Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

:: Bila Susah Hati ::

Assalamualaikum.....

Macam ini lah life aku sekarang ni boleh dikatakan hari-hari. Dapat tidur paling lama pun 3 jam sahaja. Sampai mata pun merah je pergi opis. Macam rupa tengah stone pun ye gak. Huhuhu....

Sambil buat kerja, terus bersahur sekali. Makan burger abang beli malam tadi. Walaupun sejuk, masih sedap lagi burger pakcik kat Permata 4 tu. 

Kalau time aku tengah-tengah nak rushing tu, kalau tak Izzat, Farhan yang bangun duduk kat sebelah. Kalau time aku tidur, korang tak bangun pulak kan.. Ikut sekali lena. Grrrr....

Tapi serius aku rasa life aku sekarang sangat miserable......

~ s u h i d a ~

Saturday, July 23, 2011

:: Aku yang Sekejap Tenggelam, Sekejap Timbul ::

Assalamualaikum..
Rindu betul nak berblogging....
Aku dah mula start kerja 19 Julai hari tu. Tersangatlah malasnya perasaan aku nak start kerja balik. Rasa malas dan penat. Kat opis nak menghadap kerja yang bertimbun, yang kat rumah nak menghadap kain bertimbun. Huhu... First day, second day rasa tension betul. Rasa nak resign pun ye jugak, tapi sabar..sabar... Bonus dah nak dekat dah ni. Huhu.. macam dapat, ye tak? Ada sedikit rasa tension jugaklah, member-member lain semua dipanggil untuk review salary. Tapi aku tak dipanggil pun. Budak yang masuk sebulan selepas aku pun diorang panggil, takkanlah sebab aku cuti bersalin 2 bulan, diorang tak nak review salary.. Sedih betul. Teruk betul bos aku ni. Dahlah sebulan gaji aku unpaid, pulak tu suruh aku naik kerja balik lepas sebulan cuti. Mana ada orang naik kerja masa pantang. Bongok betul. Haaa kannn... 
First day pergi opis, banyak jugak aku boleh lupa dalam masa 2 bulan tak bekerja ni. Mula-mula masa nak naik lif, aku boleh lupa opis aku tingkat berapa. Then aku boleh lupa nama budak-budak opis aku.. Then paling parah, aku boleh terlupa autocad sikit-sikit. Huhu... Nampak sangat takde hati nak kerja kat situ. Pastu bertambah boring bila tengok komputer aku kena blok, tak boleh bukak blog. Nak blogwalking, tak boleh dah lah.  Geramnya saya!
Tapi yang bestnya aku naik kerja ni, dah tak payah makan nasi goreng kampung rege RM11.90 tu lagi dah. Sudah ada kedai makanan melayu yang baru..... :) Nasi + ayam + sayur dapatlah RM5. Oklah, kalau standard Mon't Kiara, tu dah kira murah tu. Masa mula-mula masuk kerja, kedai-kedai yang aku selalu beli makanan, semua tegur. Sudah beranak ke? Cepatnya 2 bulan, kan? Soalan yang biasa-biasa je lah. Yang tak biasanya, siap makcik kedai makan ni suruh aku pergi kedai senseh, cari ubat yang boleh naikkan seri muka. Alamak makcik...muka saya tak berseri ke? Sabo je ler. Huhu....
Hmm... ni dah habis minggu pertama aku bekerja balik. Penat memang penat, tension memang tension, tapi kerja tetap kerja. Wardahwardrobe aku pun dah tunggang terbalik dah sekarang ni. Huhu...
Gambar Ahmad Farhan ni selingan je. Ngee! Kesian dia dah kena hantar pergi taska ye!

