Wednesday, December 02, 2009

:: Cerita Raya Haji Hari Tu ::

Assalamualaikum... Hehe..baru berkesempatan nak update blog. Nak cerita pasal apa lagi..pasal raya haji hari tu ler..Cerita aku kali ni panjang..bersedia ler nak membacanya..Huhu...Alkisahnya...dua pupu aku bertunang raya haji kedua kat Alor Setar. Jadi yang pergi cuma aku, mak, Ina, Razi dan Izzat. Bujang belaka lah semuanya. Kekeke...Nak buat cane, abah tak sihat lagi dan abg cha lak keje, tak boleh cuti sesuka hati je. Hmm..Maka bermulalah perjalanan kitorang yang penat tapi agak kelakar jugak ler aku rasa.
Pagi Sabtu tu kitorang bertolak dari Sungai Buloh pukul 10 pagi. Elok nak dekat sampai RnR Sungai Perak, Izzat berak,cirit birit dan bocor. Sebenarnya Izzat tak sihat dari hari Khamis lagi, demam panas sangat. Jadi tu yg dia cirit birit tu. Meragam oklah kot..hehe..sebab Ina yang jaga Razi dan Izzat kat belakang. Aku jadi supir. Huhu..

So, kitorang stop cuci bontot dulu kat Sungai Perak. Huhu..Pastu singgah dulu rumah tunang abang Ju kat kat Guar Chempedak, sampai dekat pukul 3 lebih. Solat, makan2 pastu bertolak pergi ke Alor Star, rumah fuzah dua pupu aku tu. Disebabkan aku ni kuat tidur kalau orang lain yang drive, maka sesat ler kejap kitorang kat Alor Setar tu. Sampai rumah fuzah, diorang dah sarung cincin dah pun. Huhu..Sedih..Nak buat cane..travel dengan dua anak kecik dan mak pun tak sihat. Lagipun nak kena hantar kad kahwin abang Ju ke rumah tunang dia, sebab rumah tunang dia dalam perjalanan ke atas. Tak muat kereta kalau dah turun nanti baru nak pas. Mak ok lagi pakai baju kurung, huhu..aku dan Ina pakai seluar je. Dah la tak sama tema. Terkilan lak aku rasa.
Ini ler bakal pengantin. Ezzad dan Fuzah. Sweet sangat tema kaler diorang.
Aik, ada pengantin kecik laa..Hehehe...Pelamin pun sangat sweet. Suka aku tengok!~
Tu apehal makcik tu tutup mata tu. Kekeke...Masa ni Izzat tidur. Kepenatan agaknya. Tak bangun pun walaupun bising2. Selalunya pantang bunyi sikit, dah terjaga. Huhu..
Nak jadi cerita malam tu tiba-tiba muka Izzat naik merah2..Pastu merebak ke badan dan tangan pulak. Makcik cadang sapu Izzat dengan minyak kelapa dara sebab insya allah gatal-gatal, ekzema boleh hilang. Aku sapu kat Izzat, tiba-tiba je mata Izzat jadi macam bengkak dan dia punya meragam..huuu...Last-last Kinah, kakak Fuzah ajak pergi klinik. Izzat pulak tiba-tiba selsema..Huhu..Naik kereta Azad suami Kinah, round-round pekan Alor Star tu tengok semua klinik tutup. Mm..sekali Azad terjumpa satu klinik ni, aku tengok dari luar pun dah rasa horror..Kekeke..buruk gila klinik dia. Macam tak pernah kena renovate aku rasa dari zaman 50 an lagi agaknya. Hahaha..
Ini reception klinik tu. Tengok sinki kat belakang tu. Hee..Masa ni aku tak konpiden, tapi dah no choice. Tawakal je lah.
Ini tempat amek ubat pulak..Errr...Macamne klinik kotor cani ek?
Apa kata kalau korang tebuk je dinding tengah2 tu kan senang. Lawak betul.
Assistant doktor ni uncle tau, tua aku rasa ada dalam umur 50 an kot. So, masa dia nak tulis nama Izzat tu..aku kena eja satu..satu...Muhammad tu uncle tu dah tolong singkatkan dah jadi Mohd. orang lama-lama..hee.. Aku pun ejalah F-A-K-H-R-I I-Z-Z-A-T satu..satu sampai semput aku rasa..Bila dia nak tulis nama ayah Izzat, aku terus serender..nak eja satu satu lagi? Huh..nama anak dan ayah sama je..sama panjang. Muhammad Fakhri Izzat bin Mohammad Fadzli Shah. Kekeke...
Jumpa doktor, doktor bagi ubat allergic ngn demam je.. Tapi tak hilang-hilang pun gatal dia tu sampaila semalam. Doktor pun sempoi je, doktor tua..pakai tshirt kolar je. Malas aku nak cerita pasal doktor tu, ubat dia tak berkesan pun kat Izzat. Huh..
Esoknya tu, dalam pukul 10 kitorang bertolak ke Padang Besar..yuhuu...Sampai Padang Besar dalam pukul 12 tengahari..matahari tengah tegak. Panas weh..tu yang minum air gas tak hingat..
Sebelum sampai Padang Besar, kena lalu Chuping dulu.. kawasan Ladang Tebu..lawa..Subhanallah..Suka sangat drive kat sini..Rileks. Enjoy the view.

