Wednesday, November 04, 2009

:: Jangan Sakitkan Hati Orang ::

Assalamualaikum..
Aku dapat kisah ni dari adik aku. Bagus jugak untuk dikongsi bersama dan sebagai peringatan kepada diri aku jugak.
“Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita,” nasihat seorang ibu kepada anaknya.
“Saya tahu itu salah, ibu. Tapi, saya akan cepat minta maaf. Itu satu kelebihan juga, bu?” Kilas si anak.
“Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku,” kata ibu itu lagi.
“Saya rasa tidak, saya tidak kejam. Selepas minta maaf, segala-galanya langsai, bu.” Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
“Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.” Tanpa membantah anak itu setuju.
“Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. Kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!”
“Baik, ibu.” Beberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut. “Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?” Ujar si anak dengan bangga.
“Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.”
“Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapi sedarkah kamu…?”
“Maksud ibu?”
“Cuba kamu tengok dinding ini. Semuanya sudah tebuk, calar dan ‘berkematu’. Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku…”
Si anak merenung dinding yang tebuk-tebuk itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
Pengajaran: Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.
...........................................................................................................
Betul tak? Kadang-kadang aku sedar, bila dah selalu sangat hati disakiti, aku bertindak mempertahankan diri aku dengan menyakiti hati orang tu balik. Makin lama, aku perasan hati aku jadi lagi sakit sebab bila aku menyakiti balik orang tu, hati aku yang sakit jugak balik. Susah aku nak explain.
Contoh :
1. "Apa sengih-sengih, ingat lawa ke?" (Aku memang suka sengih pun, tapi tak patut lah kata aku macam tu sekali walaupun ko bergurau).
2. "Masuk lambat, tapi balik cepat!" (Padahal aku masa tu babai dia, tegur sebab nak balik, macam biasa. Lagipun, aku masuk lambat sebab bawak Izzat pergi klinik, rutin cek up. Masuk pun tak lambat sangat. Pukul 10 lebih, biasalah pergi klinik kerajaan..Itu pun sudah cukup cepat dah tu..Esoknya, dia masuk pukul 4 petang sebab bawak wife dia pulak gi klinik, then balik pukul 6. Sebelum balik, aku yang tengah daring dia sebab tak puas hati dia wat kat aku semalam, dia leh lalu sebelah aku dan cakap 'peace' sambil sengih2.
3. Datang duk sebelah aku sambil tutup hidung dan pandang kaki aku.
4. Bagi gelaran kat aku gemuk, paling aku malas nak layan, panggil aku Bella. (Makcik guard Tari Tirana tu).
5. Aku tak dapat nak join geng2 pergi makan ikan bakar sebab nak kena hantar susu kat taska masa lunch hour. Saje nak borak-borak ngn member tanya diorg nak gi makan katne, tiba-tiba kena herdik. "Balik, balik. Pergi balik!" (Aku tau rumah aku dekat, jangan lah jeles..Lagipun aku tak suka kalau aku tengah mud baik2, tiba2 orang sergah aku macam tu..Apa salah aku?)
6. Aku tengah ym, orang baca ym aku. (Tak hormat privacy orang..walaupun dah ditegur dua tiga kali...)
7. Aku tengah landing kepala atas meja sementara tunggu orang komen drawing aku. Tiba-tiba orang cakap kuat-kuat.."Su takde kerja oi!".
Banyak lagi sebenarnya, sampai aku rasa aku kena penderaan mental. Apa yang aku boleh buat sekarang ni, cuma diam dan senyum sambil cakap..Apa-apa jelah..suka hati ko lah...Lebih baik aku diam je. Sebab bila aku berbalas balik, buat aku sakit hati lagi adalah...

~ s u h i d a ~

8 comments:

Werdah said...

Salam,

Allah memerintahkan kita memberi salam(bercakap yang baik2) hatta kepada org2 yang berbuat tidak baik kepada kita.. ini memang berat.


Berbuat BAIK kepada org yang berbuat BAIK kepada kita adalah PERKARA BIASA,
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat JAHAT kpd kita adalah DENDAM,
Berbuat JAHAT kepada org yang berbuat baik kepada kita adalah ZALIM,
Berbuat BAIK kpd orang yg berbuat JAHAT kepada kita inilah AKHLAK.


Untuk berakhlak berbuat baik kepada yang berbuat jahat ini kena diusahakan bersungguh2 krn ini fardhu 'ain bkn fardhu kifayah..

Kelak bila dihisab apa saja perlakuan tidak baik kita kpd org.. diambil pahala kita diberi kpd org yg kita sakiti..

Ryn said...

sakitkan hati orang...insyaAllah aku leh hindarkan...tp kalo org sakitkan hati aku, camne tuh? renung2kan je laa...

nasz said...

ramai manusia mcm tu kat dunia ni sue. nak elakkan dr org mcm ni mmg susah sbb ade je kat mane2. bykkan bersabar dah la. byk pahala nye...

tp aku percaya, manusia tu dengki ngn ko la. kalo tak, takkan nak cari pasal kan

fazilzura said...

Ya Allah su...

sabor yek su, kalau haku pun mmg hangin jgk.. lg2 kalau diorg sound tu time aku nak peod.. mau kene tuang dgn air...

tp betul, mama ku pun selalu ckp.. jgn sakitkan hati org dgn ayat2 kite.... tp kalau org2 yg mmg rapat dgn kite, diorg x kisah ... and diorg paham.. but kdng2 ni manusia rambut sama itam.. ati lain2..
and just bcaful jek.. janji kite wat keje kite.. and pe kite wat tu selagi x melangar apa2 rules... wat je hal kite.... jgn pening2 pk psl org lain

[I][T][A] said...

Sue...

Banyakkan sabar jer dengan insan2 mcm tu... Masa baca pun ita rasa angin gak dengan kata2 orang mcm tu... tapi abaikan jerlah.. jgn ambik hati.. dan apa yang penting kita jangan sakitkan hati orangkan... :)

Ibu Mifzal said...

su..sabar ek..sian ko..aku pun selalu kena cam tuh..x tau apa yg derang benci sgt..kita sebolehnya nak menjaga hati org..tp org lgsg x ingat nak jg hati kita kan..itu la manusia..

~chekuna~ said...

su..sukar nak puaskan hati semua org..yg penting kita dah usaha.. yg terpulang lah...biar Allah yg uruskan yg lain..sabarlah..

suhida said...

Salam semua,mekasih sbb bagi dorongan kt aku.Memang dah nasib aku dari dulu macm tu.Banyak sangat dah.Tak tau nape orang suka buli aku.Agaknye muka aku ni orang tengok nyampah kot.Aku mls nak marah2 mula,tp bila dah lama2,angin gak org berkasar camtu.Tapi tahuu pulak bila aku gurau kasar balik,marah aku.Aku selalu sangat dah terkena,aku ni badan kecik,tapi garang.Harap je muka baik,tapi baran..weh,klu org tak kacau aku,ada aku suka2 hati na sakitkan hati korang mcm korang buat kat aku?takde kan?benciii!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...