~ s u h i d a ~

Friday, December 31, 2010

:: Tahun 2010 Yang Banyak Kenangan ::

Assalamualaikum.....
Tahun 2010 ni betul-betul tinggalkan kesan yang sangat mendalam pada aku, lebih-lebih lagi bulan Disember ni. Sepanjang bulan Disember ni, aku dan famili sokmo tak sihat. Abang Cha sambut hari jadi dia 25 Disember hari tu dalam keadaan berbaring masa kitorang bagi dia hadiah. Hehehe...Demam, batuk, selsema melanda famili kitorang. Demam jenis yang tak boleh bangun punya. Suara aku pulak semalam dah macam rockers. Budak opis boleh lagi buat lawak cakap suara aku macam Ella. Sudahnya, dek tak tahan sangat, dah sampai menggigil-gigil dengan mata dah merah, aku balik awal. Takdelah awal sangat, 5.45 petang. Aku cuba bertahan tak nak MC atau balik awal, sebab rekod aku bulan disember kat opis tu sangat teruk. MC, EL, ambek leave lagi. Balik awal dah dua kali. Huhuhu..... Haru...
Aku berblog sekejap ni sebab dah pun 31 Disember dan nak tinggalkan sedikit memori bahawa tahun 2010 ni betul-betul satu tahun yang amat mencabar pada aku. Awal tahun bermula macam tahun-tahun yang biasa, happy, ceria, sihat sentiasa. :) Cuma yang tak bestnya banyak khabar angin kat opis lama pasal bonus yang mungkin takde, takde increment, khabar angin pasal maybe ada orang nak kena buang. Semuanya ok sehingga lah lepas pertengahan tahun, banyak konflik kat opis berlaku dan akhirnya aku kecundang dan terpaksa tinggalkan opis tu.
Lepas tu time raya dan rasa seronok sebab tak perlu terfikir-fikir bila nak kena masuk kerja balik, sebab aku tengah mengganggur. Kebetulan masa ni bisnes Wardahwardrobe aku berjalan lancar, banyak jugak keuntungan yang aku dapat dalam keadaan tidak bergaji. Alhamdulillah. Mungkin ada berlebih sebab aku tak perlu ambik sikit duit wardahwardrobe untuk perbelanjaan seharian kalau aku bekerja. Masa tu jugak aku bergelut antara nak berhentikan taska Razi dan Izzat dan jadi suri rumah sepenuh masa. Memang kalau aku takde hutang PTPTN kompem aku tak kerja weh. Duduk rumah je buat bisnes baju aku tu.
Dalam tengah-tengah kemelut dan tiada pekerjaan, aku masih lagi menghantar resume, tiba-tiba aku dapat tau aku mengandung dah 5 minggu. Masa tu, aku rasa dah macam takde jalan lagi dah untuk aku dapat pekerjaan dan mungkin terpaksa berhentikan taska diorang.
Tapi, alhamdulillah... dalam banyak-banyak resume yang aku hantar, tiba-tiba ada satu firm berminat nak interview aku. Padahal tempat yang aku apply ni, tak pernah masuk dalam list aku pun disebabkab faktor jauh, perbelanjaan dan tenaga. Lagipun ni satu-satunya tempat yang aku endah tak endah je hantar resume. Hehehehe... Selalunya macam tu kan.. benda yang kita tak nak tu lah yang kita akan dapat, dan benda yang kita nak sangat tu lah yang kita takkan dapat. Tapi takpe, aku redha, mungkin apa yang aku sangka baik pada aku tak semestinya baik, dan apa yang aku sangka tak baik pada aku tak semestinya benda itu tak baik. Allah je yang maha mengetahui.
So berbalik pada interview aku tu, masa hari interview, aku takut nak bagitahu bos yang aku ni mengandung. Proses interview ok je dan esoknya bos telefon tanya berminat tak nak kerja kat situ. Dalam fikiran, terfikir aik senangnya diorang offer orang kerja. Aku pun terpaksa bagitau bos yang aku ni mengandung dan surprisingly bos accept news dari aku dengan rilek sekali. Betul... takde gagap-gagap langsung. Dia tanya, aku ada masalah tak kalau pregnant, aku cakap lah dengan penuh kopidennya, takde masalah besar sangat pun. Setakat sakit-sakit badan tu biasalah. So, dia pun offer aku kerja dengan syarat maternity leave aku nanti dapat gaji sebulan je. Huhuhu.... Tapi itulah, kita ni merancang je, tuhan yang menentukan. Mana aku nak tahu, yang mengandung kali ni betul-betul lain dari yang sebelum-sebelum ni? Aku start loya lepas 5 minggu, iaitu lepas aku interview dan bila aku dah start kerja baru. Menarik betul. Berlarutan sehingga 16 minggu. Ini baru aku nak rasa boleh makan, tapi lepas tu demam, selsema pulak. Aku rasa berat aku dah turun 3kg kot. Entahlah.
Sebenarnya lepas aku dah kerja dua bulan kat sini, baru aku tau kenapa bos senang sangat accept aku. Hehe..Rupanya orang susah nak lekat lama-lama kat situ. Ada yang datang dua hari je, pastu tak datang-datang dah. Ada yang tak datang langsung. Ada yang bertahan sebulan je. Patutlaaaa... Aku rasa kos makanan kot. Kalau nasi goreng kampung sahaja dah RM10.90, apa kes? Huhu...
So, sempena nak ke permulaan tahun baru kembali, aku berdoa semoga tahun 2011 ni Allah permudahkan segala urusan keluarga kami, murahkan rezeki kami dan berikan kesihatan kepada kami sekeluarga. Aku harap tahun mendatang ni, aku akan jadi lebih matang, lebih sabar, aku nak jadi ibu dan isteri yang baik, aku nak jadi lebih kuat dan positif, aku nak jadi Suhida yang dulu. Ceria dan happy sokmo. :)