Awan tebal sangat. Bajet nak hujan, tapi kejap je, rintik-rintik je. Sampai Padang Besar pukul 12..kitorang bertolak balik pukul 3...Buat apa lama2? Shopping ler..Hehe..Cian mak, tapi mak berjalan-jalan kat situ kejap je. Dah tak larat, duk baring dalam kereta. Mana nye tak lama, toto RM36 je. Murah murah..Banyak lagi lah barang murah kat sana. Bunjut plastik isi gula-gula untuk kahwin tu pun murah. Time menawar pun boleh la puas hati gak. Meja study untuk Razi aku beli Rm20 je...Lebar lak tu. Banyak lagi lah..juling mata aku dibuatnya. Bukan selalu pun shopping, dah jumpa tempat murah..takkan nak lepaskan peluang kan? Hehehe..Penuh bontot avanza, tapi still leh nampak lagi kereta belakang.
Sebelum balik tu, haruslah kitorang singgah makan kedai makcik mee tomyam tu. Kedai makcik ni tak sengaja dijumpai oleh abang Cha masa rombongan meminang untuk abang Ju tahun lepas. Kedai macam nak roboh tapi tomyam makcik tu sangatlah sedap. Hilang dah ngidam aku..takpe takpe, akhir bulan ni insya allah lepas lagi ke Padang Besar..ngeee.. Sedap tul..diperakui oleh abang Cha, mak dan Ina.. Ina susah nak dengar dia cakap sedap. So, sape2 teringin nak makan tomyam sedap, leh la roger aku tanya kat mana kedai makcik mee tomyam sedap kat Padang Besar tu ye..hehe..
Kedai makcik ni biasa je. Masa mula-mula sampai, aku ingat kedai tutup, sebab memang takde orang. Masa first time datang dulu pun sama, ingatkan tutup. Sabo je ler..Dah setahun, tak berubah pe pun.
Razi makan nasi goreng biasa je. Peringatan, mee tomyam dia sangatlah pedas. Sape tak lalu makan pedas, sila order air banyak2. Hehehe..Aku rekemen mee tomyam dia je tau. Makanan lain aku tak tau, sebab nasi goreng biasa dia tersangatlah biasanye. Kekeke..Bolehla..tapi tak power macam tomyam dia.
Sorilah korang, dah separuh mee tomyam kena makan, baru teringat nak snap gambo. Hahaha..Haih, itu pun nasib ingat tau. Kuahnya pekat, pedas dan sangat sedap. Ngee..Dah berapa kali aku cakap sedap?
Cian Izzat, tak berapa nak ceria. Tengok mata dia macam bengkak, kan?
Hm..yang mamat sorang ni sihat walafiat je. Tengah-tengah suap dia makan, tiba-tiba nangis..sebab nak teran berak..Razi memang kebanyakan masa nak berak, kena menangis dulu..cian sembelit..huhu..sabo je ler..Nasib ler masing-masing dah habis makan mee tomyam..Singgah Petronas, cuci bontot lagi. Huhu..
Pastu bermulalah perjalanan paling terpenat yang aku pernah rasa. Sampai kat RnR Gurun pukul 5 lebih, nak solat. Izzat pulak berak masa kat sini. Cuci bontot lagi. Pandai diorang ni membuang dekat2 dengan toilet..Hehe..Dibuatnya membuang lagi 40km nak sampai RnR, haru juge ye..Kekeke..Kitorang kua dari RnR Gurun pukul 6 lebih..Jem tak hingat, masa ni aku yang drive. Tertekan weh!~Sampai Taiping pukul 8 lebih kot..Dari Taiping nak ke Kuala Kangsar, tiga jam!~ Sampai kat Kuala takleh jadi...ikut jalan dalam.
Pemandangan awan dari highway masa tengah2 jem waktu senja tu. Besar betul awan tu.
Masa ni kat RnR Gurun. Izzat dah cuci bontot dan mandi. Macam ni lah mak duduk dalam kereta, kena berbaring je sebab tak boleh duduk tegak lama2.

