Friday, November 27, 2009

:: 10 Kaedah Baby Tidur Lena ::

Assalamualaikum...
Sengaja nak berkongsi info tips untuk baby tidur lena. Baby normal akan tidur lena samada siang atau malam. Tapi kalau baby asyik terjaga lima ke enam kali setiap malam, kemungkinan baby tu tak sihat. Baru aku tahu kalau baby berumur 6 bulan ke atas dan masih terjaga lima ke enam kali setiap malam, kena segera bawak berjumpa doktor untuk nasihat atau rawatan. Mungkin kolik, selsema, rasa tak selesa hendak tumbuh gigi, batuk, demam, ruam dan sebagainya.
Bila dah mengenalpasti masalah baby tak boleh tidur, dalam tempoh pemulihan, tips-tips dibawah mungkin dapat membantu baby tidur dengan lena. Antaranya ialah :
1. Elakkan bilik dalam keadaan panas atau terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur nipis. Baby kadangkala terbangun waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk baby tidur lena.
2. Jika baby terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Periksa lampin, samada perlu ditukar atau baby berasa terlalu panas atau sejuk.
3. Jaga kebersihan bilik. Setiap hari cadar tilam perlu ditukar kerana kulit baby sensitif. Tanda-tanda kegatalan pada badan baby mengganggu tidur mereka.
4. Baby menangis antaranya tanda mereka lapar. Beri susu kepadanya tetapi lakukan dalam keadaan lampu bilik yang samar-samar dan pergerakan yang senyap.
5. Hidung baby yang tersumbat kerana selsema, mengganggu pernafasan dan tidurnya. Selain memberi ubat, bantal perlu tinggi supaya hidung dapat bernafas dengan lebih baik. Cuba juga beri kelegaan dengan meletakkan balm pada bahagian yang tidak selesa.
6. Mandikan baby dengan air suam. Baby akan merasa segar. Selepas itu, lakukan urutan pada seluruh anggota badan baby. Minyak zaitun atau losyen baby boleh digunakan.
7. Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan baby meragam dan tidak lena tidur. Tidurkan baby secara meniarap disamping menyapu minyak telon di bahagian perutnya.
8. Banyakkan aktiviti siang hari. Pada waktu siang, nyanyikan lagu, bercakap dan bermain dengan baby. Stimulasi ini membantu baby tidur dengan lebih baik pada waktu malam.
9. Jangan memberi baby (jika baby sudah mula makan) makanan dalam jumlah yang banyak dan lewat malam. Jika terlalu kenyang, baby sukar untuk tidur dan tidak elok untuk kesihatan kerana makanan belum hadam sepenuhnya.
10. Jika anda kecewa kerana baby anda kerap terjaga waktu malam walaupun badannya sihat, dapatkan nasihat doktor mengenai tabiat tidur baby anda.

~ s u h i d a ~

Wednesday, November 25, 2009

:: BABY WITH TRANSPORT CONTEST FROM UMMINABILAH ::

Assalamualaikum...
Biasa ler, terjumpa lagi contest. Kali ni nama contest yang aku nak join ialah Baby With Transport Contest dianjurkan oleh UmmiNabilah.

Ape syarat2 nk join contest ni:
1. mestilah jd follower UmmiNabilah
and masukkan dlm bloglist korang.

- SUDAH -
2.copy banner kt atas kt sidebar anda and ltk kan link contest ni...no link no qualified...

- SUDAH -
3. Buat satu entri & upload kan pic anak korang dgn aksi bersama transport diorang, letakkan nama , umur dan ceritakan sedikit pasal pic tu....transport tu xkira lah bentuk ape...tapi yg diorang main lah...walker x termasuk k...

- SUDAH -
4. umur anak korang mestilah 0-3 tahun...kalau pic tu diambil smasa umur ank anda x melebihi 3 tahun boleh lah diterima...

- SUDAH -
5.hanya 1 pic saja yg dibenarkan utk diupload kalau korang nk ltk banyak pun xpe tp aku lah yg rambang mata nk pilih...tajuk kat atas je dterima

- SUDAH -
6. hanya seorang anak jek yg dbenarkan msuk contest ni...kalau yg ramai ank dia ade pic dgn transport, korang pilih lah yg tercomel skali nk ltk kt n3 tu...hehe buleh?

- SUDAH -
7. contest ini bermula pada hari ini 15 Nov 09 dan akan berakhir tepat pada pukul 12 tghari 15 Dis 09. selepas dr tarikh tu x akan dilayan k...

- SUDAH -
8. terbuka kepada boy n girl k...

- SUDAH -
9. sesudah wat n3 contest ni silalah tgal jejak kat bawah bersama link korang k...

- SUDAH -

So, gambar yang aku pilih ialah gambar ni. Sebab ni adalah first picture Izzat tengah naik basikal abang Razi. Ini bukanlah first time Izzat naik basikal ni tapi first time aku dapat snap gambar dia atas basikal. Kaki tak sampai. Punya lah happy dapat naik basikal. Selalu tengok abang dia je yang main. Ada sekali tu, dia punya excited dapat main basikal, pastu diagah-agah ayah dia, duk gelak-gelak suka-suka sampai terjatuh. Ayah dia cerita masa Izzat jatuh tu macam slow motion je. Tapi, tak sempat sambut. Sabo je ler aku..Huhu..Naik sebiji telur ayam kat dahi. Tapi, Izzat tak serik-serik tu. Ayah dia pun sama tak serik-serik gak tu.. huhu... Ni gambar dua tiga hari pas dia jatuh basikal. Tetap maintain suka hati. Jatuh sekali tak semestinya gagal selamanya kan Izzat, kan?

Nama saya Muhammad Fakhri Izzat bin Mohammad Fadzli Shah.

Umur 1 tahun 1 bulan.

Kepada sesiapa nak join, sila lah terjah blog UmmiNabilah ni ye.

~ s u h i d a ~

:: Tag Dari Alya dan Ryn ::

Assalamualaikum...
Aku dapat tag dari Alya. Tag gambo2 lama tu aku tak pasti lah sempat ke tak sempat, aku buat yang ni dulu lah eh Alya!~Baru tadi perasan dapat tag dari Ryn gak..ngeee..Maceh korang~
a. write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

Alya~
  1. memang Alya ni seorang yang mudah didekati walaupun baru kenal.
  2. ada baby girl yang comel dan tengah mengandung lagi seorang baby girl yang comel gak.
  3. budak-budak berkenan dengan Alya ni. tak tau kenapa sampai akil pun nak ikut dia balik. kekeke...
  4. alya ni rajin komen blog kawan-kawan...
  5. aku rasa bagi ibu yang tengah pregnant dan nia yang tengah melasak, alya tersangatlah aktifnya. brutal ibu seorang ni. huhu...

