Saturday, June 27, 2009

:: Mari Menabung ::

Aku simpan tabung kucing ni sejak tahun 2005 kot. Dapat hadiah dari kawan aku masa dia pergi Kuching ikut opis trip. Memang saja je dia bagi aku tabung ni yang takde penutup lubang kat bawah tu supaya aku boleh pecahkan. Huhu..sabar je lah. Tabung kucing kesayangan aku. Lama jugak, dekat 4 tahun kat tangan aku.
Lama gak aku pikir bila na pecahkan tabung ni sebab dah penuh. Akhirnya aku ambik keputusan nak pecahkan tabung ni gak. Geram duk pikir ada berapa duit kat dalam tu. Hehe..Sayang jugak,sebab orang bagi...Tapi mengenangkan tabung ni pun dah penuh, dah berat gila dan takleh isi duit dah. Dari duit tu berhabuk kat dalam tu, baik aku pecahkan dan ambik duit. Menabung pun tujuannya untuk ambik duit yang disimpan jugak,kan? Ngee~
Masa nak pecahkan tu, terbayang-bayang cane orang pecahkan tabung dalam kartun dulu-dulu. Campak je ke lantai, dah pecah. Tadi tu,aku cuba gak wat camtu. Hehe..Tapi tak jadi sebab aku tak berani nak campak, takut serpihan kaca tu berterabur atas lantai dan takut lantai rosak.. Dahlah lantai rumah sewa, lantai lama lak tu.Huhu... So, aku ketuk kepala kucing tu pelan-pelan secara tak sengaja, tiba-tiba pecah..(Eewah..tak sengaja ke..) Kepala dah berlubang. Nasib baik sikit je pecahnye haa..Lehla aku menabung balik dalam tabung ni pasni..Hmm..so, apa tujuan menabung sebenarnye ni....Musykil..musykil..
Aku kaya..aku kaya....Hahaha..Razi nak apa Razi, mak belikan.. Cakap je..Hohoho....
Razi pun ada, nak tolong kira sekali. Teruja muka dia tengok duit banyak2, sambil ikut aku mengira sekali..satu ringgit..dua ringgit...hahaha...Bagi la dia main susun2 duit sekali.
Bolehlah, banyak la gak dapat,tu pun sebab aku banyak simpan duit 50 sen. Duit siling seringgit tu ada la agak dalam 6 keping. Duit 1 sen dapatlah tak sampai seringgit. Hehehe...Tanya abg Mi bank terima ke duit siling seringgit dengan 1 sen. Dia kata 1 sen bank still terima tapi siling seringgit bank dah tak terima. Huh, nasib baik aku tak simpan duit siling seringgit banyak2. Kalau tak rugi je, takleh simpan. Aku tanya dia kenapa, sebab bank dah mansuhkan..jawab dia. Abis tu yang kata leh jual balik duit siling tu? Boleh..tapi tunggu Razi besar laa..Nak tunggu Razi besar umur berapa? Umur 20..hahaha..Hmm..baik aku lupuskan je duit seringgit ni je nak tunggu 20 tahun, berapa banyak sangat lah leh dapat.. Sabar je la..
p/s : Teka berapa duit aku.Hahaha...aku tak bagi apa-apa kalau betul..
~ s u h i d a ~

Monday, June 22, 2009

:: Komikku ::

Tadi, saje tengok balik gambar-gambar yang aku pernah snap dalam handphone ni. Terjumpa lak sekeping gambar yang ini. Semua ni adalah timbunan buku-buku komik aku yang aku kumpul dari sejak bila entah. Ada yang dari aku darjah 6 pun ada, komik doraemonlah tu. Hehe.. Masa masuk rumah sewa hari tu, aku dengan rela hatinya lepaskan bagi kat kawan-kawan. Ada yang aku bawak ke opis, ada yang aku bagi kat kawan yang ada anak-anak kecik dan ada gak yang aku bagi kat abang Mi. Masa aku nak kahwin hari tu pun, banyak yang aku dah bakar. Kali ni aku tak bakar, aku bagi kat sape2 je lah. Sayang jugak...Antara barang kesayangan aku gak komik-komik ni. Tapi memandangkan aku pun dah takde masa sangat nak belek2 dah komik ni,dari memenuhkan tempat kat rumah sewa tu, baik aku lepaskan saje. Aku cuma simpan komik Feel 100% je, sebab aku suka cerita dia dan susah aku nak kumpulkan komik ni. Dulu masa bujang, kalau nak beli Feel 100%, kena cari kat KL. Kat area Central Market ke, kat Kotaraya ke. Lagi satu sebab nape aku simpan lagi komik yang satu ni, sebab aku tak jumpa lagi episod yang terakhir sekali. Tak ingat episod yang keberapa. Hehe..Tak kisah sangat sebenarnya, tapi kalau dapat jumpa best gak,kan?

