Assalamualaikum...
Sengaja nak berkongsi info tips untuk baby tidur lena. Baby normal akan tidur lena samada siang atau malam. Tapi kalau baby asyik terjaga lima ke enam kali setiap malam, kemungkinan baby tu tak sihat. Baru aku tahu kalau baby berumur 6 bulan ke atas dan masih terjaga lima ke enam kali setiap malam, kena segera bawak berjumpa doktor untuk nasihat atau rawatan. Mungkin kolik, selsema, rasa tak selesa hendak tumbuh gigi, batuk, demam, ruam dan sebagainya.
Bila dah mengenalpasti masalah baby tak boleh tidur, dalam tempoh pemulihan, tips-tips dibawah mungkin dapat membantu baby tidur dengan lena. Antaranya ialah :
1. Elakkan bilik dalam keadaan panas atau terlalu sejuk. Pakaikan pakaian tidur nipis. Baby kadangkala terbangun waktu malam kerana kepanasan. Suhu bilik adalah terbaik untuk baby tidur lena.
2. Jika baby terjaga waktu malam, redakan tangisannya. Periksa lampin, samada perlu ditukar atau baby berasa terlalu panas atau sejuk.
3. Jaga kebersihan bilik. Setiap hari cadar tilam perlu ditukar kerana kulit baby sensitif. Tanda-tanda kegatalan pada badan baby mengganggu tidur mereka.
4. Baby menangis antaranya tanda mereka lapar. Beri susu kepadanya tetapi lakukan dalam keadaan lampu bilik yang samar-samar dan pergerakan yang senyap.
5. Hidung baby yang tersumbat kerana selsema, mengganggu pernafasan dan tidurnya. Selain memberi ubat, bantal perlu tinggi supaya hidung dapat bernafas dengan lebih baik. Cuba juga beri kelegaan dengan meletakkan balm pada bahagian yang tidak selesa.
6. Mandikan baby dengan air suam. Baby akan merasa segar. Selepas itu, lakukan urutan pada seluruh anggota badan baby. Minyak zaitun atau losyen baby boleh digunakan.
7. Kolik adalah masalah kembung perut yang membuatkan baby meragam dan tidak lena tidur. Tidurkan baby secara meniarap disamping menyapu minyak telon di bahagian perutnya.
8. Banyakkan aktiviti siang hari. Pada waktu siang, nyanyikan lagu, bercakap dan bermain dengan baby. Stimulasi ini membantu baby tidur dengan lebih baik pada waktu malam.
9. Jangan memberi baby (jika baby sudah mula makan) makanan dalam jumlah yang banyak dan lewat malam. Jika terlalu kenyang, baby sukar untuk tidur dan tidak elok untuk kesihatan kerana makanan belum hadam sepenuhnya.
10. Jika anda kecewa kerana baby anda kerap terjaga waktu malam walaupun badannya sihat, dapatkan nasihat doktor mengenai tabiat tidur baby anda.
~ s u h i d a ~

2 comments:
nia kalau bejaga malam sebab hidung tersumbat, selsema dengan dia panas. nia cepat bepeluh. tgk je la rambut nye. lain2 tak penah jadi lagi. tp mmg risau kalau budak dok bejaga malam banyak kali ni.
akil selalu ngigau now, cz siang2 nye sakan main
Post a Comment