    Ryn ~

    1. Ibu kepada Adam.
    2. Pernah bagi hadiah kat aku tshirt yang ada nama Razi dan Izzat. Meh terjah blog dia.
    3. Pegang rekod setakat ni beli baju terbanyak dari aku. Hehe..
    4. Sangat sweet dan peramah orangnya. Sama macam Alya, first time jumpa tapi amcam dah lama kenal.
    5. Setau aku dia sangat kreatif, leh wat klip rambut bagai.

b. jot down ten (10) interesting facts about yourself and your hobbies
  1. aku tak banyak cakap dengan orang yang aku baru kenal, tapi dah lama kenal kang..tak larat korang nak melayan aku bercakap..hehe...
  2. aku selalu hilang duit, hilang barang-barang.
  3. aku seorang yang pelupa.
  4. aku sangat sangat suka makan coklat.
  5. aku tak makan telur, sotong, kerang, lala, hati, pedal, kaki ayam dan sebagainya. pendek kata aku tak adventure bab makan-makan ni. huhu...
  6. aku sangat fobia dengan rumah hantu. nanti aku cerita.
  7. aku seorang yang lembut hati, tapi kalau dah banyak kali aku terkena, aku boleh bertukar kepada orang yang sangat keras kepala.
  8. aku sangat suka tengok bukit bukau, kehijauan gunung, pantai dan sungai. hantu air aku ni.
  9. aku lebih suka kalau aku yang drive sebab bila jadi penumpang, kepala aku mesti pening.
  10. aku pernah buat operation batin, buang fibroid!~ potong perut tak pakai bius punya. huhu..kalaulah beranak operate leh operate batin camtu gak..lega..
c. pick your ten (10) more deserving recipients and describe them
  1. ina, adik aku - harus buat tag ni sebab dia baru je ada blog, tak pernah kena tag lagi.
  2. dilah, adik aku gak - dah lama aku tak tag ko. buat tag ni.
  3. jieha, adik sepupu aku - saja nak tengok apa yang interestingnya dia ni..keke
  4. ain, kakak kepada adik sepupu aku tadi tu - buat tag ni, cuti sekolah kan..
  5. elin, kawan baik aku masa sekolah rendah dulu. ada blog, ni first time dapat tag kot. buat eh elin.
  6. encik pizli, kenal kat blog.aku pernah tag kat dia, tapi tak pernah buat pun - kali ni ko kena buat gak tag ni, wajib. aku tak kira. kuikui..
  7. rumaizah, kawan yang aku kenal secara tak sengaja masa nak join bisnes2 kat internet. cikgu sekolah ni, garang cikgu mai ni. hehe..

Sila buat tag ni ye. Mekasih.

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 24, 2009

:: Jogging ::

Assalamualaikum...
Lately aku kerap ternampak orang berjoging. Tau tak kat area Taman Permata, Wangsa Melawati ni ramai kaki jogging. Huhu..Sama ada pagi sebelum aku pergi kerja ke ataupun petang masa balik nak ambik anak-anak dari taska.
Antara kategori orang-orang berjoging yang aku duk perhatikan, orang joging pun aku sibuk nak perhati..huhuhu.. orang lelaki berjoging sorang-sorang tak kisahlah pakcik ke ataupun budak muda. Kategori ni ramai, banyak la aku tengok diorang rajin berjoging. Bestnya lah...Orang lelaki joging sorang-sorang ok lah kot. Berani...huhu..
Kategori lain ialah suami isteri. Aku selalu nampak dua couple..pakcik makcik. Satu couple ni, sangat la supprotive masing-masing. Suami isteri ni baya-baya mak abah kot. Tiap-tiap pagi wajib terserempak dengan diorang ni kalau hantar Razi dan Izzat ke taska. Tak berlari pun, tapi berjalan ler. Pusing setengah kawasan tu gak lah aku rasa. Dua tiga kali lak tu. Sambil jalan sambil berborak. Bagus gak aktiviti sihat buat bersama-sama..Respect la gak..hehe..Couple yang lagi satu tu, aku jarang nampak. Agaknya pukul 9 tu dah balik rumah kot. Huhu...
Pastu yang selalu aku terjumpa gak, makcik tiga orang ni. Siap complete pakaian berjoging masing-masing...pakai kasut sukan... Berjalan sambil bercerita, happy je aku tengok. Yelah, joging dengan rakan-rakan sebaya seronok gak...boleh bergosip sekali, kan....Tapi...aku tengok kat tangan masing-masing wajib ada sorang satu pegang plastik makanan..hehehe..Asal aku nampak je mesti tengah lalu kat kedai-kedai makan kat AU5 tu..Jogging cane tu, pastu makan nasi lemak eh..Hehe..takpelah makcik, berjalan gak tu dari aku ni kannnnn...kekeke..
* Err.. aku bukan nak bagi alasan kenapa aku tak berjoging...Aku takde kasut sukanlah. Takkan nak pakai selipar ala-ala makcik aku tu bawak berjoging..kuikuikui...alasan je tu..

~ s u h i d a ~

:: Izzat Izzat ::

Assalamualaikum...
Petang semalam ambik Izzat dengan hati yang agak terkilan gak. Seperti yang aku agak, Izzat mesti nangis beriya-iya punya..sebab mata dia bengkak dan sembab..alahai anak bujang aku ni...Tapi, masa ambik dia, Izzat dah siap dimandikan, bersih dan pada aku ok la tu..lepas ujian kebersihan. Semuanya ok kot, cuma Izzat je tak biasa dengan suasana baru dan wajah2 yang tak dikenali. Esok dan hari Rabu, hantar ke taska asal Izzat ler..dan khamis yabedabeduu..huhu...aku ambik cuti memandangkan tak sampai hati nak tinggalkan dia lagi dengan mata yang bengkak...Alhamdulillah dia tak semput.. Alhamdulillah gak tahun depan cuti taska diorang dilupuskan. Huu..Kalau tak bengkak gak aku nak fikir na hantar diorang ni kat sape. Cuti tahunan ada berapa hari je. Bagus gak parents yang tolong komplenkan untuk aku tu..huhu..Terima kasih banyak-banyak.
Hmm..Bulan ni Izzat dah setahun sebulan. Dah pandai merangkak dah..Insya Allah sebulan dua bulan nanti, boleh berjalan ye Izzat. Meh layan gambo Izzat tak mandi pagi lagi, tapi dah ronda-ronda naik basikal abang Razi..Huhu..Layan..Zasss..

Hati-hati ye anak...hari tu dah ada telur ayam dah sebijik kat kepala..haa..

Kaki tu tak sampai lagi tu..

Aku paling suka gambar yang last ni. Huu..

* Minggu ni kita berdua lagi eh Izzat. Abang Razi kat rumah nenek...Tipon abang Razi tadi, dia tanya kat mak, Izzat mana? Rindula tu...Sayang abang kat Izzat ye. Harap-harap sampai ke besar la camtu ye. Take care adik tau, Razi ~

~ s u h i d a ~

Monday, November 23, 2009

:: Izzat ::

Assalamualaikum..
Pagi ni aku sangat lah down sebab kena hantar Izzat ke taska lain sebab taska diorang cuti raya haji 4 hari dari 23 sampai 26 haribulan. Huhu..
Taska lain yang aku hantar ni, taska mak kawan aku yang aku cerita hari tu. Aku sebenarnya tak sedap hati gak, yelah..environment lain.. Izzat lak tengah semput. Hari-hari aku bagi gas kat dia sekarang ni. Tapi, dah tak tau nak hantar kat sape nak jaga.
Masa hantar tu, unexpected Izzat nangis..........huuuuuuu..Tapi, kena tinggalkan gak.
Sampai kat opis, terus sms cikgu Razi n Izzat. Diorg terus kol, rupanya diorg tak balik kampung lagi. Ada lagi kat taska rupanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sampai hari Rabu ni. Bijak nya lah masing-masing tak bertanya-tanya.. Sudah nya, kesian kat Izzat. Cikgu Razi Izzat suruh hantar kat diorg, pergi amek Izzat. Tapi, macam segan gak takkan aku baru je hantar, tiba-tiba datang nak ambik balik. Huhu...
Aku kol mak kawan aku, katanya Izzat asyik nangis je. Dah penat diam jap. Dah hilang penat, nangis balik...
Entah lah..Harap-harap Izzat ok je. Izzat jangan nangis ye..