~ s u h i d a ~

Thursday, April 16, 2009

:: Kerja lah weh ::

Tertekan aku.
Aku konon2 malas na buat drawing mlm ni. Nak tidur dulu lah, maybe bangun balik dalam kul 1 pagi. Tapi,paham pahamla, selalunya kalau niat camtu, maunye nak bangun balik kalau dah sedap tidur. Huu..
Dari kul 11 mlm aku tidur tadi, Razi asyik meragam2 je. Tak tau lah aku apa yang dia rimas. Aku pun tidur terkejut terkejut lah dek dia asyik bangun je.
Tadi aku da tension sangat, sebab pening, turun bawah buat susu. Elok aku bagi susu, diam da dia. Last2, ni ha..aku decide nak wat kerja walaupun malas gila. Hari-hari buat drawing, dah jadi benci pulak rasanye. Huh.
Konon nak tidur ar. Tapi, asyik terbangun bangun je. Pening kepala. Nasib baik anak aku laa...Eiii...
(Setiap yang berlaku ada hikmahnya..kalau Razi tak meragam, alamat tak buat ar kerja aku ni..kuikuikui)
Dah dah dah Suhida. Buat kerja. Layan blog pulak dah...Ngee..

~ s u h i d a ~

Saturday, April 11, 2009

:: Aku Suka ::