Cover komik Feel 100% yang kat Hong Kong kot.
p/s : Kalau ada sesiapa yang ada episod last tu, leh tak bagi aku pinjam. Pinjam baca je..Ngee~ Leh la..

~ s u h i d a ~

Sunday, June 21, 2009

:: Nasi Lemak Pagi Tadi ::

Pagi tadi, masak nasi lemak untuk breakfast. Niat ingat nak bawak sikit ke rumah mak, tapi salah bajet masak nasi. Masak nasi sikit sangat, mintak maaf ye mak. Lain kali kak ida masak lagi, Insya Allah.
Resepi dari mak cara-cara masak nasi lemak. Beras dibasuh dan ditos. Pastu aku goreng sedikit bawang merah dengan halia, campurkan ke dalam beras tadi. Kemudian, masukkan santan pulak. Pastu petiklah suis nasi tu, nak masak. Hehe...
Bawang merah dengan halia masukkan dalam periuk dengan beras yang dah ditos.
Masukkan santan pulak. Masa tengah masak tu, kena tengok-tengok gak, mana tau tak cukup santan. Tadi aku tambah air sikit. Garam lupa nak taruk. Kalau korang nak taruk garam dalam nasi ni boleh jugak, tapi tadi aku tak taruk rasa ok je. Suka hatilah ye..Goreng ikan bilis, pastu toskan.
Guna kuali yang sama, tumis cili pulak. Masuk sedikit tomato sos, cili sos, garam dan gula.
Ayam goreng berempah sedang digoreng.
Inilah hidangan kami sekeluarga pagi tadi. Tak sempat nak snap nasi, sebab dah habis kitorang makan. Hehe.. Minggu depan, kalau rajin boleh la masak lagi. razi pun layan makan nasi lemak. Pagi sekali, tengah hari sekali. Selalu liat jugak nak suap makan. Alhamdulillah....
Aku : Abang, sedap tak nasi lemak tu?
Abang sengih sambil angguk.
Aku : Sedap ke nasi lemak tu?
Abang : Sedap...
Ngee... Alhamdulillah....
~ s u h i d a ~

Wednesday, June 17, 2009

:: Mandi Sungai ::

Assalamualaikum....
Hari tu aku kata na upload gambar mandi kat Janda baik. Balik dari tengok gajah kat Kuala Gandah tu, kitorang singgah janda Baik nak mandi sungai. Ingatkan tak jauh dari Genting Sempah tu. Jauh jugak masuk ke dalam. Jalan sempit betul. Ada yang lalu betu-betul tepi bukit. Kitorang mandi sungai dekat sebelah D'Ark Resort. Oklah sungai tu pun, cuma betul2 sebelah jalan je. Keke..
Izzat suka betul mandi sungai. Duk kocak2 air.
Happy ye dapat mandi sungai.
Tengok muka suka dia tu..
Razi ngn mak su, takut nak masuk sungai.

Bestnya mandi sungai, nanti leh pergi lagi.


~ s u h i d a ~

:: Tag Dari Kawan Baru, Fidah ::

1) berapakah umur anda?
28 tahun 11bulan.

2)anda berasal?
Kuala Lumpur

3)berapa adik-beradik?anda yang ker?nyatakan berapa orang lelaki dan berapa orang perempuan?
5 orang. Aku anak ketiga. Atas 2 org lelaki bawah 2 orang pompuan. Aku kat tengah2.

4)akhir bersekolah anda dimana?
SM Teknik Cheras, Kuala Lumpur. (1997)

5)bila terakhir anda memotong rambut?
Masa Izzat 4bulan aku potong sekali, tak epndek sangat. Aku rimas, na bangun menyusukan dia,kena ikat rambut dulu. Haha..Baru2 ni potong lagi, dalam 2 bulan lepas kot. Saje dah lama tak berambut pendek.