~ s u h i d a ~

Thursday, November 19, 2009

:: Hantu Kum Kum ::

Assalamualaikum..
Korang pernah tak mengalami perkara pelik-pelik masa kecik? Huhu...Aku ada, dan sampai sekarang kadang-kadang terfikir betul ke benda tu pernah berlaku kat aku. Masa kecik2 dulu, aku tak pasti umur berapa..agaknya dalam 5-6 tahun kot, aku ada kakak sepupu yang tinggal dengan kitorang sekali. Kiranya akak jaga kitorang. Umur dia masa tu dalam 18 tahun kot. Masa tu aku ingat lagi, aku baring atas sofa panjang tepi sliding glass door rumah mak aku sekarang ni. Aku leka main kereta abang mi dengan abang ju sambil baring2 atas sofa tu..
Tiba-tiba akak panggil aku dari arah dapur. Bila aku pandang dia, tak tahu kenapa akak tunjuk ke arah tingkap sliding glass door tepi aku sambil panggil aku datang ke dia. Aku pun menoleh lah tengok apa bendanya. Terkejut kejap sebab ada makcik tak pasti lelaki ke perempuan ke tapi mukanya sangat-sangatlah huduh..hitam sangat-sangat..seingat aku macam ada luka-luka kat muka dia, pastu berselubung pakai kain kaler hitam. Aku tengok dia, dia tengok aku..pastu dia ketuk-ketuk tingkap dan tunjuk ke arah pintu, macam suruh bukak pintu. Huhu.. Gila kau!~
Apa lagi..aku berlari ler ke akak. Cepat-cepat kitorang sembunyi dalam dapur. Yang aku ingat, kitorang duduk, sembunyi pura-pura macam kitorang takde dalam rumah. Pastu akak suruh baca Al Fatihah lah, 3 qul lah..Agak-agak macam dah lama sikit, kitorang jenguk, tengok dah takde dah orang tu ntahlah, orang ke apa aku tak tau. Aku tanya akak apa tu, akak jawab hantu kum-kum kot. Errr...masa tahun 80-an dulu kan tengah femes hantu kum-kum kan..Keke..
Mm..aku pernah tanya kakak sepupu aku, bila dah besar-besar ni tapi dia cakap dia tak ingat pun. Entahlah, aku pun tak pasti itu mimpi ke apa..Tapi aku rasa macam betul-betul berlaku...Korang rasa betul-betul berlaku ke? Korang pernah tak alami benda pelik macam tu?
~ s u h i d a ~

Wednesday, November 18, 2009

:: Lost Tapes : Thunderbird ::

Assalamualaikum...
Bila dah sedar rupanya ramai yang masuk blog kite, baca apa yang kite tulis, mesti menggelabah apa benda nak update kan. Keke.. Dah jadi macam pressure la pulak. Dari suka-suka menulis blog, dah jadi macam satu kewajiban pulak. Huhu...
Tapi, kalau ikutkan aku memang suka menulis. Siap ada novel tu, masa sekolah menengah dulu..huhu..tapi cerita tu poyo je kalau ingat balik. Yang tak tahan, leh dorang pas around na baca cerita aku tu..Kekeke..Jangan tanya aku pasal novel apa tu. Aku pun dah tak ingat dah. Masa tu form one..kekeke..
...................................................................................................................................................................
Tadi tengok Lost Tapes lagi kat Discovery Channel. Cerita feveret aku sekarang ni. Hari tu start pukul 11 malam hari Selasa. Sekarang dah tukar ke pukul 12.30 malam pulak. Takpe2, tunggu gak tu nak tengok. Lost Tapes ni pasal kejadian-kejadian aneh, binatang-binatang yang kita tak sangka ada kat zaman moden ni yang orang sempat rakamkan dalam video. Ada yang mati, orang jumpa tape je. Ada yang survive dari serangan-serangan binatang-binatang ni.
Alkisah, yang malam tadi punya pasal budak tiga orang aku rasa dalam umur 8-11 tahun. Masuk dalam kawasan larangan hutan kat US sana tu. Bawak video kamera parents diorang. Dua orang tu adik beradik, Kevin dan Cole. Cole ni kiyut..Huhu..Dia macam takut2 gak nak join tapi kena bakar ngan Paxton. Paxton ni ajak Kevin main skateboard kat dalam hutan tu ada satu kawasan lapang memang sesuai untuk main skateboard. Si Kevin ni nak bawak adik dia Cole, tapi Paxton macam tak bagi. Yelah, kan biasa..budak besar mana geng dengan budak kecik. Dari pukul 5 petang, diorang berjalan masuk hutan tu sampai pukul 8.30 malam. Lama gila..Macam jauh jugak tu berjalan.
Tengah diorang jalan-jalan tu, tiba-tiba diorang dengar bunyi macam burung helang. Diorang kena serang tau. Tapi diorang sempat tunduk. Dah kena macam tu, diorang still gak jalan nak cari kawasan lapang tu. Tak lama pastu, tiba-tiba diorang rasa macam hujan rintik2. Tengok atas, diorang nampak macam musang, mati tersangkut kat atas pokok. Kalau aku, dah balik dah... Pastu diorang jalan gak lagi. Sabo je ler aku.. Sampai jumpa tempat lapang tu. Apa lagi, diorang pun meluncur la tak ingat dunia. Yang paling kecik si Cole tu pun aku tengok leh tahan gak dia pandai main skate board. Last sekali tu, konon-konon Cole ni nak tunjuk kat abang dia skill baru. Tengah dia na skate tu, tiba-tiba si Paxton ni gi sergah Cole. Jatuh budak kecik tu dalam lubang..Paling kesian..patah kaki dia. Aku tengok dah berlipat ke belakang dah kaki budak tu. Geram tul aku dengan Paxton tu. Awak tu dah la paling besar, tapi perangai paling tak matured.
Dalam Kevin tengah menggelabah2 tu, Paxton bagi cadangan suruh balik dulu, amik strecther kat rumah dia, pastu datang balik. Agak2 lah woi, korang nak datang situ pun dekat 3 jam lebih. Ni nak patah balik, nak datang balik dah 6 jam. Ish ish ish.... Si Kevin yang menggelabah ni ikut je. Masa diorang blah tu dengar Cole jerit. "Don't leave me, Kevin!" Sayu gila aku dengar.
On the way balik tu, Kevin marah lah Paxton, bergaduh2. Boleh Paxton cakap apa tau...Ish,geram aku. Dia suruh Kevin bagitau kat parents Kevin yang Kevin tak tau Cole pergi mana. Boleh? Sabo sabo...Kevin bengang ar, marah diorang tak patut tinggalkan Cole. Kevin nak patah balik tapi Paxton tak bagi.
Tiba-tiba tengah gaduh2 tu, diorang kena attack lagi dengan burung tu. Dengar bunyi macam bunyi burung helang, kuat gila..Diorang ni tunduk-tunduk la elak. Aku dalam hati, bior si Paxton ni kena sambar, bagus gak. Nyusahkan orang lain je. Tengah kelam kabut tu, Cole kol abang dia, (sempat lagi tu budak tu kol) dengar Cole tu jerit-jerit pastu dengar bunyi burung helang lagi. Berlari lah Kevin patah balik kat tempat diorang tinggalkan Cole. Sampai-sampai tengok Cole dah tak de dalam lubang yang diorang tinggalkan tu. Saspen gila.. Diorang pun cari-cari, masing2 muka dah menggelabah. Sekali ternampak kasut Cole tersangkut kat atas ranting pokok. Tinngi, aku rasa ada dalam 10 kaki gak. Hmm..Kalau ikut logik, kaki dah patah cane na sampai ke atas lubang tu pun tak boleh. Saspek..saspek..Memang dah kena sambar ar dengan burung helang.
Sedih gila bila last tu tau Cole kena sambar, ye ar..budak tu kecik lagi. Huhuhu..sedih sekejap. Nasib baik, esoknya tu orang jumpa Cole kat tepi highway. Agaknya burung helang tu terlepas kot. Entah...Cian,luka-lukalah badan, tapi still hidup. Panjang umur...Nasib tak kena makan dengan burung. Ish.. Mesti Kevin dengan Paxton tu trauma. Patutnya biar Paxton tu yang kena sambar, biar serik. Huh..Tapi, yang peliknya..bila diorang interview Cole, dia tak ingat kejadian malam tu. Mmm..Nak pelik nape, aku dulu pun banyak yang aku tak ingat masa umur2 macam tu, kan? Ke korang ingat? Huhu..
Lain kali kalau aku tengok lagi Lost Tapes yang lain, aku story lagi eh. Tapi, kalau tengok sendiri lagi best. Channel 551, pukul 12.30 malam, hari Selasa. Ala..tengok kat youtube pun ado. Type je Lost Tapes.

