sila tinggalkan komen di entry aku ni beserta link ke entry korang. Sila sertakan nama dan email.
HADIAH -HADIAH YANG BAKAL DIMENANGI :
Ada 3 hadiah disediakan. 2 pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh mak aku yang disayangi ; Puan Werdah.
Hadiah untuk 2 pemenang tersebut ialah SEHELAI BLAUS PILIHAN setiap seorang dari koleksi wardahwardrobe.
Manakala seorang lagi peserta dengan slogan terbaik pula akan memenangi SEHELAI BLAUS PILIHAN dari koleksi wardahwardrobe BESERTA 1 HADIAH MISTERI.
Tarikh giveaway bermula pada 9 Ogos 2010 dan berakhir pada 31 Ogos 2010.
Jomlah join beramai-ramai ye. Rugi tak join....kalau ada rezeki dah dapat baju raya free... hahaha...

~ s u h i d a ~

Thursday, August 12, 2010

:: Season 4 - CUTE FUNNY EATING BABY ::

 Assalamualaikum...
Yeay, join contest lagi. Aku rasa aku patut buat satu blog untuk join contest je kot...huhu...
.
.
Gambar yang dipertaruhkan ialah :
 Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 10 bulan.
Ini gambar version lain pulak dari yang masuk contest makan kerepek tu. Entah apa entah yang Izzat duk pelik tengok kerepek dia makan tu. Heehhehe..
.
.
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 5 bulan
Ini muka kena paksa makan sebab nak ambik gambar dia makan. Hehehe...Razi tengah makan cekodok dengan seluar koyak kat tengah-tengah tu. Tak perasan seluar dia koyak masa pergi rumah mak. Dah tinggal sehelai je seluar, terpaksalah biar je dia pakai seluar koyak. Kekek-kekek kitorang gelak masa ambik gambar ni. Kesian anak aku.... Huhuhu...
Tarikh tutup 15 Ogos 2010. Kalau nak join, boleh klik SINI.
Jomlah join ramai-ramai sebab korang berpeluang memenangi :
GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON IS 3D2N FULL PACKAGE @ REDANG/LANGKAWI ISLAND & 70PCS 4R SIZE PHOTO SPONSORED BY MALINASIAM.COM" 

~ s u h i d a ~

Sunday, August 08, 2010

:: Moment With Newborn Baby Contest ::

Assalamualaikum...yeay, sempat gak nak join contest yang menarik ni. Hehehe...
Tarikh tutup31 Ogos 2010.
Kalau nak join, boleh klik ---->
SINI.
So, ini 
gambar nya..
.
.
.
nama : MUHAMMAD FAKHRI IZZAT BIN MOHAMMAD FADZLI SHAH
tarikh lahir : 22/10/2008
berat semasa lahir : 3.07kg
umur ketika gambar diambil : hari kelima selepas bersalin
nama ibu : SUHIDA MAT HANIP
cerita disebalik gambar : kat hospital takde berbedung cani. hari kedua pantang kat rumah, haruslah berbarut dan berbedung. ini lah bedung ikut cara nenek ye. :) menguap tutup mulut ye izzat. hehe... 
* Memang contest ni buat aku teringat balik masa diorang baby, alya. Terima kasih gak ko buat contest ni, jumpa balik gambar-gambar Izzat masa baru lahir hari tu. Aku ingat dah hilang.
 
~ s u h i d a ~

Thursday, August 05, 2010

:: Baby Biru Contest ::

Assalamualaikum...
Kali ni nak join contest BABY BIRU CONTEST pulak. Sempat lagi tu join contest. :P
Kali ni contest anjuran MrsHilmy..
Contest berakhir pada 8 Ogos 2010. Kalau nak join, boleh klik ----> sini..
.
.
Ini gambar Izzat masa mandi swimming pool hari tu. Punya syok mandi kat pool sampai tak nak naik. :)
Nama : Muhammad Fakhri Izzat
Umur : 1 tahun 9 bulan.
.
.
Razi pun nak join. Ni gambar masa kenduri kahwin adik ipar, tema kalernya biru. Razi dah macam nak bernikah sudah...dengan baju melayu dan songkoknya... Huhuhu...
Nama : Muhammad Fakhrurrazi
Umur : 3 tahun 4 bulan

~ s u h i d a ~

Friday, July 23, 2010

i lUv TuppErwAre BranD!!!!

Assalamualaikum...
Demam contest lagi. Kali ni nak join contest I Luv Tupperware Brand oleh ibu dini dan upperwarebrandibudini.


Antara hadiah-hadiah yang ditawarkan ialah 1 ramadan set.

Ada jugak 2 hadiah untuk pemenang saguhati. Tarikh tutup pada 31 Julai 2010.

Nak tahu syarat-syarat,boleh klik ---> sini.
Saya nak menang hadiah set ramadan kerana saya akan menyambut syawal tahun ini di rumah baru, jadi set tupperware ni memanglah sesuai sangat dengan rumah baru ni.

~ s u h i d a ~

Wednesday, July 21, 2010

:: Jija's Lovely Cottage ::

Assalamualaikum...
Dapat tag untuk join contest lagi. Kali ni ditag oleh Kak Da untuk join Jija's Lovely Cottage yang dianjurkan oleh Jija. Tarikh tutup pada 31 Julai 2010
Nak join, boleh klik ---> sini 
Aku nak tag....

~ s u h i d a ~

:: SimplyStyleShop 1st Giveaway ::

Assalamualaikum...
Time untuk mengular kat opisss..yeah... Bos dan manager bung takde. yahuu.. Alang-alang tu, aku nak join satu giveaway ni yang dianjurkan oleh SimplyStyleShop. Tarikh tutup 31 Julai 2010.