6)shampoo apa yang anda guna sekarang?
SUNSILK

7)anda gemar menjahit?kalau tidak,nyatakan sebab?
Suka, tapi sebab tak pandai guna mesin jahit lama tu, aku pijak yg kat bawah tu, roda asyik pusing ke belakang je.Lama-lama give up..

8)bila berada di rumah adakah anda suka menghiasi diri?
Baru belajar..hehe..baru duk uma sewa, duk sendiri2 la katakan.

9)apakah kerja rumah yang anda paling malas nak buat?
Mop lantai.Haha..

10)soalan yang terakhir,bagi 5 perkara kenangan manis yang tak dapat dilupakan sampai bila2?
1- Errr..takleh nak pikir la...Banyak sangat kenangan manis. Huu..Aci tak ajwab cani?

11)siapakah anda nak TAG?
Entah ar..sape nak buat,buat lah..

Monday, June 15, 2009

:: Cuti-cuti Tengok Gajah ::

Kami pergi ke Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang hari Ahad lepas. Perjalanan dari KL ke sana rasanya dalam 2 jam kot. Lalu ikut highway, masuk ke exit Lanchang. Senang je nak cari. Memang best lah. Masuk percuma. Tak caya, kan? Diorang memang tak mintak bayaran, terpulang nak derma berapa. Ada aktiviti menunggang gajah dan mandi bersama gajah. Mula-mula macam excited nak naik gajah, tapi tengok orang-orang yang naik tu memeluk tukang bawak gajah tu bukan main rapat, jadi macam tak best lak. Tapi, naik gak. Mana leh tak naik,kan? Rugi ar kalau tak naik. Hehe.. Banyak gajah dia. Lebih dari 10 ekor kot. Anak gajah ada 3 ekor. Comel lak aku tengok.
Razi masa mula-mula sampai, dari jauh tengok gajah duk jerit-jerit "Elephant..elephant". Elok aku bawak je dekat dengan gajah, terus jerit takut. Menjerit-jerit suruh kita ni jauh dari gajah, punyalah dia takut. Agaknya selalu tengok dalam TV, tengok dalam buku nampak gajah kecik je. Sekali tengok dekat-dekat..amik ko..besaunya binatang. Haha...Ni antara gambar2 yang disnap. Layan ar..Zasss...
Mak mertua pun ada.
Tengah ajar Razi tunjuk peace. Hehe..Razi takde dalam gambar ni, sebab dia takut menjerit2 bila dekat dengan gajah.
Razi ada dalam gambar ni, sebab jauh dengan gajah. Haha..
Izzat macam tak heran je ngn gajah tu.Tengok ar..posing atas gajah. Aku cuak gak duk kat belakang sekali. Huu..


Tapi, memang best kalau datang ke sini. Rasa hilang gak tension. Balik ke KL, kitorang singgah mandi sungai kat Janda Baik. Best, tapi gambar kat Janda Baik lain kali aku download.

~ s u h i d a ~

Saturday, June 13, 2009

:: Tag Dari MamaDira ::

Aku baru perasan aku dapat tag dari mamadira a.k.a strawberi..hoho..Dah berkurun dah tag ni, baru nak buat. Keke...Aku jawab eh. Alamak..bila baca balik,ternyata susah ar nak jawab tag ni...errr.....jawab je la...Korang bacalah aku merapu-rapu ni haaa..
1. If you can be an animal, what will you be? Why?
Hmm....Ikan Paus..Leh berenang kat laut dalam...
2. If you robbed a bank, what you want to do with the money?
Ini kalau laaa...kalau la kan..Aku tak merompak kot..takuttt...hahaa..
3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? Why?
Nak gi Mekah hari2...Solat kat sana je..Best kan.Lepak kat sana hari2..
4. If your know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
Nak mati leh ingat ke nak makan pe..Ingat amalan je kot..Tu pun kalau sempat nak ingat.
5. If you can kill one person in this world, who is the person? Why?
Jap aku pikir..
6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why?
100 years. Tak sedar diri tul aku ni..hehe..Saje je nak hidup 100 hari, leh tgk anak-anak membesar.
7. If you can date celebrities, who is that person? Why?
Nak date ngn selebriti watpe. Baik dating ngn laki aku. Dah berapa kurun dah tak gi dating.
8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
Tak cukup 1 je lah..Nak banyak leh tak..tamak..
If you have the opportunity to tag 10 of your friends, who are they?
Dah takde opportunity dah, Rasa semua org dah pernah buat tag ni. Aku sorang je yg lambat..Hehe..Tapi, sape2 nak buat, buat lah ye.
~ s u h i d a ~

