Showing posts with label perangai. Show all posts
Showing posts with label perangai. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

:: Perangai Masing Masing ::

Assalamualaikum...
Perangai terbaru Razi sekaranng ialah dia suka bergaduh dengan Izzat. Semuanya nak berebut. Tak boleh tengok Izzat syok main mainan ke, mesti nak kacau. Sebenarnya Izzat pun sama, tak boleh tengok abang dia kusyu' buat sesuatu. Kalau Razi tengah susun patung binatang, kejap lagi dia datang tiba-tiba tendang semua mainan bagi jatuh. Huhu...
Perangai terbaru Izzat pulak ialah mulut makin banyak bercakap. Dah jadi macam Razi, suka tanya kenapa. Kenapa? Kalau tak bagi buat sesuatu ke, mesti dia tanya kenapa. Huhu.. Dan dia sekarang ni suka terbahasakan diri dia Razi. Ayo... Diorang dua orang memang ada je benda yang nak bergaduh. Aduhai. Tapi kalau time main, bukan main lagi leka tu yang sampai terhantuk kabinet tv tu.
Perangai terbaru Farhan ialah dia dah start main air liur dah. Rambut aku gila-gila tengah keguguran sekarang ni. Mula-mula pelik jugak, ingatkan salah syampu ke. Mak ckp bila baby start menyembur air liur, rambut mak akan banyak gugur. Menakutkan jugak sebab sekali sikat rambut, punya banyak rambut yang gugur. Huhu... Selain tu, Farhan suka main hujung bantal macam Razi jugak. Ada sekali tu saja je letakkan bantal atas dada dia, tengok dia main-main dengan bantal tu. Sekali tengok lagi sekali, dah tertidur. Hihi..
Perangai terbaru aku pulak, aku tidur awal dan confirm akan bangun pukul 2 pagi. Huhu.. Itu yang tiba-tiba update bloog tu. Ngee!~
Dan sakit mata aku makin teruk. Huhu.. Takut tak? Takut laaa.... Ngee!~

~ s u h i d a ~

Tuesday, November 24, 2009

:: Jogging ::

Assalamualaikum...
Lately aku kerap ternampak orang berjoging. Tau tak kat area Taman Permata, Wangsa Melawati ni ramai kaki jogging. Huhu..Sama ada pagi sebelum aku pergi kerja ke ataupun petang masa balik nak ambik anak-anak dari taska.
Antara kategori orang-orang berjoging yang aku duk perhatikan, orang joging pun aku sibuk nak perhati..huhuhu.. orang lelaki berjoging sorang-sorang tak kisahlah pakcik ke ataupun budak muda. Kategori ni ramai, banyak la aku tengok diorang rajin berjoging. Bestnya lah...Orang lelaki joging sorang-sorang ok lah kot. Berani...huhu..
Kategori lain ialah suami isteri. Aku selalu nampak dua couple..pakcik makcik. Satu couple ni, sangat la supprotive masing-masing. Suami isteri ni baya-baya mak abah kot. Tiap-tiap pagi wajib terserempak dengan diorang ni kalau hantar Razi dan Izzat ke taska. Tak berlari pun, tapi berjalan ler. Pusing setengah kawasan tu gak lah aku rasa. Dua tiga kali lak tu. Sambil jalan sambil berborak. Bagus gak aktiviti sihat buat bersama-sama..Respect la gak..hehe..Couple yang lagi satu tu, aku jarang nampak. Agaknya pukul 9 tu dah balik rumah kot. Huhu...
Pastu yang selalu aku terjumpa gak, makcik tiga orang ni. Siap complete pakaian berjoging masing-masing...pakai kasut sukan... Berjalan sambil bercerita, happy je aku tengok. Yelah, joging dengan rakan-rakan sebaya seronok gak...boleh bergosip sekali, kan....Tapi...aku tengok kat tangan masing-masing wajib ada sorang satu pegang plastik makanan..hehehe..Asal aku nampak je mesti tengah lalu kat kedai-kedai makan kat AU5 tu..Jogging cane tu, pastu makan nasi lemak eh..Hehe..takpelah makcik, berjalan gak tu dari aku ni kannnnn...kekeke..
* Err.. aku bukan nak bagi alasan kenapa aku tak berjoging...Aku takde kasut sukanlah. Takkan nak pakai selipar ala-ala makcik aku tu bawak berjoging..kuikuikui...alasan je tu..