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 17, 2009

:: Dah Mati ::

Assalamualaikum..
Aku just na bagitahu, anak kucing yang aku cerita semalam tu, dah mati. Penyek. Kena langgar dengan kereta kot. Betul-betul depan taska. Aku nampak pagi tadi masa hantar Razi Izzat ke taska. Sedihnya lah....
Anak kucing tu memang kecik pun. Kecik sangat. Agaknya orang tak nampak kot. Huhu...Sedih..

~ s u h i d a ~

:: Layan Pendekar Bujang Lapuk ::

Assalamualaikum....
Tadi tengok cerita Pendekar Bujang Lapuk dengan Razi. Aku perasan dia suka tengok cerita hitam putih. Cerita hitam putih apa je..cerita P.Ramlee la kan. Huhu.. Maybe takdelah suka sangat, tapi tadi aku tengok dia lehla layan gak. Lebih-lebih lagi tang part lawak-lawak... Bila aku pikir balik, aku sangat suka cerita-cerita Allahyarham P.Ramlee dari kecik-kecik dulu sampai lah da ke besar ni. Jalan cerita semua filem dia, obviously memang best. Tapi, sebenarnya yang buat orang tertarik tengok filem-filem dia pada firasat aku ialah dialog-dialog diorang. Sedap didengar sebenarnya.

Masa diorang dapat surat dari Ros, anak Pendekar Mustar..yang paling lawak sekali masa Aziz yang baca surat tu.
Aziz : skali syair arr...Alkisah.. 
Sudin : Tayyib..
Aziz : Alkisah maka tersebutla kisah.. 
Sudin: Tayyib..
Aziz: Sang kancil datang beramai2 mengadap ke bawah duli sultan firaun.. 
Ramlee: Mane firaun pakai sultan..
Aziz: Ennnnntah.. 

Muka Aziz Sattar masa ni serius je, padahal lawak. Kekeke..muka masing-masing serius je. Ehhehe..

Masa diorang belajar ngan pendekar mustar...
Sudin : Hai mambang tanah,mambang air,mambang api,mambang angin, part ni pendekar mustar da suka dah,ingatkan dah betul si sudin ni cakap..sekali.. mambang mabuk minum brandi....Lepas tu kena marah dengan pendekar mustar : kau ingat negeri mambang atas sana ada jual brandi..
Masa sesi suai kenal diorang dengan Pendekar Mustar..

Nama saya ramli bin nyak putih..kejenya gosok gigi harimau..eih eih eih...
Nama saya azis bin satar....Kerjanya menunggu ayam jantan bertelur...eih eih eih... saya sudin bin jali....kejenya sambung ekor beruang....eih eih eih...
yang eih eih eih tu pun Razi ikut sekali cakap..Lawak lawak..
Masa diorang cari Kampung Pinang Sebatang..
Sudin : Eh ni Jalan Sekapur Sirih...Road.. kekekeke...Dah jalan kat depan tu,ada lagi road kat belakang..Eh apa daa..

~ s u h i d a ~

Monday, November 16, 2009

:: Taska ::

Assalamualaikum.....
Sebenarnya da lama aku na post entry pasal gi Bali hari kedua. Tapi nak upload gambo je, dah 3-4 hari dah ni. Upload kat rumah sikit2, kalau sempat upload kat opis sikit2...Lama lak rasanye, sampai aku rasa malu dah nak cerita pasal trip Bali. hahahaha... Minggu depan nak cuti raya haji dah. Macam biasa, taska Razi Izzat cuti gak...seminggu...sabo je ler aku. Tapi, aku dah dapat back up. Nak buat camne, cuti tinggal satu setengah hari je..Mm..bila masa aku amik setengah hari tu pun aku tak ingat..kahh.. Huhu..Razi insya allah kalau mil aku ok, duk dengan mil je. Tapi Izzat ni...maybe aku hantar ke taska kawan aku kot. Rupa2nya ada seorang kawan lama..lama..lama aku masa sekolah rendah dulu, duduk setaman ada taska rupenye... Taska tu memang target no 2 aku nak pergi survey masa cari taska untuk Razi dulu. Tapi sebab aku dah terpikat dengan taska Razi sekarang ni, aku tak jadi ler survey ke taska kawan aku ni. Agak berbelah bahagi gak nak tinggalkan Izzat kat taska baru ni. Tapi, macam no choice. Entah, tengoklah balik nanti ingat na diskas lagi sekali. Nak hantar ke cikgu lama Razi, duk kat Cheras. Dia pun da ada baby baru, takut tak terlayan kang...Mmmm.. Memang tak pernah dibuat mana-mana taska, ada cuti sekolah seminggu lak. Betul-betul nyusahkan orang. Alhamdulillah, tahun depan dah dimansuhkan cuti2 camni. Agaknya ada parents lain yang komplen kot. Memang patut pun. Huhuhu.....
...............................................................................................................................................................
Pagi tadi, masa hantar anak-anak ke taska, dengar bunyi kucing mengeow.. Tengok ada seekor anak kucing kat tangga masuk taska. Pesan kat cikgu taska tu bagi makan. Kata diorang kucing tu jatuh longkang. Kesiannya... Bila aku pergi ke kereta, tengok anak kucing tu duduk kat tayar kereta aku. Agaknya sejuk kot. Aku letak balik atas tangga. Dia duk mengeow2...Sebenarnya, aku dah takde hati pada kucing sangat pas Benjy mati. Sayu lak tengok anak kucing yang ni. Tengok ada kain dalam kereta, balutkan badan anak kucing tu, baru dia diam....Ish...kang ada gak yang bawak balik ni kang... Huhuhu.. *Tadi kol cikgu taska tanya pasal anak kucing tu. Dah bagi makan ke tak. Kekeke..tipon taska bukan na tanya pasal anak..Huhu... *O ooo..ada lagi satu nak cerita...huhu..semalam terserempak lagi ngn Anuar Zain...Macam ada di merata-rata je Anuar Zain ni..asyik terserempak je....ke da jodoh yeee....Huhu..uhukk..