Friday, June 12, 2009

:: Cerita Aku dan Mak 3 ::

Malam semalam saja singgah ke rumah mak. Rasa macam dah lama tak melepak dengan mak, dengar cerita mak. Baring-baring atas katil mak sambil susukan Izzat, dengarlah celoteh mak. Banyak yang mak cerita, antaranya..
Mak : Untungnya kalau ada anak yang soleh dan solehah.
Aku : Macammana nak jadi anak solehah mak.
Mak pun mengulas dari ceramah yang dia dengar melalui CD.
Mak : "Ustaz ni bercerita kalau nak buat baik sebenarnya senang, dan nak buat jahat sebenarnya susah."
Aku diam sebab selalunya kita dengar orang cakap nak buat baik susah, tapi kalau nak buat jahat bukan main senang.
Mak : Allah jadikan kita ni dari awal bersih dan suci. (Panjang lagi cerita mak ni,tapi aku pendekkan)...sebenarnya, yang buat kita senang nak buat jahat sebab nafsu. Kita ikutkan nafsu. Kita tak didik diri kita supaya tak tunduk pada nafsu. (Betul juga..Sebab tu senang nak buat baik dan susah nak buat jahat, kalau kita tak ikut nafsu,kan?)
Ada lagi satu cerita, ni pasal untung jadi umat Nabi Muhammad.
Mak : Masa kat akhirat nanti, manusia akan minta syafaat dari para nabi. Mula-mula manusia akan mintak dari Nabi Adam, tapi Nabi Adam akan cakap, dia tak layak, mintak kat nabi lain. Manusia pun mintak dari Nabi Ibrahim sampai ke Nabi Isa, semuanya jawapan yang sama. Lalu manusia mintak kat Nabi Muhammad. Nabi Muhammad berdoa pada Allah "Ummati..Ummati..." Allah pun cakap dengan Nabi Muhammad pergi cari manusia yang ada iman sebesar biji sawi kat dalam neraka tu, bawakla keluar. Nabi pun cari dan bawak keluar. Tapi, Nabi Muhammad rasa masih tak cukup lagi. Dia berdoa lagi, dan Allah benarkan dia bawak keluar lagi manusia yang imannya yang kecil lagi dari biji sawi. ......panjang lagi mak bercerita. Kesimpulannya, pada aku jangan lah putus iman kita pada Allah. Untung jadi umat Nabi Muhammad, tapi..kita pun tak tahu lagi nasib kita kat sana nanti kan...
Lepas dah banyak cerita aku dengar, Izzat pun dah terlelap, aku pun peluk mak. Mak gelak.
Mak : Ida, nak masuk perut mak balik ke?
Aku : Nak. Hehehe...
Mak gelak je.
Mak : Penat tak mengandung?
Aku : Penat.
Mak : Untung kalau meninggal masa mengandung. Mati syahid.
Tiba-tiba aku teringat ibu mengandung meninggal atas jalan gara-gara kena ragut. Selalu aku terfikir, aku nanti mati camne..kat mana..Tapi, untung kalau mati syahid,kan.
~ s u h i d a ~

Thursday, June 11, 2009

:: Ice Blended Mango ::

Aku cuti hari ni, tengah melepak2 kat rumah dengan Izzat. Tiba-tiba rasa dahaga sangat. Timbul idea nak buat ice blended mangga. Mangga ni aku dapat dari Liza (cikgu yang jaga Izzat hari tu). Korang layan ar gambar-gambar ni. Layan..Zasss...

Gemuk mangga sebiji ni. Aku tak rasa lagi. Dua biji mangga yang udah dipotong.
Masuk dalam blender dan isi sikit air sejuk dan ais. Gerudi baik punye..Korang abaikan lah background kat belakang tu. Huhu..
Izzat nangis terkejut masa aku tengah blend. Dah siap. Sedappp.. Bagi korang dahaga pulak..Muahahaha...

~ s u h i d a ~

:: Bila Izzat Pakai Baju Melayu ::

Pak imam in da house.

Saja je hari tu aku pakaikan Izzat baju Melayu abang Razi masa dia 9bulan. Izzat 7 bulan dah leh pakai sedang-sedang elok je. Dia ok lak tu pakai baju Melayu. Yelah, ada setengah budak, kite nampak macam dia rimas, tapi Izzat ok je. Posing la..apa lagi, kan?