Sempat lagi Izzat tengok kamera. Hehe..
Mm...lalu jalan dalam tak payah cerita la..Line clear..Kereta ada la dua tiga ketul. Jalan pun dah lebar, dua lane..Tapi satu lane ler kebanyakannya..Kekeke..Bawak laju ler. Kalau aku ingat balik cane aku drive malam tu, ngeri gak. Dengan kebanyakannya takde lampu jalan. pastu jalan kampung kan, mana nak tau tiba-tiba ada bintang melintas ke. Alhamdulillah selamat sampai. Yelah, pukul 2.30 pagi baru sampai kat simpang Tol Slim River. Tak laju pun..110-120 km/j. Tapi sebab kat jalan biasa, laju lah kot. Ada sekali tu tengah speed, ada lembu melintas. Sabo je ler aku. Nasib jalan lebar. Cess..Bersaing dengan lori lah, macam-macam lagilah. Tapi masa kat jalan dalam, mata memang tak mengantuk. Mana taknya, layan jalan bengkang bengkok ler. Huhu..
Sampai tol Sungai Buloh..pukul 4 pagi. Bateri henfon masing-masing memang dah kong. Mesti ada orang yang kerisauan nape kitorang tak sampai-sampai lagi. Kol tak dapat2. Hehehe..Dah pukul 4 pagi, mata aku pun dah penat, tp gagahkan gak. Bawak laju memang lajulah, aku tak nafikan. Nak cepat sampai rumah, nak straightkan badan dan kaki. Lenguh tau. Masa naik bukit kat Taman Melati sebelum sampai flyover tu, ada Mazda 5 potong aku, duk lane tengah. Aku pulak folo dia tengah laju, dari jauh aku dah nampak dah ada van bagi signal emergency kat lane kiri. Tapi takdelah bajet apa2. Dah nak sampai kat van tu, tiba2 Mazda tu brek emergency tapi dia lelong ke kiri ler. Aku lak masa tu, ikut brek ler dan ikut dia lelong ke kiri gak..Kalau aku ingat balik, tengah brek emergency macam tu, kata lah tayar aku terspin, terlanggar tembok penghadang tu cane ye...Astaghfirullah al azim..
Rupa-rupanya aku toleh tengok ada sorang pakcik tengah kutip entah apa entah tengah jalan sambil angkat-angkat tangan. Ingat orang leh perasan lah dia tengah berdiri tengah jalan. Agaklah sikit..merbahayakan orang lain. Geram betul aku masa tu. Tapi, Alhamdulillah..selamat gak sampai ke rumah pukul 4.30 pagi..Huuuuuuuuuuuuu....Mak cakap lepas ni dah tanak jalan cani. Kalau boleh, nak balik hari gak. Ngee!~ Sori mak...Cian mak.