~ s u h i d a ~

Friday, November 13, 2009

:: Jaya Jusco AU2 ::

Assalamualaikumm...
Semalam outing ke Jaya Jusco AU2. Huhu..Layan gambo je ler ye..









Suka diorang main menan. Bila token dah abes, Razi tanak turun. Aku buat apa tau, aku gerak2 kan kereta menan tu sambil buat bunyi-bunyi…vroom vroom…chuchuchu..dah lama sikit,agak2 dia da ok, aku cakap dah abes..huhuhu..ok ye,jom balik. Babai…see u tomorrow..huhu..nasib dia mahu dengar cakap aku. Kekeke..Kena tipu..cian lah.

~ s u h i d a ~

Thursday, November 12, 2009

:: Susu ::

Assalamualaikum...
Takde apa sangat cerita aku nak update. Cuma aku pelik, dah lama tak tumbuh jerawat kat muka ni. Tiba-tiba je semalam ada seketul kat tepi hidung. Besar lak tu. Huhu..Tak berani aku na picit bagi keluar mata dia. Macam sakit je. Dah lama dah, jerawat tak tumbuh kat muka aku ni. Agak-agak tu petanda na datang period kewwwww...Huhu..uhuk uhuk...Bila ko nak datang haaaa? Maybe ya aku rasa sebab aku breastfeeding. Cepat sikit keluar, perut aku dah buncit tahap takleh pandang dah. Huhuhu...Malu...Keke..
Mmm...Sekarang ni pun aku dah tak pam susu lagi dah kat opis. Satu sebab gangguan-gangguan, lagi satu sebab susu aku dah tak keluar dah masa siang kat opis. Kalau balik, bagi direct kat Izzat, ada. So, sekarang kat taska, Izzat syer susu Dumex Dupro dengan Razi. 1 tin untuk 2 minggu. Nasib susu tu murah. Kalau continue Dumex Mamil Gold tu mahu pening gak kepala tu. Yang Dumex Dupro ni ok, RM36.90 - 1.7 kg kot (tak pasti) kalau aku beli kat Manjaku. Kat Cold Storage hari tu aku tengok RM39. Kat carrefour lagi murah kot. Nanti kite gi survey ok~
Mmm..Izzat dah tumbuh 4 batang gigi dah, dua batang atas, dua batang bawah. Aku lak sekarang ni makin takut na breastfeed dia sebab dia tersangatlah suka menggigit. Ada sekali tu teragak-agak aku nak bagi. Boleh? Hehehe....
Alhamdulillah, Razi sekarang ni dah jarang mintak susu dua tiga kali masa tidur malam. Lega sikit aku dah. Kalau tak pening kepala, bila asyik terbangun-bangun, bila masing-masing mintak susu. Bagus..bagus... Huuu...Pastu sekarang ni, kalau tiap-tiap kali nak sampai rumah (aku selalu singgah rumah mak aku dulu pas amek razi izzat dari taska..so, selalunye aku balik rumah pukul 10mlm paling lambat) aku akan cakap dengan Razi, balik ni kite terus tidur ye Razi..Aku ulang-ulang ayat tu sampai dia cakap mm..atau ok. Hehe..Balik tu memang alhamdulillah, mahu dia tidur. Dengan syarat, tutup lampu ler...Kalau dia tanak tidur gak..aku guna la kuasa veto aku.."Tidur!" sambil jengil biji mata ni. Hehe..dan dan dia tutup mata dia. Tutup mata buat-buat. Kekeke...Aku selalu gak pesan kat dia kebelakangan ni "Razi, tidur malam ni, takyah bangun mintak susu eh". Ulang-ulang banyak kali sampai dia cakap ok. Then, slowly la aku perasan dia dah tak bangun malam mintak susu. Huhuhu...Sekarang ni cuma tak tau bila na start ajar dia tak pakai pampers..Banyak pekerjaan gak tu. Tapi, berbaloi start awal-awal ni. Jimat pampers...Ngeeee!~
*Korang pernah cuba cloth diaper tak? Macam jimat je...

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 10, 2009

:: No Subject ::

Kenapa dari sehari ke sehari, hati aku makin terluka dan terluka...

~ s u h i d a ~

:: My Funniest Baby Contest ::

MY FUNNIEST BABY CONTEST
~ Sticky Mode..sila skroll down untuk entri terkini... ~



BerMula : 20 Oktober hingga 13 November 2009 (12.00 tengahari)
Berumur : 1 bulan hingga 3 tahun
Kategori A : baby gurl
Kategori B : baby boy

Hadiah :
-1 Cloth Diaper Lunatots bagi setiap kategori
Sponser dari
Babyumishop

"Konsepnya everything for moms and baby,
Blognya comel dan biru i like it,
Macam macamlah ada mudah dicari,
Cloth diaper, Breastfeeding gadget, Diaper Stacker, Tupperware, Minuman herba terutama sistem kutu untuk cloth diaper tersangatlah kreatif."
- 1 helai baju baby bagi setiap kategori
Sponser dari
IT @ RLiiT'S BoutiQe & beauty Centre
"Kecantikan wanita adalah keutamaannya,
Dari pakaian wanita, pakaian kanak2 ke Krim Payudara Peurafirm pun ada, (Macam kena cuba ni)
Eumora Beauty Bar produk kecantikan keseluruhannya,
Prihatin dengan kesihatan, air ECPI turut dikongsi juga."

Hadiah PiliHan unTuk Peserta Bertuah
- 1 Diaper Stacker

Sponsor dari Moms&babyshop
"BabyLand Cloth Diaper oh comeyyynyeeee,
Kalau ada satu macam best jugak ye, (hehehe...)
Susu Hi Goat aku ada minum juga, (sedap dan enak minum panas-panas)
Ingin tampil langsing, Jus Mate 5 lah yang dicari-carinya...(kekeke..)"