Macam dah boleh gi menikah dah Izzat. Hehehe....Izzat duk dalam stroller lagilah mak, macam mana nak menikah ni..

~ s u h i d a ~

Wednesday, June 10, 2009

:: Demam Rindu ::

Malam tadi aku demam kejap. Tiba-tiba je takde angin takde ribut, lepas pukul 12 lebih, rasa hidung aku macam tersumbat. Sok sek sok sek. Bila naik nak tidur kat bilik, kompem aku demam, sebab rasa lemah lutut. Demam rindu kat Razi kot. Dah tiga hari dah Razi takde kat rumah. Huhu...Taska Razi cuti seminggu sempena cuti sekolah ni. Jadi, sekarang ni dia kat rumah mak mertua aku. Nenek dia nak jaga. Rindunya lah. Semalam cakap video call dengan dia pun rasa tak puas. Malam ni Insya allah dia balik kot, ayah dia gi ambik pas abis kerja. Pasni, hari-hari tengok Madagascar lagi lah nampaknya...
Merenung masa depan yang tak pasti lagi...
Merenung belah sini pulak..
Dah penat nak termenung dah, nak tidur pulak..
Izzat pulak aku hantarkan ke Cheras, rumah bekas cikgu taska diorang. Semalam hantar Izzat pagi-pagi kul 8 pagi. Alhamdulillah tak berapa jem sangat MRR2 tu. Agaknya sebab cuti sekolah kot. Liza suruh kitorang tunggu kat Esso je depan Econsave Pandan Perdana tu. Kitorang keluar rumah kul 8, aku pun bajet maybe sampai pun dalam pukul 8.30-8.40. Tapi, sebab tak jem, dalam pukul 8.20 dah sampai ke sana. Aku tipon Liza, dia cakap "Sat no kak Su, Liza nak keluar dah ni. Tapi laki Liza tiba-tiba nak memerut pulak" Huhu... Sabar je la...So, kitorang posing la dulu.
Izzat tak mandi lagi..huhu..
Buat pe tu bang...Geram sangat la tu.
Jom, biar Izzat drive mak gi kerja. Bestnya Izzat.
Kat depan tu la Econsave Pandan Perdana
Balik masa nak gi ambik Izzat kat rumah Liza, tak susah sangat. Oklah, cuma jalan dalam dia agak mencabar jugak ar. Tengok Izzat hepi je. Masa amek tu pun, tengok Izzat tak berpeluh2, baru pas mandi kot. Aku suka kalau Liza dan Yanie ni jaga, sebab macam mak-mak yang jaga. Bersih dan selamat. Setakat ni lah, Alhamdulillah. Tapi, jauh benar rumahnya, kat Cheras Baru nun. Kalau sekali-sekala tak pe lah, contohnya macam kalau taska Razi cuti seminggu ke, leh la aku hantar ke diorang. Liza cakap semalam, "Panggil mak long ngn mak cu ye..Kat sini tak de cikgu-cikgu dah".....Alahai...Kalau aku hantar Razi ke sini mesti diorang suka, sebab Liza jaga Razi dari start aku abis pantang, Razi baru 3 bulan. Sampailah ke setahun lebih gak lah umur Razi. Nanti lain kali lah aku hantar Razi ke diorang. Insya Allah.

~ s u h i d a ~

Tuesday, June 09, 2009

:: Nasi Dah Jadi Bubur Hangus ::

Nasi dah menjadi bubur hangus daaaa....
Selaput dara dah terkoyak..Kekeke..
Orang selalu display gambar masakan diorang,kan? Meh aku display gambar aku masak bubur hangus. Hahahaha.. Alkisahnya hari tu tinggal aku sorang-sorang je dengan Razi dan Izzat kat rumah. Konon-konon tengah rajin ar nak masak bubur untuk Izzat.
Lepas letak periuk atas api, aku pun sambung melayan diorang berdua. Punyalah leka, sampai aku terbau benda hangus. Dalam hati mengata orang belakang. "Apalah orang belakang ni masak sampai hangus.." Aku rasa ada dekat 10 minit, bau hangus tu makin kuat. Masa tu masih tak ingat lagi pasal bubur yang dimasak sampailah aku perasan rumah dah macam berasap. "Alamak, bubur aku!" Berlarilah ke dapur. Tengok dah selamat dah bubur aku. Terus takde mood dah nak buat bubur Izzat. Bagi makan nestum jelah.....
~ s u h i d a ~

