Tuesday, June 02, 2009

:: Menyanyi ::

Budak-budak memang suka menyanyi,kan? Razi pun suka menyanyi. Agaknya ikut mak dia kot. Mak dia pun suka menyanyi gak. Hehe..Aku lah tu. Mak cerita masa aku kecik-kecik dulu, aku suka tul nyanyi. Pastu suka nyanyi dalam kereta. Cerita tu mak ulang-ulang banyak kali sampai aku dah ada anak dua ni haa..Hehe..Suka benor aku menyanyi. Ngee...
Cerita pasal nyanyi, aku ada banyak kenangan yang entah apa apa entah berkait dengan menyanyi ni. Aku ingat lagi masa tadika dulu, tapi tak ingat umur berapa. Aku baru start masuk tadika kot. Masa tu satu kelas kena nyanyi lagu "Once I Caught A Fish Alive". Aku masa tu tak nyanyi sebab aku tak tau nak nyanyi. Aku cuma tepuk tangan je. Sekali ada seorang budak cina ni mengadu kat teacher India (kalau korang ada tengok gambo tadika aku scan) "Teacher, she don't want to sing"... Aku macam blur-blur masa tu. Teacher tu paksa aku nyanyi sekali. Tak tahu nyanyi kau paksa aku, budak kecik, kan..Menangislah apa lagi. Hahaha...Boleh dia kurung aku dalam toilet. Memang trauma la. Aku ingat lagi aku meraung kuat gila. Budak kecik kena kurung dalam bilik air, mahu tak meraung? Pastu aku tak ingat dah jadi apa. Hehe..
Kisah kedua lak yang berkait dengan nyanyi ni, masa aku darjah dua kat CBN. Cikgu tu ajar nyanyi lagu Anak Itik Tok Wi. Beberapa hari sebelum tu, kakak sepupu aku ajar kalau nak tepuk tangan, tepuk pakai belakang tapak tangan sebab sekali kita tepuk, syaitan akan lahir. (Korang ingat tak orang cakap camtu? Hehehe) Masa tu, aku duduk depan sekali (memang nak kena lah kan..) sambil nyanyi2 lagu tu, cikgu suruh tepuk tangan. Aku pun dengan rasa bestnya pun menepuk tangan seperti yang kakak sepupu aku suruh. Masa nyanyi tu, aku perasan cikgu tu daring pandang aku. Habis je satu kelas nyanyi, tiba-tiba dia suruh aku bangun. "Kenapa awak tepuk tangan macam tu?" Aku budak masa tu, terdiam je la tiba2 kena sergah camtu. Abis tu, takkan aku nak jawab "Nanti syaitan beranak cikgu.." Mahu terbeliak mata cikgu tu karang. Hahaha.. anyway, sebagai hukuman, dia suruh aku berdiri atas kerusi dan menyanyi sambil tepuk tangan secara proper. Malunya lah..Nasib sekolah perempuan masa tu. Bila aku pikir balik, pe kejadahnye yang cikgu tu nak marah aku sebab tepuk tangan gaya gitu. Siti Nurhaliza tepuk tangan camtu tak kena sound pun. Huh..Geram tul kalau ingat balik. Nasib baik aku budak lagi masa tu. Tu masa zaman kite sekolah-sekolah dulu, memang tak berani nak lawan cikgu. Cuba budak zaman sekarang? Mesti cikgu tu dah kena sound baik punya. Hahaha...
Ada lagi satu kes aku kena pasal nyanyi ni. Sakit hati jugak kalau ingat balik. Masa sekolah menegah dulu, aku aktif kadet polis. So, ada sekali tu, kitorang terpilih untuk lawan sampai peringkat kebangsaan. Masa tu pertandingan tu diorang buat kat Bahau. Memang moment masa join kadet polis masa tu memang best ar. Macam-macam cerita, tapi takpe..lain kali kalau ada nak tercerita, aku cerita. Sambung balik cerita pasal nyanyi ni. Masa malam nak dekat2 abis dah pertandingan tu, diorang ada wat malam persembahan. Ada sorang member aku ni ajak aku nyanyi dengan dia. Tiba-tiba je..tapi mengenangkan dia kawan satu kelas, aku ikut jelah.. Sekali masa diorang panggil nama tu, diorang panggil nama aku sorang je. Aku yang macam blur2 ni, panggil dia..dia leh wat derk je. Dia tanak bangun. Hampeh. Terpaksalah aku buat muka tebal, menyanyi sorang-sorang depan berapa ramai kontijen dari satu Malaysia. Nasib baik diorang tak jerit-jerit mengutuk, apa ko ingat suara ko sedap ke hoi? Hahaha..Kalau ada orang wat camtu, malu gila. Aku ingat lagi nyanyi lagu "Pergilah Sayang" Hoho..sambil tepuk peha. (Takde modal la tu. Yelah,kena nyanyi sorang-sorang) Sampai sekarang,kalau ingat balik aku memang bengkerk ngn budak tu. Tak tau ar, dia nak kenakan aku ke apa ke. Orang macam tu pun ada. Macam-macam.
Banyak lagi cerita kalau nak cerita pasal aku menyanyi ni.... Tak larat kang korang na baca.
Macamne pun, aku suka dengar Razi menyanyi. Walaupun tak lancar lagi, tapi ada la butir-butir dan rentaknye yang jelas. Tapi, dah besar nanti, tak mau jadi penyanyi ye.
..........................................................................................................................................................................
Hari ni 2 Jun 2009, adalah tarikh wedding annivessary kami yang ke 3 tahun. Harap-harap berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan jodohnya. Aminn...korang doakanlah jugak ye. Ngee~

~ s u h i d a ~

7 comments:

strawberi @ mamadira said...

su

'Happy 3rd Anniversary"
Semoga berbahagia..sehati dan sejiwa hingga ke hujung nyawa..

aku pun suka nyanyi.. tapi dalam bilik air masa tengah mandi.. rasa
best je hilang semua stress..

Ummi Nuhlan said...

sue.happy 3rd anniversay sue.semoga kekal sampai akhir hayat..
seronoknya..ko dah 3thn ada 2 org anak..aku dah 3thn,.,,masih berdua..hrmm..ko doakan aku ek,.
sue..suara ko mesti beh kalo koke.awat xmasuk one in a 1juta..hiihhii

Jue @ atanayuiman said...

Hepi Anniversary..!!~~ sama la tarikh sanding kiter... hehehe :-)

fazilzura said...

HAPPY ANNIVERSARYYYYYY SU & HUBY..

heheh mmg budk2 skang ni pandai nyanyi.. kiteorg g karaoke pun akil nyanyi sama.. lagu wajib .. KETAHUAN.. CINTA ADAM & HAWA tuk akil ...

Mrs. Simplicity said...

sue, happt 3rd anniversary, semoga berbahagis selamanya...

p/s : mmg budak suka memnyanyi kot kan? sebab aku perasan nia kalo tgk tv, kalo berdialog je dia tak tgk sgt, tp bila kartun2 tu mula menyanyi, kite panggil pun dia buat dek je...

AieZa said...

Happy Anniversary Crispy!!

Ya allah.. ko kena nyanyi sorg2??? hahaha klu aku pun malu siut.. aku leh bygkan keadaan ko time tuh.. tp tu sume kenangan kn..

EazyIzzy said...

eeh,2 Jun ye anniversary kak ida..
hehe,terlupe lak tarikh kak ida kawen..
:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...