~ s u h i d a ~

7 comments:

fazilzura said...

mak aii pjg betui dugaan ko time raya aji aritu yek ..
syukur sume selamat.. hope izat dgn razi sihat ler... ko kasi le diog scoot .. now mama aku ckp dh banyak kes air kotor.. so budk2 senang kene ceret beret tau ... cm ais2 tu x leh kasi .. air kene masak betui2..

fadhlina said...

makcik, ko tauk gambar aku gemok nape..uwaaa

memang tomyam tu sedap pon..pe lagi.pasni g lg

Mrs. Simplicity said...

1ST, AKU KAGUM TGK KORANG JE YG PEGI. TAKDE WARGA LELAKI PUN. BERANI TUL KORANG. SIAP KO LEH DRIVE ALL THE WAY TUH. KALAU AKU TUH, TAK CONFIDENT GAK TUH.

WEH, TUNANG KAN? MACAM DA KAWEN AKU TGK. KURANG TOK KADI JE. PELAMIN SUME ELOK JE AKU TGK. MMG MERIAH LA AKU TGK.

AKU GELAK TGK KLINIK KO PEGI TU. NGERI SUNGGUH. HAHAHAH.. PART KO SOH PECAH KAN LUBANG TU MMG LA PATUT KAN. HAHAH..

NASIB GAK KAT PLUS TU BANYAK R&R SO TAK SUSAH SGT. TAPI KALAU JEM, HARU GAK TUH DENGAN NAK TUKA PAMPERS NYE.

AKU YG SELALU BALIK KEDAH PUN JARANG SGT PI PADANG BESAR. LEPAS NI NAK TRY LA MEE TOM YAM KO CKP TU. KECUR AIR LIUR AKU TGK NYE..

SEBAB ENTRY KO PANJANG, KOMEN AKU PUN PANJANG...

suhida said...

zura:mm...tu ar..izt asyik sakit je.na beli scott tak beli2 lagi. ada je yg botol oren,tp razi tak suka.mcm izt dah boleh mkn ek.
ina:lama aku cari gambo yg ko maksudkan tu..hehhe...angle je tu.ko tak gemuk pun,mok...kekeke..pe lagi.hujung bulan ni terjah lagi lerrr...
alya:panjang tul ko komen..kakakka...mm..nak buat cane,orang laki tak dpt nak join.terpaksaler tabahkan hati gak tu..drive mana mata tak ngantuk..syarat mulut kena mengunyah la takpun minum air...esok tu perut aku kembung.hahaha...mm.klinik tu memang horror..tp doktornya ok je..klinik semua da tutup..sabo je ler..raya haji kan...
pe lagi,next time balik kampung harus gi terjah mee tomyam makcik tu.kuikuiki...

nome said...

aku suspek ko la, sbb sanggup terjah perjalanan yg jauh cenggitu tanpa lelaki disisi...dahlah anak x sihat yer...mmg menduga tol..thumbz up to u la!

cantek la pelamin dia tuh..kaler tunang pun sweet..i loikkkeee!!!

suhida said...

nome,hehe..nak buat cane..tapi aku suka gak travel camtu..leh suka hati je na gi mana2..kekeke....
ha ah,aku pun suka gila pelamin tu.rasa mcm na naik lagi sekali...kekeke..

Ummi Nuhlan said...

sue...aku merajuk ni..huhuhuhu..
apsal xckp nak dtg????ko taw x..kedai tomyam tu..depan pejabat aku....ko pasan tak>>>byk lori keluar masuk.....hujung bln nak mai bape hb??? akul 25-31hb xdak di perlis..nak ke pahang..ko nak dtg bape hb>>>..aku dok padang besar dah xlalu la tomyam..huuhhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...