Monday, June 08, 2009

:: Izzat Potong Rambut ::

Hari tu bawak Razi dan Izzat potong rambut. Razi walaupun dah selalu potong rambut, tapi saspen gak kalau-kalau dia menjerit lagi masa potong rambut. Sebelum gerak potong rambut, banyak kali aku cakap dengan dia, "Razi,kite nak pegi potong rambut. Jangan nangis-nangis ye"..Aku ulang-ulang sampai dia kata "Ya"..hehehe..Masa potong rambut tu,dia OK, tak nangis..Alhamdulillah....
Time nak potong rambut Izzat, saspen gak. Sebab first time bawak dia. Izzat pun OK, rilek je..walaupun india tu aku tengok dia tonyoh kepala Izzat ngn mesin tu agak kuat gak.Izzat siap tengok cermin masa rambut dia kena potong. (Izzat ni macam ada gaya orang suka amek gambar, suka tengok cermin..dahlah senyum menawan..ewah..hehe..)
Tengah tunggu turn.
Dah abis potong dah pun...Tak ingat nak ambik gambo dia masa tengah potong tu..
Baik anak-anak mak, tak menangis..
~ s u h i d a ~





Sunday, June 07, 2009

:: Nuffnang ::

Akhirnya aku dah berjaya add iklan nuffnang kat blog daku. Maceh kak Ai and Kak Sue. Mekasih gak kat Ceeramoon's blog yang ada tutorial untuk add nuffnang ni. Memang rasa sangat mudah.. Kalau nak pandai-pandai sendiri, memang tak pandai aku. Ngee~
Errrr....harap-harap korang rajin2lah klik ek, nanti makin rajinlah aku memblog. Maceh semua....Pastu aku ada tolong jugak addkan kat blog mak aku. Kalau rajin,klik2lah di sini
Tapi,aku still tak paham camne fungsi sebenarnya nuffnang ni. Orang cuma klik kat iklan kite tu je ke? Cane leh dapat duit dari situ? Apa syarat-syarat diorang untuk kite dapatkan duit? Macam ada ke target, berapa orang kena klik sehari? Banyak lagi sebenarnya aku masih tak tahu dan tak faham. Harap-harap korang yang dah buat, dapat beri tunjuk ajar ye...
Teringin gak nak buat iklan tu kat header blog. Try banyak2 kali, tak muncul-muncul jugak..give up dah aku. Takpe..nanti try buat pelan-pelan. Hehe..
Macamnelah aku leh terlibat dengan dunia blogger ni. Asalnya start dari aku berhenti kerja duduk rumah, aku rajin nak menggodek2 internet. Dulu, masa kat opis2 lama sebelum ni diorang memang tak provide internet. So, takdelah aku heran sangat. Masa tak bekerja tu, aku aktif gak memforumkan diri kat mengandung.com. Dapat ramai kenalan kat sana..Seterusnya, aku mula terlibat dalam online shopping. (Tapi, tak banyak pun..Saje je nak cuba. Tapi ada gak barang yang aku beli online je senang iaitu Playtex liner untuk susu Izzat dengan makjun..hahaha..)Pastu, ada dua orang kawan aku ada blog dan aku tengok macam best je ada blog ni. Lagipun aku memang suka menulis gak (sebab aku ni mudah lupa..kadang-kadang aku memang tak ingat kejadian yang dah berlaku..hehe..). Lagipun aku rasa boleh mengurangkan tekanan gak. So, aku saje je try memblogkan diri. Rasa best jugak, sebab dapat kenal ramai orang, pastu dapat baca blog orang lain yang best-best. At least lagi senang nak membaca kat internet ni, sebab bahasa pun mudah difahami dan tak meleret-leret.
Sepatutnya, aku guna peluang blog ni untuk meniaga kan? Macam Kak Ai, Jue, Chekuna...Tapi, belum ada modal dan keberanian lagi. Huu..takut tak boleh buat pun iye jugak. Tapi, belum cuba belum tahu kan...Tengoklah yang itu nanti macamne.
Akhir sekali, peasanan penaja...Tolong klik eh...Hehe..Terima Kasihhhhh sangat sangat...
~ s u h i d a ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...