Syarat Penyertaan:
- Jadi Follower Umidanish dan sponsor2 serta add Umidanish dalam bloglist anda ~ DAH
- Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini ~DAH
- Membuat entri mengenai contest ini diblog anda ~DAH
- Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda dengan aksi Funny yang paling menarik hati para juri. Sila nyatakan nama si comel dan umurnya. Sila juga nyatakan apa yang terdapat di semua blog sponsor umidanish. ~DAH
- Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke Umidanish dan semua sponsor (no link back will be disqualified) ~DAH

Sponser 1 : Babyumishop (http://www.babyumishop.blogspot.com/)
Sponser 2 : IT@RLiiT's BeutiQue & Beuty Centre (http://www.hidupharmoni.blogspot.com/)
Sponser 3 : Moms&babyshop (http://www.momsandbabyshop.blogspot.com/)
- Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini. ~DAH
- Hanya satu sahaja pemenang bagi setiap kategori, jadi pastikan anda meletakkan satu gambar baby anda yang memiliki aksi lucu paling cutes. ~DAH
- Semua penyertaan akan diadili oleh parajuri yang akan dilantik oleh umidanish sendiri.

Hadiah pilihan untuk peserta bertuah akan dicabut oleh baby danish sendiri.. Hadiah ini untuk selain pemenang kategori A dan B.

Selamat Bercontest..
.
.
Jumpa lagi satu contest. Kan aku da cakap...Kalau dah start satu, mesti pastu melarat2 ler aku join contest. Hehehe..So, gambar yang dipertaruhkan....
Nama : Muhammad Fakhri Izzat Bin Mohammad Fadzli Shah
Umur : 1 tahun.

~ s u h i d a ~

Sunday, November 08, 2009

:: Cutest Baby In Blue Contest ::

STICKY MODE

Lately, rajin pulak aku nak mengejoin contest2 ni. huhuhu..Ada terjumpa satu lagi contest yg best. Contest nie dianjurkan oleh eliza sempena 5th Anniversary beliau on 17th November 2009, beliau dengan kecik besar hati ingin organized :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009

Antara syarat & terma yg perlu diikut adalah :
TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :
1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung
2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini..
3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda
4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini
5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru
6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda.
7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri
8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun
9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu.........
Gambar yg dipertaruhkan adalah.............................

Nama saya Muhammad Fakhri Izzat. Umur saya setahun. Saya suka baca buku dan juga suka gigit buku. Saya juga suka warna biru. Saya juga suka ketawa besar. Hahaha..

Sekadar ingin mengisi masa lapang, dan mengambil kesempatan nak ambil gambar anak-anak. Ambik gambo dah banyak, tapi print nya entah bila. Hehehe..Sesiapa nak join contest ni, moh ler.. Ada 5 pemenang nanti, mana la tahu kan...Kali ni ada rezeki. Amiinn...

~ s u h i d a ~

:: Online Contest~Senyuman Ceria Si Comel ::

STICKY MODE

ONLINE CONTEST : SENYUMAN CERIA SI COMEL

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Terbuka kepada si comel berusia 1day - 4 thn sahaja.

Cara2 penyertaan :

Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda

~ SUDAH ~

Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini.

~ SUDAH ~

Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda

~ SUDAH ~

Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet.

~ SUDAH ~

TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .

~ SUDAH ~

AMARAN: no link back will be disqualified

~ SUDAH ~

Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.

~ SUDAH ~

Assalamualaikum...Huhu..aku ni last minute baru nak join contest ni. Nak kena join ni, sebab Izzat suka senyum. Tak tahu nak pilih gambar yang mana. Tepek je yang mana berkenan. Sape2 nak join contest ni (kalau sempat lah ye..) sila la ke SMILEYKIDZ PHOTOGRAPHY

Izzat umur 3 bulan (atas peha opah)
Izzat umur 5 bulan (kat katil bilik opah)
Izzat umur 6 bulan (opah jugak yang snap gambo ni..hehe..)
Izzat 8 bulan (masa baru2 nak belajar mengengsot)Izzat 11 bulan (1st time Izzat beraya, pakai baju melayu lagi..hehe..)

Nama Hero ku : Muhammad Fakhri Izzat bin Mohammad Fadzli Shah
Umur sekarang : 1 Tahun


Hadiah yang ditawarkan adalah:

Pemenang Utama x 1 org:

Outdoor fotografi selama 1 jam

~unlimited shots~

~1 sticky album dengan 20kpg gambar terbaik~

******************

Pemenang sampingan x 2 org:

Voucher fotografi SMILEYKIDZ bernilai RM50

Harap2 menang ler..dah lama tak menang contest.huhuhu.. Lagipun nak upah pro amek gambo, bila lah agaknye..Kalau menang, memang best ler..

~ s u h i d a ~

Friday, November 06, 2009

:: Ulu Kelang ::