~ s u h i d a ~

Friday, August 14, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum...
Rumah sewa aku sekarang satu kawasan perumahan dengan rumah mak. Tapi, aku tak tahu kenapa, apa yang beza sangat antara deret rumah mak dengan deret rumah aku..Riuh kat deret rumah aku ni macam duk rumah flet. Huhu...Walaupun rumah mak betul-betul depan highway, bising bunyi kenderaan kat highway tu tak sebingit bunyi manusia kat deret rumah aku ni. Aku tak pasti adakah sebab rumah mak tu kat depan takde rumah orang lain dan rumah sewa kitorang ni menghadap rumah orang, itu yang bunyi bingit sebab terkepung kot. Bila dah bunyi bising ni, macam-macamla kan yang leh dengar.
Macam-macam feel aku dengar sebab memang peratus kekedapan bunyi kat area ni memang agak rendah ar..Hahaha..Perangai aku ni suka menyidai kain malam, sebab tak nak terkejar-kejar menyidai kain esok paginya dan boleh buat kerja bila Razi dan Izzat tidur. Masa sidai kain tu leh dengar dengan jelasnya orang bercakap. (Duk dalam rumah dengan sliding door tutup pun leh dengar baby menangis). Ada yang aku pernah dengar budak kecik mintak duit kat mak dia pukul 10 malam, nak beli piza. Hahaha...Kena marah budak tu dengan mak dia. Ada yang suka menyanyi kuat-kuat. Ingat suara ko sedap? Kakakakak..Ketawa geli hati aku. (Aku kat opis pun suka melalak..Hehe..nasibla..). Ada pulak tu satu famili tu suka bergaduh. Mula-mula dengar orang bertekak, bergaduh gaduh ni, tapi bahasa cha ya nun alif la...Tiba-tiba je aku dengar orang menjerit-jerit, "Shut up!! Shut up!! Shut up both of you!!" Terkujat aku jap. Dengar lagi orang yang bergaduh mula-mula tu membebel-bebel, pastu kena jerit lagi sekali. Baru diam. Padan muka. Bergaduh jerit-jerit tengah-tengah malam, memang kena la..Ni sekarang ni, pukul 10.30 malam, ada famili selang dua tiga biji dari rumah aku, ketawa mengilai-ngilai macam pontianak, bersembang sakan sungguh macam waktu petang pukul 5 ye. Sakit hati aku. Sakit telinga sekali, dahlah susah nak tidurkan Izzat. Hey...
Paling best, sekeliling rumah sewa aku ni rasanye rata-rata semua ada baby. Sebab asyik dengar baby menangis je. Orang depan, orang tepi kiri kanan, orang belakang rasanya semua ada anak kecik kot. Kuat lak tu diorang menangis, macam duk sebelah rumah je. (Dua-dua belah rumah aku ni takde baby). Agaknya bila Razi menjerit-menjerit tu campur aku nye kemarahan, mesti orang leh dengar gak, kan..Mesti diorang cakap garangnya makcik ni marah anak dia. Hahaha...(Aku pun nak buat bising gak, biar korang lak bengang..asyik memekak je.)
~ s u h i d a ~

Sunday, August 09, 2009

:: Perangai ::

Assalamualaikum...
Cerita ni bukanlah untuk mengumpat ye.
Sabtu lepas aku pergi satu klinik ni, berkenaan semput Izzat. Aku tak cerita Izzat ada asma. (malas nak cerita sebab aku emo nanti) Ini nak cerita pasal doktor tu sebenarnye.
Alkisahnya....4 hari sebelum ni aku dan abang bawak Izzat ke klinik untuk cek sakit Izzat. Seorang doktor wanita ni cek Izzat dan bagitau kompem Izzat ada asma. Tengah cek2 Izzat tu, dia tanya la, history family ada asma ke. Ku cakap ar, yang sedang duduk tu ada asma..(Encik abang intan payung kesayangan aku tu lee..) Hmm...pastu abang kena perli baik punye ar dengan doktor tu. Memang ku tau doktor ni memang sound direct laser berkuasa tinggi punya. Tak kisah perasaan orang. (Doktor kan takde perasaan..ewah..statement ku. Doktor-doktor nak marah? Marah ar..Dorang kan suka marah orang. Huh...)
So...Sabtu baru2 ni, berdua duaan je dengan Izzat aku gi lagi sekali ke klinik untuk follow up cek up Izzat. Tengah cek Izzat tu doktor tu tanya mana suami. (Satu yang aku suka doktor ni, sebab dia concern jugak dengan asma abang walaupun dia paed je).
Aku : Ada kat rumah, semput.
Doktor : Haa..yang kamu pilih nak kawen dengan dia dulu kenapa?
Aku terdiam..err...
Doktor : Lain kali sebelum kawen dulu buat syarat, saya nak abang stop hisap rokok. Saya tanak nanti menyusahkan saya dengan anak-anak.
Aku terdiam...err...
Aku : Haa..ha ah kan, patutnya sebelum kawen buat syarat kan. (Lebih kurang camtu lah conversation aku dan doktor tu..)
Itu je yang aku mampu jawab. Dalam hati aku ni..Allah je yang tahu. Doktor leh la cakap camtu, Allah jumpakan doktor dengan jodoh yang maybe doktor rasa sesuai kat hati doktor. Abis tu, dah aku rasa abang sesuai dengan aku, nak cakap camne. Alhamdulillah tak ambik laki orang. Oklah tu tak rampas laki orang, kan..
Masa first time aku jumpa doktor ni, aku suka dengan dia. Tapi, bila dia cakap camtu dengan aku, aku rasa macam nape ada orang dalam dunia ni suka membebel dan nak sound direct pada benda yang dah terjadi. Kenapa ada orang yang selalu fikir dia je yang betul dan orang lain buat semuanya salah. Kenapa ada orang yang suka berfikir yang dia tu perfect. Kenapa ada orang dalam dunia ni yang suka cakap lepas, tak pikir-pikir perasaan orang. Aku jadi benci....(Tapi aku still suka doktor tu..Pelik kan. Sebenarnya tak pelik pun, sebab aku memang camtu pada certain2 orang.)
Balik tu aku berfikir-fikir cakap doktor tu. Memang patut kena buat pilihan yang tepat ke sebelum kita buat keputusan nak kawen? Kalau orang tu tak hisap rokok, dia takde penyakit lain ke?
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...