Aku suka kerja aku sekarang ni. Serius...Kalau ikut kartun tu, dah tentulah aku suka kalau skg ni dapat bercuti ke, dan tentulah best kalau dicover insurans. Buat freelance memang ar best, lagi-lagi kalau buat je dapat payment, buat je dapat payment. Memang heaven ar. Bezanya cuma freelance ni takde ar EPF. Pastu da tentu bila ada kerja je baru ada duit. Memang kena pandai timing ar kalau setakat na freelance kat rumah je. Tau tak yang bestnya buat freelance ni..nama pun free kan. So, time tu always free je ar memanjang. Nak melepak-lepakkan diri, ikut sesuka hati je. Hmm..Bila dah start keje ngn orang ni...Nak rilek? Huh~
14/4 ni genap 3 bulan aku kat I Dee As..Kejap je kan...Penat seh. Tension.
Start dari aku masuk sampai skg, no rest at all. NON-STOP. Ye..takde stop punye, nak rilek2 kejap ke. JANGAN HARAP. Habis je satu set, dibagi lagi yang lain. Aku nak bernafas jap pun takleh.
Ada je si mamat jojo ni bagi aku kerja. Tertekan aku. Hari-hari buat detail drawing. Hari-hari buat detail drawing. Lama-lama leh jadi hantu detail aku ni. Harusss...
Bukanlah aku nak komplen..Nak meluahkan perasaan jek. Kadang-kadang tu terindu gak na duk uma wat freelance jek. Tapi..tak boleh. Kena kerja beb. Kena..
Hari-hari balik paling awal pun kul 7. Tak boleh blah kalau camni gayanye. OT Razi dan Izzat lagi. Pasni, kalau dapat confirm, na mintak increament, leh tak? Mintak lebih sikit. Ngee.. Iee..Perasan. Diorang lagi nak buang orang, ko ada hati nak mintak naik gaji. Harapan lah weh..Kang elok-elok nak confirm, terus diorang tak jadi. Kuang kuang kuang...
Sebenarnya aku agak hepi jugak bila diberikan kerja bertimbun-timbun and non stop. Sebab sepanjang aku kerja kat banyak-banyak id firm, aku tak pernah lagi join kompeni yang havoc and tough gini. (Except KFC ar. Keje kat KFC pun havoc gak. Tapi banyak havocnye na melayan kerenah org je..Huuu) So, bila da banyak kerja tu...dapatlah banyak belajar gak. Walaupun aku agak bengang ngn mamat tu, tapi aku respect gak sebab dia pun tak kemut na mengajar aku. Sungguh murah hati. Yelaa, aku ni pun tak berapa pandai sangat. Budak baru belajar.
Aku kan sebenarnye...teringin sangat nak join design team satu hari nanti. Asyik technical team je. Agak-agak boleh ke? Takpe..perlahan-lahan. Tengok macam best je design team. Suka-suka hati dia je nak design camni, nak design camtu. Best ar, sebab dapat decide ambient nye camne, nak rupanye camne...Kalau jadi tukang draw ni, feel tak sampai ar. Hahaha..
Boleh ke aku? Tabahkan hati. Kuatkan semangat. Kerja bersungguh-sungguh. Sebab apa tau? Tadi..si mamat tu dah bagi berita gumbira. Dia nak confirmkan aku...Wowwweeeee..yeay yeay. Kalau ye la, aku nak dikompemkan,nilah achievement terbesar aku sepanjang karier aku iaitu dikompemkan dengan begitu cepat sekali. Bangga..harusss...Hahahahaha...Alhamdulillah...
Apa yang berlaku suhida, pasti ada hikmahnya.

~ s u h i d a ~

Thursday, April 02, 2009

:: IDS Dinner 2009 ::

Dalam diorang tengah buang-buang orang ni, sempat gak bos-bos kitorang bawak kitorang gi dinner. Pe ke he nyeeee...Tapi orang da ajak, pergi je la. Kang tak pergi, tak pasal-pasal kena buang laks. Ngeee..Tanak..takut...Tapi, tak ramai yang join pun semenanye.
Dinner kat Shook Star Hill. Gila punya ekslusif. Kebetulan malam tu, budak-budak Fatin, Rono and Emma nampak Siti n Dato' K kat restoran sebelah. Ciss..Nape tak makan kat Shook ni?
Makan punyalah banyak kitorang oder. Tak sedar diri punya. Tapi dalam banyak-banyak yang kitorang oder, satu menu je yang paling sedap..Nama nya ialah Snow White Dancing Prawns. Aku tak sempat nak snap gambo dia. Mana nak sempat, semua orang serbu yang itu je. Hahaha..Sebab memang sedap. hmm..Aku download je gambo-gambo ni. Tengoklah ye.
Belakang dari kiri : Fidz, Suhida, Zana, Fatin, Emma, Rono.
Depan dari kiri : Zul, Shema, Adlin (bos), Mr Greame (bos besau), Jojo, Jay ngn Azrul. Kak Zana dan aku. (Gemuk ar weh....down........)
Punya lah hepi budak-budak ni.
Kak Lin n Jojo berdiri kat belakang. Aku n Kak Fidz duduk. hahahaha...
Beger..Cani je da RM89.
Nasi Goreng dan Stik kat belakang tu.
Ni sup pe ntah.
Yang ni sedap..Ikan kod masak stim. mahal weh ni..Rm100.
Kak Shema da Vogi Mum.
Apalah yang Kak Shema cuba lakukan tu....
Ni masing-masing dah kekenyangan. nak balik dah. Tau tak bper kitorang makan tadi tu? Huuu..RM3100++ ok......Mahal nak mati. Takpe..bos yang banje. Kite makan je kan. Rezeki..rezeki..