Assalamualaikum...
Baru-baru ni, budak-budak opis kena tegur supaya selalu stay kat opis lama sikit. At least tunggu sampai bos balik, baru balik. Aku pun kena jugak lah, sebab memang tergolong dalam muka set-set pukul 6 dah menggelupur nak balik. Hahaha...Ye ar,dalam kepala dah teringat nak ambik Razi dan Izzat. Ala, sebenarnya perangai aku dari dulu-dulu pun bukan jenis suka duk opis lama-lama. Rasa badan panas je kalau tak balik-balik lagi. Kalau kerja dah siap, apa hal pulak nak stay? Kalau tahu datelinenya, siapkanlah sebelum datenye, kan? Macam-macam. Paling bosan, bila nak balik ada je mulut-mulut pendengki tak bagi balik, menakut2kan orang. Apa punya perangai lah. Bila aku marah kang, tahu pulak marah!~ Tak matured langsung. Asal keje aku siap... Aku bukan jenis yang balik lambat, nampak macam kusyu sangat hadap pc, padahal main fesbuk, main game, google entah apa-apa. Macam aku tak tahu. Baik aku balik, tak membuang masa aku kat opis. Huh, benci!!!!
Jarak rumah sewa dengan opis 2.3km je. Memang jimat ler duit minyak. Jarak perjalanan 6-10 minit. Sebab tu keluar rumah, pukul 8.50 pagi pun aku ok lagi. Rasa seronok sangat, Alhamdulillah dapat kerja dekat dengan rumah dan taska Razi, Izzat. (Kalau lah korang tahu cane aku usaha bersungguh-sungguh nak apply keje kat opis ni dulu..Hahahaha..) Sebab kalau susu diorang habis ke, pampers habis ke, boleh lah aku run kejap masa lunch hour. Balik rumah pun sempat gak masa lunch hour. Tapi, kejap jelah rasanya. Sampai rumah, makan-makan..tengok jam dah nak kena balik opis balik. Huhu...
Peta dari rumah aku yang bertanda A tu ke opis aku yang bertanda B tu. Dekat, kan?
Opis aku betul-betul bertentangan dengan Carrefour. Tengok view kat belakang tu kan gunung ganang.. Aku suka..
Nampak bukit kat belakang tu? Memang boleh menyejukkan mata jugaklah walaupun area sini dah banyak sangat bangunan tinggi. Huhu..
Aku suka keje kat opis sekarang ni satu, sebab dekat dengan rumah. Dua, ada insurans. Tiga, keje aku sangat simple. Tak macam opis-opis sebelum ni, semua keje kena buat sendiri. Kat sini, dah dibahagi-bahagikan tugas. Empat, aku memang sangat suka area Wangsa Maju, Taman Permata, Melawati ni sebab boleh nampak Banjaran Titiwangsa, Genting Higlands..walaupun dah tak terang macam dulu. Ada Giant, Carrefour, terbaru sekarang ni Wangsa Walk Mall..Ada TGV wooooo...dengan boling woooo..tapi TGV ngn boling belum dibuka lagi. Huhuhu..nak pergi KL pun senang dan dekat. Nak menghala ke highway pun sangat senang. Utara? Selatan? Pantai Timur? Highway semua dekat. Keluar jalan besar pun dah highway MRR2. Hehehe..Nak pergi KL dah macam-macam highway kat sini, AKLEH, DUKE. Hmm..sebab tu bila diajak pindah ke tempat lain, aku agak liat. Lagipun aku duduk kat area Ulu Kelang ni dari lahir lagi. Dah tentu lah tanah tumpahnya darahku. Huhuhu..
*Entry ini adalah sengaja untuk korang memahami perasaan aku sebab sekarang ni kuat khabar angin menyatakan opis nak pindah ke tempat lain. Alasannya bos mat saleh kitorang tu tak suka area ni sebab kotor. Hmm..Kalau rasa kotor, hiredlah seorang cleaner yang memang duduk kat opis je. Ini ambik part time je. Orang tu datang pagi-pagi, bukannye kite tau dia buat kerja apa. Tak suka betul nak pindah ke tempat lain..sebab terpaksa mengharungi jem yang telah lama aku tinggalkan! Ingatkann dah tak payah harung jem lagi. Huwaa...plus, bertambah-tambah lagi lah expenses untuk minyak pulak..tol pulak..parking pulak....Sekarang kat wangsa maju ni parking free....memang heaven lah!~ Huhuhu..Tak tahu dulu, masa aku na apply kerja baru dulu, sanggup aku survey opis kat area-area sini je. Ingat senang ke? Dekat 40 kompeni aku hantar resume. Dua opis je yang reply tau. Huhuhu..Aku dah malas dah nak cari kerja kat opis lain... (Padahal tadi baru je terjumpa satu opis ID kat area-area sini gak..Jeng jeng jeng...Kita mesti ada plan B..Hehehe..) Korang doa-doakan lah bos-bos aku terbukak pintu hati tak jadi pindah ye. Aminnn....

~ s u h i d a ~

Wednesday, November 04, 2009

:: Jangan Sakitkan Hati Orang ::

Assalamualaikum..
Aku dapat kisah ni dari adik aku. Bagus jugak untuk dikongsi bersama dan sebagai peringatan kepada diri aku jugak.
“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
...........................................................................................................
Betul tak? Kadang-kadang aku sedar, bila dah selalu sangat hati disakiti, aku bertindak mempertahankan diri aku dengan menyakiti hati orang tu balik. Makin lama, aku perasan hati aku jadi lagi sakit sebab bila aku menyakiti balik orang tu, hati aku yang sakit jugak balik. Susah aku nak explain.
Contoh :
1. "Apa sengih-sengih, ingat lawa ke?" (Aku memang suka sengih pun, tapi tak patut lah kata aku macam tu sekali walaupun ko bergurau).
2. "Masuk lambat, tapi balik cepat!" (Padahal aku masa tu babai dia, tegur sebab nak balik, macam biasa. Lagipun, aku masuk lambat sebab bawak Izzat pergi klinik, rutin cek up. Masuk pun tak lambat sangat. Pukul 10 lebih, biasalah pergi klinik kerajaan..Itu pun sudah cukup cepat dah tu..Esoknya, dia masuk pukul 4 petang sebab bawak wife dia pulak gi klinik, then balik pukul 6. Sebelum balik, aku yang tengah daring dia sebab tak puas hati dia wat kat aku semalam, dia leh lalu sebelah aku dan cakap 'peace' sambil sengih2.
3. Datang duk sebelah aku sambil tutup hidung dan pandang kaki aku.
4. Bagi gelaran kat aku gemuk, paling aku malas nak layan, panggil aku Bella. (Makcik guard Tari Tirana tu).
5. Aku tak dapat nak join geng2 pergi makan ikan bakar sebab nak kena hantar susu kat taska masa lunch hour. Saje nak borak-borak ngn member tanya diorg nak gi makan katne, tiba-tiba kena herdik. "Balik, balik. Pergi balik!" (Aku tau rumah aku dekat, jangan lah jeles..Lagipun aku tak suka kalau aku tengah mud baik2, tiba2 orang sergah aku macam tu..Apa salah aku?)
6. Aku tengah ym, orang baca ym aku. (Tak hormat privacy orang..walaupun dah ditegur dua tiga kali...)
7. Aku tengah landing kepala atas meja sementara tunggu orang komen drawing aku. Tiba-tiba orang cakap kuat-kuat.."Su takde kerja oi!".
Banyak lagi sebenarnya, sampai aku rasa aku kena penderaan mental. Apa yang aku boleh buat sekarang ni, cuma diam dan senyum sambil cakap..Apa-apa jelah..suka hati ko lah...Lebih baik aku diam je. Sebab bila aku berbalas balik, buat aku sakit hati lagi adalah...

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 03, 2009

:: I Can Do It ::

Assalamualaikum..
Semalam Razi balik rumah pukul 1 pagi. (No komen kenapa dia balik rumah pukul 1 pagi). Ehem...Masa tu Izzat dah lama lena. Aku lak baru terlelap. Tiba-tiba dengar Razi memanggil-manggil mak..mak..mak...Hehehe.. Dah balik rupanya...
Punya lah dia suka tengok aku, tengok Izzat sambil panggil-panggil Izzat. So, Izzat yang tengah tidur tu pun bangun ler. Tak kisahlah, dah lama tak jumpa Razi. Habis satu muka aku diciumnya, tak payah disuruh. Dari muka, dia cium bahu, cium pinggang, cium peha. Hahahaha...Geli dibuatnya. Siapa lah yang ajar dia cium cenggitu? Riuh lah kejap satu rumah dengan dia menjerit-jerit, happy gamaknya dapat balik rumah.
Dah lama-lama tu, tengok Razi perlahan-lahan baring, pusing kiri kanan. Hmm..nak tidurla tu. Bagi susu, tak sampai seminit, dah lelap. Ayah diorang tak yah cakap ler. Dah lama berlayar. Last-last aku dengan Izzat yang akhirnya, takleh tidur. Sabo je ler........
...................................................................................................................
Start dari minggu ni dah bermula "Kempen Katakan Tidak Pada Nasi" dianjurkan oleh Kak Shema,kakak admin kat opis aku. (Tapi masa suap Razi makan tadi, ada gak aku cilok sikit nasi dia..Ala..tak banyak pun. Tak sampai sesuap pun..betull..) Kami 3 orang kat opis tengah berdiet ni. Start dari semalam. Dah dua hari, seronok lak rasanya..Bukan apa, tadi timbang kat rumah mak...Huhu..dah turun 4 kg. Kuikuikui......Macam tak caya je tadi masa timbang. Biar betul. Tapi,memang betul pun. Caya lahh...Boleh turun punya. Insya Allah, kan?Aku nak kurus balik macam masa nak kawen dulu, 3 tahun yang lepas. Huhu...Mmm..Sedapnya kek coklat tu, kan? Huwaa..Leh ke aku diet ni?