Aku kena tag dengan Azura untuk join giveaway ni. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---> sini.
Aku nak tag Ainey dan Bed untuk join giveaway ni.

~  s u h i d a ~

Monday, July 19, 2010

:: Rezeki Razi Cutest Baby In Purple ::

Assalamualaikum...
Alhamdulillah..Rezeki Razi. Kami dapat hadiah saguhati untuk contest CUTEST BABY IN PURPLE anjuran MAMA / Kak Da.
Rezeki razi ada jugak setelah banyak betul aku cuba join contest ni. Hehehehe..
Tak sabar tunggu hadiahnya maybe sampai esok kot. ;)

~ s u h i d a ~

Saturday, July 10, 2010

:: Mika's 1st Birthday Giveaway ::

Assalamualaikum....
Aku dapat tag dari Azura untuk join Mika's 1st Birthday Giveaway yang dianjurkan oleh Mama Mika. Tarikh tutup GA ni pada 7 Ogos 2010. Kalau nak join, boleh klik ----> sini.
" Semoga Mika menjadi anak yang soleh ye. Semoga sentiasa dilindungi Allah dan sentiasa membawa keceriaan kepada keluarga."
 Referrer aku adalah Azura Samsudin. Korang nanti jangan lupa letak nama aku as referrer ye. :)
So sekarang...mereka2 yg kena tag ialah....

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 30, 2010

:: Contest For Contestant ::


Assalamualaikum....Aku ditag oleh Kak Da untuk join Contest For Contestant yang dianjurkan oleh Rina (MrsBifa) dan Bifa's Collezion. Sempat lagi ni, ado lagi satu jam ni sebab last date nak join, hari ni 30 Jun 2010. Nak tahu syarat-syarat, boleh klik ---> sini 
Ok, ini gambarnya...
.
.
.
Emak korang yang lebih.. :P

3 orang aku nak tag :
Ina
Elin
Zura
(huhuhu..macam tak sempat je..)

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 29, 2010

:: Cutest Baby in PURPLE Contest ::

Assalamualaikum....
Yes, akhirnya dapat join contest yang dianjurkan oleh Mama atau Kak Da. Cutest Baby In Purple Contest. Tarikh tutup pada 1 Julai 2010. Nak tau syarat-syarat, boleh klik ---> SINI.
Hadiah2nya sangat best, tajaan :
MYKIDSZONE, APPLE OF MOM'S EYE & JEMARIART
Ini gambar yang dipertaruhkan..
.
.
.
.
Muhammad Fakhrurrazi
3 tahun 3 bulan
20 Mac 2007

~ s u h i d a ~

Monday, June 28, 2010

:: Ibu Kaisya Giveaway ::

Assalamualaikum....
Ibu Kaisya Giveaway sempena pembukaan kedai beliau. Tarikh tutup 30 Jun 2010. Syarat-syarat sangat mudah. Rugi kalau tak join. Salah satu hadiahnya ialah coklat buatan tangan Ibu Kaisya. Aku kan suka makan coklat.

~ s u h i d a ~

:: Giveaway Cayang Ibu ::


 Assalamualaikum...
Akhirnya dapat jugak aku buat entry untuk contest ala-ala kena tag ni. Aku kena tag untuk join contest ni oleh Kak Da dan Elin. Terima kasih ye kawan2, tag daku untuk join contest ni, Giveaway "CAYANG IBU" anjuran Ema Cupcake.
Nak tau syarat-syarat boleh klik ---> SINI.
Gambar "Sayang Mak" oleh Razi.. suka-suka hati aku je tukar tajuk.hehehe... ialah gambar ni...
.
.
.
.
. 
"Saaaaayang Mak!" <---- ayat favourite Razi.
 Hehehe...Nak tau cerita gambar ni?
Razi ni walaupun dia abang, tapi manja sangat-sangat dengan aku ni haaa... Sabo je ler. Gambar ni diambil masa aku tengah sibuk-sibuk nak siapkan hantaran kahwin abang sepupu aku kat rumah abang sepupu aku ler. Dahlah tengah buat final touch-up, Razi pun sibuk jugak nak menyendeng-nyendeng. Tengok gambar-gambar kat bawah ni. Gambar selingan je ye.
 "Mak buat apa tu, mak?" Salah satu soalan favourite Razi. 
 Ish Razi ni, mak nak buat kerja lah. Aku ke katil, dia ke katil. Aku ke cermin dia ke cermin.
 Tengah mencangkung pun, dia nak peluk. Nasib mak tak tergolek, tau."Sayang Mak..." Oh, bukan...macam ni... "Saaaaaayanngggg Mak!" Hehehe... Tu aku geram tu, nak peluk-peluk sangat, tu yang gambar kat atas tu aku peluk, balas balik. "Saaaaaaayang abang Razi!". Sudahnya, dia lak yang malu-malu. Kekekeke...
Oh ya, aku pulak kena tag orang. Sempat lagi ni. Tarikh tutup 30 Jun 2010.
5 orang yang aku nak tag ialah...
*Walaupun gambar tu macam blur-blur, aku tetap suka gambar tu. Lama gak aku tahan nak buat entry ni sebab nak snap gambar cantik sikit. Tapi still tak sama dengan moment yang ada pada gambar kat atas tu, sebab masa gambar tu diambil, memang antara moment yang aku takkan lupakan yang Razi sangat sayang pada aku. Huhuhu....Mak sayang abang Razi juga. :P Sedih la pulak, tiba2. Hihihi..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...