~ s u h i d a ~

Monday, February 23, 2009

:: Kerja Gila ::

Aku tak tidur lagi ni dari malam semalam...bukan dari malam semalam,dari semalam..Gila weh. Nak tau kenapa? Huhu..
I accepted a job from kak Farha last Thursday to do 3D for her project. A 20' by 20' beauty product outlet. At first place, I'm afraid to take this job, afraid I can't complete it.Sebabnya aku nak datang opis hari Sabtu untuk siapkan kerja opis. (mithali tak mithali...huh..) Satu hari aku kat opis dari kul 9 pagi sampai kul 7. Sama macam waktu bekerja dah.
Lagi satu, dengan adanya Izzat, sukar jugak untuk aku memfreelancekan diri aku ni. Ternyata, memang tepat jangkaan aku yang aku tak sempat nak buat masa hari Jumaat dan Sabtu. End up, I started do it on Monday's night at 10PM.Ish...tak pernah aku buat kerja nak kena siapkan dalam masa tak sampai setengah hari. Sebab da janji nak emel by Monday morning.
Aku berjaga dengan setiap setengah jam, izzat akan menangis mintak susu. Tensionnya allah je lah yang tahu... Banyak kali sngat aku turun naik tangga, last2 aku bawak je Izzat turun, duduk atas riba tengok aku buat 3D..kuikui..Diam lah kejap..Adala dalam 20 minit dia diam. Pastu dah ngoh ngeh dah. Kebetulan dah nak siap. Pukul 6 pagi tau...Aku render dn nyusukan dia balik. Dapatla gak tertido half and hour. Pukul 6.30 bangun, mandi2, solat, terus siap2 nak anta izzat gi taska dan kerja. Alkisah, nak menangis jugak..tapi Alhamdulillah siap..
Sampai kat opis, kelam kabut aku buat kerja macam orang gila. pagi ke tengah hari maintain lagi. Masuk je pas lunch, pergh..ngantuknye.....Takleh berfikir dah. Aku cabut awal hari ni. Ikutkan banyak lagi nak kena siapkan. Tapi cakap dengan Jojo, aku tak sihat hari ni..Lantak lah,lambat confirm pun lambat confirm la. Malas aku nak kemaruk nak confirm.

*Imej outlet ni create by kak Farha. Am just visualize it by doing 3D. Sempoi je. Buruk kalau ikutkan. yelah,kerja bper jam je. Mata dah berpinar2..haru..haru.. Aku ni suka betul wat kerja gila. Bila la nak berubah. Aduh..ni pun mata tanak tidur lagi nih. Memang haru.


~ s u h i d a ~

Wednesday, December 17, 2008

:: Job Hunting ::

It’s time for job hunting again. I think it’s been a while I did it since 2006. What else is the easier medium for people today to hunt job other than internet? Nowadays people risk their future and life by job hunt through the Internet. Internet has drastically changed the way people today hunt for jobs. It's probably been a few years since I’ve submitted a resume via mail or fax. Hehe.. Internet also change the way I shop definitely. Hey, shopping online is like, hello...things people do these days.

Ok..ok..enough about internet, I’m sending my resume to 10-11 companies, hoping they will call me and set for interview. But week passes, no calls at all, I’m started to be worried. Is my resume not good enough? and I’m thinking, gosh is it because of the recession people talk about 2009. Instead hiring people, they firing people? Huh...

Today I decided to call 2 places that I aimed to work at. Mutiara Reka and IDS.

Episod 1 acara menelepon.