~ s u h i d a ~

:: Izzat Pulak ::

Assalamualaikum..Aku asyik bercerita pasal Razi je..Cerita pasal Izzat pulak eh..Izzat dah tumbuh 2 batang gigi belah atas pulak. Sebiji macam Razi dulu. Lambat tumbuh gigi, tapi bila dah tumbuh 1, yang lain tu cepat pulak tumbuhnya. Hehe...Tapi, abang Razi tumbuh gigi, da ada Izzat dalam perut dah. Kuikuikui....Selain daripada pandai melayan cerita Geng Upin Ipin, Izzat jugak sudah mula pandai menyebut "aaaa..tukkk.." (Maklumlah, cucu kesayangan atuk..Haruslah pandai menyebut atuk dulu eh..Mmm..bila na pandai sebut emak ni, Izzat?). Pastu dah paham dah bukak kabinet tv, tapi tak pandai lagi keluarkan barang-barang dalam tu. Cuma dia syok dapat bukak tutup bukak tutup pintu kabinet tu je. Jangan ler dia ternampak sesiapa ambik keluar barang dari kabinet tu. Sure mengikut nanti. Then, dah pandai dah panjat satu anak tangga kat rumah opahnya. Huhu..Pastu, malam kalau tidur sekarang ni, kena pakai baju berlubang-lubang. Sebab Izzat kuat berpeluh. Baju dah berlubang pun, kipas no 3 pun, tapi peluh lenjun. Dahlah semput. Haii...Bila dah berpeluh tu, mulalah naik ruam. Bila dah naik ruam tu, mulalah tak lena tidur. Bila dah tak lena tidur tu, dengan aku-aku sekali terjebak ler....Sabo je ler..

Kat bawah ni video aku dengan Izzat. Korang leh la dengar aku berdondang sayang dengan Izzat. Live..Keke..Pe lagi, layan...Zass...Abaikan suara aku yang macam katak tu ye.. Motif video ni adalah watak utamanya..Izzat!~ Hehehe..

Budak kecik ni asyik sengih memanjang kalau na snap gambar dia.

Dah pandai dah letak handfon, acah-acah ke telinga, macam nak bertelefon..Tapi, tu kamera mak Izzat oi...Geram aku nengok budak bam bam ni laaa...Kejap je kamu dah besor iye..
Tu semua aktiviti aku dengan Izzat je, sebab abang Razi nye takde. Kalau ada, mahu dia join aku nyanyi sekali tu. Mana boleh tengok aku manja-manjankan Izzat. Huhu..
~ s u h i d a ~

Monday, November 02, 2009

:: Pagi Ni ::

Assalamualaikum..
Hari ni rasa tak sihat la. Bahu dan badan rasa lenguh-lenguh. Paling terasa lenguh, tangan belah kiri ni ha..Kalau lah ada orang offer nak picit, best kan? Tak pun kalau tanak picit ke, belanja aku pergi spa ke pun best gak kan? Ngee!~ Ada tak contest yg prize nya free spa? Aku nak join!~
Pagi ni takde mood nak kerja. Sebab hari Isnin kot. Pulak tu, Jumaat lepas satu opis da struggle untuk submission. Masuk kerja pagi tadi, masing-masing takde kerja. Apa lagi, layan ler internet kejap. Tapi tahu, tak lama je tu. Aku pun dah dapat dah kerja tadi. Boring je.. Tapi elok gak, lama-lama layan internet, tak tahu gak nak tengok apa dah..Kekeke...
Masuk-masuk opis tadi, terus online Maybank2u. Bayar Astro ngn streamyx. Tengok duit da ciput. Tu pun belum lagi bayar yuran taska Razi Izzat tu. Huhu..Kejap je kan. Baru 2haribulan. Tak apa..Aku percaya, rezeki akan ada je kalau Allah nak bagi, kan?
Malam ni Razi balik, Insya Allah. Tadi telefon mak mertua. Dengar background suara Razi. Amboi, hepinye suara dia. Kekeke...Cepat sikit balik. Izzat pun aku tengok semalam, dia bosan je main sorang-sorang. Baru aku perasan..Mmm..

~ s u h i d a ~

Sunday, November 01, 2009

:: Razi, Cepat Balik ::

Assalamualaikum...
Aku tengah mood rindu kat Razi ni....Huhuhu...Dah 3 hari dia kat rumah nenek dia kat Sentul. Besok, Insya Allah dia balik rumah.
Hari Sabtu lepas, aku, mak mertua dan Razi pergi Jalan TAR. Mak mertua temankan beli kain ela untuk kenduri kahwin Abang Ju bulan 12 ni. Kitorang naik train LRT STAR dari Sentul Timur ke Stesen Bandaraya. Layan gambar jom..Zass..
Dalam tren, exicted tengok luar tingkap. Kecoh mulut bercakap apa yang dia nampak. Train..broom broom..Salah la Razi..Train chu chu chu ke chu chu laaa..Hehehe.. Kat dalam kedai kain. Orang kedai tu tengah ukur kain. Penuh satu meja tu.
Aku letak Razi atas meja.
Mak mertua tengah mengira kain yang india tu potong.
Hambek ko, aku amek 20meter. Kekeke...Kaler hijau sempena tema kaler kenduri nanti. Insya Allah. Tak banyak la pilihan kain kaler hijau. Kenapa ek?Bukan feveret kaler kut tahun ni.
Sekarang ni bila aku tanya Razi sayang siapa? Sayang....Irfan...Daniel...Izzat...(Irfan ngn Daniel tu anak buah aku..sepupu dia ler..) Pagi-pagi dah pandai dah request nak pergi rumah abang Irfan dengan abang Daniel..Sabar je ler..
Rindu la dengan Razi. Harap-harap esok Razi balik ye. huhu..
*Izzat tak join masa gi Jalan TAR ni. Kesian Izzat,asyik kena tinggal dengan mak je kalau mak gi mana-mana sorang2. Izzat cepat besar ye, cepat pandai jalan. Nanti kite keluar jalan-jalan bertiga pun tak apa. Kekeke..
.....................................................................................................
Sekarang ni hari-hari kat rumah layan tengok cd Geng Upin Ipin. Sampai kan aku hafal dah dialog diorang. Paling teruk, aku leh layan baca siapa nama pengarah, crew2 diorang semua. Huhu...Bukan Razi je yang melayan tengok Upin Ipin..Izzat pun sama....Layan gambo lagi..Zass...
Duduk dekat lagi dengan tv tu..Haiii...si kecik tu pun sama haa..
Ini kalau aku sergah ni, mahu terangkat bontot masing-masing. Kekeke..
Hmm..tayar meletup..Tempat biasa...Batu lima...Hehe..
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...