Assalamualaikum...
Petang semalam ambik Izzat dengan hati yang agak terkilan gak. Seperti yang aku agak, Izzat mesti nangis beriya-iya punya..sebab mata dia bengkak dan sembab..alahai anak bujang aku ni...Tapi, masa ambik dia, Izzat dah siap dimandikan, bersih dan pada aku ok la tu..lepas ujian kebersihan. Semuanya ok kot, cuma Izzat je tak biasa dengan suasana baru dan wajah2 yang tak dikenali. Esok dan hari Rabu, hantar ke taska asal Izzat ler..dan khamis yabedabeduu..huhu...aku ambik cuti memandangkan tak sampai hati nak tinggalkan dia lagi dengan mata yang bengkak...Alhamdulillah dia tak semput.. Alhamdulillah gak tahun depan cuti taska diorang dilupuskan. Huu..Kalau tak bengkak gak aku nak fikir na hantar diorang ni kat sape. Cuti tahunan ada berapa hari je. Bagus gak parents yang tolong komplenkan untuk aku tu..huhu..Terima kasih banyak-banyak.
Hmm..Bulan ni Izzat dah setahun sebulan. Dah pandai merangkak dah..Insya Allah sebulan dua bulan nanti, boleh berjalan ye Izzat. Meh layan gambo Izzat tak mandi pagi lagi, tapi dah ronda-ronda naik basikal abang Razi..Huhu..Layan..Zasss..
Hati-hati ye anak...hari tu dah ada telur ayam dah sebijik kat kepala..haa..
Kaki tu tak sampai lagi tu..
Aku paling suka gambar yang last ni. Huu..
* Minggu ni kita berdua lagi eh Izzat. Abang Razi kat rumah nenek...Tipon abang Razi tadi, dia tanya kat mak, Izzat mana? Rindula tu...Sayang abang kat Izzat ye. Harap-harap sampai ke besar la camtu ye. Take care adik tau, Razi ~
~ s u h i d a ~
5 comments:
Comellah izzat ni... geram tengok... Kesian izzat tak biasa dengan taska baru... tak perlah lama2 biasala tu...
bagus ler kalau ko ambik cuti .. lg pun dh ujung thn .. leh je nak abis kan terus..
lg pun dok tgk diorg meraung je .. hati sure x tentu arah huhuhu
Hepi nya izzat...senyum sampai ke tinge..
lahai ciannyer dia kena tinggal kat tmpt baru..tu yg lalak2 tuh...xpe..sabar ye sayang...nnt mak cuti ari kamis...leh bawak jumpa abg razi...
izzat kalau begambar mmg tak penah mengecewakan. senyum je. mcm ko senyuman dia. syukur la izzat tak kena semput masa kat taska tuh. kalau tak, haru gak. yela, dia tak biasa lg tu yg meraung bagai nak rak. kalau nia pun gitu gak aku rasa. tah2 makin teruk.
Post a Comment