Miss Angkat Tipon : Mutiara Reka, Selamat Petang..
Me : (Huh..nasib baik ko cakap Melayu..) Ermm..Mutiara Reka ye?
Miss Angkat Tipon : Ye..
Me : Ok, nama saya Suhida. Saya nak tanya kalau ada vacancy untuk pos ID.
Miss Angkat Tipon : Interior Designer? Boleh faxkan resume tak?
Me : Sebenarnya... (malu nak cakap yang aku dah hantar resume kat diorg..tp tak dpt2 reply)...saya dah hantar kat email.
Miss Angkat Tipon : Email yang mana ye.
Me : Err...(punyalah banyak kompeni aku hantar.mana nak ingat email address kompeni ko..eee...)..rasanye mrsb...
Miss Angkat Tipon : Ooo..mrsb@dot..dot..dot tu ye. Email tu dah tak valid lah. Kitorang dah tak pakai.
Me : Oh ye ke..Kalau camtu saya fax esok pagi je lah ye.
Miss Angkat Tipon : Ok,nanti saya pas kat bos saya. Kalau ada apa-apa,saya akan kol.
Me : Ok. Mekasih ye.
Bengangnya aku...Patutlah tak kol-kol . Rupa2nya email dah takleh pakai. Sabar jelah.. Aku dail no IDS lak. Sebenarnya aku nak sangat kerja kat kompeni ni,sbb international. Kalau dah international, kenalah berspikang bagai..kan.Masa nak kol tu dah berdebar-debar. Takut diorang tanak ambik orang. (Sebenarnya lebih pada berdebar nak kena spikang..hehehe..) Tapi tangan tu dail gak tu.

Episod 2 acara menelepon.

Miss Angkat Tipon : IDS..Good Evening..
Me : (Alamak,spikang lah..) Ermm..Good evening. IDS ya?
Miss Angkat Tipon : Hmm.. (Suara boring je..Mesti dia ingat budak ni macam bagus je na speaking..cakap melayu jelah..Huuu..)
Me : Actually, I’m just wondering if there’s any vacancy for ID.
Miss Angkat Tipon : ID as interior designer ke?
Me : Yup.
Miss Angkat Tipon : Maybe you can send your resume.
Me : Actually, I’ve already sent it by email. But..I never get a phone call. So...I call lah.. (Susahnya na spikang..maklumlah dah lama tak kerja..)
Miss Angkat Tipon : Oh ya ke. Bila u hantar tu?

Hmm..dia dah start cakap melayu,aku pun cakap melayu lah. End up rupa-rupanya dia da print da resume aku. Efisien sungguh pompuan ni. Siap letak atas meja bos dia lagi. Tapi..bosnya takde ,tak balik dari Dubai lagi. Pompuan ni ckp aku hantar resume lambat sangat. Masa bulan 10 hari tu diorg hired ramai staf. Ciss..tapi dia bagi harapan gak, “Takpe,nanti I tanya bos I kalau2 dia na amik staf lagi..” Mmm..so sudahnya aku dalam dilema dah. Aku na kerja kat IDS,tapi kena tunggu bos balik ntah bila ntah. Esok na hantar resume kat Mutiara Reka. Dahlah aku sekarang unemployed. Dibuatnya diorg suh start immediately, pastu dpt interview kat IDS. Buat malu nama aku je.

So, moral of the story ialah :

1. Lain kali telefon pas email/fax kalau urusan tu penting.

2. Kol IDS dulu baru kol Mutiara Reka. Napelah aku ni bengong sangat. Huh..

~ s u h i d a ~

Friday, October 17, 2008

:: Sempat Lagi Kerja Na DUe Sangat Dah Ni ::

Ni 3d perspectives untuk projek Hotel Saphir kat Congo, Africa. Aku ni dah na due pun,smpat lagi na wat keje..Harus....Rezeki jangan ditolak.. Push jugak diri untuk siapkan walaupun dah tak larat da aku na duk atas kerusi tu. (Ooo..main internet larat pulak ek..Ngeee~) Ikutkan hotel ni 3 star. Tapi tengok gambo site dia pun tak semengah. Maklumlah..Africa..

~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...